Bukit Tabur merupakan sebuah destinasi semula jadi yang menarik untuk diterokai. Dengan ketinggian mencapai 396 meter (1300 kaki) di atas paras laut, bukit ini menawarkan pemandangan luar biasa ke sekitar daerah Gombak dan bandaraya Kuala Lumpur. Selain mempunyai pemandangan yang menakjubkan, cabaran mendaki di sini juga agak ekstrem dan memukau. Bagi penggemar aktiviti lasak, Bukit Tabur merupakan salah satu tempat menarik di Selangor yang mesti anda kunjungi.

bukit tabur

Secara geologinya bukit ini merupakan sebahagian daripada Permatang Kuarza Genting Klang, sebuah rabung kuarza di pinggiran barat Banjaran Titiwangsa. Keunikan Bukit Tabur terletak pada rangkaian puncak batu yang menjulang tinggi. Laluan mendaki yang agak curam ini sering dicari oleh penggemar sukan lasak yang ingin menguji kecekapan fizikal dan tahap adrenalin mereka sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

bukit tabur
Sumber : malaysiahikes.com

Cara Menuju Ke Destinasi

Untuk menuju ke kawasan tersebut, anda boleh mengambil laluan yang mudah dan berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur iaitu menuju ke kawasan Klang Gate di Taman Melawati. Setelah itu, anda perlu memilih laluan yang menghala ke pintu masuk bukit tersebut. Terdapat beberapa laluan untuk dipilih, seperti Tabur West dan Tabur East.

  • Alamat : Bukit Tabur, Taman Malawati, Gombak, Selangor
  • Google Maps : KLIK

Waktu Operasi

  • Sepanjang Masa Untuk Aktiviti Pendakian & Pengembaraan

Pengangkutan Awam Ke Bukit Tabur

Selain itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing untuk sampai ke kawasan ini. Pastikan anda memberitahu pemandu untuk membawa anda ke pintu masuk yang berdekatan dengan Taman Melawati. Jika anda menggunakan pengangkutan awam pula, stesen terdekat adalah seperti berikut ; 

  • Bas – Stesen Bas Taman Melawati
  • LRT – Stesen LRT Wangsa Maju.

Dari situ, anda boleh menempah teksi atau e-hailing untuk ke pintu masuk Bukit Tabur.

Peta Ke Bukit Tabur

bukit tabur

Aktiviti Menarik di Bukit Tabur

Semestinya aktiviti yang paling popular di sini adalah mendaki bukit. Lokasi bukit ini sering dijadikan tempat latihan bagi pendaki yang ingin menguji kemahiran dan kecekapan fizikal mereka sebelum mendaki gunung yang lebih tinggi.

Sumber : central.menarikdi.com

Untuk pengetahuan anda, bukit ini mempunyai laluan atau “trek” yang agak sukar dan merbahaya. Struktur permukaan batuan granit yang keras serta kecuraman pendakian dan penurunan sehingga 90 darjah pasti membuatkan pendaki merasa gayat. Anda dinasihatkan supaya memastikan tahap kecergasan diri dalam keadaan baik disamping peralatan yang lengkap terutamanya bagi golongan pendaki baru. Pakaian dan kasut yang sesuai juga sangat penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku semasa pendakian.

Walaupun laluan di Bukit Tabur agak pendek, kira-kira 1.30 jam perjalanan ke puncak, tetapi ia menawarkan cabaran dan kesulitan yang lebih besar berbanding jaraknya. Salah satu perbezaan utama adalah terdapat tebing-tebing yang curam dan merbahaya yang mana memerlukan pendaki menggunakan tali untuk membantu dalam pendakian dan penurunan. Bagi pendaki yang tidak berpengalaman atau kurang mahir dalam teknik pendakian yang lebih mencabar, perjalanan di kawasan tebing ini boleh menjadi sangat berisiko dan berbahaya.

Sumber : travelkliq.com

Selain itu, acara khas pada malam Tahun Baru merupakan momen yang unik di mana pendaki berkumpul di puncak untuk menyambut tahun baru sambil menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur yang diselubungi cahaya bunga api.

Bagi anda yang ingin menikmati panorama matahari terbit, pendakian perlu bermula seawal 6 pagi. Pengalaman menyaksikan sinar matahari pertama menerangi kawasan sekeliling dari puncak Bukit Tabur pastinya akan menjadi pengalaman yang luar biasa.

Sumber : hikingtheworld.blog

Secara keseluruhannya, Bukit Tabur adalah satu destinasi menarik yang patut dijelajahi oleh peminat alam semula jadi dan pencinta aktiviti lasak. Oleh itu, marilah kita menjaga dan menikmati keunikan alam ciptaan ini dengan penuh tanggungjawab. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Bukit Broga, Selangor

error: Content is protected !!