
Paya Indah Wetlands merupakan kawasan perlindungan dan kawasan ekopelancongan di bawah Pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN). Pada 17 Februari 1998, kawasan seluas 450.76 hektar (1113.87 ekar) telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembab di bawah Sub-Seksyen 62(1), Kanun Tanah Negara (Akta 56). Pada asalnya Paya Indah Wetlands ialah bekas tanah lombong bijih timah dan hutan paya gambut.

Terdapat 14 tasik buatan yang terbentuk daripada tapak lombong bijih timah dengan kedalaman lebih 10 meter. Antara tasik yang menjadi tarikan utama ialah Tasik Utama, Tasik Sendayan dan Tasik Typha. Selain itu, Paya Indah Wetlands juga berperanan sebagai habitat semula jadi untuk pelbagai spesies flora dan fauna tempatan. Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, taman rekreasi ini menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung yang ingin menyelami keindahan alam Malaysia.

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Lokasi pusat rekreasi ini terletak di lot No 4827 dan 3974, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor. Ia bersebelahan Lebuhraya ELITE dan Gamuda Cove dan mengambil masa kira-kira 30 minit pemanduan dari Putrajaya/Cyberjaya. Pekan terdekat iaitu Dengkil berjarak 8 km dari PIW. Perjalanan dari Kuala Lumpur melalui susur keluar Dengkil mengambil masa kira-kira 1 jam (bergantung kepada lokasi anda) dan dari KLIA lebih kurang 30 minit. Anda juga boleh menyewa teksi atau perkhidmatan Grab untuk ke sini.
- Alamat : KM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 03-8768 7616
Waktu OperasiĀ
- 8 am – 6 pm (Setiap Hari)
- Jumaat : 8 am – 12 pm / 2.45 pm – 6 pm
- Hippo Feeding – 10 am (Setiap Hari)
- Crocodile Feeding – 11 am (Setiap Hari)
Peta Ke Paya Indah Wetlands
Harga Tiket Paya Indah Wetlands
Kawasan ini menarik perhatian dengan ciri-ciri ekosistemnya yang pelbagai, termasuk paya bakau, tasik air tawar, dan kawasan berhutan. Keunikan Paya Indah Wetland adalah gabungan harmoni antara dua ekosistem berbeza. Disebabkan itu juga, pusat rekreasi ini telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Selangor yang mesti dikunjungi.
Bayaran TiketĀ
1. Tiket Masuk – PERCUMA
2. Safari Insta-Tour Ride
- Weekdays: RM28 (MyKAD) / RM35
- Weekends: RM32 (MyKAD) / RM45
3. Nature Wanderlust – RM50

Aktiviti Menarik di Paya Indah Wetlands
Salah satu daya tarikan utama kawasan ini ialah peluang untuk aktiviti pemerhatian burung. Paya Indah Wetland merupakan destinasi popular di kalangan peminat burung, di mana mereka dapat menyaksikan pelbagai spesies burung yang berbeza seperti burung camar, rajawali, dan burung air seperti itik dan bangau.

Paya Indah Wetland juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan pendidikan. Terdapat laluan trekking yang membolehkan pengunjung menjelajahi kawasan ini sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Selain itu, terdapat pusat pendidikan alam semulajadi yang menyediakan maklumat tentang ekologi tempatan, konservasi, dan kepelbagaian biologi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti lain seperti;
- Memancing
- Memerhati burung
- Berkhemah
- Berkelah
- Memberi makan Hippopotamus (Hippopotamus amphibius)
- Memberi Makan Buaya Air Masin (Crocodylus porosus)
- Memberi Makan Kura-kura/Landak Malaya/ Tikus kecil sayang
- Beri makan itik/ikan
- Program Hari Keluarga
- Aktiviti riadah dan santai
- Aktiviti rekreasi: Berbasikal, berjoging, larian denai, (lari menyeronokkan dan tunggangan menyeronokkan)
- Fotografi
- Lawatan sambil belajar / Program Pendidikan Biodiversiti / Pendidikan Alam Sekitar
CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) - Program Kursus/Bengkel/Pertemuan
- Penggambaran Komersial/Filem
- Tunggang kuda
- Pelayaran bot

Kemudahan lain termasuk kawasan rehat, kawasan berkelah, tandas, surau, tapak khemah dan kemudahan asas lain. Pihak pengurusan Paya Indah Wetland berusaha untuk mengekalkan keaslian alam semula jadi dan menyediakan persekitaran mesra alam kepada pengunjung. Program pemuliharaan dan kesedaran alam dijalankan secara berterusan untuk memastikan kelestarian kawasan ini.

Dengan keunikan dan keindahannya, Paya Indah Wetland terus menjadi destinasi yang menarik untuk keluarga, penggiat alam sekitar, dan mereka yang menghargai keindahan semula jadi. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Funpark Gamuda Luge Garden, Selangor