Taman Etnobotani Gua Musang terletak di Kelantan, Malaysia, menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan warisan tempatan. Taman rekreasi ini dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan yang bertujuan bagi memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya khususnya produk herba.

Di sini, pengunjung dapat menjelajahi kepelbagaian flora tempatan dan berpeluang mengenali jenis-jenis herba. Taman ini bukan sekadar menjadi destinasi pelancongan, tetapi juga menjadi pusat pendidikan yang memperkenalkan kepada pengunjung mengenai kekayaan tumbuhan dan warisan di Kelantan. Melalui pelancongan pendidikan, pengunjung dapat memahami peranan tumbuhan dalam bidang perubatan tradisional, kegunaannya dalam industri tempatan, dan pentingnya pemuliharaan alam sekitar.

Taman Etnobotani Gua Musang

Cara Menuju Ke Destinasi

Taman Etnobotani ini terletak berhampiran bandar Gua Musang iaitu di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis kira-kira 3 km dari pusat bandar Gua Musang. Dari bandar, melepasi Taman Wangi kira-kira 500 meter di hadapan akan menemui Taman Etnobotani yang berkeluasan 35 hektar. Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi untuk ke lokasi. Manakala perkhidmatan teksi pula mudah didapati di stesen teksi Bandar Baru dan Bandar Lama Gua Musang.

  • Alamat : Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
  • Google Maps : KLIK

Waktu Operasi

  • 9 am – 5 pm (Setiap Hari)
  • Jumaat – TUTUP

Peta Ke Taman Etnobotani Gua Musang

Harga Tiket Taman Etnobotani Gua Musang

Program-program aktiviti yang dijalankan di sini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk terlibat dalam aktiviti luar dan aktiviti lasak. Selain itu, terdapat juga program konservasi yang bertujuan untuk melestarikan kepelbagaian biologi tempatan melalui penanaman semula dan pemuliharaan spesies-spesies tumbuhan yang penting. Lokasi ini juga tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan untuk anda terokai

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

Aktiviti Menarik di Taman Etnobotani Gua Musang

Tarikan utama taman rekreasi ini ialah taman herba, galeri herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan. Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan, titian kanopi dan menikmati keindahan gua.

Selain itu, Taman Etnobotani juga terkenal dengan pusat ternakan burung Kasawari dan rusa. Pelawat berpeluang melihat habitat spesis burung ini dan spesis Rusa Timor serta berpeluang mengetahui khasiat herba-herba untuk kesihatan. Berlatarbelakangkan gua batu kapur dan persekitaran yang tenang, beberapa aktiviti rekreasi turut ditawarkan seperti rock climbing, aktiviti lasak, dan aktiviti-aktiviti khas seperti hari keluarga, kursus-kursus dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan asas dan kelengkapan aktiviti termasuk kemudahan penginapan turut disediakan

Dengan luasnya taman botani ini, pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi sambil mempelajari warisan budaya tempatan. Menyusuri trek alam yang disediakan di taman ini merupakan pengalaman yang menarik bagi pencinta alam semulajadi.

Dengan gabungan keunikan flora dan fauna tempatan, Taman Etnobotani Gua Musang menjadi destinasi yang menarik untuk dilawati oleh mereka yang ingin mengeksplorasi kekayaan alam dan warisan budaya Kelantan. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Paya Indah Wetlands, Selangor

error: Content is protected !!