Funpark Gamuda Luge Garden adalah destinasi hiburan baru yang menarik di Selangor yang menawarkan pelbagai aktiviti seronok untuk semua peringkat umur. Terletak di kawasan yang hijau dan subur, taman ini mula dibuka kepada umum pada 9 Disember 2023.

Taman rekreasi ini menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dengan kombinasi luge, taman bunga, dan pelbagai permainan rekreasi. FunPark Gamuda Luge Garden ini menerapkan konsep “pay per ride”. Ini bermakna anda boleh memilih untuk hanya membayar tunggangan yang ingin anda cuba dan seterusnya menikmati tarikan lain yang berbeza.

FunPark Gamuda Luge

Cara Menuju Ke Destinasi

Lokasi rekreasi ini terletak kira-kira 45 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, FunPark ini dibina di Gamuda Gardens, Rawang.

  • Alamat : North Selangor MY, Persiaran Gamuda Gardens 1, Bandar Gamuda Gardens, 48050 Sungai Buloh
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 012-932 1811

Waktu Operasi 

1. FunPark (Dry Park)

  • Isnin, Selasa, Khamis : 12 pm – 9 pm
  • Jumaat, Sabtu & Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum : 10 am –  10 pm
  • Rabu : TUTUP

2. Skyline Luge’s Operation Hours

  • Isnin, Selasa, Khamis : 10 am – 6 pm
  • Jumaat, Sabtu & Ahad : 10 am – 10 pm
  • Rabu : TUTUP

3. Big Bucket Splash Operating Hours
Weekdays (Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat)

  • Session 1 : 12:00 pm – 3:00 pm
  • Session 2 : 3.30 pm – 6:30 pm
  • Session 3 : 7:00 pm – 10:00 pm

Weekend (Jumaat, Sabtu & Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum)

  • Session 1 : 8:30 am – 11:30 am
  • Session 2 : 12:00 pm – 3:00 pm
  • Session 3 : 3.30 pm – 6:30 pm
  • Session 4 : 7:00 pm – 10:00 pm

Peta Ke FunPark

Harga Tiket Funpark Gamuda Luge Garden

Untuk pengetahuan anda, tarikan seperti ini juga terdapat di Sentosa Singapura, Busan dan Tongyeong di Korea Selatan. Secara rasminya menjadikan Malaysia sebagai lokasi keempat pusat rekreasi seperti ini seterusnya menjadi salah satu tempat menarik di Selangor yang mesti anda kunjungi

Bayaran Tiket

  • Jellycup Twist – RM8 per ride
  • Fruity Frenzy – RM8 per ride
  • Jumpshot – RM8 per ride
  • Carousel – RM8 per ride
  • Vroomerang – RM12 per ride
  • Eye Of Gardens – RM12 per ride
  • Big Bucket Splash – RM20 (Dewasa), RM40 (Kanak-kanak)
FunPark Gamuda Luge

Voucher & Promosi Harga Tiket

Terdapat beberapa pilihan combo istimewa yang ditawarkan kepada setiap pengunjung. Antara seperti ;

  • RM60 untuk dua FunPark rides dan dua Skyline Luge rides dengan Skyride
  • RM85 untuk lima FunPark rides dan tiga Skyline Luge rides dengan Skyride
  • RM95 untuk lima FunPark rides dan empat Skyline Luge rides dengan Skyride
  • RM105 untuk lima FunPark rides dan lima Skyline Luge rides dengan Skyride

Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh membuat perbandingan harga di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya

  1. tix.glplay.com.my
  2. www.klook.com

Aktiviti Menarik di Funpark Gamuda Luge Garden

Funpark Gamuda Luge Garden menonjolkan keunikan dengan permainan luge yang menjadi tarikan utama. Luge adalah permainan lasak yang menggunakan kenderaan kecil pada landasan berbentuk menurun yang meluncur ke bawah dengan kelajuan sederhana. Pengunjung dapat menikmati pengembaraan mengharungi laluan yang mencabar sambil menikmati pemandangan sekitar taman.

Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai permainan rekreasi yang disediakan di Funpark Gamuda Luge Garden. Antara permainan yang ditawarkan termasuk permainan lasak, gim kanak-kanak, dan banyak lagi. Kesemua ini memberikan peluang untuk menyatukan keluarga dan memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti yang menyeronokkan. Antara tarikan yang menjadi tumpuan seperti;

  • Jellycup Twist 
  • Fruity Frenzy 
  • Jumpshot 
  • Carousel 
  • Vroomerang 
  • Eye Of Gardens 
  • Big Bucket Splash 
  • Skyride
  • Skyline Luge

Selain itu, taman ini menyediakan kemudahan makanan dan minuman yang pelbagai, bagi memastikan pengunjung sentiasa bertenaga semasa menikmati segala kemudahan yang ditawarkan. Kedai-kedai makanan di Funpark Gamuda Luge Garden menyajikan hidangan menarik memenuhi selera semua pengunjung.

Dengan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan, Funpark Gamuda Luge Garden menjadi destinasi pilihan untuk percutian keluarga dan rakan-rakan bagi merasai mengalami pengembaraan yang unik dan menghiburkan.

Keunikan taman ini tidak hanya terletak pada permainan luge yang mencabar, tetapi juga pada kecantikan taman bunga yang menenangkan dan pelbagai permainan rekreasi yang memastikan pengunjung akan meninggalkan taman ini dengan kenangan yang tak dapat dilupakan. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Planetarium Negara, Kuala Lumpur

error: Content is protected !!