lata-renyuk-4

Lata Renyuk Jeli, Kelantan

Pasti ramai pelancong yang menginginkan percutian yang tenang dan damai serta jauh dari kesibukan kotaraya. Percutian rekreasi yang berlatar belakangkan suasana hutan sering menjadi pilihan pelancong yang inginkan kelainan terutamanya bagi pencinta alam semulajadi. Salah satu lokasi percutian yang masih kurang diketahui pelancong adalah di Lata Renyuk, Jeli Kelantan. Destinasi ini menjanjikan pengalaman yang unik dan menarik untuk anda terokai. Kedamaian suasana di sini juga mampu memberikan ketenangan jiwa kepada setiap pengunjung yang datang. Ia Read more…

Wetland Studios Putrajaya | Taman Tema Berkonsep Hibur Didik

Wetland Studios Putrajaya adalah sebuah taman tema berkonsepkan didik hibur dalaman berhawa dingin yang berteraskan teknologi. Apa yang menarik, projek taman tema indoor ini merupakan hasil kreativiti dari KRU Studios Sdn. Bhd. dan memperoleh kerjasama dari Perbadanan Putrajaya. Taman tema ini dibangunkan bertujuan bagi menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat dengan keindahan flora dan faunanya. Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai jenis informasi dan pengetahuan berkenaan kehidupan bumi yang sangat menarik. Cara Menuju Ke Destinasi Lokasi taman Read more…

Wetland-Studios-Putrajaya-4
Lata Kertas-3

Lata Kertas Dabong, Kelantan

Pusat rekreasi air terjun sememangnya menjadi tumpuan para pengunjung sebagai lokasi percutian ketika musim panas. Antara destinasi yang kian popular dan semakin menjadi sebutan para pelancong adalah air terjun Lata Kertas yang terletak di Dabong, Kelantan. Ia merupakan taman rekreasi tempatan yang telah mendapat perhatian Majlis Daerah bagi proses penyelenggaraan dan naik taraf. Untuk pengetahuan, masih ramai pelancong yang tidak mengetahui kewujudan tempat rekreasi ini termasuklah penduduk Kelantan sendiri. Ini menjadikan ia sebuah lokasi percutian Read more…

Lata Janggut Jeli, Kelantan | Kawasan Rekreasi Yang Tersembunyi

Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan pusat rekreasi hutan lipur, air terjun dan jeram. Antaranya ialah air terjun Lata Janggut yang terletak di Kampung Lata Janggut, Jeli, Kelantan. Menurut masyarakat setempat, nama Lata Janggut ini telah wujud sejak sebelum tahun 1960-an lagi. Pada ketika itu, kawasan rekreasi ini masih diliputi dengan hutan tebal dan menjadi habitat utama ikan-ikan air tawar seperti ikan kelah, baung dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia menjadi lokasi tumpuan penduduk tempatan untuk Read more…

lata-janggut-7
jeram-pasu-4

Air Terjun Jeram Pasu, Kelantan | Kawasan Rekreasi Terawal di Pasir Puteh

Jeram Pasu merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Menurut masyarakat setempat, lokasi ini juga merupakan kawasan rekreasi air terjun yang terawal dibangunkan di Kelantan terutamanya di daerah Pasir Puteh. Tempat ini turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi. Cara Menuju Ke Destinasi Jeram Pasu boleh diakses melalui jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian, Read more…

Lata Hujan, Kelantan | Lokasi Lata Rahsia di Tanah Merah

Air terjun Lata Hujan merupakan salah satu lokasi rekreasi dan perkelahan yang popular di negeri Kelantan khususnya di daerah Tanah Merah. Ianya juga dikatakan lebih cantik dan menarik berbanding air terjun di kawasan lain kerana keindahan alam semulajadinya yang mampu memikat hati pelancong. Apa yang menarik, kawasan air terjun ini telah dibuka selepas merdeka iaitu pada tahun 1957. Nama Lata Hujan diambil sempena semburan (Piah) air terjun yang terkena pada penduduk sekitarnya. Kini, kawasan rekreasi Read more…

lata-hujan-3
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah-9

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang

Kuala Gandah, Lanchang adalah sebuah perkampungan kecil yang mana telah menempatkan salah satu tempat menarik di Pahang iaitu Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Santuari gajah ini telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan satu-satunya markas bagi program pemindahan gajah yang mana menjadi tempat untuk menempatkan, menjinakkan dan memindakan gajah-gajah dari habitat asal mereka. Ia juga merupakan tempat terbaik di Semenanjung Malaysia untuk melihat dan Read more…

Deerland Park Lanchang, Pahang | Taman Berkonsepkan ‘NATURE BACK TO THE NATURE’

Deerland Park adalah satu destinasi pelancongan yang unik dan salah satu tempat menarik di negeri Pahang. Ia merupakan pilihan tepat kepada para pencinta alam semulajadi yang ingin merasai ketenangan dan suasana sebenar hutan simpan Krau. Kawasan rekreasi ini telah dibina dan siap sekitar bulan Mac 1996. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh dinikmati di sini. Merangkumi sebidang tanah hutan seluas 10 ekar, taman haiwan ini menempatkan kira-kira 30 rusa Indonesia (Cervus Timorences), serta beberapa spesies Read more…

Deerland Park Lanchang -20
Rabbitland-Jengka-16

Rabbitland Jengka, Pahang | Mini Zoo Dengan Harga Berpatutan

Rabbitland Jengka merupakan sebuah mini zoo yang menjadi tempat rekreasi tumpuan bagi penduduk tempatan terutamanya pada setiap hujung minggu. Kawasan rekreasi yang berkeluasan kira-kira 50 ekar ini terletak hanya 6KM dari pusat bandar Jengka. Apa yang menarik, di sini juga merupakan petting zoo yang mana menempatkan haiwan-haiwan jinak untuk dimanja dan dibelai. Ia pasti memberikan keseronokkan dan keterujaan kepada setiap pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak. Rabbitland Jengka turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Pahang Read more…

Sunflower Garden Bagan Datuk, Perak | Panorama Indah Untuk Aktiviti Fotografi

Ladang bunga matahari sememangnya sangat popular dan terkenal di negara gajah putih iaitu di Thailand. Untuk melihat pemandangan ladang bunga matahari yang indah seperti di negara jiran, kini anda boleh menikmati pengalaman sama hanya di Sunflower Garden Bagan Datuk, Perak. Mungkin masih ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan taman bunga ini, namun ia semakin popular dan menjadi lokasi percutian tumpuan pada setiap hujung minggu dan cuti umum oleh pengunjung tempatan dan pengunjung luar negeri. Dianggarkan Read more…

Sunflower-Garden-Bagan-Datuk-10
error: Content is protected !!