Taman Etnobotani

Taman Etnobotani Gua Musang, Kelantan | Pusat Tanaman Herba

Taman Etnobotani Gua Musang terletak di Kelantan, Malaysia, menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan warisan tempatan. Taman rekreasi ini dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan yang bertujuan bagi memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya khususnya produk herba. Di sini, pengunjung dapat menjelajahi kepelbagaian flora tempatan dan berpeluang mengenali jenis-jenis herba. Taman ini bukan sekadar menjadi destinasi pelancongan, tetapi juga menjadi pusat pendidikan yang memperkenalkan kepada pengunjung mengenai kekayaan tumbuhan dan Read more…

Paya Indah Wetlands, Selangor

Paya Indah Wetlands merupakan kawasan perlindungan dan kawasan ekopelancongan di bawah Pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN). Pada 17 Februari 1998, kawasan seluas 450.76 hektar (1113.87 ekar) telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembab di bawah Sub-Seksyen 62(1), Kanun Tanah Negara (Akta 56). Pada asalnya Paya Indah Wetlands ialah bekas tanah lombong bijih timah dan hutan paya gambut. Terdapat 14 tasik buatan yang terbentuk daripada tapak lombong bijih timah dengan kedalaman Read more…

Paya Indah Wetlands
FunPark Gamuda Luge

FunPark Gamuda Luge Garden, Selangor

Funpark Gamuda Luge Garden adalah destinasi hiburan baru yang menarik di Selangor yang menawarkan pelbagai aktiviti seronok untuk semua peringkat umur. Terletak di kawasan yang hijau dan subur, taman ini mula dibuka kepada umum pada 9 Disember 2023. Taman rekreasi ini menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dengan kombinasi luge, taman bunga, dan pelbagai permainan rekreasi. FunPark Gamuda Luge Garden ini menerapkan konsep “pay per ride”. Ini bermakna anda boleh memilih untuk hanya membayar tunggangan yang ingin Read more…

Planetarium Negara, Kuala Lumpur | Terokai Ilmu Alam Semesta

Planetarium Negara merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur, yang menawarkan pengalaman luar biasa dalam memahami alam semesta. Terletak di Taman Tasik Perdana, tempat ini menjadi destinasi utama bagi pengunjung yang ingin mengeksplorasi misteri angkasa lepas. Planetarium ini dibuka pada tahun 1994 dan sejak itu telah menjadi pusat pembelajaran sains dan astronomi yang terkenal. Bangunan yang terserlah dengan kubahnya yang besar ini mempunyai teater planetarium berteknologi tinggi yang dapat menampilkan pertunjukan multimedia berkualiti tinggi Read more…

Planetarium Negara
Petrosains KLCC

Petrosains KLCC, Kuala Lumpur | Menawarkan Pelbagai Pameran Interaktif

Petrosains KLCC merupakan sebuah pusat sains interaktif yang terletak di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Pusat ini dibangunkan oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebagai inisiatif untuk mempromosikan kefahaman terhadap industri petroleum dan sains kepada masyarakat umum, terutamanya kepada pelajar-pelajar. Dengan luas kawasan lebih daripada 7,000 meter persegi, Petrosains menawarkan pelbagai pameran interaktif dan aktiviti yang merangsang minda pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang Read more…

KidZania Kuala Lumpur | Taman Tema “Edutainment” Menarik

KidZania Kuala Lumpur ialah sebuah taman tema tertutup yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya ,Kuala Lumpur. Ia adalah destinasi popular untuk kanak-kanak dan keluarga yang ingin mengalami dunia dewasa dalam suasana bermain dan pembelajaran yang menyeronokkan. Taman tema ini dibuka pada 28 Februari 2012 dan telah dirasmikan oleh oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di sini, kanak-kanak dapat memainkan peranan dalam pelbagai pekerjaan dan aktiviti yang dirangka untuk Read more…

KidZania Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur | Menara Telekomunikasi Tertinggi Asia Tenggara

Menara Kuala Lumpur, yang juga dikenali sebagai Menara KL, merupakan salah satu mercu tanda yang paling terkenal di Malaysia. Menara ini adalah salah satu struktur tertinggi di dunia dan menjadi lambang kemajuan dan kemodenan negara Malaysia. Bangunan ikonik ini dibuka kepada umum pada 23 Julai 1996, dan merupakan struktur tertinggi di Malaysia pada ketika itu. Menara KL dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Sejak pembukaannya, menara ini telah menjadi tarikan utama bagi Read more…

Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur | Terokai Ilmu Sains Menarik

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai PSN Kuala Lumpur, merupakan sebuah institusi pendidikan dan pusat penyelidikan sains yang terletak di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Tempat yang berkonsepkan taman tema sains dan teknologi ini telah dibuka secara umum pada 29 November 1999 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia juga merupakan sebuah destinasi popular untuk orang ramai, pelajar, dan pengunjung dari seluruh negara yang ingin Read more…

Pusat Sains Negara
muzium negara

Muzium Negara, Kuala Lumpur | Koleksi Artifak Bersejarah

Muzium Negara Malaysia merupakan sebuah institusi penting yang memainkan peranan utama dalam memperkukuhkan dan memelihara warisan budaya dan sejarah negara ini. Terletak di ibu negara, Kuala Lumpur, muzium ini menawarkan pengalaman pendidikan yang menarik kepada pengunjung dari dalam dan luar negara. Tempat pengumpulan barangan bersejarah ini juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dilawati. Idea untuk membina muzium ini tercipta oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Read more…

Zoo Taiping & Night Safari, Perak | Salah Satu Zoo Tertua

Zoo Taiping atau dikenali juga sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan destinasi unik yang memukau pengunjung dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sebagai salah satu zoo tertua di Malaysia, ia menawarkan pengalaman yang menarik berkonsepkan didik & hibur melalui habitat semula jadi haiwan dari seluruh dunia. Selain itu, pusat rekreasi ini turut menerapkan sistem pendidikan konservasi, yang mana memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia bukan hanya sekadar tempat rekreasi, tetapi juga Read more…

zoo taiping
error: Content is protected !!