
Petrosains KLCC merupakan sebuah pusat sains interaktif yang terletak di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Pusat ini dibangunkan oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebagai inisiatif untuk mempromosikan kefahaman terhadap industri petroleum dan sains kepada masyarakat umum, terutamanya kepada pelajar-pelajar.
Dengan luas kawasan lebih daripada 7,000 meter persegi, Petrosains menawarkan pelbagai pameran interaktif dan aktiviti yang merangsang minda pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang mesti anda kunjungi.

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Pusat pameran Petrosains ini terletak di tingkat 4 menara berkembar Petronas (KLCC). Untuk menuju ke Petrosains, terdapat beberapa cara yang boleh anda ambil bergantung kepada lokasi asal anda dan cara pengangkutan yang anda pilih.
- Alamat : Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 03-2331 8181
Waktu Operasi
- Isnin – Jumaat : 9.30 am – 5.30 pm
- Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah : 9.30 am – 6.30 pm
- TUTUP Pada Hari Isnin Pertama Setiap Bulan
Peta Ke Petrosains KLCC
Harga Tiket Petrosains KLCC
Harga tiket kemasukan ke Petrosains mungkin berubah mengikut polisi dan penyesuaian semasa yang dilakukan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, adalah disarankan untuk merujuk laman web rasmi Petrosains atau menghubungi mereka secara langsung untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai harga tiket kemasukan.
Bayaran Tiket
Mykad
- Kanak-kanak (3-12 Tahun) – RM10 ~ RM12
- Dewasa (13-60 Tahun) – RM22 ~ RM25
- Warga Emas (61 Tahun Keatas) – RM10 ~ RM12
Non – Mykad
- Kanak-kanak (3-12 Tahun) – RM20 ~ RM25
- Dewasa (13-60 Tahun) – RM35 ~ RM40
- Warga Emas (61 Tahun Keatas) – RM20 ~ RM25

Voucher & Promosi Harga Tiket
Untuk menempah dan membuat perbandingan harga tiket, boleh rujuk portal di bawah ;
Aktiviti Menarik di Petrosains KLCC
Salah satu atraksi utama di Petrosains ialah Pameran Utama, yang menggabungkan elemen interaktif, multimedia, dan rekaan kreatif untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Pengunjung dapat menyertai pelbagai aktiviti seperti simulasi pengeluaran minyak, menjelajahi dunia sains marin, dan memahami proses pengeboran petroleum.

Selain itu, terdapat juga Pameran Segmen yang menfokuskan kepada aspek-aspek tertentu dalam industri petroleum, seperti proses pemurnian minyak dan teknologi terkini dalam pengeboran. Pameran ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai cabang-cabang sains yang berkaitan dengan industri ini.

Petrosains juga mempunyai ruang galeri yang menampilkan inovasi dan pencapaian terkini dalam bidang sains dan teknologi. Melalui pameran ini, pengunjung dapat memahami bagaimana perkembangan sains memberi impak kepada kehidupan seharian kita. Antara galeri pameran tersebut seperti ;
- Sparkz
- Oil Platform
- Speed
- Cafe Mesra
- Molecule Nano World
- Sustainability Gallery
- 3D Theatre
- Tech Lab
- Space
- Time Tunnel
- Geotime Diorama
- Science Station

Selain daripada pameran, Petrosains KLCC turut menyediakan pelbagai program pendidikan dan aktiviti luar bilik darjah untuk pelajar-pelajar. Program ini dirancang dengan matlamat untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi.

Petrosains KLCC bukan hanya menjadi destinasi pelancongan popular di Kuala Lumpur tetapi juga merupakan sumber ilmu dan pembelajaran yang bernilai. Dengan menggabungkan elemen interaktif dan edukatif, pusat ini terus berperanan dalam membentuk generasi yang lebih berpengetahuan dan berinovasi dalam bidang sains dan teknologi. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Kidzania, Kuala Lumpur