KidZania Kuala Lumpur ialah sebuah taman tema tertutup yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya ,Kuala Lumpur. Ia adalah destinasi popular untuk kanak-kanak dan keluarga yang ingin mengalami dunia dewasa dalam suasana bermain dan pembelajaran yang menyeronokkan. Taman tema ini dibuka pada 28 Februari 2012 dan telah dirasmikan oleh oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di sini, kanak-kanak dapat memainkan peranan dalam pelbagai pekerjaan dan aktiviti yang dirangka untuk memberikan pengalaman pendidikan dan hiburan. Mereka juga berpeluang untuk menjalani kehidupan harian seperti golongan dewasa yang dijalankan dalam suasana “bandar maya” yang direka khas. Secara tidak langsung ia mampu memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
KidZania Kuala Lumpur ini terletak di salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur iaitu di dalam pusat beli-belah The_Curve, Petaling Jaya. Lokasinya agak strategik dan menjadi tumpuan ramai pengunjung di sekitar pusat bandaraya.
- Alamat : Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
- Google Maps : KLIK
Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
- Selasa – TUTUP
Peta Ke KidZania
Harga Tiket KidZania Kuala Lumpur
Harga tiket KidZania Kuala Lumpur boleh berubah dari semasa ke semasa, jadi adalah penting untuk merujuk laman web rasmi KidZania untuk harga tiket yang terkini. Harga tiket juga berbeza mengikut kategori umur atau waktu lawatan. Sebagai panduan kasar, sila rujuk harga tiket dibawah;
Bayaran Tiket
- Baby (0-1 Tahun) – PERCUMA
- Toddlers (2-3 Tahun) – RM38 – RM58
- Kanak -kanak (4-17 Tahun) – RM78 – RM120
- Dewasa (18-60 Tahun) – RM48 – RM73
- Warga Emas (60 Keatas) – PERCUMA
Voucher & Promosi Harga Tiket
Selain daripada harga tiket biasa, KidZania mungkin juga menawarkan pakej istimewa, promosi, atau diskaun untuk lawatan berkumpulan atau keluarga. Oleh itu, adalah bijak untuk memeriksa laman web atau portal untuk maklumat terkini tentang harga dan sebarang tawaran khas yang mungkin berlaku. Boleh semak dan banding harga di sini;
Aktiviti Menarik di KidZania Kuala Lumpur
Nikmati hari bersama keluarga yang penuh dengan keseronokan apabila anda membawa anak-anak ke KidZania Kuala Lumpur. KidZania adalah sebuah bandar mini untuk anak-anak anda yang kecil. Anak-anak anda bebas untuk memilih dari pelbagai kerjaya dan boleh mensimulasikan menjadi seorang doktor, seorang wartawan akhbar, seorang anggota bomba, dan lebih daripada 100 kerjaya lain untuk dipilih.
Di dalam bandar ini, anak-anak anda juga akan mendapat wang dan boleh menggunakannya untuk perkhidmatan atau memilih untuk berbelanja. Satu ciri unik KidZania adalah penggunaan mata wang palsu yang dipanggil “KidZos.” Kanak-kanak dibayar dalam KidZos apabila mereka menjalankan tugas dan pekerjaan yang ditetapkan. Mereka boleh menggunakan KidZos untuk membeli barangan atau perkhidmatan di KidZania atau menyimpannya di bank. Konsep ini memperkenalkan kanak-kanak kepada konsep kewangan asas dan pentingnya menguruskan wang.
Selain itu, kanak-kanak akan belajar tentang tugas dan tanggungjawab dalam setiap peranan, serta nilai-nilai seperti kerjasama dan kebertanggungjawaban. Ia sangat bagus untuk mereka belajar cara berdikari bagi menguruskan sesuatu hal atau urusan.
Selain daripada peranan profesional, terdapat juga aktiviti seni dan kraftangan, studio filem, media dan penyiaran, serta pelbagai persembahan dan permainan yang menghiburkan. KidZania Kuala Lumpur adalah tempat yang ideal untuk kanak-kanak memahami dunia dewasa dan memperkayakan pengalaman pendidikan mereka dengan cara yang menyeronokkan.
Ia adalah destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga yang ingin bersama-sama mengeksplorasi dunia pekerjaan dan pengalaman unik ini. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Menara Kuala Lumpur