
Kuala Lumpur adalah sebuah ibu kota negara Malaysia yang kian pesat membangun dan semakin dikenali seantero dunia. Bandaraya ini juga menjadi pusat kebudayaan, kewangan dan ekonomi bagi negara Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan antaranya seperti lokasi bersantai, aktiviti lasak, membeli-belah, dan banyak lagi. Namun, bagi anda yang mengidamkan percutian alam semulajadi, destinasi Kuala Lumpur kurang sesuai disebabkan kawasan persekitarannya dikelilingi oleh bangunan pencakar langit.
Di samping itu, anda juga berpeluang meneroka tempat menarik di Selangor kerana lokasinya hanya terletak bersebelahan di antara dua buah negeri. Walaupun saiz keluasan Kuala Lumpur tidak begitu besar berbanding negeri-negeri lain, namun terdapat banyak pilihan tempat menarik yang ditawarkan di sini. Ibu kota Kuala Lumpur juga merupakan sebuah bandar yang hidup tidak kira siang atau malam. Berikut adalah senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda lawati.
Senarai Tempat Menarik di Kuala Lumpur
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
1. Menara Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Menara KL merupakan salah satu tarikan pelancongan utama di Kuala Lumpur. Menara yang memiliki ketinggian 421 meter ini sering menjadi tumpuan para pelancong dari dalam mahu pun luar negara. Ia juga merupakan menara telekomunikasi tertinggi di Malaysia dan ke-7 tertinggi di dunia.
Apa yang menarik, pengunjung berpeluang merasai pengalaman berdiri pada ketinggian 300 meter di SkyBox KL Tower. SkyBox KL Tower adalah sebuah bilik yang berlantaikan cermin setebal 3 inci dengan 3 lapisan. Dinding bilik ini juga turut diperbuat daripada cermin yang sama. Aktiviti ini pasti meningkatkan tahap adrenalin para pengunjung dan menjadi tempat yang seram bagi sesiapa yang gayat pada ketinggian. Selain itu, terdapat observation deck bagi membolehkan para pelancong menikmati permandangan seluruh bandar Kuala Lumpur. Anda juga boleh menjamu selera di Atmosphere 360 Revolving Restaurant yang menawarkan suasana yang unik dan menarik.
Waktu Operasi
Observation Deck
- 9 am – 10 pm (Setiap Hari)
SkyBox KL Tower
- 9 am – 6 pm (Setiap Hari)
Atmosphere 360 Revolving Restaurant
- 9 am – 10 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
Harga Tiket SkyDeck
Warganegara (Mykad)
- Dewasa – RM71
- Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM37
Bukan Warganegara
- Dewasa – RM99
- Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM52
* Bayaran tiket SkyDeck termasuk dengan SkyBox dan Observation Deck
Untuk mengetahui pakej dan harga di Atmosphere 360 Revolving Restaurant, sila layari website.
2. Taman Burung Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Taman Burung Kuala Lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur terletak di Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Taman burung ini sangat unik dan menarik kerana ia berkonsep terbuka di mana para pengunjung dapat berinteraksi dengan burung secara lebih dekat. Taman burung KL menempatkan kira-kira 2000 ekor burung yang terdiri daripada pelbagai species.
Kawasan persekitaran taman ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Zon 1 & 2 kawasan terbuka dan bebas, Zon 3 adalah habitat burung Enggang, manakala Zon 4 pula tempat pertunjukan burung. Taman burung KL juga merupakan salah satu lokasi percutian yang menarik dan sesuai dikunjungi seisi keluarga.
Waktu Operasi
- 9 am – 6 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
Warganegara (Mykad)
- Dewasa – RM25
- Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) – RM12
Harga Biasa
- Dewasa – RM63
- Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) – RM42
3. Petrosains Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Petrosains Kuala Lumpur
Petrosains, juga dikenali sebagai The Discovery Centre adalah muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur iaitu di aras 4 Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas. Lokasi percutian ini sangat sesuai untuk kanak-kanak bagi meransang minda serta memupuk minat terhadap mata pelajaran sains.
Terdapat pelbagai maklumat dan informasi yang boleh dipelajari mengenai sains terutamanya berkenaan teknologi dan petroleum. Petrosains Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 bahagian pameran utama. Antaranya seperti Dark Ride (persembahan audio visual dari zaman pra-sejarah sehingga ke zaman moden di Malaysia), Speed (pameran kereta Formula 1), Space (pameran tentang sains angkasa lepas), 3D Theatre, Molecule Nano World, dan banyak lagi.
Waktu Operasi
- Selasa – Jumaat : 9.30 am – 5.30 pm
- Sabtu – Ahad : 9.30 am – 6.30 pm
- Isnin : TUTUP kecuali cuti sekolah & cuti umum
Bayaran Tiket
Warganegara (Mykad)
- Dewasa (13 – 60 Tahun) – RM18.50
- Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM7.50
- Kanak-kanak (2 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas (61 Tahun Keatas) – RM9
Harga Biasa
- Dewasa (13 – 60 Tahun) – RM28
- Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM16.50
- Kanak-kanak (2 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas (61 Tahun Keatas) – RM14
4. Masjid Wilayah Persekutuan
Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Masjid Wilayah Persekutuan
Reka bentuk dan senibina Masjid Wilayah Persekutuan ini berkonsepkan elemen senibina Melayu serta mendapat ilham daripada masjid Othmaniah yang terletak di Turki. Antara persamaannya ialah dari segi bentuk kubah masjid dan landskap dataran utama yang diinspirasikan dari Masjid Sultan Ahmed di Turki.
Masjid yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini juga mampu menampung kira-kira 17,000 jemaah dalam satu masa. Lokasi Masjid Wilayah Persekutuan terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim berdekatan Kompleks Kerajaan di Jalan Duta.
5. Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara dibuka pada tahun 1996 dan telah melalui beberapa fasa naik taraf dan penambahbaikan bagi memastikan setiap pameran mengikut perkembangan teknologi semasa. Kini, Pusat Sains Negara telah diberi nafas baru yang mana telah menempatkan kira-kira 1000 objek pameran.
Pameran di sini juga terbahagi kepada beberapa bahagian galeri mengikut tema yang berbeza. Setiap galeri pameran mempunyai banyak informasi dan keunikan yang tersendiri sesuai untuk semua golongan. Antara tarikan utama di Pusat Sains Negara iaitu Survive The Bunker, Dinasour Encounter, Galeri Pameran Indoor, Galeri Pameran Outdoor, dan Galeri Bertema. Pusat Sains Negara terletak di Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
- Sabtu – Khamis : 9 am -5 pm
- Jumaat : TUTUP
Bayaran Tiket
Pusat Sains Negara
- Dewasa (13 Tahun Keatas) – RM6
- Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) – RM3
- Kanak-kanak (6 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas (55 Tahun Keatas) – RM3
- OKU – PERCUMA
- Kumpulan Murid Sekolah Rendah (Termasuk Guru) – RM2
- Kumpulan Murid Sekolah Menengah (Termasuk Guru) – RM3
Survive The Bunker
Warganegara (Mykad)
- Dewasa (13 Tahun Keatas) – RM4
- Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) – RM2
- Warga Emas (55 Tahun Keatas) – PERCUMA
- OKU – PERCUMA
Bukan Warganegara
- Dewasa (13 Tahun Keatas) – RM8
- Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) – RM4
Dinasour Encounter
- Dewasa (13 tahun ke atas) – RM15
- Kanak-kanak (12 – 4 tahun) – RM12
- Warga Emas (55 tahun keatas) – RM5
- Rombongan Sekolah Menengah (termasuk guru) – RM8
- Rombongan Sekolah Rendah/ Prasekolah (termasuk guru) – RM6
- Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) & OKU – PERCUMA
6. Taman Tema Indoor Berjaya Times Square

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Berjaya Times Square Theme Park
Bagi anda yang ingin mengisi masa lapang di hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti indoor yang sangat menarik dan menyeronokkan, terdapat sebuah taman tema di dalam pusat beli-belah yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Berjaya Times Square Theme Park. Untuk pengetahuan anda, taman tema ini telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai First Largest Indoor Theme Park in Malaysia.
Selain itu, taman tema yang berkeluasan 133,000 kaki persegi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden yang menawarkan pelbagai permainan yang menarik dan mendebarkan. Kelebihan utama taman tema ini ialah ia merupakan sebuah taman tema indoor yang dilengkapi penghawa dingin dan tidak tergangu oleh faktor cuaca walaupun hari hujan. Pengunjung juga boleh membeli belah di pusat beli-belah dalam bangunan Berjaya Times Square.
Waktu Operasi
- Isnini – Jumaat : 12 pm – 10 pm
- Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah : 11 am – 10 pm
Bayaran Tiket
Warganegara (Mykad)
- Dewasa (13 Tahun Keatas) – RM55
- Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM45
- Kanak-kanak (3 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas (55 Tahun Keatas) – RM20
- OKU – RM20
Harga Biasa
- Dewasa (13 Tahun Keatas) – RM70
- Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM65
- Kanak-kanak (3 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas (55 Tahun Keatas) – RM30
- OKU – RM30
7. Planetarium Negara

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Planetarium Negara
Planetarium Negara terletak di Jalan Perdana, Tasik Perdana Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah lokasi percutian yang sesuai untuk seisi keluarga di mana memaparkan pameran yang menarik berunsurkan dunia angkasa lepas. Tarikan utama di Planetarium Negara ini adalah tayangan teater seperti Journey To A Billions Suns, The Accidental Astronout, Solar Storm, dan banyak lagi. Apa yang menarik panggung teaternya terletak di dalam kubah biru bangunan tersebut.
Selain itu, Planetarium Negara yang berkeluasan kira-kira 11,000 kaki persegi ini mempunyai beberapa ruang pameran dan galeri yang penuh dengan maklumat dan informasi terkini mengenai angkasa lepas. Anda juga berpeluang melihat enjin angkasa Arianne IV yang merupakan enjin yang melancarkan satelit pertama Malaysia MEASAT 1 ke ruang angkasa.
Waktu Operasi
- Selasa – Ahad : 9 am – 4.30 pm
- Isnin : TUTUP
- Tayangan Teater : 10 am – 4 pm
Bayaran Tiket
Warganegara (Mykad)
- Dewasa (13 Tahun Keatas) – RM6
- Kanak-kanak (2- 12 Tahun) – RM4
- Pelajar (18 Tahun Kebawah) – RM4
Harga Biasa
- Dewasa (13 Tahun Keatas) – RM12
- Kanak-kanak (2- 12 Tahun) – RM8
- Pelajar (18 Tahun Kebawah) – RM8
8. Petaling Street

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Petaling Street
Petaling Street adalah nama jalan dimana terdapat gerai dan pasar yang menjual pelbagai barangan seperti jam, bag, baju, mainan kanak-kanak, cederamata, makanan, dan sebagainya. Suasana di sini sangat meriah dengan teriakan para peniaga dan tawar menawar daripada pelanggan. Perlu diingatkan, para pengunjung yang ingin membeli belah di sini mesti buat rundingan harga atau tawar menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan berbaloi. Lokasi pasar ini terletak di Jalan Petaling, di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
9. Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
Taman Rama-Rama Kuala Lumpur sangat menarik dan menyeronokkan kerana ia berkonsep terbuka dan para pengunjung berpeluang menyaksikan rama-rama yang berwarna-warni berterbangan di sekitar mereka. Apa yang menarik, taman rama-rama yang berkeluasan 80,000 kaki persegi ini merupakan antara yang terbesar di dunia dan menempatkan kira-kira 5,000 ekor rama-rama hidup. Taman ini juga turut diserikan dengan tumbuhan dan bunga-bunga yang berperanan sebagai habitat serangga ini.
Selain itu, terdapat haiwan-haiwan lain yang turut dipamerkan di sini seperti serangga eksotik, ikan koi Jepun, penyu, dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh melawat ke galeri yang menempatkan ribuan koleksi rama-rama yang telah diawet dari seluruh dunia. Taman rama-rama Kuala Lumpur terletak di Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
- 9 am – 6 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
Warganegara (Mykad)
- Dewasa (12 Tahun Keatas) – RM11
- Kanak-kanak (2 – 11 Tahun) – RM6
- Pakej Keluarga ( 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) – RM34
- Video Kamera – RM5
Harga Biasa
- Dewasa (12 Tahun Keatas) – RM24
- Kanak-kanak (2 – 11 Tahun) – RM13
10. Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Bangunan yang gah dan tersergam indah ini siap dibina pada tahun 1910. Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini sangat terkenal dengan reka bentuk dan senibinanya yang mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur. Bangunan ini merupakan antara yang terunik di dunia dan sangat sesuai untuk sesi bergambar.
Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta dengan mirip, Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi.
11. Aquaria KLCC

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Aquaria KLCC
Jika anda menetap di pusat bandar yang jauh dari kawasan pantai atau tidak berpeluang melakukan selam scuba, bolehlah berkunjung ke Aquaria KLCC yang menempat pelbagai species hidupan marin yang sangat indah dan menakjubkan. Anda juga berpeluang untuk melihat dan mengenali hidupan laut dengan lebih dekat lagi.
Antara tarikan utama di Aquaria KLCC adalah Underwater Tunnel, Cage Rage, Dive With Shark, dan aquarium yang menempatkan pelbagai species ikan seperti piranha, arapaima, Japanese spider crab, dan banyak lagi. Aquaria KLCC ini juga merupakan salah satu daripada 5 aquaria yang terbaik di Asia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur dan menyaksikan keindahan ciptaan tuhan.
Waktu Operasi
- 10 am – 8 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
Warganegara (Mykad)
- Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM52
- Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM42
- Kanak-kanak (2 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM42
- OKU – RM17
Harga Biasa
- Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM75
- Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM65
- Kanak-kanak (2 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM65
- OKU – RM17
*Harga tiket aquaria klcc akan berubah bergantung pada promosi dan kadar semasa.
12. KL Tower Mini Zoo

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : KL Tower Mini Zoo
Ramai yang tidak tahu di kaki Menara Kuala Lumpur terdapat sebuah mini zoo yang sangat menarik dan menyeronokkan. KL Tower Mini Zoo ini terletak di dalam kawasan hutan berhampiran Menara Kuala Lumpur dan menempatkan kira-kira 60 jenis species haiwan.
Terdapat 8 zon pameran berbeza yang mempunyai tarikan dan keunikkan yang tersendiri. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan dan berinteraksi dengan lebih dekat kerana kebanyakkan haiwan di sini sangat jinak dan mesra pelancong.
Waktu Operasi
- 10 am – 9 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM32
- Kanak-kanak – RM27
13. Sky Bridge KLCC

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Skybridge KLCC
Sky Bridge KLCC merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan antara dua buah bangunan yang tertinggi di Malaysia iaitu Menara Berkembar KLCC. Sky Bridge ini terletak di tingkat 41 & 42 bangunan menara di mana keseluruhnya mempunyai 88 tingkat.
Aktiviti ini sangat menarik dan menyeronokkan kerana anda boleh melihat permandangan seluruh bandaraya Kuala Lumpur di samping boleh menguji tahap keberanian individu yang gayat pada ketinggian. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke observation deck di tingkat 86 untuk menyaksikan panorama yang menakjubkan. Lawatan pelancong ke Sky Bridge KLCC adalah terhad dan mempunyai koata harian. Jadi, siapa cepat dia dapat.
Waktu Operasi
- 9 am – 9 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
Warganegara (Mykad)
- Dewasa (13 – 60 Tahun) – RM28
- Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM14
- Warga Emas (61 Tahun Keatas) – RM14
- Kanak-kanak (2 Tahun Kebawah) – PERCUMA
Harga Biasa
- Dewasa (13 – 60 Tahun) – RM80
- Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM33
- Warga Emas (61 Tahun Keatas) – RM42
- Kanak-kanak (2 Tahun Kebawah) – PERCUMA
*Untuk mengetahui sebarang promosi dan diskaun harga tiket, sila layari website.
14. Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Matic
Kuala Lumpur merupakan salah satu lokasi percutian yang terkenal di seluruh dunia. Bagi memudahkan para pelancong, Malaysia Tourism Centre (MaTiC) telah ditubuhkan. Pelbagai kemudahan disediakan untuk kegunaan para pelancong dari dalam dan juga luar negeri. Antaranya adalah seperti kaunter ejen pelancongan, zon internet percuma, kafe, perhentian bas KL Hop-On Hop-Off, kemudahan pertukaran wang, pejabat polis pelancong, kedai coklat, kedai cenderamata, dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan yang dipertontonkan secara percuma pada setiap hari jam 3 petang kecuali hari Ahad. Malaysia Tourism Centre (MaTiC) ini terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
- Isnin – Ahad : 8 am – 6 pm
15. Masjid Negara
Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Masjid Negara
Masjid Negara terletak di Jalan Perdana bersebelahan Taman Burung Kuala Lumpur dan Taman Tasik Perdana. Ia juga merupakan salah satu masjid utama di Malaysia yang lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Masjid negara mula dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos1965. Kawasan masjid yang berkeluasan kira-kira 13 ekar ini mempunyai dewan sembahyang utama seluas 22,500 kaki persegi dan mampu menampung seramai 15,000 orang jemaah dalam satu masa. Masjid Negara ini juga pernah menjadi salah sebuah masjid paling moden di Asia Tenggara pada suatu ketika dahulu.
16. Taman Metropolitan Kepong

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Taman Tasik Metropolitan Kepong
Taman Metropolitan Kepong ini sangat terkenal sebagai lokasi untuk beridah terutamanya bermain layang-layang. Ini kerana kawasan taman ini sangat luas iaitu berkeluasan 95 hektar dan merupakan taman rekreasi yang terbesar di Selangor dan Kuala Lumpur. Taman ini akan dipenuhi dengan pengunjung pada setiap hari minggu bertujuan beriadah bersama keluarga.
Antara kemudahan yang terdapat di Taman Metropolitan Kepong ini ialah trek jogging, kawasan bersenam, trek berbasikal, padang bola sepak, taman permainan kanak-kanak, dan padang untuk bermain layang-layang. Selain itu, taman ini juga diserikan dengan deretan kedai menjual layang-layang yang pelbagai saiz dan bentuk seperti layang-layang berbentuk burung, ular, kapal terbang, dan banyak lagi. Di pinggiran taman pula terdapat tasik yang menjadi lokasi utama kepada kaki joran untuk memancing. Anda juga berpeluang melihat permandangan di sekitar taman dengan menaiki menara tinjau yang berketinggian 5 tingkat. Ia turut menjadi lokasi untuk sesi fotografi kepada pengantin baru.
Waktu Operasi
- 6 am – 8 pm (Setiap Hari)
17. Kuala Lumpur Upside Down House

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Kuala Lumpur Upside Down House
Rumah unik ini dibuka kepada orang ramai pada 8 Jun, 2016 dan hanya mengambil masa tiga bulan untuk dibina. Sejak pembukaannya, ia telah menyambut 400,000 pelawat. Walaupun ia bukanlah rumah terbalik pertama di Malaysia, namun lokasi percutian ini sering menerima ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur Upside Down House adalah yang pertama di ibu negara dan tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur.
Reka bentuk rumah yang unik dan menarik membolehkan pengunjung mengambil seberapa banyak gambar dan video yang mereka kehendaki. Melihat rumah ini dari luar, anda tidak akan tahu bahawa ini adalah sebuah rumah dua tingkat. Ini kerana segala-galanya di dalam rumah adalah “terbalik” (kecuali untuk unit penghawa dingin), tingkat atas (loteng) rumah sebenarnya di tingkat bawah, kerana anda perlu turun tangga. Lokasi Kuala Lumpur Upside Down House terletak di Off, Jalan P Ramlee, &, Jalan Puncak, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
- 9 am – 7 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM19
- Kanak-kanak – RM14
18. TAPAK Urban Street Dining

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Tapak Urban Street Dining
Ditubuhkan pada tahun 2016, TAPAK menjadi taman trak makanan pertama di Malaysia yang menyatukan pengendali trak makanan tempatan dan pencinta makanan ke arah budaya makan di jalanan tengah bandaraya Kuala Lumpur. Pelbagai makanan dan minuman boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. Pengunjung juga berpeluang merasai bermacam jenis masakan western dan tempatan yang sangat menyelerakan. Lokasi TAPAK terletak di 2A, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
- 6 pm – 1 am (Setiap Hari)
19. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Taman Eko Rimba Kuala Lumpur
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Nenas dan merupakan satu-satunya hutan semulajadi yang terdapat di Bandaraya Kuala Lumpur. Suasana di sini sangat tenang dan damai seolah-olah berada di kawasan pendalaman. Para pengunjung juga berpeluang menghirup udara yang segar dan nyaman disamping menikmati permandangan alam flora & fauna semulajadi yang sungguh menakjubkan.
Antara kemudahan yang terdapat Hutan Simpan Bukit Nenas ini adalah canopy walk dan trek pejalan kaki. Ia bagi memastikan para pengunjung dapat meneroka hutan simpan ini dengan lebih mudah dan selesa. Selain itu, terdapat juga taman orkid, taman herba, dan banyak lagi tempat yang menarik. Taman Eko Rimba Bukit Nenas ini terletak di Jalan Sultan Salahuddin iaitu di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan.
Waktu Operasi
- 7 am – 7 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- Percuma
20. Taman Rimba Bukit Kerinchi

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Taman Rimba Bukit Kerinchi
Taman Rimba Bukit Kerinchi merupakan salah satu lokasi percutian alam semulajadi yang terletak bersebelahan dengan Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Taman Rimba Bukit Kerinchi juga berperanan sebagai pintu masuk untuk ke Bukit Gasing dari Kuala Lumpur.
Lokasi berbukit ini menawarkan aktiviti mendaki yang sesuai untuk seisi keluarga. Selain itu, terdapat juga tarikan menarik seperti kolam-kolam kecil serta aliran anak sungai yang sesuai dijadikan lokasi perkhemahan dan perkelahan. Kemudahan awam seperti tandas, kawasan parkir kenderaan, jambatan gantung, dan laluan pejalan kaki juga turut tersedia bagi keselesaan para pengunjung.
21. Bangunan Sultan Abdul Samad

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah mercu tanda dan bangunan ikonik di bandar Kuala Lumpur. Pada asalnya bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan British iaitu pada tahun 1897. Rekaan struktur bangunan ini daripada hasil tangan arkitek British iaitu AC Norman yang juga arkitek untuk bangunan Masjid Jamek. Bangunan yang berkonsepkan Moor ini sangat unik dan sering menjadi lokasi penggambaran bagi pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara.
Kawasan ini juga turut meriah di waktu malam kerana menjadi tempat untuk bersantai bagi warga kota. Pengunjung berpeluang melihat suasana kota yang diterangi cahaya lampu yang berwarna warni. Di hadapan bangunan ini terletaknya Dataran Merdeka yang merupakan lokasi utama Sambutan Hari Kemerdekaan bagi negara Malaysia pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang mesti anda kunjungi.
22. Flight Experience Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Flight Experience Kuala Lumpur
Jika sebelum ini anda sudah biasa bermain flight simulator di telefon pintar, kini tiba masanya untuk anda naik taraf pengalaman membawa kapal terbang di Flight Experience yang terletak di Pavillion Bukit Bintang. Apa yang menarik, Flight Experience mendapat kelulusan dari Boeing sebagai pengalaman menerbangkan pesawat yang hampir sama dengan realiti sebenar.
Pengalaman ini dapat dirasai oleh semua golongan termasuk dewasa dan kanak-kanak. Sepanjang pengendalian pesawat, anda akan dilatih dan dibimbing oleh juru terbang yang sebenar. Ia merupakan salah satu pengalaman yang sangat berharga dan menyeronokkan. Selain itu, anda juga dapat memilih sehingga 24,000 buah lapangan terbang di seluruh dunia sebagai lokasi tujuan atau bertolak. Tempoh masa yang diberikan untuk menerbangkan pesawat dari 30 minit hingga 90 minit.
Waktu Operasi
- 10 am – 10 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- Junior Jet Flights – RM250 (20 Minit)
- Scenic Flight – RM400 (30 Minit)
- City Circuits – RM500 (45 Minit)
- City Flyer – RM600 (60 Minit)
- Multi City Flyer – RM650 (60 Minit)
- Ultimate – RM800 (90 Minit)
- Multi Ultimate – RM850 (90 Minit)
23. Muzium Bank Negara Malaysia

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Muzium Bank Negara Malaysia
Sekiranya anda hanya mempunyai beberapa jam sahaja di Kuala Lumpur, satu cara terbaik untuk meluangkannya adalah dengan berkunjung ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang terletak di Jalan Dato’ Onn. Muzium ini terdiri daripada enam buah galeri iaitu Galeri Seni, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik, Galeri Kanak-kanak dan Galeri Bank Negara Malaysia. Ia juga sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.
Secara tidak langsung, para pengunjung dapat mengetahui dan mempelajari tentang perkembangan ekonomi Malaysia, sejarah ekonomi, peranan Bank dalam pembangunan ekonomi, dan peraturan kewangan negara sejak tahun 1959 hingga sekarang. Selain itu, terdapat juga pameran koleksi mega matawang dan duit lama serta koleksi hasil seni Bank Negara yang sangat menarik untuk dilawati.
Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- PERCUMA
24. Galeri Batek Jadi

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Jadi Batek Gallery
Galeri Batek Jadi merupakan salah satu pusat batik dan kraf-tangan terbesar di Kuala Lumpur. Lokasi yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur ini mudah diakses serta dilengkapkan dengan keramahan kakitangan yang mesra. Galeri Batek Jadi juga berperanan memelihara warisan dan identiti unik negara kita untuk menghasilkan batik dan kraftangan yang berkualiti.
Galeri Batek Jadi adalah satu-satunya tempat di Kuala Lumpur di mana anda boleh bertemu dengan pelukis batik yang berpengalaman dan berpeluang melihat hasil mereka dengan lebih dekat secara percuma. Galeri ini terletak di 30, Jalan Inai, Imbi, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
- Isnin – Jumaat : 9 am – 5.30 pm
- Sabtu, Ahad, & Cuti Umum : 9 am – 5 pm
Bayaran Tiket
- Lukisan Sapu Tangan (2 Jam) – RM60 (Cotton), RM80 (Silk)
- Skarf (3 Jam) – RM120 (Cotton), RM150 (Silk)
- Pareo (4 Jam) – RM200 (Cotton), RM250 (Silk)
- T-Shirt (2 Jam) – RM80 (Cotton)
25. Balai Seni Visual Negara

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Balai Seni Visual Negara
Dahulunya dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan pada 1958, setahun selepas merdeka. BSVN merupakan antara muzium seni yang terawal dibina di Asia Tenggara dan sangat dikenali di rantau ini yang bukan sahaja mempamerkan karya-karya seni moden dan kontemporari artis Malaysia dan Asia Tenggara malah artis antarabangsa. Kini BSVN mempunyai koleksi terbesar seni moden dan seni kontemporari Malaysia.
Selain daripada itu, BSVN juga memain peranan untuk mempromosi dan meningkatkan mutu seni visual negara menerusi pelbagai aktiviti seperti menganjurkan pameran, bengkel, pertandingan dan pelbagai lagi aktiviti rentas budaya, baik dalam dan luar negara. BSVN bukanlah zoo lukisan atau zoo pelukis, BSVN adalah ruang kreativiti manusia mencurah idea dalam merakam dan memanifestasikan rupa bangsa mereka. Balai Seni Visual Negara ini terletak di No. 2, Jalan Temerloh, Titiwangsa. Ia juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- PERCUMA
26. Kuala Lumpur City Gallery

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Kuala Lumpur City Gallery
Bagi pengunjung yang pertama kali sampai di bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Gallery ini merupakan salah satu tempat yang mesti anda kunjungi. Kebanyakkan pameran di sini berkisarkan tentang sejarah bandar Kuala Lumpur dari zaman dahulu hingga ke tahap status bandaraya maju dan pesat membangun. Anda juga berpeluang melihat persembahan menarik mengenai bandar Kuala Lumpur selama 10 minit.
Selain itu, terdapat banyak koleksi miniatur lokasi percutian dan tempat menarik di Kuala Lumpur. Galeri ini terletak di Dataran Merdeka, Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
- 9 am – 6.30 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- RM10 / Seorang
27. Galeri Petronas

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Galeri Petronas
Lokasi Galeri Petronas ini terletak di tingkat 3 bangunan Menara Berkembar Suria KLCC. Galeri ini menempatkan pelbagai hasil seni visual yang sangat menarik hasil daripada karyawan tempatan dan juga luar negara. Antara hasil seni yang dipamerkan di galeri ini adalah seperti lukisan seni, arca & teknologi, dan lukisan foto yang bertaraf dunia.
Tahap kreativiti dan kesenian pameran di sini pasti membuatkan anda kagum dan teruja di sepanjang lawatan. Ia juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang mesti anda kunjungi.
Waktu Operasi
- 10 am – 8 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- PERCUMA
28. Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : KLPAC
Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) merupakan sebuah tempat untuk mempromosikan dan memupuk bakat seni persembahan tempatan untuk pertumbuhan dan kemampanan industri seni persembahan di Malaysia. KLPAC juga ditubuhkan bagi menunjukkan bagaimana teater, muzik dan tarian dapat memainkan peranan utama dalam kehidupan kita dengan membantu kita membentuk pemahaman kita tentang dunia.
Terletak di stesen kereta api lama yang telah diubahsuai di Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, klpac dan The Actors Studio telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada seratus acara utama, serta banyak bengkel, kelas, pementasan filem dan banyak lagi.
29. Kompleks Kraft Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Bagi pengunjung yang ingin mencari cenderamata atau barangan kraftangan, bolehlah berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang terletak di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Lokasi percutian yang unik dan berseni ini sesuai dijadikan destinasi persinggahan para pengunjung ketika berada di tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kompleks Kraft ini juga berperanan sebagai sebuah tempat pengumpulan produk-produk kraf tangan tradisi dan moden kontemporari dari seluruh pelusuk negara.
Selain itu, bangunan yang bercirikan senibina Melayu Terengganu ini turut menawarkan produk yang berkaitan dengan pelancongan seperti produk berteraskan seni dan kraf, untuk pengunjung tempatan dan luar negeri.
Waktu Operasi
- 9 am – 6 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- PERCUMA
30. The River of Life

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : The River of Life
The River of Life terletak di Jalan Tun Perak berhampiran Jalan Chow Kit dan Pasar Seni yang menjanjikan permandangan yang indah di waktu senja dan waktu malanm. Tujuan utama program The River of Life ini bagi memupuk sikap dan tingkah laku untuk mengurangkan pencemaran di Sungai Klang dan penjagaan sungai untuk meningkatkan kualiti air dan mengurangkan pencemaran di dalam kawasan projek.
Difahamkan The River of Life Kuala Lumpur merupakan antara yang terbaik di dunia. Anda berpeluang melihat pancuran air pancut yang dihiasi dengan cahaya lampu neon yang berwarna warni. Selain itu, The River of Life juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur.
31. Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra adalah sebuah pusat pameran besar di Kuala Lumpur yang memperingati kehidupan dan pencapaian Perdana Menteri pertama Malaysia. Terletak di sepanjang Jalan Dato ‘Onn, kawasan ini dikelilingi oleh landskap taman yang indah dengan kediaman rasminya dan dua blok lagi bangunan yang menempatkan koleksi barangan dan dokumen peribadi.
Memorial yang berkeluasan kira-kira 120,000 kaki persegi ini menempatkan pelbagai pameran yang menarik dan mengagumkan. Antraranya seperti bahan-bahan yang diarkibkan, petikan berita, mementos, buku, dan, surat. Disamping itu, barangan peribadi Tunku juga turut dipamerkan seperti perabot, cenderamata, pakaian, potret hitam dan putih, dokumen dan paparan granit ‘Proklamasi Kemerdekaan’ kepada koleksi buku, alat cukur, ilustrasi dan biografi Tunku dan isterinya Tun Sharifah Rodziah. Pelawat juga boleh melihat kawasan pemeriksaan audio/visual di teater mini.
Waktu Operasi
- Selasa – Ahad : 9 am – 5 pm
- Isnin : TUTUP
Bayaran Tiket
- PERCUMA
32. Museum Of Illusions Kuala Lumpur

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Museum of Illusions Kuala Lumpur
Selain muzium 3D Art yang terdapat di Melaka dan Penang, Kuala Lumpur juga mempunyai sebuah muzium ilusi yang unik dan menarik untuk dikunjungi. Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 2018 dan merupakan muzium ilusi pertama di Kuala Lumpur. Lokasi muzium ini terletak di tingkat 1 Hotel Ansa Bukit Bintang.
Terdapat 6 bahagian pameran ilusi yang boleh anda terokai antaranya ialah The Chair Illusion, Ames Room, The Vortex Tunnel, The Infinity Room, Anti-Gravity Room, dan Rotated Room. Serlahkan kreativiti dan imaginasi anda untuk mendapatkan gambar yang unik dan menarik.
Waktu Operasi
- 10 am – 10 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM35
- Kanak-kanak – RM25
33. Pustaka Peringatan P. Ramlee
Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Pustaka Peringatan P. Ramlee
Pustaka Peringatan P. Ramlee merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang mesti anda kunjungi terutamanya bagi peminat dan penggemar hasil karya tokoh seniman Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Lokasinya yang terletak di Jalan Dedap, Taman P. Ramlee agak strategik dan hanya empat kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC), malah tidak jauh dari kawasan segi tiga emas ibu negara.
Selain musim cuti akhir tahun, kediaman itu juga menerima kehadiran ramai pengunjung pada Mei iaitu sempena bulan memperingati pemergiannya pada 29 Mei 1973. Disamping dapat melihat pameran koleksi seniman P. Ramlee, pengunjung juga dihiburkan lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma sebagai halwa telinga, selain petikan dialog P Ramlee dalam filem yang dibintanginya.
Waktu Operasi
- Selasa – Ahad : 9 am – 5 pm
- Isnin : TUTUP
Bayaran Tiket
- PERCUMA
34. OUR ArtProjects @ The Zhongshan Building
Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Our Artprojects
Gallery OUR Artprojects adalah antara 12 unit yang membentuk bangunan Zongshan yang baru dipulihkan di Kampung Attap. Bangunan Zhongshan ini adalah sebuah rumah kedai lama tahun 1950-an yang telah diperbaharui. Di sini, anda berpeluang melihat pelbagai koleksi hasil seni dari seluruh negara kerana galeri ini memberi tumpuan kepada pameran seni kontemporari Asia Tenggara. Jangan ketinggalan meneroka seluruh bangunan Zongshan. kerana terdapat banyak hasil seni kreatif di sepanjang bangunan.
Waktu Operasi
- Selasa – Sabtu : 11 am – 7 pm
Bayaran Tiket
- PERCUMA
35. Istana Budaya Kuala Lumpur
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik Di Negeri Sembilan
1 Comment
Taman Tugu Negara Trek Beginner Sesuai Untuk Kaki Hiking · July 11, 2023 at 3:44 am
[…] yang nak layan bandaraya Kuala Lumpur, korang boleh check in tempat menarik di Kuala Lumpur dan lihat beberapa lokasi terkini boleh […]
Comments are closed.