Zoo Melaka merupakan salah satu zoo yang sangat menarik dan popular dalam kalangan pelancong dari dalam mahu pun luar negara. Zoo kedua terbesar di Malaysia ini ditubuhkan pada tahun 1963 di bawah kawalan dan pengurusan Kerajaan Negeri Melaka. Namun, bermula pada tahun 2013 Zoo Melaka telah diswastakan dan dikenali sebagai Zoo Melaka & Night Safari. Pelbagai penambahbaikkan dan transformasi telah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang baru bagi memastikan Zoo Melaka & Night Safari ini menjadi salah satu tempat menarik di Melaka dan sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.

Zoo seluas 54 ekar ini telah menempatkan lebih kurang 1,200 haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Ia juga berkonsep terbuka di mana para pengunjung dapat berinteraksi dengan haiwan secara lebih dekat di samping mengekalkan persekitaran alam flora & fauna yang semulajadi. Selain itu, Zoo Melaka juga berperanan sebagai pusat penyelidikan hidupan liar, pusat pembiakan dan pemuliharaan, serta menjadi kawasan rekreasi yang sangat menyeronokkan.

zoo melaka

Cara Menuju Ke Destinasi

Zoo Melaka & Night Safari merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Ayer Keroh. Kawasan ini juga mudah diakses kerana terletak bersebelahan dengan Lebuh Ayer Keroh kira-kira 13 km dari Bandar Hilir.

Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur pula, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan susur keluar di EXIT 231 Ayer Keroh. Kadar tol dari plaza tol Sungai Besi ke plaza tol Ayer Keroh adalah RM12.87 sehala.

  • Alamat : Zoo Melaka & Night Safari, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 06-232 3900

Waktu Operasi

Zoo Melaka

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Night Safari

  • Jumaat & Sabtu : 8 pm – 11 pm
zoo melaka

Peta Ke Zoo Melaka

zoo melaka

Harga Tiket Zoo Melaka

Harga tiket kemasukan ke Zoo Melaka & Night Safari adalah berbeza mengikut umur. Warganegara atau pemegang mykad juga diberi keistimewaan untuk mendapat tiket dengan harga promosi. Untuk maklumat lanjut, sila layari website.

Bayaran Tiket

Warganegara (Mykad)

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM25
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM15
  • Kanak-kanak (3 Tahun Kebawah) – PERCUMA
  • Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM15
  • OKU – RM15

Harga Biasa

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM35
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM25

Voucher & Promosi Harga Tiket

Terdapat beberapa portal dan website di internet yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke sini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket untuk mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Antaranya seperti ; 

  1. traveloka.com
  2. klook.com
zoo melaka

Aktiviti Menarik Di Zoo Melaka

Selain menjadi habitat kepada ribuan haiwan, Zoo Melaka juga berperanan sebagai tempat pemuliharaan dan pembiakan haiwan liar yang terancam dan diambang kepupusan. Pelbagai penyelidikan dan kajian telah dibuat bagi memastikan haiwan di sini terjaga dan terpelihara antaranya seperti menyediakan persekitaran semulajadi dengan tumbuhan hijau, kolam air dan suasana sebagaimana habitat asal haiwan tersebut.

Bukan sahaja dapat melihat pelbagai species haiwan eksotik, Zoo Melaka juga menawarkan beberapa aktiviti menarik untuk para pengunjung seperti Bird Show, Keeper Talk, dan Elephant Feeding. Perkhidmatan tram juga turut disediakan bagi memastikan para pengunjung melawat dan mengelilingi kawasan zoo dengan lebih santai.

Aktiviti menarik lain yang terdapat di Zoo Melaka & Night Safari adalah seperti dibawah;

Kinder Zoo

Di sini kanak-kanak prasekolah akan diberi penerangan mengenai haiwan serta didedahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan dengan pembelajaran tentang kehidupan haiwan di sekitar zoo.

Fresh Zoo

Fresh Zoo menawarkan sesi pembelajaran kepada pelajar sekolah rendah mengenai kehidupan dan sifat haiwan yang terdapat di dalam zoo.

Peer Zoo

Program untuk pelajar sekolah menengah ini adalah sesi kelas haiwan di seluruh zoo dengan pelbagai aktiviti termasuk ‘Sehari sebagai Zookeeper’.

Uni Zoo

Program seminar untuk pelajar universiti dan kolej juga disediakan dimana berbagai penemuan tentang habitat dan tingkah-laku haiwan dikongsikan bagi menggalakkan pelajar yang berminat untuk menjalankan program penyelidikan dan latihan.

Zoomanji

Terdapat juga aktiviti lasak dan mencabar yang bersesuaian untuk golongan dewasa. Zoomanji merupakan satu permainan berpasukan yang memerlukan komunikasi dan kerjasama antara ahli pasukan. Aktiviti ini mampu meningkatkan tahap adrenalin para peserta dan juga menyeronokkan. 

Enrichment

Program Enrichment adalah melatih tingkah laku haiwan di zoo untuk di praktikkan dalam kehidupan harian. Program ini diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan, Veterinar dan Zoologi. Aktiviti ini akan dibimbing dan diselia oleh pengurus dan penjaga haiwan yang berpengalaman bagi memastikan segala tugas dilaksanakan dengan betul.

Jungle Trail (Rhythm of the Night)

Ini merupakan aktiviti yang sangat menarik untuk dicuba. Beranikan diri dan rasai sendiri pengalaman menarik merentas hutan hingga ke Taman Burung Melaka. Bunyi kicauan burung dan unggas pasti menjadikan ia pengalaman hebat dan sukar untuk dilupakan.

Selain itu, pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Antaranya seperti :

  • Surau
  • Bilik Rehat
  • Bilik Tukar Lampin Bayi
  • First Aid Station
  • Loker 
  • Kawasan Parkir 
  • Dan lain-lain

Zoo Melaka & Night Safari merupakan lokasi percutian yang sangat menarik dan menyeronokkan. Ia amat sesuai dikunjungi bersama ahli keluarga dan orang tersayang. Bukan hanya kanak-kanak malah ibubapa pasti turut teruja melihat berbagai jenis binatang yang ada. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : G2G Animal Garden, Selangor

error: Content is protected !!