
Bagi anda yang merancang percutian ke taman tema air yang menyeronokkan dengan harga yang berpatutan, bolehlah memilih destinasi Wet World Water Park, Shah Alam sebagai lokasi percutian bersama keluarga. Jika dibandingkan dengan taman tema Sunway Lagoon, Wet World tidaklah begitu popular dan tidak mempunyai taman tema lain selain taman tema air. Tetapi dengan harga tiket yang jauh lebih murah, ianya sangat berbaloi untuk dikunjungi bagi merasai sendiri permainan air yang pasti menyeronokkan. Selain itu, taman tema air ini pernah mendapat anugerah Taman Air Kecil Terbaik (2011) & Taman Air Hijau (2011) oleh Malaysian Association of Amusment Themepark & Family Attractions (MAATFA).
Destinasi Wet World Water Park juga sering menjadi lokasi pilihan warga kota bagi meluangkan masa bersama orang tersayang. Selain percutian taman tema air, terdapat banyak tempat menarik di Selangor yang boleh anda lawati untuk memenuhi masa cuti anda dengan aktiviti menarik.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Wet World Water Park
Boleh dikatakan taman tema air Wet World ini terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam. Jadi, dari segi pengangkutan tidaklah menjadi masalah besar kepada para pengunjung. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis pengangkutan awam seperti bas, teksi, KTM, LRT, dan sebagainya. Bagi yang ingin memandu kenderaan sendiri pula, anda boleh menggunakan Lebuhraya KESAS atau LDP seterusnya menuju ke Shah Alam. Perjalanan dari bandar Kuala Lumpur mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke destinasi bergantung pada kesesakan lalulintas.
- Alamat : Wet World Shah Alam, No. 3A, Persiaran Dato ‘Menteri Sek 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
- Google Map : KLIK
Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
- Rabu : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum
Peta Ke Wet World

Harga Tiket Wet World Water Park
Kebiasaanya harga tiket di taman tema dikira berdasarkan umur atau usia setiap pengunjung. Tetapi Wet World telah menampilkan sedikit kelainan iaitu mengira harga tiket mengikut had ketinggian para pengunjung. Harga tiket yang dibayar tidak termasuk dengan harga sewaan cabana (pondok kecil), pelambung, dan loker. Untuk mengelak dari beratur panjang, anda boleh membeli tiket secara online di website.
Bayaran Tiket
Wet World Water Park
- 130cm dan Keatas : RM37 (Mykad), RM47 (Pelancong Asing)
- 90cm – 130cm : RM32 (Mykad), RM42 (Pelancong Asing)
- 90cm dan Kebawah : PERCUMA
- OKU : Potongan Harga 50%
Sewaan Cabana
- Cabana Silver – Bermula RM100
- Cabana Gold – Bermula RM150
Voucher & Promosi Harga Tiket
Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;
Terma & Syarat

- Tiket yang dibeli mesti dicetak untuk tujuan rekod.
- Hadirkan tiket bercetak anda di kaunter untuk menebus gelang tangan anda.
- Tiket tidak boleh ditebus pada tarikh yang sama dibeli.
- Sah untuk ditebus di Wet World Shah Alam sahaja.
- Dewasa (130cm dan ke atas) Kanak-kanak (90cm-130cm).
- Tiket kanak-kanak yang dibeli melebihi 130cm tidak akan dilayan, tiket dewasa baru perlu dibeli untuk memasuki taman.
- Semua wang yang dibayar tidak akan dikembalikan sebagai ganti jika penutupan taman untuk penyelenggaraan, cuaca buruk atau disebabkan keadaan yang tidak diduga.
- Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan masuk ke taman.
- Terma dan Syarat tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Aktiviti Menarik di Wet World Water Park
Destinasi riang-ria ini menawarkan lebih 10 tarikan menarik yang sesuai bagi semua peringkat umur termasuklah golongan kanak-kanak. Kesemua permainan air di sini sangat menarik dan pasti menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan. Antara tarikan menarik yang boleh anda cuba ialah :
1.Super Hurricane

2. Monsoon Buster

3. Thunder River

4. Kiddy Typoon Lagoon

5. Caribbean River

6. Whirlwind Escape

7. Bermuda Triangle

8. Island Of Treasure

9. Pirate Cove

10. Pirate Challenge

Terdapat banyak lagi tarikan menarik yang lain untuk anda terokai. Walaupun ada diantara permainan air ini direka khas untuk kanak-kanak, namun terdapat banyk lagi permainan lain yang ekstrem dan menyeronokkan sesuai bagi golongan dewasa. Wet World Water Park merupakan lokasi percutian yang sangat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan pasti membuatkan anak-anak anda tersenyum gembira.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Sunway Lagoon Theme Park Selangor
0 Comments