
The Acre ialah sebuah restoran berkonsepkan agro-pelancongan yang terletak di sebuah ladang yang diasaskan oleh jenama susu tempatan iaitu Farm Fresh. Untuk pengetahuan, The Acre telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berhasrat untuk membangunkan Pusat Pelancongan Agro bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai industri tenusu di samping menyemai minat dalam bidang pertanian di kalangan belia.
Farm Fresh ditubuhkan pada tahun 2009 dengan membeli sebidang kecil tanah di Johor dan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia. Perkongsian antara UPM dan Farm Fresh pula bermula sejak 2020, apabila kedua-duanya bekerjasama untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri. Ini bermakna lokasi percutian ini sangat sesuai untuk seisi keluarga dan ia turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Selangor yang mesti anda kunjungi.

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Terletak di Seri Kembangan iaitu di atas sebidang tanah milik Universiti Putra Malaysia (UPM), lokasi The Acre ini sangat mudah di akses dan jelas kelihatan dari tepi jalanraya. Jadi, bagi anda yang ingin mengisi slot bercuti di hujung minggu bersama keluarga tersayang, bolehlah berkunjung ke The Acre by Farm Fresh untuk menikmati pemandangan rumput hijau di ladang sambil menjamu selera di restoran mereka.
- Alamat : Jalan Maklumat, 43400 Seri Kembangan, Selangor
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 016-206 7133
Waktu Operasi
- Selasa – Ahad : 10 am – 7 pm
- Isnin : TUTUP
Peta Ke The Acre By Farm Fresh


Harga Tiket The Acre by Farm Fresh
Apa yang menarik, harga tiket masuk ke The Acre sangat berpatutan dan mampu milik bagi semua golongan. Lokasi nya juga tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur dan memiliki permandangan padang rumput yang cantik menghijau. Ia pasti memberi keterujaan kepada setiap pengunjung yang melihatnya.
Bayaran Tiket
1. Warganegara
Weekdays
- Dewasa – RM10
- Kanak-kanak (4-12 Tahun) – RM5
- Kanak-kanak (3 Tahun Kebawah) – PERCUMA
Weekends & Public Holiday
- Dewasa – RM15
- Kanak-kanak (4-12 Tahun) – RM10
- Kanak-kanak (3 Tahun Kebawah) – PERCUMA
2. Bukan – Warganegara
Weekdays
- Dewasa – RM20
- Kanak-kanak (4-12 Tahun) – RM10
- Kanak-kanak (3 Tahun Kebawah) – PERCUMA
Weekends & Public Holiday
- Dewasa – RM30
- Kanak-kanak (4-12 Tahun) – RM20
- Kanak-kanak (3 Tahun Kebawah) – PERCUMA


Aktiviti Menarik di The Acre by Farm Fresh
Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di ladang The Acre ini. Cukup menarik sekali kalau korang dapat berjalan-jalan menikmati keindahan ladang ini bersama keluarga dan anak kecil. Disamping dapat menikmati panoroma alam semulajadi, terdapat juga port-port cantik untuk sesi fotografi bagi mencipta memori indah bersama orang tersayang. Antara aktiviti menarik lain yang ditawarkan di sini seperti ;
1. Melawat Ladang Lembu
Lembu-lembu di sini dibiarkan bebas bergerak di dalam ladang yang luas dan subur dengan rumput yang menghijau. Para pengunjung juga berpeluang mempelajari tentang penternakan lembu, pemprosesan susu lembu dan juga mencuba sendiri memerah susu dari lembu

2. Taman Bunga
Anda bukan sahaja berpeluang melihat pelbagai jenis bunga yang cantik, malah disini juga turut menjual benih bunga-bunga dan pelbagai jenis tumbuhan lain.

3. Menaiki Traktor
Di sini turut menawarkan pengalaman unik menjelajah dan meneroka ladang dengan menaiki traktor. Perjalanan menaiki traktor mengelilingi kawasan ladang mengambil masa kira-kira 20-30 minit.

4. Petting Zoo
Anda boleh melihat dan dibenarkan untuk membelai haiwan-haiwan yang ada di petting zoo The Acre by Farm Fresh ini.

5. Kolam Ikan Koi
Kolam tersebut menempatkan ikan koi dari pelbagai warna yang sangat canti dan menarik. Selain itu, terdapat satu bilik khas yang menempatkan ikan laga yang berwarna-warni.

6. Greenhouse The Acre By Farm Fresh
Pihak The Acre juga ada menyediakan sebuah greenhouse atau rumah hijau yang di dalamnya terdapat tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam dan disemai dengan sebaik mungkin.

7. Restoran di The Acre By Farm Fresh
Keunikan restoran ini terselah dengan konsep from farm to table yang digunapakai di sini. Dengan menawarkan pelbagai pilihan masakan dan makanan ala Itali dan Asia, pasti akan membuka selera korang untuk menjamu selera.

Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Kolam Air Panas Jasin, Melaka