
Negeri Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai banyak pulau yang cantik dan tempat-tempat yang menarik sebagai lokasi perlancongan dan tempat bercuti bersama keluarga tersayang. Kat sini juga sangat popular dengan makanan yang sedap dan beraneka pilihan terutamanya nasi dagang, ketupat sotong, makanan laut, celup tepung dan keropok lekor yang diperbuat daripada ikan yang segar. Pendek kata, bercuti di T’ganu memang pilihan yang tepat lah kerana mempunyai pakej yang lengkap dari segi makanan lazat, pernginapan yang berpatutan, tempat yang menarik dan pantai/pulau yang indah dan cantik. So, jom sama-sama kita lihat senarai destinasi pelancongan di bawah bagi memudahkan anda merancang percutian ke T’ganu.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
1. Pasar Payang

Pasar payang merupakan salah satu pasar yang telah lama beroperasi sejak berdekad lalu. Lokasi pasar ini terletak bersebelahan dengan Kampong Cina & Pulau Warisan. Kat sini terbahagi kepada 2 pasar iaitu pasar basah & pasar kering. Boleh dikatakan segala barang keperluan senang untuk diperolehi kat pasar ini. Terdapat banyak hasil kraftangan dan produk- produk orang tempatan seperti rempah ratus, pelbagai jenis kerepek, keropok keping, ikan masin dan perkakas memasak (periuk belanga). Manakala kain batik T’ganu, sutera, dan songket sering menjadi tumpuan oleh para pelancong sebagai cenderamata dan kenangan bercuti di negeri Sang Penyu ini. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu yang mesti anda kunjungi.
Waktu Operasi
- 8 am – 6 pm ( Setiap Hari)
2. Tasik kenyir

Tasik Kenyir terletak di Hulu Terengganu dan merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. Walupun hanya sekadar tasik buatan, tapi Tasik Kenyir telah berjaya menjadi salah satu tempat rekriasi dan pelancongan yang popular di Terengganu. Di sini boleh dikatakan syurga bagi kaki pancing disebabkan terdapat banyak lubuk-lubuk ikan yang sangat mangujakan. Pada bulan Ogos adalah bulan paling sesuai untuk aktiviti memancing kerana paras air lebih rendah dari kebiasaan.
Bagi tempat penginapan pula, terdapat banyak resort, chalet, hotel dan homestay yang berhampiran dengan tasik ini. Bagi menikmati suasana alam semulajadi di Tasik Kenyir dengan lebih menyeronokkan, anda boleh menginap di Houseboat yang disediakan. Kemudahan yang tip top, bilik yang banyak dan bahagian atas bot yang terbuka membolehkan anda menikmati panorama Tasik Kenyir pada waktu malam yang sangat mengujakan.
3. Masjid Kristal

Masjid Kristal adalah salah satu masjid yang tercantik di Malaysia. Masjid yang berstruktur besar diperbuat daripada keluli, kaca, dan Kristal ini terletak di Taman Warisan Islam di Pulau Wan Man. Ia mampu menampung seramai 1500 orang jemaah pada satu masa. Disebabkan Masjid Kristal ini mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik ditambah pula berada di tepi sungai Terengganu, ia sering menerima ramai kunjungan daripada pelancong tempatan dan juga pelancong dari luar negara. Anda juga boleh menaiki river cruise sambil melihat Masjid Kristal yang tersergam indah.
Permandangan ini lebih menakjubkan apabila anda melihat di waktu malam. Masjid Kristal ini juga akan kelihatan seperti terapung apabila air pasang!! Ini kerana ia dibina diatas pelantar besar di muara sungai Terengganu. Anda tidak akan dapat melihat permandangan yang indah ini dimana mana masjid di Malaysia. Terdapat juga kiosk yang menjual barangan cendahati yang berada berhampiran kawasan Masjid Kristal. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu yang mesti anda kunjungi.
4. Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri ini terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu dan merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Antara galeri barang-barang sejarah yang boleh terdapat dalam muzium ini seperti Galeri Tekstil & Tenunan, Senjata Tradisional, Alat Kebesaran Diraja, Seni Kraf, Ilmu & Kejadian dan banyak lagi. Rekabentuk dan seni bina muzium ini juga sangat unik kerana bertemakan Istana melayu lama. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu yang mesti anda kunjungi.
Waktu Operasi
- 9 am – 5 pm (Sabtu – Khamis)
- 9 am – 12 pm / 3 pm – 5 pm (Jumaat)
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM5
- Kanak-kanak (7-15 tahun) – RM2
- Kanak-kanak (berpakaian seragam sekolah) – RM1
- Kanak-kanak bawah 7 tahun – PERCUMA
5. Bukit Kluang

Bukit Kluang adalah salah satu tempat perlancongan yang terletak di Kampung Raja, Besut Terengganu. Antara aktiviti yang menarik dan paling menjadi tumpuan di Bukit Kluang ini adalah Paragliding. Paragliding adalah sukan yang mana anda akan meluncur dengan menggunakan payung terjun yang besar dari tempat yang tinggi.
Bagi yang gemarkan aktiviti lasak dan ingin melihat permandangan matahari terbit, anda boleh mendaki Bukit Kluang ini seawal 6.30 pagi atau selepas subuh. Pendakian untuk sampai ke puncak hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Bila dah sampai kat atas tu, anda akan disajikan dengan panorama yang cukup indah serta tiupan angin yang menyegarkan.
6. Pantai Bukit Kluang

Tempat perlancongan yang terletak di Kampung Raja, Besut Terengganu ini juga terdapat sebuah pantai yang cantik iaitu Pantai Bukit Kluang dan mempunyai air pantai yang jernih dan sejuk. Ini kerana Pantai Bukit Kluang ini terletak berhampiran dengan Pulau Redang. Tempat ini juga akan dipenuhi pengunjung pada hujung minggu samada penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negeri@negara. Untuk datang kesini anda hanya perlu ikut signboard dari Jalan Utama Terengganu-Kelantan. Ianya sangat mudah dan pasti takkan mengelirukan anda.
Sepanjang jalan untuk masuk ke Pantai Bukit Kluang ini, anda bakal disajikan dengan deretan gerai-gerai keropok lekor, celup tepung dan banyak lagi. Dengan aroma makanan yang sangat menyelerakan ni, pasti akan menambahkan lagi keterujaan anda. Di Pantai Bukit Kluang ini juga sesuai untuk aktiviti memancing dan mandi-manda.
7. Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk terletak hanya 2km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan merupakan pantai yang paling popular di Kuala Terengganu. Seperti di pantai-pantai lain, di Pantai Batu Buruk ini juga terdapat kemudahan awam seperti surau, tandas, taman permainan, tapak pameran, pentas budaya, tempat parkir kereta yang luas dan banyak lagi. Terdapat juga Pusat Akuatik Majlis Bandaraya yang bereda berdekatan dengan pantai ini. So, sesiapa yang taknak berenang di dalam air masin, bolehlah ke Pusat Akuatik ini untuk memenuhi keinginan anda untuk berenang.
Selain boleh mandi-manda di pantai, anda juga boleh menikmati makanan-makanan yang enak di gerai yang memenuhi sepanjang jalan pantai ini. Suasana bertambah meriah jika anda berkunjung ke sini pada hari Jumaat kerana terdapat pasar malam di kawasan berhampiran. Dapatlah anda merasa semua makanan tradisional orang Terengganu yang dijual di pasar malam ni.
8. Hutan Lipur Sekayu

Hutan Lipur Sekayu terletak di Kuala Berang yang mengambil masa 40 minit perjalanan dari Kuala Terengganu. Jalan yang menjadi akses utama untuk ke hutan lipur ini dalam keadaan baik dan boleh digunakan oleh motor, kereta dan juga bas. Seperti yang anda tahu, Hutan Lipur Sekayu sangat terkenal dengan air terjunnya yang bertingkat dan sangat tinggi. Bahagian bawah air terjun ini pula lebih sesuai kepada golongan kanak-kanak kerana tahap aras airnya tidaklah begitu dalam.
Disamping mempunyai air yang sangat sejuk, anda jugak disajikan dengan kehijauan rimba yang semulajadi. Di tepian air terjun juga mempunyai banyak kawasan yang lapang yang sesuai untuk berkelah & BBQ. Di sini juga mempunyai taman tema air mini yang disertakan kemudahan gelongsor air untuk kanak-kanak. Lokasi taman tema air ini di bahagian bawah air terjun. Kanak-kanak sangat sesuai dan selamat bermain air disini kerana ia adalah kolam buatan dan tiada batu-batu licin. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu yang mesti anda kunjungi.
Waktu Operasi
- 8 am – 5 pm (Setiap Hari)
- Tutup pada musim tengkujuh
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM2
- Kanak-kanak – RM1
9. Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah terletak 23km dari Tanjung Merang dan berada ditengah-tengah antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Di sini juga menjadi salah satu port terbaik bagi para penyelam untuk melakukan scuba diving dan membuat lesen menyelam. Difahamkan nama Lang Tengah ini diperoleh dari sekumpulan burung helang yang sering berlegar-legar di permukaan air laut mencari makanan. Ini merupakan satu fenomena yang unik di Pulau Lang Tengah.
Di sini tiada perkampungan penduduk seperti di pulau-pulau lain dan hanya mempunyai 4 buah resort dan chalet sahaja. Ini disebabkan oleh faktor permukaan geografinya yang berbatu dan kurang mempunyai pesisir pantai. Bagi yang sukakan privasi dan ingin menenangkan diri dari segala kesibukan, amatlah sesuai untuk berkunjung ke Pulau Lang Tengah ini. Jarak diantara satu resort ke satu resort juga begitu jauh. Ia sangat sesuai dijadikan lokasi berbulan madu bagi pasangan pengantin yang inginkan suasana romantis.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Pahang
0 Comments