Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang terletak berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur. Walaupun pesat dengan pembangunan dan merupakan salah satu negeri yang termaju di Malaysia, terdapat banyak tempat menarik di Selangor yang boleh anda kunjungi dan terokai. Selain terkenal dengan pelancongan moden, disini juga mempunyai tarikan pelancongan pantai dan juga pelancongan alam semulajadi. Dengan adanya senarai tempat menarik di Selangor ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu warga kota untuk bercuti dan merancang perjalanan dalam tempoh cuti yang singkat tanpa keluar negeri.

1. Pantai Morib

Tempat Menarik di Selangor

Pantai Morib ini terletak di Banting dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Disebabkan ia terletak berdekatan dengan kota raya, Pantai Morib ini sering menjadi tumpuan dan akan dipenuhi oleh para pengunjung samada dari warga kota mahupun penduduk tempatan pada setiap hujung minggu.

Terdapat juga pengunjung yang berkhemah di tepi pantai bagi menikmati tiupan angin pantai yang mendayu-dayu. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah memancing, beriadah bersama anak-anak, mandi pantai, BBQ, bermain layang-layang, dan banyak lagi. Anda juga berpeluang untuk mencari dan menangkap hidupan laut seperti ketam dan pepahat yang mana sangat seronok dilakukan bersama ahli keluarga. Selain itu, di Pantai Morib ini juga turut menyediakan kemudahan awam yang sangat memuaskan seperti tandas awam, medan selera, surau, taman permainan, pentas serbaguna dan gazebo.


2. i-City Shah Alam

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : star2

Kawasan i-City ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam bersebelahan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway). Ia juga merupakan antara top 25 tempat paling bercahaya dan berwarna warni di dunia dan telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Selangor.

Terdapat beberapa tarikan menarik di i-City seperti Trick Art Museum, Red Carpet dan melihat keindahan hiasan lampu LED yang menerangi disetiap sudut taman. Suasana ini hanya dapat dilihat pada waktu malam sahaja. Selain itu, terdapat juga taman tema air iaitu Water World @ i-City untuk anda cuba yang mana mempunyai permainan air yang sangat menarik seperti The Tornado Ride, Children Aladdin Adventure Pool, Giant Jacuzzi, River Adventure Through LED, Spiral and Rainbow Slide, dan Wave Pool WIth Giant LED Screen.

Tarikan utama di i-City pula ialah Snowalk i-City yang merupakan kawasan permainan sejuk berkonsepkan rumah ais. Anda berpeluang merasai pengalaman seperti barada di Alask sambil bermain Ice Sliding, Snow Walk, dan The Jurassic & Ice Age Adventure.

Waktu Operasi 

  • Bermula pada jam 11 am  * waktu operasi berbeza bagi setiap tempat

Bayaran Tiket

Trick Art Museum

  • Dewasa – RM15
  • Kanak-kanak – RM15

Red Carpet

  • Dewasa – RM35
  • Kanak-kanak – RM30

Snow Walk

  • Dewasa – RM60
  • Kanak-kanak – RM50

Water World

  • Dewasa – RM25
  • Kanak-kanak – RM20

*segala urusan pembayaran menggunakan kad i-city (iCard) yang menggunakan konsep tambah nilai bermula dari RM10


3. Air Terjun Serendah

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : geoview

Serendah mempunyai salah satu pusat rekreasi air terjun yang sangat menarik di Selangor. Air terjun Serendah ini juga turut dikenali sebagai Templer Kai dan terletak di salah sebuah perkampungan Orang Asli Serendah. Oleh kerana suasana disini sungguh tenang dan mempunyai air terjun yang jernih dan sejuk, ia telah menjadi lokasi tumpuan kepada para pelancong untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga.

Air terjun disini juga mempunyai 2 bahagian kawasan mandi iaitu bahagian atas untuk golongan dewasa dan bahagian bawah yang sesuai untuk kanak-kanak kerana mempunyai paras air yang lebih cetek. Selain itu, kemudahan awam seperti pondok, surau, tandas, bilik mandi, tempat parkir kenderaan, dan tempat berkelah disediakan dan terjaga dengan baik.


4. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : Peter CB Yap

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ini terletak di Bangunan Sultan Suleiman Klang dan merupakan sebuah galeri yang memaparkan pelbagai koleksi Diraja Selangor termasuklah pameran kisah perjalanan hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang merupakan Sultan Selangor yang ke -8. Galeri yang menempatkan kira-kira 2000 koleksi peribadi Diraja ini dahulunya dikenali sebagai Muzium Kenangan dan telah mendapat perkenan Baginda untuk menukar nama kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz pada tahun 1998. Setelah selesai kerja-kerja pengubahsuaian, Galeri Diraja ini telah dibuka kepada rakyat jelata pada tahun 2000. Penggunaan kamera juga tidak dibenarkan didalam Galeri Diraja ini.

Waktu Operasi

  • Selasa – Ahad : 10 am – 5 pm
  • Isnin dan Cuti Umum : TUTUP

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM4
  • Warga Emas – RM2
  • Kanak-kanak – RM1

5. Gua Damai Extreme Park

Tempat Menarik di Selangor

Bagi anda yang sukakkan aktiviti lasak, di Gua Damai Extreme Park ini merupakan lokasi yang boleh menguji kemampuan dan ketahanan fizikal anda. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah Sport Climbing, Fun Climbing, Fun Abseiling, Caving Tour, Base Jumping, Tree Climbing, dan juga Junggle Trekking. Aktiviti yang paling popular disini adalah Abseiling. Ianya terbuka kepada kanak-kanak, pendaki profesional, dan juga pendaki yang tiada asas. Gua Damai Extreme Park ini terletak di Kampung Melayu Wira Damai Batu Cave.

Selain itu, Extreme Park ini juga mempunyai tahap kesukaran yang berbeza terutamanya kepada sesiapa yang pertama kali ingin mencuba bolehlah memilih tahap beginner. Anda juga berpeluang meneroka 5 buah gua iaitu Gua Ichibawa, Gua Anjing, Gua Fig Tree dan Gua Cili Padi yang dibuka kepada umum. Manakala Gua Kristal pula hanya dibuka kepada golongan penkaji sahaja.

Waktu Operasi 

  • Bermula 9 am 
  • Setiap aktiviti mempunyai waktu operasi yang berbeza

Bayaran Tiket

  • Sport Climbing – RM180 
  • Fun Climbing – RM100 
  • Fun Abseiling – RM100 *min 6 orang
  • Climbing & Abseiling – RM130 *min 10 orang
  • Gua Damai X-Package – RM160 * min 13 orang
  • Abseiling – RM90 * min 10 orang
  • Abseiling dan Caving Tour – RM120 * min 10 orang
  • Multiple Abseil – RM120 * min 10 orang
  • Fun Caving Tour – RM60 * min 6 orang
  • Tree Climbing – RM80 * min 8 orang
  • Spelunking – RM120 * min 10 orang
  • Jungle Trekking & Caving Tour – RM90 * min 6 orang

Baca juga : Resepi asam pedas simple tanpa daun kesum

6. Jump Street Trampoline Park

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : timeout

Trampoline merupakan salah satu sukan moden yang sesuai dilakukan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Malaysia merupakan negara yang mempunyai Taman Trampoline terbesar di Asia yang terlatak berhampiran kilang Bosch di Petaling Jaya. Antara aktiviti yang ditawarkan disini adalah Dodgeball Court, Main Court, Slam Dunk, High Performance, The Wall, Battle Beam, Foam Pit, Inflatable Castle, The Cage, dan Spinning Wipeout. Selain itu, di Jump Street Trampoline Park ini juga turut menyediakan pakej seperti team building dan sambutan hari jadi yang menawarkan harga yang sangt berpatutan.

Setiap bahagian trampoline akan diberikan tag berwarna untuk membezakan tempoh akses bagi setiap permainan. Jumlah kemasukan pengunjung juga dihadkan pada setiap jam untuk mengelakkan kesesakkan ketika bermain di setiap bahagian. Disamping itu, disini juga menyediakan khidmat jurulatih untuk membantu anda membuat lompatan dengan betul.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Jumaat : 11 am -9 pm
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 10 am – 9 pm

Bayaran Tiket

  • Kemasukan Am – RM28 per jam
  • Grip Sock – RM6

7. Muzium Orang Asli Gombak

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : holidaygogogo

Muzium Orang Asli ini dibina bertujuan untuk memelihara sejarah dan warisan budaya Orang Asli supaya tidak ditelan zaman. Muzium ini telah ditubuhkan di sebuah bangunan yang merupakan kediaman bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli dan dibuka kepada umum pada tahun 1987. Antara pameran yang terdapat di Muzium Orang Asli ini ialah Tradisi Kebudayaan Orang Asli, Pantang Larang, Adat Resam dan Kepercayaan, Perkahwinan, Aktiviti Kehidupan Harian, dan banyak lagi. Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat sendiri kehidupan sebenar Orang Asli yang berada di perkampungan yang berdekatan dengan muzium. Muzium ini terletak di Jalan Lama Pahang Gombak, Gombak.

Waktu Operasi 

  • Sabtu hingga Khamis : 9 am – 5 pm
  • Jumaat – TUTUP

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

8. Kidzania

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : tourismselangor

Kidzania adalah tempat untuk anda menghiburkan anak-anak dan mendedahkan mereka kepada situasi dan keadaan sebenar setiap pekerjaan. Salah satu peraturan di Kidzania ialah setiap pergerakan anak-anak hanya akan dibimbing oleh instructor dan ibu bapa tidak boleh berada disisi anak mereka. Dengan konsep ini, anak-anak akan belajar untuk berdikari untuk membuat sesuatu aktiviti dan ia sangat bagus untuk meransang minda serta tumbesaran anak anda. Umur kanak-kanak yang boleh menyertai aktiviti ini bermula dari 4 tahun hingga 14 tahun.

Selain itu, Kidzania juga merupakan Education Theme Park yang pertama di Malaysia. Antara bidang pekerjaan yang boleh anak anda terokai seperti di Balai Polis, Hospital, Salon, Restoran, Kilang, Balai Bomba dan banyak lagi. Kidzania ini terletak di Curve NX Mutiara Damansara.

Waktu Operasi

  • Ahad – Jumaat : 10 am – 5 pm * kecuali pada cuti sekolah & cuti umum
  • Bulan Ramadhan : 9 am – 4 pm
  • Sabtu, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 10 am – 7 pm
  • Isnin : TUTUP * kecuali pada cuti sekolah & cuti umum

Bayaran Tiket

  • Bayi (0 – 1 Tahun) – PERCUMA
  • Kanak-kanak (2 – 3 Tahun) – RM46 *online RM38.70
  • Kanak-kanak (4 – 17 Tahun) – RM95 *online RM85.50
  • Dewasa (18 – 59 Tahun) – RM50 *online RM45
  • Warga Emas (60 + Tahun) – RM38 *online RM34.20
  • OKU – RM38 *hanya beli di kaunter sahaja

9. Blok Space

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : kualalumpurkids

Blok Space adalah tempat permainan lego yang terletak di The School Jaya One, IPC Shopping Centre Damansara, Main Place USJ 21, 1 Mont Kiara dan Empire Shopping Galerry. Disini anak anda dapat bermain kira-kira 300 jenis lego dan gundam bersama kawan-kawan baru. Selain bermain lego, anak anda juga dapat meningkatkan kretiviti dan meransang minda dengan mencuba perkara baru. Blok Space juga merupakan tempat yang berkonsepkan bermain sambil belajar. Ia terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 14 tahun.

Waktu Operasi

  • 10 am – 9.30 pm ( Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

  • RM 18 per jam

10. The Mines Mall and Cruise

Tempat Menarik di Selangor

The Mines merupakan satu-satunya pasaraya di Malaysia yang mempunyai tasik dan laluan cruise di bahagian dalam bangunan. Selain itu, didalam The Mines Shopping Complex juga terdapat pelbagai butik terkenal dan juga beraneka jenis restoran yang popular. Anda juga berpeluang menaiki cruise untuk melihat keindahan tasik yang dipenuhi ikan-ikan yang sangat cantik.

Manakala di bahagian atas The Mines pula terdapat taman tema air mini iaitu Splash Park yang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Jika ingin bermalam disini, lokasi penginapan yang berdekatan ialah Mines Wellness City Resort dan juga Palace Of Golden Horses. The Mines ini terletak di Seri Kembangan dan sesuai dijadikan sebagai tempat membeli belah sambil bercuti.

Waktu Operasi

  • 10 am – 10 pm ( Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

Discovery Cruise (North Lake)

  • Dewasa – RM38
  • Kanak-kanak – RM25
  •  Tempoh – 40 minit

Greenery Cruise (South Lake)

  • Dewasa – RM28
  • Kanak-kanak – RM20
  •  Tempoh – 20 minit

Amazing Cruise (Both Lakes)

  • Dewasa – RM48
  • Kanak-kanak – RM30
  • Tempoh – 60 minit

11. IceScape Ice Rink

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : icescape

IceScape Ice Rink ini terletak didalam sebuah pasaraya di Putrajaya iaitu IOI CIty Mall. Ia mula beroperasi pada November 2014 dan merupakan pusat luncur air yang pertama di Malaysia yang bersaiz Olimpik. Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman bermain ice-skating seperti di negara beriklim sejuk, bolehlah berkunjung ke Icescape Ice Rink ini. Bagi sesiapa yang pertama kali ingin mencuba dan tiada kemahiran untuk meluncur, usah risau kerana alat bantuan meluncur turut disediakan. Dengan lapangan ais yg besar, anda boleh meluncur sepuas-puasnya kerana tiada had masa yang dikenakan.

Waktu Operasi

  • 10 am – 10 pm ( Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

  • Isnin hingga Jumaat – RM28
  • Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum – RM33
  • Pelawat – RM5
  • Glove – RM9
  • Stokin – RM6
  • Locker – RM2
  • Alat Bantuan Meluncur – RM30 per jam

12. District 21

Tempat Menarik di Selangor

District 21 adalah lokasi sukan extreme dalam bangunan (indoor) yang terletak di IOI City Mall. Kawasan yang berkeluasan 70,000 kaki persegi ini merupakan Adventure Indoor Theme Park yang pertama di Malaysia. Ia juga turut dilengkapi sistem penghawa dingin untuk keselesaan pengunjung. Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak dan tidak mahu terdedah dengan cahaya matahari, disini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda.

Antara aktiviti yang menjadi tarikan disini adalah The Maze 1&2, Sky Trail, Free Fall, Tubby Ride, Power Station, Trampoline, Roller Glider, Pump Track, dan Go Pedal. Permainan untuk kakak-kanak juga tersedia seperti Carousel dan Low Rope.

Waktu Operasi

  • 12 pm – 8 pm (Isnin – Jumaat)
  • 10 am – 8 pm (Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti  Umum)

Bayaran Tiket 

  • Isnin – Jumaat : RM58
  • Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti  Umum : RM75
  • Locker : RM3
  • Pelawat : RM10

13. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Tempat Menarik di Selangor
Sumber :asiatravelgate

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini terletak di Seksyen 14, Shah Alam dan merupakan masjid yang ke-2 terbesar di Asia Tenggara. Struktur dan reka bentuknya juga sangat menakjubkan selain mempunyai kubah dan menara paling tinggi di dunia pada tahun 1993. Senibina bahagian dalaman masjid ini sangat unik dab berunsur kemelayuan serta dipenuhi seni kaligrafi ayat-ayat Al-Quran.

Masjid ini juga mempunyai 2 ruang dewan solat yang mana dewan solat utama dibahagian bawah dan dewan solat wanita dibahagian atas. Lokasinya juga agak strategik iaitu terletak di tebing Tasik Shah Alam yang mana tempat paling tinggi disekitar bandar Shah Alam.


14. Tandem Paragliding Bukit Jugra

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : tripcarte.asia

Bukit Jugra ini terletak di Kuala Langat berhampiran dengan Banting, Jenjarom dan Pulau Carey. Semasa berada di awangan, anda akan disajikan dengan permandangan yang indah oleh kerana lokasi Bukit Jugra ini berdekatan muara sungai Langat dan menghadap Selat Melaka. Untuk melakukan aktiviti Paragliding ini perlu bergantung kepada keadaan cuaca dan angin.

Berat badan juga memainkan peranan penting untuk aktiviti ini. Ini kerana jika angin bertiup perlahan, ia hanya sesuai untuk anda yang memiliki berat badan 25 – 35 kg sahaja. Manakala angin sederhana untuk berat badan 40 – 75 kg dan berat 80 – 95 kg sesuai semasa angin bertiup kuat. Selain itu, anda perlu memiliki lesen yang sah untuk menjadi paraglider dan membuat terbangan solo. Jika tiada lesen, anda boleh memilih atau menempah para pilot yang menyediakan khidmat pragliding ini.

Waktu Operasi

  • Bergantung kepada temujanji bersama pilot/paraglider

Bayaran Tiket 

  • Harga untuk Paragliding ini tidak tetap dan bergantung kepada pilot yang anda tempah
  • Kebiasaannya harga bermula dari RM200 dan keatas.

Baca juga : Goodies birthday

15. Taman Botani Shah Alam

Tempat Menarik di Selangor

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu pusat pemuliharaan dan pendidikan berkaitan alam sekitar seperti botani, hortikultur, florikultur dan juga pertanian. Taman ini dibuka kepada umum pada tahun 1986 dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah. Selepas itu namanya ditukar lagi kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam dan akhir sekali dinamakan sebagai Taman Botani Shah Alam.

Taman Botani ini terdiri daripada Taman Hiasan, Taman Haiwan, Taman Rempah Ratus, Taman Buah Buahan Tropika, Taman Kaktus, Taman Padi, Taman Herba, Empangan dan Tasik, Chalet di Perkampungan Malaysia, dan Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Terdapat 3 jenis cara pengangkutan untuk anda menerokai Taman Botani ini iaitu dengan berjalan kaki, menaiki basikal, dan juga menaiki trem yang disediakan. Ia sangat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga kerana terdapat banyak aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak.

Waktu Operasi

  • 8.30 am – 5.30 pm (Selasa hingga Ahad)
  • Isnin – TUTUP

Bayaran Tiket 

  • Dewasa (12 – 54 Tahun) – RM3
  • Kanak-kanak (6 – 11 Tahun) – RM2
  • Warga Emas (55 Tahun Ke atas) – RM1
  • OKU dan Kanak-kanak 6 Tahun Kebawah – PERCUMA

Rumah Iklim Sederhana 4 Musim

Dewasa ( 12 Tahun Keatas)

  • Musim Lain – RM3
  • Musim Salji – RM5

Kanak-kanak (4 – 11 Tahun) 

  • Musim Lain – RM1
  • Musim Salji – RM3

Kanak-kanak bawah 4 Tahun, Anak Yatim, dan OKU

  • PERCUMA

16. Camp 5 Climbing Gym

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : camp5

Camp 5 Climbing Gym ini terdapat aktiviti wall climbing yang sangat menarik dan amat menyeronokan. Aktiviti ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza yang mana sesuai bagi golongan dewasa dan juga kanak-kanak. Jika anda baru pertama kali ingin mencuba atau langsung tiada asas memanjat, disini menyediakan perkhidmatan coaching atau kelas yang mengajar anda asas utama hinggalah anda mampu memanjat wall sendirian. Selain itu disini juga menawarkan pakej bulanan yang mana anda boleh menjadikan aktiviti ini sebagai rutin untuk bersenam. Pakej sambutan harijadi juga turut disediakan disini. Camp 5 Climbing Gym ini terletak di 1 Utama Shopping Cetre Petaling Jaya.

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 2pm – 11pm
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 10 am – 8 pm

Bayaran Tiket 

Try Climbing Session

  • RM55
  • Tempoh 1 jam
  • Makasima 1 guide 5 climber

Basic Wall Course

  • RM120
  • Tempoh 4 jam
  • Maksima 1 Pelatih 12 Pelajar

Bayaran Kemasukan

  • Dewasa – RM36
  • Kanak-kanak (13 -17 Tahun) – RM25
  • Kanak-kanak (8 – 12 Tahun) – RM16
  • Kanak-kanak 8 Tahun Kebawah – PERCUMA

Harga Sewa Peralatan

  • Helmet – PERCUMA
  • Kasut – RM7
  • Harness – RM5
  • Chalk Bag – RM3
  • Belay Set – RM3
  • Loker – RM2
  • Lead Rope – RM20 per jam @ RM50 per hari

17. Bukit Tabur

Tempat Menarik di Selangor
Sumber :backpackingmalaysia

Bukit Tabur merupakan salah satu lokasi wajib untuk para pendaki di sekitar Lembah Klang kerana memiliki trek yang agak mencabar dan permandangan yang indah ketika berada dipuncak bukit. Bagi peminat aktiviti lasak, pendakian Bukit Tabur merupakan aktiviti yang wajib untuk anda cuba. Bukit Tabur juga menpunyai 5 buah puncak kesemuanya yang terdiri daripada Bukit Tabur East (1jam setengah), Bukit Tabur West (3 jam), Bukit Tabur Far East (45 minit), Bukit Tabur Extra (1 jam), dan juga Bukit Tabur Extreme (2 jam lebih) yang memiliki permandangan yang paling cantik dan trek paling sukar. Setiap masa pendakian bergantung kepada kepantasan individu.

Selain itu, Bukit Tabur juga agak berisiko kepada pendaki-pendaki beginner kerana mempunyai cerun yang agak curam. Pastikan anda membawa bekalan air yang mencukupi semasa mendaki kerana ia satu aktiviti yang memenatkan. Antara keperluan yang perlu dibawa semasa mendaki seperti air, makanan ringan, lampu suluh, glove, kasut dan permit. Bukit Tabur ini terletak di Persiaran Taman Malawati

Waktu Operasi

  • 6am – 7 pm (Setiap hari)

18. Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : sohoque

Kelip-kelip atau nama saintifiknya Lampyridae merupakan sejenis serangga dari kumpulan kumbang dan akan mengeluarkan kelipan cahaya diwaktu malam melalui ekornya. Tarikan di Kampung Kuantan ini ialah ia merupakan tempat hinggapan kelip-kelip terbanyak di Malaysia. Ada yang mengatakan feneomena kelip-kelip ini hanya terdapat di dua tempat sahaja di dalam dunia dan salah satunya ialah di Kampung Kuantan. Disekitar laluan menuju ke lokasi kelip-kelip ini juga dipenuhi oleh pokok Berembang yang merupakan sumber makanan utama dan habitat bagi kelip-kelip. Kampung Kuantan terletak kira-kira 56 kilometer dari bandar Kuala Lumpur.

Permandangan yang cantik ini hanya boleh dilihat pada waktu senja dan malam sahaja. Dengan suasana yang damai dan tenang disertakan kelipan cahaya kelip-kelip ini mampu memukau mata anda disamping dapat menenangkan diri dari kesibukan kota. Kelip-kelip ini juga turut dikenali sebagai Kunang-Kunang @ Firefly. Antara kemudahan yang terdapat di Kelip-Kelip kampung Kuantan ini ialah gerai makan, mini teater, kedai cenderahati, tandas awam, taman permainan kanak-kanak dan parkir percuma.

Waktu Operasi

  • 7.30 pm – 10.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

  • RM50/sampan (max 4 orang dewasa)
  • Tempoh perjalan 20 minit pergi dan balik

19. Skytrex Shah Alam

Tempat Menarik di Selangor
Sumber :eztakaful

Sama seperti Skytrex di Melaka dan Langkawi, di Skytrex Shah Alam menawarkan aktiviti extreme dan mencabar untuk anda cuba. Skytrex ini juga terletak didalam kawasan Taman Botani Shah Alam dan telah berjaya menjadi salah satu tempat menarik di Selangor untuk dikunjungi. Disini juga anda mampu menguji katahanan mental dan fizikal untuk mengharungi cabaran yang sukar lagi menggayatkan. Untuk pengetahuan anda, Skytrex ini bukan sahaja terdapat di Selangor, tetapi terdapat juga di Langkawi pulau-langkawi-kedah dan Melaka tempat-menarik-di-melaka.

Terdapat 3 cabaran yang yang mempunyai tahap kesukaran yang berbeza iaitu Little Adventure , Big Thrill, dan Extreme Challenge. Bagi cabaran di Little Adventure ini terdapat 23 jenis halangan pada ketinggian 5 meter. Peserta pula mestilah mempunyai ketinggian minima 110 cm. Manakala untuk di cabaran Big Thrill pula terdapat 26 halangan pada ketinggian 17 meter dan peserta mestilah mempunyai tinggi minima 140 cm. Seterusnya di cabaran yang paling sukar pula iaitu Extreme Challenge, peserta mestilah memiliki ketinggian minima 140 cm untuk mengharungi 34 cabaran pada ketinggian 22 meter. Berat maksima bagi peserta untuk melakukan aktiviti ini adalah 100kg untuk ketiga-tiga kategori.

Waktu Operasi

  • Little Adventure – (3 sesi) 9 am, 11.30 am, 1.30 pm
  • Big Thrill – (5 sesi) 9 am, 10.30 am, 12 pm, 1.30 pm, 3 pm
  • Extreme Challenge – (5 sesi) 8.30 am, 10 am, 11.30 am, 1 pm, 2.30 pm

Bayaran Tiket 

  • Little Adventure – RM40
  • Big Thrill – RM50
  • Extreme Challenge – RM60

20. Pantai Bagan Lalang

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : verystockphoto

Pantai Bagan Lalang ini terletak di Sepang dan merupakan lokasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga disamping melakukan aktiviti seperti BBQ, berkhemah, berkelah, bermain layang-layang dan juga permainan pantai. Di pantai ini juga anda dapat berjalan hingga ke tengah laut ketika air surut di waktu tengahari. Disebelah petang pula anda dapat menyaksikan keindahan permandangan matahari terbenam disertakan laluan kapal terbang yang berlepas@mendarat melalui lapangan terbang yang berdekatan iaitu KLIA.

Di sepanjang deretan jalan juga terdapat pelbagai jenis gerai makanan, pakaian, kasut, cenderahati dan banyak lagi. Selain itu, Pantai Bagan Lalang sangat terkenal dengan makanan luat yang segar dengan harga berpatutan. Jadi bagi anda yang gemarkan makanan laut, disini adalah lokasi sesuai untuk anda bercuti sambil menjamu selera. Kemudahan awam seperti Gazebo, pasar, surau, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tapak perkehemahan dan mesin ATM juga turut tersedia.


21. Farm In The City

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : mamakembartiga

Farm In The City merupakan sebuah mini zoo yang terletak di Seri Kembangan dan telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai zoo haiwan peliharaan yang paling besar di Malaysia. Antara haiwan yang terdapat di Farm In The City ini ialah Kangaroo, Kambing, Ayam, Burung Unta, Alpaca, Rakun, Kancil, Kura-kura, Landak Marmoset dan banyk lagi. Kebanyakan kesemua haiwan disini sangat jinak dan dilepaskan bebas untuk bergerak. Anda juga boleh memegang, membelai, memberi makan dan bergamabar dengan haiwan-haiwan ini. Selain itu, disini juga terdapat pertunjukan burung kakak tua dan berpeluang untuk menunggang kuda poney.

Waktu Operasi

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
  • 9.30 am – 6 pm (Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum)
  • Selasa – TUTUP kecuali cuti sekolah & cuti umum

Bayaran Tiket 

  • Dewasa – RM37
  • Kanak-kanak – RM30
  • Warga Emas – RM30

22. Sunway Lagoon Theme Park

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : sunwaylagoon

Taman Tema yang paling popular di Malaysia semestinya Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Dengan menawarkan pelbagai jenis aktiviti termasuklah permainan air, Sunway Lagoon telah menjadi salah satu tempat menarik di Selangor yang wajib dikunjungi oleh para pelancong.

Taman tema ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu Water Park, Scream Park, Wildlife Park, Amusement Park, Extreme Park, dan Nickelodeon Lost Lagoon. Difahamkan di Sunway Lagoon ini juga mempunyai water ride yang paling tinggi didunia iaitu water ride Vuvuzela yang dibina diatas struktur yang mempunyai ketinggian 11 tingkat. Selain itu, terdapat banyak restoran dan kedai makan untuk anda menjamu selera sepanjang berada di dalam Sunway Lagoon ini.

Waktu Operasi

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

  • Dewasa (13 tahun dan keatas) – RM120
  • Kanak-kanak (12 tahun dan kebawah) – RM96
  • Warga Emas (60 tahun dan keatas) – RM96

Bayaran Lain-Lain Aktiviti

  • Bungee Jump – RM80
  • G – Force X – RM32
  • Go-Kart – RM22 (single seater) & RM27 (double seater)
  • Bungee Jump & G-Force X Combo – RM101

Harga Sewaan Peralatan

  • Stroller – RM50 (Deposit) + RM20 (Sewa) = RM70
  • Wheel Chair – RM50 (Deposit) + RM20 (Sewa) = RM70
  • Motorised Wheel Chair – RM150 (Deposit) + RM30 ( Sewa) = RM180
  • Double Tube – RM10 (Deposit) + RM16 ( Sewa) = RM26
  • Surfboard – RM20 (Deposit) + RM32 (Sewa) =RM52

Harga Sewaan Locker

  • Luggage – RM43
  • Multiple Time Usage – RM22

23. Kuan Wellness Eco Park

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : star2

Kuan Wellness Eco Park merupakan salah satu lokasi industri penghasilan sarang burung di Malaysia yang terletak di Kampung Batu Lapan, Tanjung Sepat. Selain itu, disini juga terdapat mini zoo yang menempatkan beberapa jenis haiwan ternakan yang jinak seperti Burung Kakak Tua, Merpati, Itik Mandarin, Burung Merak, Arnab, Ayam Bantam, Rusa, Angsa, Iguana dan banyak lagi.

Kuan Wellness Eco Park juga merupakan pengekspot utama sarang burung yang asli dan berkualiti. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri proses sarang burung dijadikan produk kesihatan dan kecantikan. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah Bilik Rehat, Galeri Swiftlet,Teater Eco, Pusat Penyelidikan, Pusat Jualan, Taman Eco, dan Pemprosesan Sarang Burung.

Waktu Operasi

  • 9 am –  6 pm (Setiap Hari)
  • Selasa & Rabu – TUTUP

Bayaran Tiket 

  • Eco Farm – RM5
  • Swiftlet Bird House – RM3

24. MinNature Malaysia

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : minnature

MinNature adalah replika sesuatu benda yang bersaiz kecil dan menyerupai bentuk asal merangkumi pelbagai benda seperti peralatan, pengangkutan, perkakasan, dan juga bangunan. Setiap saiz bangunan, manusia, pokok, dan juga kereta dikecilkan menggunakan sistem nisbah bagi mengekalkan suasana yang realistik. MinNature Malaysia juga merupakan Miniatur yang terbesar di Asia dan ke-3 terbesar didunia. Setiap model yang dipamerkan adalah hasil buatan tangan yang sangat halus dan berseni. Disini juga terdapat tarikan sampingan seperti paparan bacaan, ruang pameran, bilik multimedia, fotobooth, dan bengkel masterbuilder.

Ruang pameran di MinNature Malaysia ini juga terbahagi kepada 12 tempat menarik iaitu Twin Tower, The Dataran, Airport &Train Depot, MinNature Town, Builders Park, Ole Smokey, Enchanted Valley, The Banjaran, Leisure Park, Industrial Zone, Seaport, dan Countryside Life. MinNature ini terletak di Level 4 Summit USJ, Subang Jaya. Pameran ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan juga berkonsepkan pelajaran.

Waktu Operasi

  • 10 am – 10 pm (Setiap Hari)
  • Kemasukan Terakhir – 5.30 pm

Bayaran Tiket 

  • Dewasa – RM15
  • Kanak-kanak – RM10
  • Warga Emas – RM10
  • Kanak-kanak (4 Tahun dan kebawah) – PERCUMA
  • OKU – PERCUMA

25. Ice Skating Sunway Pyramid

Tempat Menarik di Selangor
Sumber : aisyasakura

Aktiviti ice skating merupakan salah satu sukan indoor yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Bagi anda yang tidak gemarkan aktiviti luar yang berada dibawah terik mentari, silalah ke Sunway Pyramid yang terletak di Bandar Sunway Petaling Jaya ini untuk merasai sendiri pengalaman bermain salah satu sukan yang popular di negara beriklim sejuk iaitu luncur ais. Ice Rink di Sunway Pyramid ini juga merupakan ice rink yang pertama Malaysia.

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 10 am – 8 pm
  • Sabtu & Cuti Umum : 9 am – 9 pm
  • Ahad : 9 am – 6 pm

Bayaran Tiket 

  • Isnin – Jumaat : RM20
  • Sabtu – Ahad : RM25
  • Cuti Sekolah & Cuti Umum : RM28

26. Paya Indah Wetland

Sumber : visitselangor

Selain dapat menikmati suasana yang damai dan tenang di Paya Indah Wetland ini, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti memerhati burung, merentas hutan, memancing, berbasikal, memberi Badak Air makan, memberi makan Buaya, memberi makan burung Undan, memberi makan Landak dan banyak lagi. Paya Indah Wetland ini terletak di Jalan Dengkil-Banting kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar Kuala Lumpur.

Kawasan ini pada asalnya merupakan kawasan perlombongan biji timah buatan manusia dan telah melalui fasa naik taraf dan penambahbaikan menjadi kawasan riadah dan rekreasi. Tasik yang terbentuk di Paya Indah Wetland juga telah menjadi habitat semulajadi kepada haiwan dan tumbuhan disini. Selain itu, kemudahan seperti chalet, asrama, tapak perkhemahan, dewan seminar, kafe dan tapak berkelah juga disediakan bagi memudahkan para pengunjung melakukan aktiviti bersama keluarga.

Waktu Operasi

  • Isnin – Ahad : 7.30 am – 7 pm
  • Jumaat : 7.30 am – 12 pm / 2.45 pm – 7 pm
  • Beri Makan Badak Air – 10 am
  • Beri Makan Buaya – Sabtu, Ahad, & Cuti Umum (11 am)
  • Beri Makan Burung Undan – 10.30 am
  • Beri Makan Landak – 11 am

Bayaran Tiket 

  • Bayaran Masuk – PERCUMA
  • Sewa Chalet – RM120/hari
  • Sewa Tapak Perkhemahan – RM9/hari seorang

27. Ladang Teh Boh Bukit Cheeding

Sumber : tripmondo

Jika bercakap mengenai ladang teh BOH pastinya anda akan terbayangkan satu lokasi di tanah tinggi iaitu Cameron Highland. Tahukah anda bahawa di Selangor juga terdapat ladang teh BOH yang berada di tanah rendah? Ia telah menjadi salah satu tempat menarik di Selangor yang perlu anda kunjungi. Ladang teh di Bukit Cheeding ini juga turut dikenali sebagai ladang teh Sri Cheeding.

Ia mula beroperasi sejak tahun 1927 dan telah diusahakan di tanah yang berkeluasan 210 ekar. Salah satu keunikan di ladang teh ini ialah penanaman ladang teh ini diselang selikan dengan pokok kelapa sawit. Kaedah seperti ini merupakan yang pertama didunia. Selain itu, anda juga berpeluang merasai pengalaman dan melihat sendiri bagaimana cara memproses dan membungkus teh di kilang BOH yang berdekatan.


Baca juga : Filem menjelang magrib

28. Muzium Coklat Kota Damansara

Sumber : kisahemasputih

Salah satu muzium unik yang terdapat di Selangor adalah Muzium Coklat yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya. Ia juga merupakan pengeluar dan pengedar coklat yang terbesar di Selangor dan juga Malaysia. Muzium Coklat Kota Damansara ini mula beroperasi pada Januari 2014 dan telah menempatkan kira-kira 130 jenis jenama coklat keluaran tempatan dan juga antarabangsa.

Selain itu, pameran di Muzium Coklat ini menggunakan konsep Education, Experience, dan Enjoyable. Anda akan berpeluang menyaksikan cara penghasilan coklat bermula dari buah koko hinggalah menjadi sesuatu produk dari Chef profesional. Harga coklat disini juga dijual sangat murah berbanding harga pasaran iaitu 30-40% diskaun.

Waktu Operasi

  • 10 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

  • PERCUMA

29. Taman Metropolitan Kepong

Sumber : rileku

Taman Metropolitan Kepong ini sangat terkenal sebagai lokasi untuk beridah terutamanya bermain layang-layang. Ini kerana kawasan taman ini sangat luas iaitu berkeluasan 95 hektar dan merupakan taman rekreasi yang terbesar di Selangor. Taman ini akan dipenuhi dengan pengunjung pada setiap hari minggu bertujuan beriadah bersama keluarga.

Antara kemudahan yang terdapat di Taman Metropolitan Kepong ini ialah trek jogging, kawasan bersenam, trek berbasikal, padang bola sepak, taman permainan kanak-kanak, dan padang untuk bermain layang-layang. Selain itu, taman ini juga diserikan dengan deretan kedai menjual layang-layang yang pelbagai saiz dan bentuk seperti layang-layang berbentuk burung, ular, kapal terbang, dan banyak lagi. Di pinggiran taman pula terdapat tasik yang menjadi lokasi utama kepada kaki joran untuk memancing. Anda juga berpeluang melihat permandangan di sekitar taman dengan menaiki menara tinjau yang berketinggian 5 tingkat. Ia turut menjadi lokasi untuk sesi fotografi kepada pengantin baru.

Waktu Operasi

  • 6 am – 8 pm (Setiap Hari)

30. Galactic Laser Tag

Sumber : galacticlaser

Permainan Laser Tag merupakan salah satu sukan indoor yang sangat menarik. Permainan ini berkonsepkan perang tempur dan strategi yang menyerupai permainan paintball. Tetapi uniknya permainan ini ialah menggunakan senjata laser dan bermain di kawasan yang gelap dan yang paling menyeronokkan adalah permainan ini tidak menyakitkan seperti paintball.

Tempat ini juga turut menawarkan pakej sambutan hari jadi dan aktiviti team building. Galactic Laser Tag terletak di tingkat LG Sunway Pyramid Mall Petaling Jaya. Antara jenis permainan yang ditawarkan disini seperti Space Marine, Individual, Team, dan Capture The Flag.

Waktu Operasi

  • 10 am – 10 pm : Ahad – Khamis
  • 10 am – 11 pm : Jumaat, Sabtu, & Cuti Umum

Bayaran Tiket 

Harga Ahli

  • 2 Missions – RM33 (Isnin – Jumaat), RM41 (Sabtu, Ahad, & Cuti Umum)
  • 3 Missions – RM43 (Isnin – Jumaat), RM51 (Sabtu, Ahad, & Cuti Umum)

Harga Bukan Ahli

  • 2 Missions – RM38 (Isnin – Jumaat), RM48 (Sabtu, Ahad, & Cuti Umum)
  • 3 Missions – RM48 (Isnin – Jumaat), RM58 (Sabtu, Ahad, & Cuti Umum)

31. Bukit Broga

Bukit Broga adalah satu lokasi yang menarik bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki dan merentas hutan. Laluannya juga sedikit mudah berbanding bukit-bukit lain dan sangat sesuai untuk golongan pendaki yang baru berjinak-jinak didalam bidang ini. Antara tarikan utama yang terdapat di puncak Bukit Broga ini adalah dapat melihat panorama matahari terbit yang sangat indah serta udara yang segar dan nyaman. Selain itu anda juga turut disajikan dengan permandangan bandar Semenyih melalui atas Bukit Broga ini.

Untuk sampai ke puncak akan mengambil masa kira-kira 30-45 minit bergantung kepada kepantasan individu. Sebelum sampai ke puncak Bukit Broga, anda akan melalui terlebih dahulu puncak tinjau kedua yang berketinggian 1150 kaki dari paras laut. Selepas itu, barulah anda akan sampai ke puncak Bukit Broga yang mempunyai ketinggian 400 meter. Bukit Broga ini terletak di Jalan Broga, Semenyih.

Bayaran Tiket 

  • RM1

32. Pantai Remis

Sumber : mdks

Pantai Remis ini terletak di Sg Sembilang, Jeram kira-kira 20 kilometer arah selatan Kuala Selangor. Ia juga merupakan salah satu lokasi pelancongan pantai yang semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar. Anda juga dapat menikmati makanan laut yang segar sambil dibelai angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Selain itu, aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pantai Remis ini adalah seperti memancing, bermain layang-layang, mengemudi perahu layar, beriadah bersama keluarga, berkelah, dan juga mencari hidupan laut seperti kerang dan mentarang.

Disini juga menjadi tumpuan para pelancong untuk menyaksikan permandangan matahari terbenam sambil bersantai bersama keluarga. Antara kemudahan awam yang tersedia disini ialah tandas awam, medan selera, dan juga taman permainan kanak-kanak. Terdapat juga chalet yang menarik yang sesuai dijadikan lokasi penginapan untuk anda sekeluarga. Ia sangat sesuai untuk anda dan menjadi salah satu tempat menarik di Selangor.


33. Zoo Negara

Zoo Negara merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Selangor sejak tahun 1963 dan terletak di Ulu Kelang, Gombak. Zoo ini juga memiliki keluasan kira-kira 110 ekar dan telah menempatkan lebih kurang 5137 ekor haiwan dari 476 spesies yang berlainan. Selain itu, Zoo Negara ini telah diselia dan diuruskan oleh satu badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologi Malaysia. Kebanyakkan haiwan disini ditempatkan dikawasan yang terbuka seperti di habitat semulajadi mereka.

Antara tarikan sampingan yang terdapat di Zoo Negara ini ialah Animal Show seperti Show Amphitheatre, Crocodile Show dan paling utama ialah Pusat Konservasi Giant Panda. Disini juga menawarkan pakej Sambutan Hari jadi, Zoo Hunt & Explorace, Pakej Pendidikan, Program Kajian, Seminar dan banyak lagi. Zoo Negara merupakan lokasi yang sangat sesuai anda bergembira dan meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.

Waktu Operasi

  • 9 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

  • Dewasa – RM43
  • Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM16
  • Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM21
  • OKU – PERCUMA

Tiket Konsesi Sekolah

  • Pelajar – RM11
  • 2 Guru – RM15 seorang *min 10 orang pelajar

Tiket Tram

  • Dewasa – RM8
  • Kanak-kanak – RM5
  • Kanak-kanak Bawah 2 Tahun – PERCUMA

*Sila bawa kad berkenaan untuk mendapat diskaun harga tiket sebanyak 10%

  • Aeon Member/Aeon Big
  • Touch & Go Plusmile
  • Rapid KL
  • The Store Kad

34. Pulau Ketam

Sumber : travadlife

Pulau Ketam ini terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang dan merupakan sebuah perkampungan nelayan yang dihuni oleh masyarakat Cina. Oleh kerana majoriti penduduk disini adalah kaum CIna, pengunjung Muslim disarankan membawa bekalan makanan sendiri kerana dikhuatiri sukar untuk mencari kedai makan halal. Pulau Ketam ini juga sangat sesuai dijadikan lokasi percutian masa singkat atau hujung minggu kerana lokasinya yang tidak begitu jauh dari bandar. Ia sangat sesuai untuk anda dan menjadi salah satu tempat menarik di Selangor.

Untuk menuju ke Pulau Ketam, anda perlu menaiki feri atau bot laju di Terminal Penumpang South Port. Perjalananan untuk sampai ke destinasi mengambil masa kira-kira 40-45 minit. Pengangkutan utama di pulau ini adalah basikal dan basikal elektrik. Perkhidmatan sewa basikal juga tersedia bagi memudah kan anda bergerak. Selain itu, anda berpeluang merasai pengalaman seperti berada dalam era 50-an dengan dihiasi deretan rumah kayu yang sangat indah.

Bayaran Tiket 

  • Feri – RM14 dua hala
  • Bot Laju – RM20 dua hala
  • Parkir Kederaan di Terminal – RM1/jam
  • Sewa Basikal di Pulau Ketam – RM5

35. Taman Alam Kuala Selangor

Sumber : visitselangor

Taman Alam Kuala Selangor adalah salah satu pusat eko-pelancongan yang berkeluasan kira-kira 296 hektar. Antara tarikan utama disini ialah Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya Bakau yang masih mengekalkan keindahan alam semulajadi dan habitat untuk pembiakan ikan. Taman Alam ini terletak di Pekan Lama Kuala Selangor kira-kira 1 jam perjalanan dari Shah Alam. Selain itu, taman ini juga dilengkap dengan kemudahan seperti tapak perkhemahan, surau, kantin, dewan kuliah, pusat informasi, tandas, dan tempat parkir kenderaan.

Antara aktiviti menarik di Taman Alam ini adalah memerhati burung di menara tinjau yang disediakan. Terdapat lebih kurang 156 jenis burung yang berlainan spesies seperti burung Bakau, Ketitir, Pekaka, Raja Udang, Pucong, Serandau, Helang Bahu Hitam, dan banyak lagi termasuklah burung dari Siberia dan juga Rusia. Selain itu, bagi penggemar aktiviti lasak pula, anda boleh meredah Hutan Paya Bakau sambil melihat hidupan liar dan keindahan flora & fauna yang terdapat didalam taman ini. Anda juga berpeluang untuk melihat monyet, lotong, kera. biawak, ikan, dan mencari siput. Disini juga menyediakan perkhidmatan chalet untuk anda yang ingin bermalam.

Waktu Operasi

  • 8.30 am – 5.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

  • Dewasa – RM4
  • Kanak-kanak – RM1
  • Warga Emas – RM2

36. Tadom Hill Resort Banting

Sumber : blinkthasn

Tadom Hill Resort ini merupakan lokasi percutian yang berkonsepkan alam semulajadi dan kampung style. Terdapat pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan disini seperti Hammock Spheres, Bomboo Hut, Gendui Chalet, Eco Tent Site, Bamboo Garden Tent Site, Bamboo Lakeside Tent Site, dan Astana Ninik. Disamping mempunyai permandangan tasik yang indah, suasana disini juga sangat tenang dan nyaman. Ia sangat sesuai untuk anda dan menjadi salah satu tempat menarik di Selangor.

Antara aktiviti menarik yang terdapat disini ialah bermain rakit, buaian tasik, tarzan swing, Menaiki ATV, Flying Fox dan banyak lagi. Selain itu, Tadom Hill ini sangat sesuai dikunjungi oleh anda yang pencinta alam, buat reunion, bersama keluarga dan kawan-kawan. Ia terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting.

Waktu Operasi

Pakej Lawatan Harian

  • 9 am – 6.45 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket 

Pakej Lawatan Harian

  • RM22/ Seorang
  • Jaket Keselamatan Disediakan
  • Akses Semua Aktiviti Air & Darat Kecuali ATV dan Flying Fox

Pakej Hari Keluarga

  • RM88/ Seorang
  • Min 30 Orang
  • Termasuk Makanan dan Aktiviti
  • Tidak Termasuk Penginapan
  • Lifeguard dan Medik Disediakan

Pakej Pelajar

  • RM88/ Seorang
  • Min 30 Orang
  • Termasuk Penginapan (Leisure Tent)
  • Aktiviti Menarik
  • Lifeguard & Medik Disediakan

Pakej Team Building

  • RM118/ Seorang
  • Min 30 Orang
  • Tidak Termasuk Penginapan
  • Lifeguard & Medik Disediakan

Pakej Pre-Wedding Photoshot

  • RM300/ Sesi
  • Akses Ke Bukit Batu Kapur
  • Max 5 Orang
  • 9 am – 7pm

37. Pulau Indah

Sumber : selangorbiobay

Pulau Indah ini terletak berhampiran Port Klang dan dihuni oleh masyarakat yang majoritinya adalah nelayan. Setelah pembinaan Jambatan Selat Lumut yang menghubungkan Pulau Indah dan Pelabuhan Klang siap, ekonomi di Pulau Indah semakin membangun dan telah menjadi lokasi kunjungan para pelancong.

Selain itu, kawasan ini juga turut dikenali sebagai Pulau Lumut pada suatu ketika dahulu. Disebelah utara pulau ini pula merupakan kawasan bebas cukai yang sangat sesuai dijadikan lokasi untuk membeli belah. Suasana disini juga agak tenang dan damai kerana jauh dari kesibukan kotaraya. Antara aktiviti yang paling menarik disini adalah memancing. Disebabkan itu, Pulau Indah ini sering dikunjungi oleh kaki joran.


38. Masjid Diraja Sultan Alaeddin

Sumber : e-masjid

Masjid ini telah dibina oleh Almarhum Sultan Sulaiman Alaeddin Shah di Jalan Istana Kampung Bandar, Jugra. Lokasinya agak berhampiran dengan bangunan Istana Bandar dan merupakan salah satu masjid yang tertua di Selangor. Reka bentuk yang berkonsepkan India-Muslim ini juga mempunyai pengaruh Kerajaan Deli Medan Sumatera Utara iaitu seni bina Moghul.

Masjid ini juga memiliki mimbar yang unik yangdiperbuat daripada kayu yang berkualiti dan bermutu tinggi. Bahagian dalaman masjid ini juga dihiasi dengan seni khaligrafi yang sangt indah. Pada tahun 1980, Masjid Diraja Sultan Alaeddin ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah.


39. Sepang International Kart Circuit

Sumber : vroomkart

Litar go-kart yang terletak di Jalan Pekeliling, KLIA ini merupakan salah satu litar go kart yang bertaraf dunia. Untuk pengetahuan anda, pereka litar go kart ini juga merupakan individu yang sama iaitu Herman Tilke yang membuat layout litar Antarabangsa Sepang yang menjadi salah satu medan utama untuk perlumbaan Formula One dan MotoGP.

Untuk merasai pengalaman berlumba di litar berkelas antarabangsa ini, anda bolehlah ke Sepang International Kart Curcuit untuk beradu kepantasan Go kart bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Aktiviti yang sangat menarik ini mampu memberikan anda kepuasan dan keseronokan yang berganda.

Waktu Operasi

  • Selasa – Ahad : 10 am – 7 pm
  • Isnin – TUTUP
  • Cuti Umum – Tempahan 5 Hari Sebelum

Bayaran Tiket 

Series Kart 1

  • RM159/ Seorang, Pelajar RM127/ Seorang
  • Tempahan Min 10 Orang
  • Max 18 Pelumba 1 Sesi
  • Tempoh 45 minit – 1 jam
  • Jenis Kart 200cc 4 Strike Engine 6.5 Horsepower

Series Kart 2

  • RM297/ Seorang
  • Tempahan Min 10 Orang
  • Max 13 Pelumba 1 Sesi
  • Tempoh 45 Minit – 1 Jam
  • Jenis Kart 100cc 4 Stroke 16 Horsepower

Series Kart 3

  • RM371/ Seorang
  • Tempahan Min 10 Orang
  • Max 10 Pelumba 1 Sesi
  • Tempoh 45 Minit – 1 Jam
  • Jenis Kart 125 cc 2 Stroke 21 Horsepower

40. Bukit Malawati

Sumber : mdks

Bukit Malawati merupakan salah satu tempat bersejarah yang terdapat di Selangor. Ini kerana kawasan ini pernah ditakluki oleh tentera Belanda pada tahun 1784. Diatas Bukit Malawati terdapat kesan-kesan tinggalan sejarah seperti Rumah Api, Meriam, Telaha Tujuh, Telaga Beracun, Rumah Rehat, Makam Diraja, Tangga Seratus, Makam Anak Dara, dan banyak lagi. Perkhidmatan keratapi juga disediakan bagi memudahkan pengunjung bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Perkhidmatan ini hanya ada pada hari minggu dan cuti umum sahaja.

Antara kemudahan awam yang terdapat di Bukit Malawati ialah tandas awam, tempat berehat, dan parkir kenderaan. Disamping dapat melihat sejarah terdahulu, anda juga berpeluang bermain dengan monyet dan lotong yang sangat jinak menanti kedatangan anda untuk memberi makan.

Waktu Operasi

  • 9 am – 6 pm (Sabtu, Ahad, & Cuti Umum)

Bayaran Tiket

Trem @ Keretapi

  • Dewasa – RM3
  • Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) – RM2

41. Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu hanya terletak kira-kira 15 minit perjalanandari Pulau Carey. Di pantai ini juga mempunyai pesisir pasir pantai yang luas dan landai. Ia sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga dengan melakukan aktiviti pantai seperti main layang-layang, bola sepak pantai, bola tampar pantai, dan mandi-manda. Selain itu, suasana disini juga sangat tenang kerana jauh dengan kesibukan bandar. Jadi, anda bolehlah bersantai dan menenangkan diri disini sambil melihat permandangan kapal-kapal dagang yag berada di tengah laut.


42. Hutan Lipur Sungai Kancing

Air terjun Sungai Kancing ini mempunyai ketinggian 7 tingkat dan disetiap tingkat terdapat tempat mandi yang sangt menarik. Disebabkan lokasinya yang agak aman disertai bunyi cengkerik yang sangat menenangkan, tempat ini telah menjadi lokasi tumpuan bagi penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Selain itu, antara kemudahan yang terdapat di kawasan rekreasi ni ialah wakaf, tandas, bilik persalinan, gerak makan, kedai serbaneka, tapak perkhemahan, dan juga tempat parkir kenderaan. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan sampingan seperti tempat untuk bergambar dengan burung kakak tua, ular sawa, dan banyak lagi dengan harga RM20 sekeping. Air Terjun Sungai Kancing ini terletak di Kuala Kubu Baru.

Bayaran Tiket

  • RM1/ seorang

43. Muzium Insitu Jugra

Sumber : jarikudung

Muzium Insitu Jugra ini merupakan salah satu tempat yang bersejarah untuk dikunjungi yang terletak di Kampung Permatang Pasir Banting. Lokasinya juga berdekatan denga Pulau Carey dan menghadap ke Selat Melaka. Bangunan muzium ini telah dibina oleh Kapten Herry Charles Syers pada tahun 1875 dengan menggunakan batu granite yang berbentuk empat segi. Ia juga beroperasi sebagai Penjara, Balai Polis, dan Rumah Pasung pada suatu ketika dahulu.

Muzium Insitu Jugra ini terdiri dari 3 bahagian galeri iaitu Galeri A pameran sejarah dan kronologi perkembangan daerah Kuala Langat, Sejarah Polis Selangor, dan Sejarah Rumah Pasung. Galeri B pula mengenai arkeologi Rumah Pasung manakala di Galeri C mempamerkan tinggalan sejarah dan tapak warisan. Selain itu, bangunan ini juga telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada November 2002.


44. Santuari Ikan Sungai Chiling

Jika anda ingin bermandi manda di kawasan air sejuk sambil bermain dengan ikan-ikan, Santuari Ikan Sungai Chiling adalah tempatnya.Disini juga merupakan destinasi perkelahan yang sangat menarik bersama keluarga dan rakan-rakan. Santuari Ikan Sungai Chiling ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan dibuka pada umum 2 tahun berikutnya.

Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah seperti merentas sungai dan hutan, mandi-manda, dan berkhemah. Tetapi anda tidak dibenarkan bermalam di kawasan ini. Selain itu, kawasan air terjunnya juga sesuai untuk semua golongan samada golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Waktu Operasi

  • 8 am – 6 pm (Jumaat, Sabtu, & Ahad,)
  • Isnin Hingga Khamis – TUTUP

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM1
  • Kanak-kanak (12 Tahun Kebawah) – PERCUMA

45. Rumah Kebun

Sumber : rizalbm

Rumah Kebun adalah satu lokasi percutian keluarga yang sangat menarik yang terletak di Kampung Sungai Semungkis Hulu Langat. Selain itu, Rumah Kebun ini juga berkonsepkan alam semulajadi yang mana rumah dikelilingi tumbuhan hijau dan berdekatan sungai. Bagi yang ingin mengadakan aktiviti hari keluarga atau reunion, Rumah Kebun adalah tempat yang sangat sesuai kerana memilik ruang yang luas dan suasana yang indah. Ia mampu menempatkan kira-kira 16 buah keluarga dalam satu masa.

Disamping itu, lokasinya juga agak strategik kerana jauh dengan kesibukan kotaraya. Selain itu, kelengkapan dan kemudahan disini juga amat memuaskan.

Bayaran Sewa

Isnin Hingga Jumaat

  • 2 Hari/1 Malam – RM1500
  • 3 Hari/2 Malam – RM1950

Sabtu, Ahad, Cuti Umum, & Cuti Sekolah

  • 2 Hari/1 Malam – RM2000
  • 3 Hari/2 Malam – RM2600

46. Mudtrekker Paintball Park

Sumber : mudtrekker

Bagi anda yang sukakan aktiviti outdoor, bolehlah melakukan aktiviti paintball dan menunggang ATV di Mudtrekker yang terletak di Seksyen U9 Shah Alam. Selain terdapat aktiviti paintball dan ATV ride, disini juga terdapat elektrik mini scooter race yang sangat menarik. Tempat ini juga sangat sesuai dijadikan lokasi hari keluarga, team-builing dan acara-acara korporat.Mudtrekker ini juga berdaftar dengan Malaysian Sport Council dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Antara kemudahan yang terdapat disini seperti dewan makan, bilik mandi & persalinan, restoran dan sukan raket di Club House. Anda juga berpeluang merasi situasi perang di beberapa bahagian yang berbeza seperti di Wild West Cowboy Town, Fox Hole Valley, Angker Hills, dan Camelot Castle.

Waktu Operasi

  • Isnin Hingga Jumaat : 10 am – 4 pm
  • Sabtu, Ahad, & Cuti Umum : 9 am – 5 pm
  • Selasa : TUTUP

Bayaran Tiket

  • Base Package (100 Pellets) – RM85/Seorang
  • Scavenger Package (200 Pellets) – RM95/Seorang
  • Geronimo Package (500 Pellets) – RM135/Seorang
  • Gatling Gun Package (1000 Pellets) – RM195/Seorang
  • Semua Pakej Termasuk Masker, Safety Goggle, Dan Chest Protector

47. Sky Simulator

Sumber : tripcarte

Ingin menjadi juruterbang tetapi cita-cita tidak kesampaian? Disini ada jalan penyelesaiannya. Anda berpeluang berada didalam cockpit sebenar dan dapat mengendalikan pesawat terbang di udara menggunakan sky simulator yang berteknologi canggih. Simulator ini juga menjadi tempat untuk pelatih juruterbang berlatih sebelum penerbangan yang sebenar dilakukan. Ia cukup membuatkan anda berasa teruja dan gembira walaupun hanya mengendalikan kapal terbang simulator sahaja. Sky Simulator ini terletak di tingkat LG eCurve Petaling Jaya.

Waktu Operasi

  • 10.30 am – 10.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Pakej Go Flyer – RM98/ 15 Minit
  • Pakej Sky Flyer – RM180/ 30 Minit
  • Pakej Sky Flyer – RM280/ 60 Minit

48. Congkak Eco Resort

Untuk pencinta alam semula jadi dan ingin menikmati udara yang nyaman dan segar, anda bolehlah merancang percutian di Congkak Eco Resort. Antara daya tarikan di kawasan ini adalah lokasinya yang berlatar belakang bukit bukau dan mempunyai aliran air sungai yang sejuk dan jernih. Congkak Eco Resort ini juga turut dikenali sebagai Ecotouria Resort pada suatu ketika dahulu.

Selain itu, disini juga menawarkan penginapan yang menarik, kawasan parkir yang luas, makanan minuman, tapak perkhemahan dan aktiviti- aktiviti menarik yang sesuai mengikut keperluan. Disini juga mempunyai permandangan flora & fauna yang sangat indah dan menjadi lokasi utama untuk aktiviti perkelahan bersama keluarga. Lokasi yang berkeluasan 5 ekar ini terletak di Kampung Padang Hulu Langat. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini adalah seperti merentas hutan, merentas sungai, night walk, dan river cross.

Waktu Operasi

  • 8 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Leemasai (1 Bilik + 1 Tandas + 1 Katil Queen) – RM180
  • Selayih (1 Tandas + 1 Katil King) – RM160
  • Limbat (1 Tandas + 1 Katil King) – RM160
  • Kelah (1 Bilik + 1 Tandas + 1 Katil Queen) – RM120
  • Bujuk (2 Bilik + Dapur + 1 Tandas + 2 Katil Queen) – RM380

49. Air Terjun Sungai Tekala

Sumber : xplorasidestinasi

Daerah Hulu Langat sangat terkenal dengan kawasan rekreasi air terjun yang indah. Salah satunya adalah Air Terjun Sungai Tekala yang terletak di Semenyih. Selain mempunyai air terjun, disini juga terdapat Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala.

Antara kemudahan asas yang tersedia di kawasan rekreasi ini adalah kawasan parkir yang luas, tapak perkhemahan, Surau, tandas, bilik persalinan, pondok, dan kawasan rehat. Kawasan air sungai disini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana kedalamannya hanya diparas lutut. Bagi golongan dewasa pula, anda boleh menaiki tangga untuk mandi di bahagian atas yang mempunyai air yang lebih dalam.

Waktu Operasi

  • 7 am – 7 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM1
  • Kanak-kanak – RM0.50

50. Bangi Wonderland

Sumber : cikza

Bangi Wonderland Theme Park & Resort ini adalah sebuah Taman Tema Air baru di Selangor yang dibuka pada tahun 2016. Bangi Wonderland juga sering dikunjungi pengunjung kerana harga tiketnya yang lebih rendah berbanding taman tema lain. Ia juga telah menjadi salah satu tempat menarik di Selangor terutamanya bagi penduduk Lembah Klang, Putrajaya dan Nilai.

Lokasi yang berkeluasan 12 ekar ini terletak di Bangi Avanue berhampiran Bandar Seri Putra. Terdapat 16 tarikan utama yang terdapat disini seperti Water Human Cannon, The Magic Funnel, The Surf Rider, Pirates Spa, Insane Racer, Anaconda Trail dan banyak lagi. Perlu diingatkan, sesetengah permainan air disini mempunyai had limit berat badan iaitu 80kg kebawah sahaja. Kemudahan asas seperti surau, tandas, locker, dewan, dan cafe turut tersedia.

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 11 am – 6 pm
  • Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 10 am – 6 pm
  • Selasa : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM58
  • Kanak-kanak – RM48
  • Kanak-kanak ( Bawah 90 cm) – PERCUMA
  • OKU & Warga Emas (60 dan Keatas) – Diskaun 50%

Parkir

  • RM6/ sekali masuk
  • Terdapat juga Parkir diluar kawasan yang PERCUMA

Sewa Tube

  • RM15 (Sewa) + RM10 (Deposit) = RM25

Sewa Loker

  • Loker Small : RM10 (Sewa) + RM10 (Deposit) = RM20
  • Loker Medium : RM15 (Sewa) + RM10 (Deposit) = RM25
  • Loker Large : RM30 (Sewa) + RM10 (Deposit) = RM40

*Semua Duit Deposit Akan Dikembalikan (Refundable)


51. Ostrich Wonderland Semenyih

Di Ostrich Wonderland bukan hanya terdapat Burung Unta semata-mata, ia turut mempamerkan haiwan-haiwan ternakan lain seperti Kuda, Kambing, Itik, Ayam Belanda, Angsa, Keldai dan banyak lagi. Di sini anda dapat melihat Burung Unta dengan lebih dekat dan berpeluang memberi makan kepada mereka. Selain itu, telur Ostrich juga dipamerkan yang dikatakan mampu menampung beban seberat 200kg. Ostrich Wonderland yang terletak di Semenyih ini sangat sesuai dijadikan lokasi percutian hujung minggu bersama keluarga selain dapat mengenal haiwan ternakan, ia juga jauh dari kesibukan kota. Harga tiket pula agak murah berbanding mini zoo yang lain.

Waktu Operasi

  • 10 am – 6 pm : Selasa hingga Ahad
  • Isnin : TUTUP

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM15
  • Kanak-kanak – RM10

52. White Water Rafting KKB

Sumber : bigtreetours

White Water Rafting merupakan satu sukan lasak air yang mampu menggugat ketahanan mental dan fizikal anda. Jika anda sudah bosan melakukan aktiviti lasak seperti Mendaki Bukit dan Wall Climbing, bolehlah mencuba aktiviti Water Rafting pula. Salah satu lokasi yang menawarkan aktiviti ini di Selangor adalah di Kampung Paya Kuala Kubu Baru yang mengambil masa selama 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

White Water Rafting ini juga sangat sesuai dilakukan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan kerana ia memerlukan kerjasama yang kuat untuk mengharungi air yang deras. Anda diwajibkan memakai jaket dan topi keselamatan yang disediakan sebelum memulakan aktiviti. Taklimat ringkas juga diberikan mengenai cara duduk diatas raft dengan betul. Aktiviti ini mengambil masa selama 3 – 4 jam bergantung kepada kederasan air dan kepantasan anda mendayung.

Waktu Operasi

  • Bergantung Pada Temujanji

Bayaran Tiket

  • RM190 – RM200 Seorang 
  • Minimum 4 Orang

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Penang


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!