
Destinasi Pulau Tioman sudah tidak asing lagi sebagai salah satu lokasi percutian yang sangat terkenal di Malaysia terutamanya bagi golongan penyelam (scuba diver). Ia juga menjadi destinasi tumpuan para pelancong samada dari dalam atau luar negara untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan ekosistem hidupan laut. Lokasi percutian ini merupakan sebuah pulau yang berkeluasan 39 km panjang dan 12 km lebar yang terletak di Rompin, Pahang.

Pada sekitar tahun 1970-an, pulau ini telah tersenarai sebagai pulau tercantik di dunia oleh TIME Magazine. Bermula dari situ, Pulau Tioman telah menjadi lokasi pelancongan yang popular di dunia dan mendapat kunjungan ramai pelancong dari luar negara seperti Itali, Jerman, Perancis, England, Singapura, dan banyak lagi. Pulau ini turut menjadi tempat kegemaran para penyelam untuk meneroka keindahan panorama dalam laut yang penuh berwarna-warni. Selain memiliki pantai yang sangat cantik, pasir pantainya juga putih bersih serta hidupan flora dan fauna disini masih terpelihara. Anda boleh layari tempat menarik di Pahang untuk mengetahui pelbagai tarikan dan tempat menarik di negeri Tok Gajah ini
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Terdapat 2 jeti yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Tioman iaitu Jeti Mersing, Johor dan Jeti Tanjung Gemok, Rompin Pahang.
Jeti Mersing, Johor
- Pengangkuatan Awam – Anda boleh menggunakan perkhidmatan bas express di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke bandar Mersing. Terdapat beberapa syarikat bas yang menawarkan tiket ke Mersing antaranya Transnasional, Sanwa Express, dan Cepat Express.redbus.my.
- Memandu Kereta – Bagi yang ingin memandu kenderaan sendiri, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing akan mengambil masa selama 4 hingga 5 jam bergantung kepada cara pemanduan. Dengan melalui lebuhraya PLUS, anda perlu EXIT di tol Ayer Hitam yang berharga RM31.60.
- Feri ke Pulau Tioman – Feri yang beroperasi di laluan Mersing-Tioman adalah laju, selesa dan dilengkapi sepenuhnya dengan penghawa dingin. Ia mengambil masa kira- kira 1.5 jam untuk sampai ke Pulau Tioman. Untuk menempah tiket, sila KLIK disini.
Jeti Tanjung Gemuk Rompin, Pahang
- Pengangkutan Awam – Syarikat bas yang menawarkan tiket ke Jeti Tanjung Gemok adalah Transnasional, LA Holiday Travel & Tour, dan Sanwa Express.
- Memandu Kereta – Terdapat 2 kemudahan lebuhraya untuk ke Rompin iaitu Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur. Jika anda menggunakan Lebuhraya Pantai Timur, perlu exit di Tol Gambang yang berharga RM16.90 (dari Tol Karak).
- Feri ke Pulau Tioman – Perjalanan feri ke Pulau Tioman mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 jam . Harga tiket untuk sehala RM35 (bergantung pada harga semasa). Anda disarankan untuk terus membeli tiket pergi-balik bagi melancarkan perjalanan. Untuk maklumat lanjut boleh layari cataferry.com.


Aktiviti & Tempat Menarik di Pulau Tioman
Pulau Tioman ini terdiri daripada 4 buah perkampungan utama iaitu Kampung Salang, Kampung Tekek, Kampung Juara, dan Kampung Air Batang.
1. Kampung Salang

2. Kampung Tekek – Kawasan yang sedikit sibuk kerana ia merupakan sebuah pekan yang mempunyai kemudahan seperti kedai, mesin ATM, dan banyak lagi.

3. Kampung Juara – Kampung ini kurang mendapat kunjungan dari pelancong dan juga memiliki persekitaran pantai yang paling tenang di Pulau Tioman.

4. Kampung Air Batang

Keistimewaan yang ada di Pulau Tioman ini adalah terdapat beberapa tempat bersejarah antaranya ;
- Batu Depa
- Makam Bendahara Pahang
- Mata Air Sungai Air Raja
- Pokok Tualang Pontinak
- Pusara Atas Batu
- Perkuburan Lanun
Di sebalik kisah sejarah dan lagenda itu, kawasan perairan Pulau Tioman juga sangat kaya dengan hidupan laut yang terdiri daripada pelbagai spesies hidupan air.

Semestinya pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan sepanjang percutian di Pulau Tioman ini. Aktiviti yang wajib anda buat adalah mandi-manda di pantai yang jernih kebiruan.
- Pantai Salang
- Pantai Tekek
- Pantai Genting
- Pantai Mukut
- Pantai Nipah
- Pantai Sri Intan
- Pantai Ayer Batang
- Pantai Monkey Beach
- Pantai Monkey bay.
Setelah puas mandi manda di pantai, anda juga boleh bersiar-siar mengelilingi pulau sambil menghirup udara yang segar. Tarikan lain yang terdapat di Pulau Tioman adalah ;
- Snorkelling
- Merentas Hutan
- Aktiviti Mendaki
- Scuba Diving
- Membeli di Kawasan Bebas Cukai
- Food Hunting
- Belayar
- Bermain Jet Ski
- Melukis Batik
- Memancing
- Berkayak
- Sukan Pantai


Jika ingin menikmati suasana hutan dan kesejukan air terjun, anda boleh berkunjung ke Kampung Asah dimana terdapat sebuah kawasan rekreasi air terjun yang paling terkenal di Pulau Tioman.

TAT Santuari Penyu yang terletak di Kampung Tekek ini juga menjadi salah satu tempat menarik di Pulau Tioman. Santuari ini berperanan sebagai pusat penentasan dan pemuliharaan penyu.

Penginapan Di Pulau Tioman
Dari segi tempat penginapan pula, anda tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai jenis hotel, resort, chalet, dan rumah tumpangan yang bersesuai mengikut bajet dan kemampuan. Seeloknya buat tempahan bilik terlebih dahulu sebelum merancang percutian. Ini bagi mengelakkan kejadian bilik penuh dan sebagainya. Untuk menempah, anda boleh layari booking.com. Antaranya seperti ;
- Tunamaya Resort
- Minang Cove Resort
- Japamala Resort
Manakala bagi yang bercuti bersama ahli keluarga yang ramai dan merancang perbelanjaan, anda boleh menginap di chalet-chalet yang menawarkan harga berpatutan dan mampu milik. Antaranya seperti ;
- Salang Sayang Resort
- Juara Mutiara Resort
- Bersatu Nipah Chalet



LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Pulau Pangkor, Perak
0 Comments