Pulau Sibu merupakan salah satu lokasi yang menjadi tarikan utama pelancongan di negeri Johor. Pada awalnya pulau ini kurang dikenali oleh para pelancong, namun kini ia telah menjadi salah satu destinasi paling terkenal di Malaysia dan sering dikunjungi para pelancong dari dalam mahupun luar negara. Pada tahun 1993, Pulau Sibu telah diwartakan sebagai Taman Laut dan menjadi aset pelancongan di Johor terutamanya daerah Mersing. Boleh dikatakan keseluruhan kawasan disini sangat bersih dan mempunyai permandangan yang indah. Ini kerana pulau ini masih mengekalkan alam flora dan fauna yang semulajadi serta ekosistem hidupan laut yang terpelihara. Lokasi percutian ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 12KM dari tanah besar Johor.

Selain menawarkan permandangan air laut yang jernih kebiruan serta pasir pantai yang putih bersih, anda berpeluang menerokai 4 gugusan pulau lain yang terdiri daripada ;

  • Pulau Sibu Besar – Memiliki keluasan 6KM panjang dan 1 KM lebar. Merupakan pulau utama untuk pelancongan dan mempunyai perkampungan nelayan iaitu Kampung Duku
  • Pulau Sibu Tengah – Terletak bersebelahan Pulau Sibu Besar dan merupakan pulau kedua terbesar
  • Pulau Sibu Kurus – Sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran Pulau Sibu Tengah
  • Pulau Sibu Hujung – Pulau kecil yang terletak paling hujung
Pulau Sibu

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)

Cara Menuju Ke Destinasi

Untuk bercuti ke sini, anda boleh menggunakan perkhidmatan awam seperti bas express atau memandu kenderaan sendiri ke Jeti Tanjung Leman yang terletak di Felda Tenggaroh 3, kira-kira 72KM di selatan Mersing. Anda hendaklah menggunakan Lebuhraya PLUS dan pastikan susur keluar di Tol Ayer Hitam yang berharga RM31.60 (dari Plaza Tol Sungai Besi). Perjalanan untuk sampai ke Jeti Tanjung Leman mengambil masa selama 5-6 jam. Tempat parking kenderaan juga disediakan di kawasan jeti.

Pulau Sibu
Jeti Tanjung Leman

Waktu Operasi Feri

  • Tg. Leman – Pulau Sibu : (11 am) (1.15 pm) (4 pm)
  • Pulau Sibu – Tg. Leman : (9 am) (12.15 pm) (2.30 pm)

Bayaran Tiket Feri

  • Dewasa – RM70 (Sehala)
  • Kanak-kanak – RM35 (Sehala)
  • Harga Tertakluk Kadar Semasa

Bayar Tiket Parking Kenderaan

  • Sehari – RM8

Bayaran Jetty & Conservation

  • Perlu Daftar di Kaunter Jabatan Laut Sebelum Menaiki Feri
  • Bayaran RM10/Seorang
Pulau Sibu
Jeti Pulau Sibu

Perjalanan dengan menaiki bot laju ke pulau mengambil masa kira-kira 30 minit. Kebiasaannya tiket bot akan diuruskan oleh pihak resort dan termasuk dalam pakej percutian yang diambil.

Aktiviti & Tempat Menarik di Pulau Sibu

Untuk memilih lokasi penginapan, anda tidak perlu risau kerana terdapat 8 pilihan resort yang menawarkan pelbagai aktiviti dan pakej yang menarik kepada para pengunjung. Antara 8 pilihan resort adalah ;

Resort di Pulau Sibu

  • Rimba Resort
  • Sea Gypsy Village 
  • Sari Pacifica Hotel, Resort & Spa
  • Sibu Island Resort
  • Sibu Island Cabanas
  • Junansa Villa
  • Twin Beach Resort
  • Coconut Village Resort

Untuk menempah, menyemak, atau membuat perbandingan harga bagi kesemua resort, anda boleh layari www.booking.com @ www.trivago.com

Pulau Sibu
Pulau Sibu

Pihak resort akan menyediakan makanan buffet yang sangat sedap dan menepati citarasa semua pengunjung seperti masakan Melayu dan makanan Barat.

Aktiviti wajib yang perlu anda lakukan setiap kali bercuti di pulau adalah mandi pantai dan juga snorkelling. Dengan kejernihan air laut di sini sudah pasti akan memukau mata anda melihat keindahan dan kecantikan hidupan laut yang penuh berwarna warni.

Pulau Sibu
Sumber : resortmalaysia
Sumber : saripacificasibuisland
Tempat-Menarik-Di-Pulau-Sibu-karang
Sumber : saripacificasibuisland

Pulau ini adalah sebuah pulau tropika yang terpelihara di pantai yang diliputi hutan. Selain dari mandi pantai dan snorkelling, terdapat banyak aktiviti menarik yang lain untuk anda lakukan. Antaranya seperti ;

  • Trip Memancing
  • Menyelam (Scuba Diving)
  • Merentas Hutan
  • Belayar
  • Berkayak
  • Manjakan Diri di Spa
  • Bola Tampar Pantai
  • Jet-Ski
Sumber : rimbaresort
Sumber : rimbaresort
Sumber : siburesort

Anda juga berpeluang berkunjung ke sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pulau. Ia dikenali sebagai Kampung Duku yang menempatkan kira-kira 200 orang penduduk terdiri daripada 40 buah keluarga. Selain itu, anda juga dapat melihat sendiri rutin harian kehidupan masyarakat nelayan di sini.

Sumber : comelah

Jadi, tidak boleh disangkal lagi bahawa Pulau Sibu merupakan sebuah pulau yang sangat cantik dan menjadi salah satu tempat menarik di Johor yang mesti anda kunjungi. Sebuah lokasi percutian yang menawarkan pakej yang lengkap dari segi tempat penginapan, makanan, aktiviti menarik, dan lokasi yang indah.

Sumber : ticket2u

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA :Tempat Menarik di Pulau Tioman, Pahang


4 Comments

Yussry · February 17, 2020 at 11:25 am

Apakah dibenarkan memancing di sekitar pantai pulau sibu?

    Lokasi Percutian · February 19, 2020 at 1:32 am

    ada tempat yang dibenarkan dan ada tempat yang dilarang..seeloknya tuan bertanya pada pemandu bot di sana.tq

UMI SYAFIQAH · November 12, 2021 at 10:57 pm

snorkeling ada x???

    Lokasi Percutian · December 1, 2021 at 4:02 am

    ya..ada checkpoint2 tertentu untuk aktiviti snorkeling

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!