
Pulau Redang adalah sebuah pulau yang terletak di Kuala Nerus dan juga salah satu pulau yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Mungkin nama pulau ini jarang disebut sebut oleh pelancong tempatan jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian. Tapi anda perlu tahu bahawa pulau ini juga terkenal dengan air yang jernih dan mempunyai pantai yang berpasir putih.
Cara Menuju Ke Destinasi
Untuk pengakutan ke sana, anda mempunyai dua pilihan samada menaiki bot laju atau feri. Bagi orang yang mabuk laut, disarankan untuk menaiki feri untuk keselesaan. Pengakutan ini disediakan di Jeti Shahbandar dan Jeti Penarik @ Merang. Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai operasi dan harga tiket bot, anda boleh layari my.busonlineticket sebagai panduan bagi memudahkan perjalanan dan percutian anda.
Waktu Operasi Bot
Jeti Merang
- Jeti Merang ke Pulau Redang – 8 am hingga 3 pm
- Pulau Redang ke Jeti Merang – 9 am hingga 4 pm
- Pengangkutan Bot Laju – 30 minit
Jeti Shahbandar
- Jeti Shahbandar ke Pulau Redang – 9 am, 10.30 am, 3 pm
- Pulau Redang ke Jeti Shahbandar – 7 am, 11 am, 1 pm
- Pengangkutan Feri (Sejahtera Ferry Service) – 1 jam 30 minit
Bayaran Tiket
Jeti Merang ke Pulau Redang
- Dewasa – RM110 (dua hala)
- Kanak-kanak – RM60 (dua hala)
Jeti Shahbandar ke Pulau Redang
- Dewasa – RM110 (dua hala)
- Kanak-kanak – RM60 (dua hala)

Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Redang
Antara tempat yang menjadi tumpuan di sini ialah Pantai Pasir Panjang yang merupakan pantai yang paling besar di Pulau Redang. Kecantikkan air di pantai ini juga telah menarik ramai pelancong untuk membuat aktiviti snorkelling. Bagi yang ingin beriadah bersama anak anak kecil dan gemarkan aktiviti berenang, Pantai Teluk Kalong dan Pantai Teluk Dalam sangat sesuai kerana air pantainya yang tidak terlalu berombak dan tidak dalam. Permandangan air yang biru serta pasir yang putih akan membuatkan percutian anda sebagai memori yang tak dapat dilupakan.

Adakah anda tahu apakah haiwan yang menjadi ikon untuk negeri Terengganu??yaa… semestinya penyu. Bagi yang ingin melihat dengan lebih dekat dan memberi makan ‘live’ kepada haiwan ikon tersebut, anda boleh melakukannya semasa snorkelling di beberapa lokasi seperti Pasir Mak Simpan dan Pasir Mak Kepit. Penyu-penyu di pantai ini juga sangat jinak jika pengunjung- pengunjung yang melakukan snorkelling membawa makanan bersama mereka seperti sotong.

Persekitaran yang landai dan berteluk juga menjadikan pulau ini sesuai sebagai tempat untuk beridah bersama anak anak kecil dan melakukan aktiviti aktiviti menarik seperti bola sepak pantai, bola tampar pantai, dan berkayak. Ramai yang tidak percaya jika mengatakan air di Pantai Pasir Panjang ini sejuk seperti air terjun!! Walaupon anda mandi pada siang hari!! Adakah anda percaya?? Yaa… itulah kebenaran dan keunikan Pantai Pasir Panjang yang berada di Pulau Redang. Anda akan merasai air yang sejuk itu setelah mandi di air paras pinggang. So, jika anda bercuti di sini, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman yang unik dan tiada dipantai pantai yang lain.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Pulau Kapas
0 Comments