Pulau perhentian terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Perhentian Kecil & Perhentian Besar. Bagi yang belum pernah sampai ke sana, percayalah! pulau ini adalah salah satu pulau yang terbaik dan tercantik yang Malaysia miliki. Suasana yang damai disertakan dengan air laut yang jernih membiru mampu menenangkan fikiran dan menghilangkan strees kerja dan sebagainya. Adakah anda sukar untuk membuat pilihan untuk bercuti ke Pulau Perhentian Kecil @ Besar?? Ini ada sedikit perkongsian yang mana boleh membantu anda membuat pilihan. Perhentian Kecil & Besar masing-masing mempunyai daya tarikan tersendiri.

Pulau Perhentian
Sumber : atzcabinstayjerteh

Cara Menuju Ke Destinasi

Anda perlu menaiki bot di Jeti Kuala Besut yang terletak di sempadan negeri Kelantan. Perjalanan untuk sampai ke destinasi mengambil masa kira-kira 30 – 45 minit. Anda juga boleh membeli tiket melalui online atau walk-in di kaunter tiket. Seeloknya anda membeli secara online bagi melancarkan perjalanan. Untuk maklumat terperinci mengenai harga tiket dan waktu perlepasan, anda boleh layari besutjetty.com sebagai rujukan.

Waktu Operasi Bot

  • Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian – ( 9 am – 5 pm)
  • Pulau Perhentian ke Jeti – (8 am, 12 pm, 4 pm)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM70 (dua hala)
  • Kanak-kanak – RM35 (dua hala)

Baca juga : Nama anak lelaki dalam islam

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)

Pulau Perhentian Besar

Pulau Perhentian
Sumber : alunanresort

Bagi yang mencari kedamaian & ketenangan, Perhentian Besar adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Di sini pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti island tour, snorkeling dan menyelam scuba. Untuk menikmati keindahan sebenar Perhentian Besar, anda wajib untuk melakukan aktiviti menyelam scuba!! Keindahan batu-batu karang dan habitat marine di bawah permukaan air dapat dilihat dengan lebih dekat dan panorama warna warni dapat memukau pandangan anda semasa didalam air. Mungkin akan terdetik perasaan anda untuk hidup dibawah sana untuk selamanya dan berimaginasi sebagai Aquaman.

Baca juga : Resepi sup tulang

Sesetengah pendapat mengatakan pulau ini lagi cantik daripada Krabi. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke Krabi pasti dapat merasai kelainan dan keunikan pulau perhentian ini. Bagi tempat penginapan pula, terdapat banyak resort dan chalet yang berada di persisiran pantai. Hanya dengan bersantai di bilik pon anda mampu mengecapi ketenangan dibantu dengan kicauan burung burung, deruan ombak dan tiupan bayu laut yang sepoi sepoi bahasa.

Sumber : blog.pakej

Pulau Perhentian Kecil

Di Perhentian Kecil pula, tempat ini sangat meriah dengan kunjungan ramai pelancong tak kiralah pelancong tempatan @ asing. Di sini, tempat yang paling menjadi tumpuan adalah Pantai Panjang @ Long Beach. Boleh dikatakan pantai ini sentiasa hidup dengan kunjungan pelancong dari pagi hingga ke malam pada setiap minggu. Antara salah satu factor pulau ini dikunjungi ramai pelancong adalah disebabkan oleh banyak pilihan penginapan dan chalet bajet dan berpatutan.

Baca juga : Restoran 10 gram bakers and steaks di ayer8 Putrajaya

Sumber : yoy

Selain Perhentian Kecil dan Perhentian Besar, terdapat beberapa lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi semasa berada di pulau perhentian seperti Teluk Pauh (Perhentian Besar), Teluk Dalam (Perhentian Besar), Kampung Pasir Hantu (Perhentian Kecil), Kincir Angin D’Lagoon (Perhentian Kecil), Turtle Bay (Perhentian Besar), Pulau Tokong Burung, Tokong Laut, Terumbu Tiga (Perhentian Besar), Lata Air Berani (Perhentian Besar), dan Pulau Keke (Perhentian Besar).

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Pulau Redang


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!