
Pulau Langkawi merupakan sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai pakej yang lengkap dari segala aspek termasuklah dari segi penginapan, tempat menarik, membeli belah, dan banyak lagi. Selain itu, Pulau Langkawi juga adalah sebuah pusat peranginan yang mempunyai pantai yang cantik dan indah. Pelbagai aktiviti yang menarik ditawarkan untuk anda sepanjang berada di pulau ini. Tempat menarik di Pulau Langkawi bukan sahaja terletak di pantai, malah terdapat juga di bukit, hutan, tasik, dan juga darat. Ia juga sebuah lokasi percutian yang sesuai bagi semua golongan termasuklah secara individu, bersama keluarga, dan sebagai lokasi berbulan madu.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju ke Destinasi
Terdapat beberapa jenis pengangkutan yang boleh anda guna untuk sampai ke destinasi. Antaranya ialah ;
1. Menaiki Kapal Terbang
Terdapat 4 pilihan penerbangan yang di ditawarkan oleh syarikat MAS, Air Asia, Malindo, dan Firefly. Perjalanan untuk sampai ke destinasi mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 1 jam dari Kuala Lumpur. Bagi yang menggunakan perkhidmatan MAS dan Malindo, pesawat akan berlepas dari KLIA, manakala perkhidmatan AirAsia berlepas dari KLIA2, dan bagi perkhidmatan Firefly pesawat akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang. Harga tiket bergantung kepada tarikh anda menempah dan waktu percutian. Seeloknya tiket perlu dibeli dengan lebih awal beberapa bulan dari waktu percutian untuk mendapat harga yang lebih murah.

2. Menaiki Feri Penumpang
Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan feri penumpang, anda boleh menaiki feri di jeti di Kuala Perlis dan jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Langkawi. Bagi perjalanan feri dari Kuala Perlis hanya mengambil masa selama 50 minit hingga 1 jam untuk sampai ke destinasi. Tempoh perjalanan feri dari Kuala Kedah sedikit lama iaitu mengambil masa selama 2 jam. Kebanyakkan pelancong lebih gemar menaiki feri di Jeti Kuala Perlis kerana tempoh perjalanannya yang singkat. Anda disarankan untuk terus membeli tiket untuk balik setibanya di Jeti Kuah Langkawi. Ini kerana untuk mengelakkan dari kehabisan tiket terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Tiket juga boleh dibeli secara online di http://ticket.langkawiferryline.com/
Harga Tiket Feri (Sehala)
- Kuala Perlis – Langkawi : Dewasa (RM18), Kanak-kanak 3 -12 Tahun (RM13)
- Kuala Kedah – Langkawi : Dewasa (RM23), Kanak-kanak 3 – 12 Tahun (RM17)

3. Menaiki Feri RORO (Membawa Kereta Ke Langkawi)
Untuk memudahkan anda terokai seluruh kawasan Pulau Langkawi, anda boleh memandu kereta sendiri ke Pulau Langkawi. Untuk sampai ke destinasi, anda perlu menggunakan perkhidmatan Feri RORO yang hanya terdapat di Jeti Kuala Perlis. Tempoh perjalanan Feri RORO ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Kadar bayaran pula adalah berbeza mengikut CC kenderaan. Untuk procedure membawa kereta sendiri ke Pulau Langkawi boleh rujuk di https://www.langkawiguides.com
Harga Tiket Feri RORO (Kenderaan)
- Kereta Sedan 1500cc Kebawah – RM156/RM302 (Sehala/Dua Hala)
- Kereta Sedan 2000cc Kebawah- RM186/RM352 (Sehala/Dua Hala)
- Kereta Sedan 2000cc Keatas – RM226/RM432 (Sehala/Dua Hala)
- Kereta MPV @ 4WD 2000cc Kebawah- RM206/RM392 (Sehala/Duahala)
Untuk maklumat lanjut boleh layari di http://www.langkawiroro.com/
Harga Tiket Untuk Penumpang
- Dewasa – RM18/RM36 (Sehala/Dua Hala)
- Kanak-Kanak – RM13/RM26 (Sehala/Dua Hala)
*Masa booking tiket untuk kereta beli sekali tiket penumpang

4. Menaiki Bas KL – Langkawi
Antara kemudahan yang ada untuk ke Langkawi adalah dengan menaiki Bas Express. Untuk perjalanan yang santai dan tidak memenatkan, perkhidmatan bas adalah pengangkutan yang sangat sesuai untuk anda. Tempoh perjalanan dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Terminal Bas Kuala Perlis mengambil masa selama 8 jam perjalanan. Dari Terminal Bas Kuala Perlis ke Jeti Kuala Perlis pula hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki.
Harga Tiket Bas
- RM50 – RM55 (Sehala)
- Harga bergantung waktu semasa
Untuk maklumat lanjut boleh layari di https://my.busonlineticket.com

Tempat Menarik Di Pulau Langkawi
1. SkyBridge Langkawi

Waktu Operasi
- 9 am – 8 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM10
- Kanak-kanak – RM7
2. Langkawi Nature Park

Waktu Operasi
- 9 am – 7 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM28
- Kanak-kanak – RM18
- Warga Emas – RM18
3. Morac Adventure Park

Waktu Operasi
- 12 pm – 12 am (Setiap Hari)
Harga Tiket
Grand Prix Sprint Race
- RM220/Seorang
- Minimum 30 Orang
- 30 Minit
Endurance Race
- RM500/Sepasukan
- Minimum 10 Pasukan
- 3 – 4 Orang/Sepasukan
Corporat Events
- Bermula RM6000
- 60 Minit
4. Beras Terbakar Padang Matsirat

Tempat Menarik di Pulau Langkawi
Waktu Operasi
- 10 am –Â 5.30 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- PERCUMA
5. Faizy Crystal Glass Blowing

Waktu Operasi
- 9.30 am – 5.00 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- PERCUMA
6. De’Zone Craft Center

Waktu Operasi
- 10 am – 7.30 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- PERCUMA
7. Pasar Malam Temonyong

Waktu Operasi
- 6 pm – 11 pm (Khamis)
Harga Tiket
- PERCUMA
8. Telaga Harbour Marina

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
9. Upside Down House Gallery

Waktu Operasi
- 9 am – 9 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM18
- Kanak-kanak – RM12
10. Darulaman Santuari

Waktu Operasi
- 8.30 am – 5 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
Santuary Jungle Walk
- Dewasa – RM150 (min 2 Orang)
- Kanak-kanak – RM80
Santuary Bird Watching
- Dewasa – RM200 (min 2 Orang)
- Kanak-kanak – Tiada
Santuary Butterfly Walk
- Dewasa – RM150 (min 2 Orang)
- Kanak-kanak – RM80
Santuary Jungle Trekking
- Dewasa – RM180 (min 2 Orang)
- Kanak-kanak – Tiada
11. Buffalo Park

Waktu Operasi
- Sabtu – Khamis : 9 am – 5 pm
- Jumaat : TUTUP
Harga Tiket
- Dewasa – RM3
- Kanak-kanak – RM1
- Tunggang Kerbau – RM20
12. Langkawi Canopy Adventures

Waktu Operasi
- Bermula pada 9 am
- Bergantung Pada Temujanji
Harga Tiket
- Lite Version – RM180
- Full Version – RM220
13. Pantai Pasir Hitam

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
14. Paradise 101 Langkawi

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- Bermula RM180
15. Ayer Hangat Village

Waktu Operasi
- 9 am – 5 pm ( Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM5
- Kanak-kanak 12 Tahun Kebawah – PERCUMA
- Jakuzi Peribadi – RM80 – RM129
16. HIG Haji Ismail Group Langkawi

Waktu Operasi
- 9 am – 9.30 pm ( Setiap Hari)
Harga Tiket
- Lokasi Membeli-Belah
17. Idaman Suri
Waktu Operasi
- Sabtu – Khamis : 9.30 am – 8 pm
- Jumaat : TUTUP
Harga Tiket
- Lokasi Membeli-Belah
18. Nusantara Gamat

Waktu Operasi
- 8.30 am – 5.30 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Lokasi Membeli-Belah
19. Dataran Lang Pulau Langkawi

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
20. Pantai Tengah

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
21. Muzium Laman Padi Langkawi

Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- RM5
22. Kota Mahsuri

Waktu Operasi
- Isnin – Jumaat : 8 am – 6 pm
- Sabtu – Ahad : 8 am – 6.30 pm
Harga Tiket
- Dewasa – RM12
- Kanak-kanak – RM6
23. Taman Lagenda Pulau Langkawi

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
24. Tasik Dayang Bunting

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- Dewasa – RM5
- Kanak-kanak – RM3
- Paddle Boat/Berkayak – RM5/Jam
25. Air Terjun Durian Perangin

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
26. Pulau Beras Basah

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- Island Hoping : RM80 – RM120
- Private SpeedBoat Tour : RM500 – RM900
27. Pulau Payar Marine Park

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- Bergantung Tambang Bot Semasa
28. Air Terjun Telaga Tujuh

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
29. Galeri Perdana

Waktu Operasi
- 8.30 am – 5.30 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM10
- Kanak-kanak – RM4
- Kamera – RM2
- Video Kamera – RM5
30. Skytrex Adventure Langkawi

Waktu Operasi
- Setiap Hari
- Perlepasan Pertama 9 am
- Perlepasan Terakhir 3 pm
Harga Tiket
- Little Lagend Adventure – RM65
- Eagle Thrills – RM75
- Island Extreme – RM85
31. Pantai Tanjung Rhu

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
32. 3D Art In Paradise

Waktu Operasi
- 9 am – 6 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM30
- Kanak-kanak – RM20
33. Air Terjun Temurun

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
34. Taman Buaya Langkawi

Waktu Operasi
- 9 am – 6 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM18
- Kanak-kanak – RM12
35. Kilim Geoforest Park

Waktu Operasi
- 8.30 am – 5 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Sewa Bot RM300 (Minimum 8 Orang)
36. Langkawi Wildlife Park

Waktu Operasi
- 8.30 am – 6 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM24
- Kanak-kanak – RM16
- Warga Emas – RM16
37. Pantai Cenang

Waktu Operasi
- Sepanjang Masa
Harga Tiket
- PERCUMA
38. Underwater World Langkawi

Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM36
- Kanak-kanak – RM26
39. SkyCab @ Kereta Kabel Langkawi
Waktu Operasi
- 9.30 am – 7 pm (Setiap Hari)
Harga Tiket
- Dewasa – RM40
- Kanak-kanak – RM30
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Pulau Rawa, Johor
1 Comment
Tempat Menarik Di Penang Wajib Pergi Trip 2 Hari 1 Malam · June 17, 2023 at 2:11 pm
[…] pelancongan. Time cuti sekolah atau hujung minggu pun Penang dah padat dengan pelancong selain Pulau Langkawi yang juga jadi destinasi pilihan […]