
Pulau Lang Tengah terletak 23km dari Tanjung Merang dan berada ditengah-tengah antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Di sini juga menjadi salah satu port terbaik bagi para penyelam untuk melakukan scuba diving dan membuat lesen menyelam. Difahamkan nama Lang Tengah ini diperoleh dari sekumpulan burung helang yang sering berlegar-legar di permukaan air laut mencari makanan. Ini merupakan satu fenomena yang unik di Pulau Lang Tengah.
Cara Menuju Ke Destinasi
Untuk ke pulau ini, anda perlulah menggunakan khidmat bot di Jeti Merang. Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Lang Tengah pula mengambil masa sekitar 30-45 minit sahaja dengan menaiki bot laju. Tiket bot lebih murah jika dibeli bersama pakej penginapan. Untuk lebih terperinci berkenaan tiket dan waktu operasi bot, sila layari my.busonlineticket.com.
Waktu Operasi Bot
- Bermula 8 am hingga 4 pm
Bayaran Tiket Bot
- Dewasa – RM120 (satu hala) * harga mengikut kadar semasa
- Kanak-kanak (Bawah 4 tahun) – PERCUMA


Kat sini juga seperti tiada perkampungan penduduk seperti di pulau-pulau lain dan hanya mempunyai 4 buah resort@chalet sahaja untuk penginapan para pelancong. Ini disebabkan oleh faktor permukaan geografinya yang kurang mempunyai pesisir pantai dan berbatu.
Resort di Pulau Lang Tengah
- Summer Bay Resort
- Sari Pacifica Hotel & Spa
- D’coconut Lagoon
- Lang Sari Resort
So, bagi yang sukakan privasi dan ingin menenangkan diri dari segala kesibukan, amatlah sesuai untuk berkunjung ke pulau ini. Jarak diantara satu resort ke satu resort juga begitu jauh. Ia sangat sesuai dijadikan lokasi berbulan madu bagi pasangan pengantin yang inginkan suasana romantis.

Perlu diingat, kat pulau ini juga tiada kedai makan@restoran melainkan kepunyaan resort-resort tempat anda menginap. Jika ada pun harganya terlalu mahal berbanding harga biasa. Jadi, seeloknya anda membawa makanan segera dari daratan untuk lebih jimat dan puas hati.
Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Lang Tengah
Aktiviti yang wajib dilakukan ketika bercuti di pulau semestinya snorkelling dan scuba diving. Pakej ini telah disediakan oleh resort-resort tempat anda menginap. Pulau ini juga terkenal dengan kehalusan pasir pantai dan mempunyai air laut yang jernih kehijauan. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti kayak, jungle trekking, bermain bola di pesisir pantai dan lain-lain lagi. Disamping itu, anda juga boleh melihat burung helang yang terbang berkeliaran di atas permukaan air laut untuk menangkap ikan sambil dihiasi panaroma matahari terbit dan terbenam.


Ketenangan dan kesunyian di Pulau Lang Tengah ini amatlah sesuai bagi anda yang ingin menikmati dan meluangkan masa bersama orang tersayang ataupun untuk berbulan madu. Oleh kerana tidak mempunyai resort yang banyak, pelancong disini juga sedikit kurang berbanding pulau-pulau lain. Anda bolehlah menikmati percutian dengan tenang dan sepuas-sepuasnya.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Pulau Tenggol, Terengganu
0 Comments