Pulau Kapas adalah sebuah pulau yang berada kira-kira 6km di timur Marang T’ganu. Anda tahu kenapa nama Pulau ini Pulau Kapas?? Ia merujuk kepada pasir di pantai ini yang berwarna putih seperti kapas. Jadi, sudah pasti dan jelas sekalidi pulau ini mempunyai pantai yang cantik dan indah. Ia juga terkenal dengan jolokan nama “syurga menyelam dan snorkelling”.

Cara Menuju Ke Pulau Kapas

Untuk menuju ke sana, anda perlu menaiki bot di Jeti Marang. Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas pula hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit sahaja. So, sesiapa yang jenis mabuk laut, usah risau dan khuatir kerana perjalanan yang singkat ini takakan memabukkan anda!!! Walaupun hanya perjalanan yang singkat,tapi kejernihan air laut dan permandangannya sangat mempesonakan dan akan memukau mata anda. Bagi memudahkan perjalanan, anda boleh layari website untuk mengetahui lebih terperinci mengenai waktu operasi bot dan harga tiket. Bagi anda yang membawa kenderaan sendiri ke jeti Marang, kadar bayaran parkir untuk sebuah kereta adalah RM7 semalaman.

Waktu Operasi Bot

  • 9 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket Bot

  • Dewasa : RM35 – Rm40 (dua hala) *tertakluk kadar semasa
Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-1
Sumber : belangtarung

Aktiviti Menarik Di Pulau Kapas

Kalau nama jolokan pon dah “syurga menyelam dan snorkelling”, mestilah aktiviti ini yang paling best dan menarik kat sini. Terumbu karang kat sini juga sangat cantik dan terjaga kerana di sesetengah kawasan kat sini adalah kawasan penanaman dan penjagaan terumbu karang. So, anda akan dapat menyaksikan sendiri keindahan pelbagai jenis terumbu karang yang berwarna warni di dasar laut. Sungguh mengujakan.

Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-2
Sumber : mylittleadventure.it
Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-4
Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-3

Selain daripada aktiviti snorkelling, anda juga boleh berkanu dan berkayak di pantai sambil menikmati permandangan matahari terbenam di sebelah petang. Kos sewaan kanu pula berharga RM20/sejam. Harga ini bergantung pada pakej yang anda ambil. So, pandai- pandai la cari yang harga berpatutan okay. Kadar sewaan goggle dan jaket keselamatan pula RM15 satu hari. Jadi anda bolehlah snorkelling sepuasnya di pesisir pantai untuk melihat ikan-ikan yang sangat cantik.

Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-5
Sumber : malaysia.travel

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak pula, anda boleh melakukan aktiviti mendaki Bukit Singa yang mana menjadi port para pelancong untuk bergambar dan melihat sekitar Pulau Kapas.

Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-6
Sumber : rileklah

Anda tak gemarkan aktiviti lasak?? Takpe!! anda juga boleh menikmati keindahan Pulau Kapas ini dengan bersiar-siar dipesisir pantai. Berjalan-jalan di tepian pantai sambil ditemani alunan ombak dan kicauan burung serta tiupan angin bayu laut yang membuatkan pokok-pokok melambai sudah cukup untuk menenangkan jiwa dan melupakan kesibukan kota dan kerja.

Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-7
Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-8

Disebelah malam pula, anda akan disajikan dengan persembahan nyanyian oleh busker. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk berkongsi bakat nyanyian anda sambil diiringi musik oleh pemusik yang berbakat. Suasana di waktu malam pula cukup indah sambil diterangi cahaya lampu yang sangat romantis dan mendamaikan.

Tempat-Menarik-di-Pulau-Kapas-9

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempa Menarik di Pulau Lang Tengah, Terengganu


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *