
Pulau Bidong atau lebih dikenali dengan nama jolokan Pulau Vietnam oleh orang-orang tempatan terletak kira-kira 40km dari Kuala Terengganu. Pulau ini dikenali sebagai Pulau Vietnam kerana pernah menjadi tempat penempatan dan perlindungan hampir 40000 orang pelarian Vietnam berikutan peperangan yang berlaku di negara itu pada 1975. Disebabkan itu Pulau Bidong digelar sebagai “mini Saigon”. Ia juga turut menempatkan pelarian Kemboja daripada rejim Khmer Rogue pada akhir tahun 70-an. Kini, pulau ini telah menjadi salah satu pusat perlancongan dan peranginan yang terkenal di negeri Terengganu.


Pembangunan di Pulau Bidong bermula pada tahun 2003 yang bertujuan untuk dijadikan salah satu lokasi pelancongan di Terengganu. Walaupun telah mengalami fasa pembangunan, tempat percutian ini masih mengekalkan khazanah dan keindahan ekosistem yang semulajadi.
Cara Menuju Ke Destinasi
Untuk ke pulau ini anda perlu menaiki bot dari jeti Merang dan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke Pulau Bidong. Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan bot, anda boleh layari hunterboatservice.
Waktu Operasi Bot
- Bermula 8 am hingga 4 pm
Bayaran Tiket Bot
- Kadar sewa sebuah bot laju – RM500 (dua hala)
- Boleh menempatkan 10 orang penumpang maksima
- Harga mengikut kadar semasa
Setelah sampai disana, anda pasti akan terkejut dan tergamam melihat kebersihan pulau ini. Ini disebabkan oleh pulau ini adalah salah satu pulau yang dijaga dan dipelihara oleh kerajaan negeri Terengganu sendiri. Menarik bukan?

Tapi sayangnya di sini tidak mempunyai resort atau chalet untuk dijadikan tempat penginapan. Ini kerana pihak Kerajaan Negeri Terengganu ingin mengekalkan sejarah dan khazanah dari tinggalan pelarian perang Vietnam terdahulu. Selain itu, anda juga dapat menyaksikan sendiri kesan tinggalan bangunan-bangunan seperti hospital, sekolah dan kuil yang didirikan oleh para pelarian.


Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Bidong
Semasa berada di Pulau Bidong ini, aktiviti yang wajib anda lakukan adalah scuba dive dan snorkelling. Ini kerana terdapat banyak khazanah hasil peninggalan pelarian Vietnam termasuklah 27 kapal yang digunakan mereka telah dikaramkan untuk dijadikan tukun. Tukun ini pula akan menjadi habitat baru bagi hidupan laut di Pulau Bidong ini. Bukan setakat kapal je yang anda boleh lihat, bas dan lori pun ade didalam laut. Percaya atau tidak? Menarik bukan… Jadi, buatlah aktiviti scuba dive ini untuk menyaksikan sendiri benda-benda yang unik dan pelik di dalam laut Pulau Bidong.
Lokasi scuba dive terbaik di Pulau Bidong
- Heritage Row
- Tongkang The Barge
- The Jetty
- Pasir Tenggara
- Teluk Belanga
- Macha Rock
- Midway Reef 1
- Midway Reef 2
- Pasir Cina
- Karah point
- Southem Tip
- Batu Tengkorak West
- Batu Nangis
- Tanjung Geluk
- Vietnamese Wreck


Selain dapat melakukan scuba dive, anda juga berpeluang untuk bermain kayak di perairan pulau sambil menikmati kejernihan air laut serta permandangan yang indah. Disebabkan tiada tempat penginapan, anda boleh merancang untuk day-trip ke Pulau Bidong untuk menikmati keindahan pulau serta melawat tempat bersejarah.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Pulau Langkawi, Kedah
0 Comments