Penang atau lebih dikenali dengan Pulau Mutiara terletak di utara Semenanjung Malaysia. Walaupun merupakan salah satu negeri terkecil di Malaysia, tetapi negeri ini sering menerima kunjungan pelancong yang ramai dan menjadi destinasi utama untuk bercuti. Tarikan utama pelancongan disini adalah terdapat kepelbagaian makanan tradisional tempatan, keunikan budaya dan juga destinasi percutian yang menarik. Senarai di bawah merupakan tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Penang untuk memudahkan anda merancang percutian.

1. Pantai Batu Feringgi

Tempat-Menarik-di-Penang-Pantai-Batu-Feringgi-1
Sumber : journeycook

Jika anda ingin bercuti di kawasan pantai, Pantai Batu Feringgi adalah tempatnya kerana ia merupakan pantai yang paling terkenal di Pulau Pinang. Untuk ke sini anda perlu menghadapi jalan yang sedikit mencabar sambil ditemani deretan hotel mewah dan chalet di sepanjang persisir pantai.

Selain daripada menghirup udara segar dan menikmati tiupan angin pantai yang mendayu-dayu, anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti menarik yang tersedia di sepanjang pesisiran pantai ini. Antaranya bermain Banana Boat, Jet Ski, Berkayak, dan Parasailing. Di sebelah malam pula, anda boleh berkunjung ke pasar malam Batu Feringgi yang sangat meriah dengan deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan, cenderahati, dan barangan perhiasan. Pasar malam yang terletak di Jalan Panatai Batu ini beroperasi pada setiap hari bemula jam 6.30 petang hingga 12 malam.


2. Pasar Karat Penang @ Rope Walk

Tempat-Menarik-di-Penang-Pasar-Karat-Penang-@-Rope-Walk
Sumber : mstar

Pasar Karat ini adalah pasar yang kebanyakkannya menjual barangan antik, barangan terpakai dan barangan yang jarang dijumpai. Selain daripada penjualan barangan vintage, disini juga terdapat jualan kraftangan, gadjet, makanan, pakaian dan banyak lagi. Ia sering mendapat ramai kunjungan dari peminat-peminat barangan antik dari dalam mahu pun luar negara.

Pasar yang terletak bersebelahan dengan Stadium Bandaraya ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 2 petang. Jika anda ingin melihat sendiri bagaimanakah bentuk jam, saterika, lampu, pinggan mangkuk, radio, barangan perhiasan, dan peralatan hantaran kahwin yang klasik, bolehlah kesini kerana tiada sebarang bayaran pon dikenakan untuk melihat barangan tersebut.


3. Chulia Street, George Town

Tempat-Menarik-di-Penang-Chulia-Street
Sumber : expatgo

Chulia Street yang juga pernah dikenali sebagai Chulier Street pada zaman dahulu merupakan salah satu jalan yang tertua di bandar George Town. Kepelbagaian budaya disini juga agak menarik dimana terdapat pengaruh Cina dan Mamak (India Muslim).

Di Chulia Street sangat terkenal dengan deretan-deretan kedai makan dan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan tradisonal tempatan. Disamping mempunyai banyak tempat menarik untuk menjamu selera, kemudahan untuk para pelancong juga tersedia seperti tempat penginapan untuk anda bermalam. Terdapat banyak pilihan hotel bajet yang mampu menjimatkan kos pembelanjaan anda ketika bercuti. Bagi melihat sendiri jalan yang berusia 221 tahun ini anda bolehlah ke sini sambil menikmati makanan-makanan yang menyelerakan.


4. Kedai Jeruk Madu Pak Ali

Tempat-Menarik-di-Penang-Kedai-Jeruk-Madu-Pak-Ali
Sumber : lurvenerd

Jenama Jeruk Madu Pak Ali ini sudah begitu terkenal di Malaysia dengan kepelbagaian jeruk buah-buahan seperti jeruk manga, betik, kedondong, anggur, salak, ceri, pala dan banyak lagi. Selain dari menjual jeruk buah, disini juga menjual kuah rojak Pak Ali, sos pencicah buah, pes char kueh teaw dan banyak lagi. Bagi penggemar buah-buahan jeruk, pastikan anda membawa bekalan duit yang cukup kerana pilihan yang banyak mampu membuatkan anda rambang mata untuk membelinya. Anda juga akan kecur air liur setelah melangkah masuk kedalam kedai Pak Ali.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

5. Pulau Aman

Tempat-Menarik-di-Penang-Pulau-Aman

Pulau Aman merupakan pulau kecil yang berada di Pulau Pinang dan juga dihuni oleh penduduk yang kebanyakkannya adalah golongan nelayan. Pulau ini agak tersembunyi dan kurang diketahui oleh para pelancong. Lokasi yang mempunyai suasana yang mendamaikan ini amat sesuai untuk dijadikan tempat bercuti kepada sesiapa yang mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota.Untuk sampai ke Pulau Aman ini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Batu Musang yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam pada setiap hari. Perjalanan untuk sampai ke Pulau Aman hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.

Dianggarkan cuma 50 buah keluarga yang menjadi penduduk tetap di pulau ini yang rata-ratanya terdiri dari orang Melayu. Suasana kampung yang dipenuhi dengan rumah kayu tradisional serta penduduk kampung yang ramah akan membuatkan anda rasa ingin menetap lebih lama di Pulau Aman ini. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah melihat kolam ternakan ikan,udang dan tiram. Selain itu, anda juga boleh melihat pokok sukun tertua di Malaysia, melawat Telaga Emas, memancing, sesi bergambar di waktu malam, berkunjung ke kedai cenderahati serta dapat menikmati makanan laut yang sedap dan segar.


6. Tropical Fruit Farm Penang

Tempat-Menarik-di-Penang-Tropical-Fruit-Farm-Penang
Sumber : wanderlust-and-tikarterbang

Kebun buah yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang ini merupakan kebun yang mempunyai kira-kira 300 jenis buah-buahan tropika dan sub tropika dari seluruh dunia.

Pengangkutan yang disediakan di kebun yang berkeluasan 25 ekar ini ialah van dan trak berserta pengiring lawatan bagi memudahkan para pelancong untuk bergerak. Antara benda menarik yang terdapat disini ialah keunikan buah yang jarang anda temui di bandar seperti limau boi (kacukan limau nipis dan limau bali), buah ceri Terengganu, avocado dan banyak lagi. Terdapat juga buffet buah-buahan dan jus buah yang segar dibawa dari ladang untuk anda nikmati sepuasnya. Bagi penggemar buah-buahan, di Tropical Fruit Farm Penang adalah tempat yang menarik untuk anda kunjungi.

Waktu Operasi 

  • Guided Farm Tour : 9am – 5 pm setiap hari
  • Lunch Buffet : 12pm – 3 pm
  • Dinner buffet : 6pm – 9pm

Bayaran Tiket

  • Guided Farm Tour – RM40 (dewasa), RM30 (kanak-kanak)
  • Fruit Testing – Small RM13, Medium RM25, Large RM40
  • Dinner buffet – RM60 (dewasa), RM50 (Kanak-kanak)
  • Lunch Buffet – RM35 (Dewasa), RM25 (Kanak-kanak)

7. Jambatan Pulau Pinang @ Penang Bridge

Tempat-Menarik-di-Penang-Jambatan-Pulau-Pinang

Jambatan sepanjang 13.5 kilometer ini adalah jambatan yang kedua terpanjang di Malaysia di belakang Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shahyangmana merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Selain reka bentuknya yang unik dan menarik, anda juga dapat merasakan seperti berada ditengah laut kerana 8.4 kilometer daripada jambatan ini merentasi lautan yang menghubungkan Bayan Lepas dan Seberang Perai.

Jambatan yang menjadi salah satu ikon negara Malaysia ini juga telah manganjurkan Larian Jambatan Pulau Pinang pada setiap tahun dan mengekalkannya sebagai satu tradisi.


8. Gurney Drive @ Persiaran Gurney

Tempat-Menarik-di-Penang-Gurney-Drive
Sumber : penang

Persiaran Gurney yang terletak berhampiran pesisir pantai ini adalah satu destinasi yang sesuai untuk anda bersantai seisi keluarga. Lokasinya yang strategik serta dipenuhi deretan gerai-gerai dan kedai makanan terkenal seperti rojak dan pasembur menjadikan Gurney Drive ini salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Suasana menjadi semakin meriah dan menarik setelah malam menjelma. Hiasan lampu pada setiap kedai makan akan menerangi anda disepanjang jalan. Pelbagai jenis makanan tersedia untuk anda nikmati sambil dibelai angin pantai yang bertiup lembut diwaktu malam.


9. The Top, Komtar

Tempat-Menarik-di-Penang-The-Top-Komtar
Sumber : thetop.

The Top Komtar atau dikenali juga sebagai Penang Sky Walk adalah salah satu tempat yang terbaik untuk anda melihat panorama dan permandangan sekitar negeri Pulau Pinang. Anda boleh menyaksikan keindahan ini melalui tingkat 65 dan 68 bangunan Komtar yang mana di tingkat 65 terdapat lantai kaca dan bilik berhawa dingin manakala di tingkat 68 merupakan tempat terbuka yang juga mempunyai lantai kaca untuk membolehkan anda melihat terus ke bawah.

The Top juga sering mendapat kunjungan yang ramai pada waktu malam kerana dapat melihat seluruh bangunan di bandar Pulau Pinang ini dibaluti cahaya lampu neon yang berwarna-warni sambil ditemani kerdipan bintang-bintang di awan. Pengalaman ini akan menjadi satu memori indah dalam hidup anda.

Waktu Operasi

Level 65

  • Ahad – Khamis (11am – 8pm)
  • Jumaat – Sabtu (11am – 9pm)
  • Cuti Umum (10am – 10pm)

Level 68 :

  • Ahad – Khamis (11am – 10pm)
  • Jumaat – Sabtu (11am – 11pm)
  • Cuti Umum (10am – 11pm)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM45
  • Kanak-kanak – RM26

10. 3D Glow In The Dark Museum @ Dark Mansion

Tempat-Menarik-di-Penang-3D-Glow-In-The-Dark-Museum
Sumber : tripadvisor

Dark Mansion yang terletak di Lebuh Kimberley George Town ini merupakan Muzium Glow In The Dark yang pertama yang ada di Malaysia. Disini adalah tempat yang sangat sesuai bagi sesiapa yang suka bergambar kerana mempunyai lukisan-lukisan 3D yang sangat cantik. Disebabkan Dark Mansion ini terletak di rumah-rumah kedai, anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mencari parking pada hari minggu dan cuti umum.

Di dalam muzium ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian bawah yang memaparkan lukisan 3D biasa dan bahagian atas pula mempamerkan keunikan dan kecantikan lukisan 3D yang glow in the dark. Antara tarikan utama di Dark Mansion ini adalah Glow Dinosour & Painting Corner, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edgar Muller, Moonspace & Infinity Room, Roxanne, dan akhir sekali Cinderella & Smurf Park.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6.30 pm (Setiap Hari)
  • Kemasukan Terakhir 5.30 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM25
  • Kanak-kanak – RM15
  • Warga emas – RM15

11. Taman Negara Pulau Pinang

Tempat-Menarik-di-Penang-Taman-Negara-Pulau-Pinang
Sumber : amro-mtb

Taman Negara Pulau Pinang yang berada pada ketinggian 242 meter dari paras laut ini merupakan Taman negara terkecil di Malaysia dan juga merupakan satu-satunya taman negara yang berada ditepi laut. Perjalanan untuk sampai ke destinasi hanya mengambil masa selama 45 minit dari Bandar George Town. Bayaran RM3 dikenakan untuk parkir kenderaan yang diselenggara oleh Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Bahang.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan disini ialah Berkhemah, Berkelah, Jungle Trekking, dan juga Mendaki. Di Taman Negara Pulau Pinang ini juga terdapat beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi seperti Teluk Kampi, Pantai Kerachut, Pasir Andak, Titian Kanopi, Pantai Teluk Duyung, Teluk Tukun, Tasik Meromiktik, Pantai Teluk Aling, Pusat Konservasi Penyu dan Rumah Api Muka Head. Setiap lokasi dikenakan bayaran untuk masuk tetapi harganya sangatlah berpatutan.

Terdapat 2 trek yang disediakan untuk jungle trekking iaitu menuju ke Rumah Api Muka Head dan juga ke Teluk Kampi. Setiap laluan mengambil masa kira-kira 2 jam berjalan kaki untuk sampai ke destinasi dan kedua-dua trek ini bermula di Pasir Andak. Anda diwajibkan mendaftar terlebih dahulu oleh Jabatan Perhilitan sebelum masuk ke dalam taman negara dan akan dibekalkan peta sebagai panduan.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 5pm (Setiap Hari)

12. Feri Pulau Pinang

Tempat-Menarik-di-Penang-Feri-Pulau-Pinang

Pengangkutan feri yang terletak di Pengkalan Sultan Abdul Halim ini merupakan perkhidmatan feri yang tertua di Malaysia. Walaupun sekarang sudah mempunyai dua jambatan bagi menghubungkan Seberang Perai dan Balik Pulau, perkhidmatan feri ini tetap menjadi tumpuan pelancong untuk melihat panorama bandar Pulau Pinang dari tengah laut.

Setiap feri hanya mampu menempatkan sebanyak 33 buah kereta sahaja dan mengambil masa selama 15 -20 minit bagi setiap perjalanan. Perkhidmatan feri Pulau Pinang kini bukan sahaja menjadi pengakutan penghubung malahan telah menjadi satu destinasi tarikan pelancong. Untuk maklumat lanjut boleh layari travel-penang-malaysia.com/penang-ferry

Waktu Operasi 

  • Butterworth – George Town : Feri pertama 5.20am dan Feri terakhir 12.10am
  • George Town – Butterworth : Feri pertama 5.40am dan Feri terakhir 12.40am

Bayaran Tiket

  • Individu – Dewasa (RM1.20), Kanak-kanak (RM0.60)
  • Kenderaan – Basikal (RM1.40), Motosikal (RM2.00), Kereta (RM7.70)

13. Teluk Kampi

Tempat-Menarik-di-Penang-Teluk-Kampi
Sumber : where2magazine

Jika anda sedang mencari ketenangan dan ingin menikmati suasana alam semulajadi, Teluk Kampi setia menantikan kedatangan anda. Terdapat dua cara untuk anda menuju kesana iaitu dengan menaiki bot di Jeti Teluk Bahang atau pun mendaki bukit sambil menikmati keindahan alam di Taman Negara Pulau Pinang. Bagi yang gemarkan aktiviti mencabar, anda digalakkan untuk memilih laluan mendaki bukit di Taman Negara yang mengambil masa 1-2 jam perjalanan. Alang-alang mendaki ke Teluk Kampi, anda boleh singgah di lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang.

Anda juga boleh berkhemah disini bagi sesiapa yang ingin melihat keindahan Teluk Kampi di waktu malam. Tapak khemah disediakan dan kawasan ini dijaga oleh Pasukan Ranjer Hutan.


14. Penang Street Art

Tempat-Menarik-di-Penang-Penang-Art-Street
Sumber : penang-attractions

Seni lukisan 3D pada dinding bangunan lama ini sangat terkenal di George Town dan menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Pulau Pinang. Dengan adanya lukisan-lukisan ini pada bangunan di Jalan Muntri, Jalan Penang, Lebuh Leith, Armenian Street, Jalan Ah Quee, dan Weld Quay telah menjadikan bandar George Town ini sering dikunjungi pelancong yang ingin bergambar.

Lukisan mural yang berwarna-warni ini juga telah berjaya mengembalikan kecerian pada bangunan-bangunan lama. Basikal sewa juga disediakan bagi memudahkan anda untuk bergerak dari satu lukisan ke satu lukisan yang lain.


15. Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Tempat-Menarik-di-Penang-Jambatan-Sultan-Abdul-Halim-Muadzam-Shah
Sumber : aecom

Jambatan yang siap dibina pada tahun 2014 ini merupakan jambatan kedua yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung. Jarak Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ini adalah 25 kilometer yang mana telah berjaya menjadi jambatan paling panjang di Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga telah diiktiraf sebagai jambatan paling panjang di Asia Tenggara. Pencapaian ini amatlah membanggakan kita semua.

Jambatan kedua Pulau Pinang ini dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersempena dengan nama Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14.


16. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Tempat-Menarik-di-Penang-Masjid-Terapung-Tanjung-Bungah
Sumber : 1malaysiahomestay

Masjid ini sangat sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk solat atau segarkan diri bagi anda yang ingin ke Batu Feringgi. Ini kerana lokasinya yang terletak di Tanjung Bungah merupakan laluan utama perjalanan anda untuk ke Batu Feringgi. Selain dijadikan tempat persinggahan untuk solat, anda juga boleh menikmati keindahan yang terdapat di persekitaran masjid ini seperti ketenangan air laut serta perkampungan nelayan yang berdekatan.

Masjid Terapung Tanjung Bungah ini juga mempunyai gabungan senibina yang unik dan menarik yang mana berasaskan rekabentuk tempatan dan Turki. Di sini juga terdapat seni-seni tulisan khat ayat-ayat Al-Quran yang berasal dari Indonesia. Ia juga akan kelihatan seperti terapung diatas air ketika air laut pasang.


17. Teluk Duyung @ Monkey Beach

Tempat-Menarik-di-Penang-Teluk-Duyung
Sumber : timeout

Teluk Duyung adalah salah satu destinasi percutian tepi pantai yang sangat menarik di Pulau Pinang. Disebabkan kehadiran monyet di sinibegitu banyak, Teluk Duyung juga turut dikenali sebagai Monkey Beach oleh para pelancong. Teluk Duyung merupakan salah satu lokasi yang terdapat di dalam Taman Negara Pulau Pinang. Sama seperti ke Teluk kampi, untuk menuju ke Monkey Beach anda boleh menaiki bot dan juga mendaki di Taman Negara Pulau Pinang. Bayaran tambang menaiki bot adalah RM80 dan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke destinasi.

Kejernihan air di Teluk Duyung amat memuaskan untuk bermandi–manda dan segala kemudahan awam seperti tapak perkhemahan, tandas dan surau tersedia disini. Antara tempat menarik yang terdapat di Teluk Duyung ialah Rumah Api Muka Head yang terletak 242 meter dari paras laut. Anda boleh melihat panorama seluruh teluk yang sangat indah dan juga mampu melihat Pulau Langkawi dengan cukup jelas.


18. Kuil Kek Lok Si

Tempat-Menarik-di-Penang-Kuil-Kek-Lok-Si
Sumber : www.tripadvisor.co.nz

Kuil Kek Lok Si ini telah dibina pada tahun 1890 dan mengambil masa selama 20 tahun untuk siap sepenuhnya. Kuil yang turut dikenali sebagai Tokong Supreme Bliss ini juga merupakan tokong Buddha yang paling besar di Malaysia dan Asia Tenggara. Disini anda dapat melihat lebih 10,000 jenis imej Buddha pada pagoda yang setinggi 7 tingkat, patung dewa dan kolam ikan kap yang besar. Patung dewi belas kasihan merupakan salah satu tarikan utama di kuil ini dan anda boleh menaiki ke atas pagoda untuk melihat persekitaran Pulau Pinang. Kuil Kek Lok Si ini dianggap paling cantik di Asia Tenggara dan terletak di Ayer Itam.

Waktu Operasi 

  • 7 am – 9 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • PERCUMA
  • Cas dikenakan

    Naik lif – RM3

    Masuk Pagoda – RM2


19. Clan Jetties

Tempat-Menarik-di-Penang-Clan-Jetties

Clan Jetties telah berjaya menjadi salah satu tempat pelancongan yang menarik di Pulau Mutiara ini. Iamerupakan satu perkampungan Cina di atas air atau lebih dikenali sebagai Floating Village. Mengikut sejarah, Clan Jetties ini dahulunya dihuni oleh pendatang dari China yang berhijrah kesini untuk bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang. Clan bermaksud kelompok keluarga yang tinggal bersama di kawasan ini. Terdapat 6 buah jeti yang masih kekal sehingga kini yang mana dimiliki oleh keluarga Lee, Lim, Yeoh, Tan, dan keluarga Chew yang mempunyai jeti terbesar. Sebuah lagi jeti ialah Mixed Clan Jetty.

Boleh dikatakan semua struktur rumah dan laluan-laluan disini diperbuat daripada papan kayu yang berkualiti tinggi untuk mengelak daripada berlaku kereputan. Difahamkan perkampungan yang mempunyai 75 buah keluarga ini dibuka untuk lawatan bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.


20. Padang Kota Lama

Tempat-Menarik-di-Penang-Padang-Kota-Lama
Sumber : shutterstock

Antara tarikan utama di Padang Kota Lama ini adalah Ford Cornwallis dan bangunan Penang City Hall. Salah satu faktor ia sering kunjungi oleh para pelancong kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual berdekatan seperti pasembur, mee sotong, rojak dan banyak lagi. Di sini juga dijadikan tempat berkumpul bagi penduduk Pulau Pinang untuk menyambut perayaan besar seperti Tahun Baru dan Hari Kemerdekaan.

Padang Kota Lama ini terletak di kawasan Perlimen Tanjung, George Town yang mana bersebelahan dengan laut. Sambil menikmati angin pantai, anda juga dapat menyaksikan permandangan jambatan Pulau Pinang yang jelas kelihatan tersergam indah serta perjalanan feri yang berulang alik membawa penumpang. Ia sangat sesuai dijadikan tempat beriadah dan bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan.


21. Wonderfood Museum

Tempat-Menarik-di-Penang-Wonderfood-Museum
Sumber : wonderfly.asia

Wonderfood Museum ini adalah salah satu muzium yang unik yang mana terdapat pameran replika makanan masyarakat Melayu, Cina, dan India dari seluruh Malaysia. Replika makanan yang bersaiz besar ini diperbuat daripada wax atau lilin yang menjadikan ia kelihatan seperti makanan sebenar. Muzium yang berada didalam bangunan berkonsepkan senibina British ini terbahagi kepada tiga bahagian pameran iaitu Galeri Info Zone, Galeri Wow Zone, dan Galeri Educational Zone. Bahagian yang sering dikunjungi para pengunjung untuk sesi bergambar ialah Wow Zone yang mana terdapat lebih 100 jenis replika makanan tempatan yang unik dan kelihatan nyata. Bangunan muzium ini terletak bersebelahan bangunan CIMB Bank di jalan Lebuh Pantai George Town.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM15
  • Kanak-kanak – RM10

22. Masjid Kapitan Keling

Tempat-Menarik-di-Penang-Masjid-Kapitan-Keling
Sumber : penang

Selain menjadi tempat ibadah bagi umat Islam, Masjid Kapitan Keling ini juga merupakan salah satu tempat bersejarah di Pulau Pinang. Ini kerana masjid ini adalah masjid yang tertua di Pulau Pinang yang mana telah dibina pada tahun 1801 oleh Caudeer Mohudeen iaitu seorang ketua kaum India Muslim yang juga dikenali sebagai Kapitan Keling. Reka bentuk masjid ini juga sangat unik dan mempunyai elemen kesenian India.

Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Padang Kota, Fort Cornwallis, Penang City Hall, Restoran Nasi Kandar Beratur dan banyak lagi, masjid yang terletak di Jalan Buckingham ini sangat sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk anda solat dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.


23. Suffolk House

Tempat-Menarik-di-Penang-Suffolk-House
Sumber : suffolkhouse

Suffolk House adalah rumah agam Francis Light yang dibina pada tahun 1804. Berdasarkan senibina dan reka bentuknya yang klasik dan berkonsepkan British, ia merupakan satu-satunya rumah agam pada zaman George yang terdapat di Malaysia. Pada tahun 2008, rumah agam yang pernah didiami oleh Gabenor British ini telah mendapat pengiktirafan dan menerima Award for Culture Heritage Conservation kerana keaslian bangunannya.

Selain dapat melihat keunikan rumah agam tinggalan sejarah ini, anda juga boleh merasai sendiri pengalaman makan di Suffolk House kerana terdapat restoran yang menyediakan makan tengahari dan makan malam ala-ala British yang menyelerakan. Disamping menjadi tempat pelancongan, disini juga sering dijadikan lokasi untuk majlis perkahwinan oleh penduduk tempatan. 

Waktu Operasi 

  • 10 am – 10 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM20
  • Kanak-kanak (<12 tahun) – PERCUMA

24. Adventure Zone @ Golden Sand Resort

Tempat-Menarik-di-Penang-Adventure-Zone

Adventure Zone adalah salah satu lokasi yang menarik untuk melakukan aktiviti indoor bersama anak-anak. Antara tarikan utama disini ialah gelongsor yang mempunyai ketinggian 2 tingkat yang penuh mencabar. Selain itu, terdapat juga gelongsor-gelongsor lain yang mempunyai tahap ketinggian yang berbeza. Anda diwajibkan untuk memakai stokin dan baju lengan panjang untuk bermain di Adventure Zone ini.

Terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas dan ruang untuk ibubapa berehat sambil menunggu anak-anak bermain. Adventure Zone yang terletak di Batu Feringgi ini merupakan tempat yang sesuai dikunjungi jika cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti outdoor.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 7 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Kanak-kanak – RM35 (2 jam)
  • Ibubapa yang menemani anak – PERCUMA

25. The Gravityz

Tempat-Menarik-di-Penang-The-Gravityz
Sumber : myfave

Jika anda ingin mencabar diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang extreme, silalah berkunjung ke The Gravityz yang boleh menggugat keberanian anda. Disini juga mampu menilai sejauh mana kemampuan anda menangani perasaan gayat dan menguji ketahanan mental dan fizikal ketika mengharungi 6 jenis cabaran. Antara cabaran yang ditawarkan disini seperti High Bench, X- Point, G-Rocky, Z- Wire, Confident Path dan A Great Bridge.

Selain menjadi tarikan pelancongan yang baru di Pulau Pinang, ia juga diiktiraf sebagai lokasi terbaik Asia utuk melakukan aktiviti-aktiviti beraltitud tinggi. Disebabkan The Gravityz ini terletak pada ketinggian tingkat 65 di menara Komtar, anda juga dapat melihat permandangan seluruh bandar Pulau Pinang.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Diskaun MyKad – RM139
  • Penangite Special – RM89
  • Standart Rate – RM199

26. Made In Penang Interactive Museum

Tempat-Menarik-di-Penang-Made-In-Penang-Interactive-Museum
Sumber : klook

Town Muzium ini merupakan muzium yang memaparkan kisah kehidupan dan sejarah kebudayaan penduduk Pulau Pinang dari pelbagai aspek termasuklah kebudayaan, pakaian, makanan dan banyak lagi. Terdapat juga hasil seni mural 3D, lukisan waterfront jetty dan arca ikonik Pulau Pinang yang menjadi tarikan utama disini. Hasil seni didalam muzium ini juga adalah seratus peratus hasil tangan oleh artis tempatan. Muzium ini terbahagi kepada lima bahagian yang berbeza iaitu Great Wall Of Penang, Miniature Weld Quay, Miniature Local Trade, InteractiveTheater dan Trick Art Gallery.Muzium ini terletak di Pengkalan Weld George.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM25
  • Kanak-kanak – RM15

27. Batik Painting Museum

Tempat-Menarik-di-Penang-Batik-Painting-Museum
Sumber : tripadvisor

Bagi peminat batik, anda boleh berkunjung ke Batik Painting Museum ini untuk melihat lebih banyak koleksi-koleksi batik yang menarik dan klasik termasuklah Women with Fruit Basket iaitu salah satu karya batik oleh Dato’ Chuah Thean Teng yang disiapkan pada tahun 1950.

Muzium ini terletak di Jalan Armenian George Town. Selain mempunyai senibina yang unik klasik pada bangunannya, di Batik Painting Museum ini juga terdapat kira-kira 70 jenis hasil karya batik yang berlainan. Ianya dilukis oleh pereka-pereka yang berkemahiran tinggi dan mempunyai kepakaran dalam teknik seni batik. Ini terbukti pada kehalusan dan kekemasan batik yang telah dihasilkan.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM10
  • Kanak-kanak – RM5

28. Toy Museum Heritage Garden

Tempat-Menarik-di-Penang-Toy-Museum-Heritage-Garden
Sumber : timeout

Suasana di dalam Toy Museum Heritage Garden ini akan mangimbau kembali kenangan ke zaman kanak-kanak yang pasti anda rindui. Mana tidaknya, terdapat ribuan permainan-permainan yang bermula dari tahun 1940 hinggalah sekarang yang melalui pelbagai revolusi. Muzium ini juga dicatatkan didalam Malaysia Books of Record sebagai muzium permainan terbesar di Malaysia.

Disamping dapat melihat mainan-mainan yang berubah mengikut peredaran zaman, anda juga boleh bergambar di ruangan yang menepatkan patung lilin kartun animasi dan juga selebriti terkenal. Antara patung lilin yang terdapat disini seperti Captain Jack Sparrow, Spiderman, Marvel Heroes, Justice League Heroes, Batman, Superman dan banyak lagi. Muzium ini terletak di Teluk Bahang.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)
  • Kemasukan terakhir pada jam 5.30 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM26
  • Kanak-kanak – RM19

29. PG Gold Museum

Tempat-Menarik-di-Penang-PG-Gold-M
Sumber : youandipenang

Syarikat Public Gold merupakan satu-satunya syarikat emas di Malaysia bahkan di Asia Tenggara yang telah menubuhkan sebuah muzium emas untuk pameran orang ramai. Selain dapat melihat emas, anda juga boleh menambah pengetahuan mengenai emas melalui perkongsian ilmu dan info yang dilekatkan pada dinding oleh pihak muzium. Disini juga terdapat pameran barangan perak, barangan permata, gold bar, syiling dinar, dan mural 3D.

Muzium yang terletak di Lebuh Bishop ini juga dapat memberikan anda pengalaman untuk merasai sendiri aktiviti cari gali emas, mendulang dan melombong emas. Ini kerana pihak muzium telah membina gua dan lombong emas tiruan yang menyerupai suasana dan keadaan sebenar. Selain itu, disini juga menawarkan penjualan emas dan perak serta cenderahati untuk para pelancong jadikan kenangan.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM28
  • Kanak-kanak – RM15

30. Taman Rempah Tropika

Tempat-Menarik-di-Penang-Taman-Rempah-Tropika

Sinonim dengan sifat rempah, anda bakal disajikan dengan bau-bauan herba yang segar sebaik saja masuk ke dalam Taman Rempah Tropika ini. Kesunyian taman ini juga mampu menenangkan fikiran daripada kesibukan kota dan kesesakan lalulintas. Taman yang seluas 8 ekar ini telah diusahakan oleh keluarga Wilkinson dan rakan-rakan serta mempunyai kira-kira 500 jenis tumbuhan herba dan rempah ratus dari seluruh dunia.

Selain dapat melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan, anda juga boleh menikati kemudahan lain yang tersedia seperti Night Walk, TSG Cooking School, Tree Monkey Restaurant dan banyak lagi. Selain dapat mengenali rempah, anda juga berpeluang membuat dan menumbuk rempah sendiri di salah satu kiosk yang terdapat di taman ini. Taman Rempah ini terletak di Jalan Teluk Bahang.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

Garden Audio Tour

  • Dewasa – RM26
  • Warga Emas – RM20
  • Kanak-kanak (5 – 12 tahun) – RM15
  • Pelajar – RM20

Live Guided Tour

  • Dewasa – RM35
  • Warga Emas – RM28
  • Kanak-kanak – RM20
  • Pelajar – RM28

31. Audi Dream Farm

Tempat-Menarik-di-Penang-Audi-Dream-Farm
Sumber : nonyadiaries

Audi Dream Farm boleh dikatakan salah satu lokasi percutian yangmempunyai pakej yang lengkap dan menarik untuk dikunjungi bersama anak-anak. Ini kerana disini terdapat mini zoo, taman bunga dan kebun sayur-sayuran yang mana boleh dipelajari dan menambah pengetahuan anak-anak anda.

Di mini zoo ini hanya menempatkan haiwan-haiwan peliharaan dan ternakan sahaja seperti kambing, ayam, angsa, itik, rusa, arnab, burung, kuda dan banyak lagi. Anda juga dibenarkan untuk bermain dengan haiwan ini sambil memberi makan dengan lebih dekat. Disini juga menyediakan khidmat sewa basikal bagi memudahkan pergerakan anda dari satu tempat ke tempat yang lain. Kemudahan seperti tandas dan cafe juga tersedia.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM7
  • Kanak-kanak – RM3

32. Pantai Tanjung Bungah

Tempat-Menarik-di-Penang-Pantai-Tanjung-Bungah
Sumber : theculturetrip

Selain pantai Batu Feringgi, pantai Tanjung Bungah juga menjadi pilihan para pelancong untuk bersantai sambil menikmati angin pantai. Kawasannya yang lapang serta landai sesuai untuk aktiviti riadah diwaktu petang bersama keluarga. Tetapi anda disarankan supaya tidak melakukan aktiviti bemandi manda di pantai ini kerana dikhuatiri terdapat banyak obor-obor yang boleh mendatangkan kecederaan pada anda.

Disini juga anda boleh melihat keindahan masjid terapung dengan jelas terutamanya ketika air laut sedang pasang. Disamping menjadi tempat riadah, anda juga boleh menginap di pantai Tanjung Bungah ini dengan adanya beberapa buah resort dan hotel di sepanjang persisiran pantai.


33. The Habitat @ Bukit Bendera

Tempat-Menarik-di-Penang-The-Habitat-Bukit-Bendera
Sumber : atap

The Habitat adalah salah satu destinasi pelancongan yang baru di Pulau Pinang. Dengan berkonsepkan alam semulajadi, The Habitat yang terletak di puncak Bukit Bendera ini merupakan sebuah hutan lipur semulajadi yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda cuba sambil menikmati udara yang nyaman dan segar disertakan bunyi cengkerik yang dapat menenangkan jiwa. Disini juga menyediakan khidmat tour guide untuk memudahkan perjalanan anda untuk meneroka The Habitat ini.

Antara aktiviti menarik yang terdapat di hutan lipur ini ialah Climbing Tree. Aktiviti ini sangat mencabar kerana memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk memanjat pokok yang sangat tinggi. Anda berpeluang melihat seluruh panorama flora dan fauna hutan lipur ini semasa berada dipuncak pokok. Selain itu, anda juga dapat merentasi hutan tebal dengan menggunakan jambatan gantung yang besar iaitu Langur Way Canopy Walk. Terdapat juga Giant Swing yang sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk bergambar. Lokasi yang menjadi tarikan utama disini adalah Curtis Crest Treetop Walk yang mana anda dapat melihat seluruh kawasan The Habitat pada ketinggian 13 meter dan boleh menyaksikan permandangan bandar Pulau Pinang dengan agak jelas. Dari segi kemudahan pula amat memuaskan dengan tandas yang bersih, dan tempat duduk yang mencukupi untuk berehat.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 8 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM50
  • Kanak-kanak (4-13 tahun) – RM30
  • Kanak-kanak (0-3 tahun) – PERCUMA
  • Family Package (2 Adult 2 Children) – RM130

34. Taman Botani Penang

Tempat-Menarik-di-Penang-Taman-Botani-Penang
Sumber : botanicalgardens

Taman yang terletak di Jalan Kebun Bunga iaitu di kaki Bukit Bendera ini turut dikenali sebagai Taman Monyet oleh penduduk tempatan kerana ia merupakan salah satu habitat utama bagi haiwan tersebut. Kawasan yang dipenuhi dengan tumbuhan semulajadi ini juga turut menjadi pusat rekreasi dan riadah kepada orang awam terutamanya pada warga George Town.

Dengan keluasan 29 hektar, Taman Botani ini dianggarkan menerima kunjungan pelancong seramai 100 ribu orang pada setiap tahun. Dengan kawasan yang bersih serta persekitaran yang nyaman, Taman Botani Pulau Pinang ini juga tersenarai sebagai 1001 Taman Tercantik Dunia. Antara tempat yang menjadi tarikan utama di taman ini ialah Rumah Pokok Perdana, Rumah Paku Pakis, Taman Formal, Denai Hutan Hujan Tropika, Rumah Kaktus, Kolam Lili, Taman Rekreasi Kuari, Pusat Hortikultur, dan Nurseri.

Waktu Operasi 

  • 5 am – 8 pm (Setiap Hari)

35. Taman Rimba Teluk Bahang

Tempat-Menarik-di-Penang-Taman-Rimba-Teluk-Bahang
Sumber : royterachi

Bagi pencinta alam semulajadi, anda mungkin akan jatuh hati dengan keindahan dan keharmonian flora dan fauna yang terdapat di Taman Rimba Teluk Bahang ini. Ia juga merupakan salah satu hutan lipur yang terdapat di Pulau Pinang. Selain dapat melakukan aktiviti jungle trekking ke Bukit Bendera, anda juga boleh berkhemah dan berkelah di kawasan yang disediakan. Taman rimba yang terletak kira-kira 24km dari bandar George Town ini juga sangat terkenal dengan kejernihan air sungainya.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan ialah melawat ke Muzium Perhutanan, menyeberangi jambatan gantung, dan bermandi-manda di sungai yang jernih kehijauan. Pelbagai kelengkapan dan kemudahan awam disediakan seperti surau, gerai, parkir kenderaan, dewan, tandas, pondok rehat, asrama, tapak perkhemahan, dan banyak lagi.

Waktu Operasi 

  • 7 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Kemasukan – PERCUMA

Jambatan gantung/ kanopi

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM3

36. Muzium Pinang Peranakan

Tempat-Menarik-di-Penang-Muzium-Pinang-Peranakan
Sumber : penang.attractionsinmalaysia

Muzium Pinang Peranakan ini berkisahkan tentang sejarah dan kebudayaan masyarakat Baba & Nyonya di Pulau Pinang. Terdapat pelbagai pameran yang dipaparkan di muzium ini termasuklah barangan antik, artifak dan juga khazanah yang mempunyai nilai yang tinggi. Muzium Pinang Peranakan ini terletak di Church Street yang didirikan di rumah agam dan pejabat hartawan Cina terdahulu iaitu Chung Keng Quee. Susun atur perabot dan barangan yang klasik di dalam muzium ini juga sangat menarik dan unik yang mampu membawa anda seperti berada di zaman silam.

Untuk memudahkan lagi lawatan anda, sila buat temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat tour guide yang boleh menerangkan sedikit sebanyak mengenai sejarah Pinang Peranakan kepada anda.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM20
  • Kanak-kanak (bawah 6 tahun) – PERCUMA

37. Pasar Chowrasta

Tempat-Menarik-di-Penang-Pasar-Chowrasta
Sumber : lohky-penang2017

Bangunan pasar ini telah dibina pada tahun 1890 dan mengalami fasa pengubahsuaian pada tahun 1961. Ia merupakan pasar yang tertua di Penang yang mengekalkan ciri-ciri klasik dan tradisional. Terdapat pelbagai barangan cenderahati yang boleh dibeli disini termasuklah jeruk buah, dodol, minyak angina, pakaian dan juga makanan tradisonal masyarakat tempatan. Tarikan utama di Pasar Chowrasta adalah kedai buku terpakai yang terletak di tingkat 1 bangunan ini.

Pasar ini terletak di Lebuh Tamil. Salah satu keistimewaan di Pasar Chowrasta ini adalah harga barangannya yang jauh lebih murah berbanding kedai-kedai dan pasaraya yang lain. Jadi, lokasi ini merupakan destinasi terbaik untuk anda membeli barangan cenderhati dan barangan keperluan.

Waktu Operasi 

  • 6.30 am – 6 pm (Setiap Hari)

38. Penang Tunnel Museum

Tempat-Menarik-di-Penang-Penang-Tunnel-Museum

Penang Tunnel Museum ini merupakan sebuah muzium yang memaparkan kisah perjalanan sejarah negeri Pulau Pinang bermula dari zaman penaklukan Francis Light hinggalah sekarang. Muzium in terbahagi kepada 4 bahagian yang menarik iaitu The History Museum, The 3D Mural Art, The Fluorescene Room dan The 3D Inverted Room. Terdapat segala info berkaitan sejarah Pulau Pinang yang diterjemahkan dalam 7 bahasa iaitu English, Bahasa Melayu, Bahasa Korea, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Thailand dan juga Bahasa Cina. Ini bagi memudahkan para pelancong memahami dan mendapat pengetahuan daripada pameran tersebut.

Di tingkat 1 muzium ni mempunyai 11 tunnel yang perlu anda terokai yang mana tunnel 1 mengisahkan permulaan sejarah awal negeri Pulau Pinang pada tahun 1592 hingga 1786. Di tunnel 2 pula menceritakan sejarah penemuan Pulau Pinang oleh Francis Light. Pada tunnel yang ke 3 dan ke 4, anda dapat mempelajari sejarah perkembangan masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang. Manakala di tunnel ke-5 dan keatas terdapat pameran dan info mengenai Perang Dunia Kedua yang sangat menarik. Selain itu, di tingkat 2 muzium ini pula terletaknya pameran The 3D Mural Art, The Fluorescene Room dan The 3D Inverted Room. Muzium ini terletak di Jalan Green Hall George Town.

Waktu Operasi 

  • 9.30 am – 7 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM15
  • Kanak-kanak – RM7

39. Jurassic Research Centre

Tempat-Menarik-di-Penang-Jurassic-Research-Centre

Seperti mana anda menonton filem Jurassic World, anda juga dapat merasai suasana dan pengalaman yang sama jika berkunjung di Jurassic Research Centre. Terdapat lebih kurang 200 jenis replika dinasour yang “hidup” akan memukau mata anda setelah menjejak masuk ke sini. Jurassic Research Centre ini terletak di tingkat 5 The Top, Komtar. Selain dapat melihat jenis- jenis dinasour, disini juga terdapat informasi dan pameran mengenai kehidupan dinasour jutaan tahun yang lalu.

Antara pameran yang boleh membuatkan anak-anak anda teruja seperti melihat baby dinasour yang menetas, melihat fossil dinasour, memegang telur dinasour, dan banyak lagi. Disamping itu, terdapat Gym Dino yang direka khas sebagai tempat kanak-kanak beriadah sambil ditemani haiwan purba ini. Permainan yang berkonsepkan pelajaran juga tersedia bagi meransang minda anak-anak anda sambil bermain.

Waktu Operasi 

  • 11 am – 8 pm (Isnin – Khamis)
  • 11 am – 9 pm (Sabtu – Ahad)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM48
  • Kanak-kanak – RM38

40. Muzium Kamera Pulau Pinang

Tempat-Menarik-di-Penang-Muzium-Kamera-Pulau-Pinang
Sumber : youandipenang

Seperti yang kita tahu, Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaian jenis muzium antaranya Muzium Kamera Pulau Pinang. Berbeza dengan muzium-muzium lain, muzium kamera ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Terdapat pelbagai jenis koleksi kamera yang tersimpan di muzium ini antaranya Kamera Kotak, 35mm Camera, Folding Camera, Single dan Twin Lens Reflex, dan banyak lagi. Yang paling mencuri tumpuan adalah koleksi kamera 3D yang pertama digunakan lebih kurang 100 tahun dahulu.

Muzium yang terletak di Jalan Muntri ini juga merupakan Muzium Kamera yang pertama yang terdapat di Malaysia. Oleh kerana itu ia sering menerima kunjungan daripada peminat fotografi dari dalam dan luar negara. Anda juga berpeluang melihat evolusi kamera yang mana dari saiz yang paling besar hinggalah saiz yang paling kecil. Selain dapat melihat koleksi kamera, anda juga dapat merasai suasana bilik gelap yang menjadi tempat untuk memproses gambar pada suatu ketika dulu.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 7 pm (Isnin – Jumaat)
  • 9 am – 8 pm (Sabtu – Ahad)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM20
  • Kanak-kanak – RM15

41. Ghost Museum Penang

Tempat-Menarik-di-Penang-Ghost-Museum-Penang

Ghost Museum Pulau Pinang ini bukanlah seperti rumah-rumah hantu yang terdapat di taman tema mahupun funfair. Ia lebih kepada pameran hantu yang diilhamkan daripada kepercayaan semua kaum, bangsa dan negara termasuklah hantu Jepun dan hantu Orang Putih. Terdapat lebih kurang 20 jenis replika hantu yang sangat menyeramkan dan kelihatan nyata menanti kedatangan anda. Dengan bantuan effect bunyi dan asap yang menyelubungi muzium telah menambahkan lagi suasana misteri dan mistik.

Selain itu, anda juga dibenarkan untuk memakai kostum yang disediakan sambil bergambar dengan hantu-hantu yang ada. Anda juga boleh memasuki bilik gelap yang mana terdapat hantu-hantu yang glow in the dark. Yang paling menarik, muzium ini merupakan muzium hantu yang pertama di Malaysia. Ia terletak di Jalan Lebuh Melayu.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 7 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa –RM18
  • Kanak-kanak – RM8

42. Rumah P. Ramlee

Tempat-Menarik-di-Penang-Rumah-P.Ramlee
Sumber : arkib

Bagi peminat tegar seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ini adalah salah satu lokasi wajib untuk anda kunjungi. Rumah yang dibina pada tahun 1926 ini merupakan rumah kelahiran beliau dan masih mengekalkan bentuk asal walaupun telah dibaiki. Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria B Teuku Nyak Puteh digelar sebagai Seniman Agong Negara oleh kerana jasa dan baktinya yang terlalu besar didalam bidang seni dan hiburan tanahair.

Pameran yang terdapat di rumah ini terbahagi kepada dua iaitu bahagian dalam dan bahagian luar. Di bahagian dalam rumah memaparkan pengenalan P. Ramlee, Ruangan Dapur, Ruangan Seni dan Sukan, dan juga bilik tidur. Manakala di bahagian luar rumah pula terdapat koleksi dan barangan asal beliau sewaktu berada di Pulau Pinang. Rumah in terletak di Jalan P.Ramlee Taman Kampar.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 5.30 pm (Setiap Hari)

43. Penang Avatar Secret Garden

Tempat-Menarik-di-Penang-Penang-Avatar-Secret-Garden

Jika anda ingin merasa seperti berada di Planet Pandora di dalam filem Avatar, silalah berkunjung kesini. Walupun kawasannya yang agak kecil,tetapi keindahan lampu yang menerangi di segenap ruang dapat membuatkan anda terpukau dan terpesona. Ditambah pula dengan kemasukan yang percuma telah menjadikan tempat ini salah satu lokasi yang wajib dikunjungi oleh para pelancong.

Tempat ini terletak berhampiran Jalan Tokong Thai Pak Koong di Tanjung Tokong. Ia lebih sesuai dikunjung pada waktu malam bagi melihat kecantikan cahaya lampu yang berwarna warni.


Alang-alang berada di Utara Malaysia, anda juga boleh berkunjung ke Pulau Langkawi bagi melengkapkan percutian anda dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan lokasipercutian.com/pulau-langkawi-kedah/.

Categories: Percutian Malaysia

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *