Negeri Pahang Darul Makmur yang terletak di bahagian Pantai Timur ini adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdapat banyak tarikan dan pusat pelancongan menarik yang boleh anda kunjungi disini seperti percutian Pulau, Eko- Pelancongan, Taman Tema dan banyak lagi. Selain itu, kedudukan Negeri Pahang yang terletak berhampiran dengan Laut China Selatan juga membuatkan negeri ini sangat terkenal dengan pantai-pantai yang indah dan permandangan yang cantik. Dibawah adalah tempat-tempat menarik di Pahang sebagai rujukan anda untuk merancang percutian di negeri Tok Gajah ini.

Senarai Tempat Menarik di Pahang

1. Cameron Highland

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : expedia

Tanah Tinggi Cameron Highland sudah sekian lama menjadi tarikan pelancongan dan tempat menarik di Pahang malahan juga di Malaysia. Disini juga menjadi destinasi utama bagi pengantin baru yang ingin berbulan madu. Ini disebabkan oleh cuaca disini yang sedikit sejuk dan memiliki banyak tempat yang menarik dan romantik seperti Taman Bunga dan Lavender. Disamping diselubungi cuaca yang dingin, anda juga bakal disajikan dengan permandangan ladang teh dan bukit bukau yang sangat indah dan mempesonakan. Ia juga sesuai sebagai lokasi percutian bersama keluarga tersayang. Ia juga tempat menarik di Pahang yang paling popular.

Percutian pada cuti sekolah atau cuti umum adalah tidak digalakkan kerana keadaan trafik yang begitu sesak pada waktu tersebut dan tempat penginapan juga sudah penuh ditempah. Antara lokasi yang menjadi tarikan utama di Cameron Highland adalah seperti ladang Teh BOH Sungai Palas, BOH Tea Garden Ringlet, YZ Agro Farm, Cameron Valley Tea House, KHM Strawberi & Jem, Taman Rama-Rama, Ladang Lebah, Ladang Kaktus, Muzium Time Tunnel dan banyak lagi.


2. Pantai Teluk Cempedak

Tempat Menarik di Pahang

Pada setiap hujung minggu Pantai Teluk Cempedak yang terletak berhampiran Bandar Kuantan ini akan dipenuhi oleh pengunjung tempatan mahupun pelancong luar negeri untuk bersantai bersama keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti menarik seperti bermain Jetski, Banana Boat, Berkelah, Bermain Layang-Layang, Merentas Hutan, dan banyak lagi. Kawasan pesisir pantai yang berbatu ini juga membuatkan Pantai Teluk Cempedak sangat unik berbanding pantai-pantai yang lain.

Selain itu, disini juga dipenuhi deretan kedai makan, kedai cenderahati, dan juga restoran makanan segera seperti Mc Donald, KFC, Starbuck dan banyak lagi yang dibuka 24jam. Kemudahan seperti surau, tandas, bilik mandi, kawasan parkir yang luas, taman permainan kanak-kanak dan bangku turut tersedia. Anda juga bakal disajikan dengan persembahan jalanan yang sangat menarik dan menghiburkan.


3. Genting Higland

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : discoverymalaysia

Genting Highland merupakan salah satu taman tema yang terbesar dan terkenal di Malaysia. Lokasi percutian ini juga turut dikenali sebagai Kota Keriangan kerana terdapat pelbagai jenis permainan samada di darat mahupun di air yang sangat menyeronokan dan mampu memberi kepuasan kepada anda. Antara tarikan utama di Genting Highland ini adalah Taman Tema London, Venice, Swiss Alps, Champs Elysees, dan Time Square and Universal Walk.

Terdapat dua cara untuk anda menuju ke sini iaitu dengan menaiki kereta atau menggunakan perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway. Selain dapat bergembira dan berseronok, anda juga dapat menikmati permandangan bukit bukau yang indah serta udara sejuk yang sangat menyegarkan. Genting Highland ini terletak di salah satu puncak bukit di daerah Bentong.


4. Sungai Cherating

Tempat Menarik di Pahang

Selain di Kampung Kuantan Kuala Selangor, anda juga berpeluang untuk menyaksikan keindahan kelip-kelip di Hutan Paya Bakau Sungai Cherating pada waktu malam. Sebelum memulakan aktiviti mengharungi sungai, anda akan diberikan jaket keselamatan dan sedikit penerangan berkenaan kelip-kelip.

Setiap bot hanya dapat menampung seramai 15 orang penumpang sahaja. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit itu, anda dapat menikmati angin malam yang sejuk serta melihat keindahan kelip-kelip yang berterbangan di pokok Bakau. Pemakaian baju dan seluar panjang juga amat digalakkan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

Waktu Operasi 

  • 1st Trip – 7.30 pm (Setiap Hari)
  • 2nd Trip – 8.30 pm (Setiap Hari)
  • Isnin – TUTUP

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM35
  • Kanak-kanak (Bawah 11 Tahun) – RM25

5. Taman Negara Pahang

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : malaysia.travel

Taman Negara Pahang adalah lokasi percutian yang sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak dan ingin menikmati alam semulajadi yang sangat mempesonakan. Antara aktiviti menarik yang terdapat di Taman Negara ini adalah Santuari Kelah, Rapid Shooting, Junggle Trekking, Melawat Perkampungan Orang Asli, Teroka Gua dan banyak lagi. Salah satu tarikan utama disini adalah Titian Canopy yang merupakan terpanjang di dunia iaitu 550m panjang.

Selain itu, disini juga menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan yang menawarkan pakej aktiviti yang menarik. Disebabkan Taman Negara Pahang ini sangat luas dan besar, mungkin anda tidak boleh menerokai kesemua tempat dalam masa sehari. Jadi, seeloknya anda merancang percutian anda untuk mendapat lebih keseronokan dan menikmati alam flora dan fauna yang menakjubkan. Taman Negara Pahang, Kuala Tahan ini terletak kira-kira 68KM dari Bandar Jerantut.

Waktu Operasi 

  • Taman Negara Pahang – Setiap hari

Titian Canopy 

  • Isnin – Rabu : 9 am – 3 pm
  • Khamis : TUTUP
  • Jumaat : 9 am – 12 pm
  • Sabtu & Ahad : 9 am – 3 pm
  • Had Tampungan – 600 Orang Sehari

Bayaran Tiket

Permit dan Lesen

  • Permit Masuk – RM1
  • Lesen Memancing – RM10/Joran
  • Kamera – RM5/Kamera

Penginapan

  • Tapak Perkhemahan – RM1 & RM5/ seorang 1 Malam
  • Bermalam di Bumbun – RM5/ Seorang 1 Malam
  • Banglo, Syele, Suite, dan Asrama – www.mutiarahotels.com

Bayaran Aktiviti

  • Titian Canopy – Dewasa (RM5), Kanak-kanak (RM3)
  • Mendaki Gunung Tahan – RM1,200/ 7 Hari Perjalanan/ Max 10 Orang + Seorang Jurupandu
  • Lawatan Kampung Orang Asli – RM5/ Seorang
  • Rapid Shooting – RM180/ Bot/ Max 12 Orang
  • Berkelah di Lata Berkoh – RM160/ Bot/ Max 4 Orang
  • Santuari Kelah Lubuk Tenor – RM160/ Bot/ Max 4 Orang

7. Bukit Tinggi

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : teamtravel

Bagi anda yang inginkan lokasi percutian yang nyaman dan dingin di Pahang, Bukit Tinggi adalah salah satu lokasi yang sesuai untuk anda kunjungi. Ia terletak di puncak kawasan Hutan Tropikal yang berkeluasan 16,000 ekar di daerah Bentong. Lokasinya juga agak strategik kerana hanya mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan dari bandar Kuala Lumpur. Untuk merasai percutian ala Perancis, anda bolehlah berkunjung ke Colmar Tropicale yang juga merupakan tarikan utama di Bukit Tinggi ini. Disini anda dapat melihat bangunan-bangunan yang berkonsepkan senibina Perancis yang sangat indah dan cantik. Ia sering menjadi lokasi utama untuk para pelancong melakukan aktiviti bergambar.

Selain itu, antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi seperti La Lavande Massage & Spa, Adventure Park, Japanese Village, Botanical Garden, Tatami Spa, Horse Trail, Rabbit Park, Berjaya Hill Golf & Country Club, dan Organic Farm. Ia turut tercalon sebagai tempat menarik di Pahang paling popular.

Waktu Operasi 

  • Setiap Hari Sepanjang Tahun

Bayaran Tiket

Colmar Tropicale

  • Dewasa – RM16
  • Kanak-kanak – RM8

Japanese Village

  • Dewasa – RM12
  • Kanak-kanak – RM8

Animal Park

  • RM3/ Seorang

Horse Trails

  • 2 Jam – RM180
  • 3 Jam – RM250
  • Separuh Hari + Picnic Lunch – RM320 (Min 2 Orang)
  • Sehari + Picnic Lunch – RM600 (Min 4 Orang)

8. Taman Tasik Bandar Kuantan

Tempat Menarik di Pahang

Taman Tasik Bandar Kuantan atau nama rasminya Taman Jubli Perak Sultan Ahmad Shah ini terletak di Indera Mahkota kira-kira 10 minit perjalanan dari Bandar Kuantan. Lokasi ini akan dipenuhi oleh para pengunjung pada setiap hujung minggu kerana menawarkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Berkayak, Memancing, Menaiki Airboat, dan banyak lagi. Selain itu, disini juga menyediakan beberapa kemudahan untuk para pengunjung diantaranya adalah tempat Parkir Kenderaan, Taman Permainan Kanak-kanak, Trek Jogging, Gelanggang Bola Tampar/ Keranjang, cafe dan turut dilengkapi peralatan untuk bersenam dan beriadah. Taman Tasik Bandar Kuantan ini juga menjadi salah satu lokasi untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati permandangan tasik yang luas terbentang.

Waktu Operasi 

  • Taman Tasik Bandar Kuantan – Setiap Hari
  • Airboat – Isnin hingga Jumaat (3 pm – 7 pm), Sabtu & Ahad ( 10 am – 7 pm)

Bayaran Tiket

Berkayak 

  • 1 Orang – RM8
  • 2 Orang – RM12

Airboat

  • Dewasa – RM10
  • Kanak-kanak – RM5

9. Pantai Cherating

Tempat Menarik di Pahang

Pantai Cherating merupakan salah satu pantai tercantik yang terdapat di negeri Pahang. Pusat peranginan pantai ini terletak bersebelahan dengan Bandar Kemaman dan mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Kuantan. Salah satu faktor Pantai Cherating menjadi tarikan pelancongan adalah memiliki pesisir pantai yang lapang dan bersih. Ia sangat sesuai dijadikan kawasan perkelahan dan aktiviti riadah bersama keluarga.

Oleh kerana lokasinya yang berhampiran Chukai Terengganu, anda berpeluang untuk mendapatkan makanan popular masyarakat tempatan seperti keropok lekor, otak-otak, satar, keropok keping, keropok udang, kuih tradisional dan banyak lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tempat penginapan yang selesa seperti chalet, hotel dan villa yang akan melengkapkan hari percutian anda. Disebabkan itu, Pantai Cherating telah berjaya menjadi salah satu pusat pelancongan dan tempat menarik di Pahang.


10. Bukit Fraser

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : pahang

Bukit Fraser merupakan salah satu pusat peranginan yang bersuhu dingin yang terletak di atas Banjaran Titiwangsa. Oleh kerana ia berada pada ketinggian 1,310 meter dari aras laut, anda berpeluang merasai pengalaman menghirup udara yang segar dan dingin sekitar 17~24 celcius seolah-olah seperti berada di negara beriklim sejuk. Untuk menuju ke sini akan mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur. Anda akan disajikan dengan bangunan-bangunan hotel yang unik dari segi reka bentuk dan seni binanya yang berkonsepkan British.

Bukit Fraser telah menjadi salah satu tempat menarik di Pahang sebagai lokasi percutian bersama keluarga dan orang tersayang. Selain itu, ia juga sering dijadikan lokasi berbulan madu bagi pasangan pengantin baru. Antara tarikan utama yang terdapat di Bukit Fraser seperti Menara Jam Bukit Fraser, Air Terjun Jeriau, Taman Flora Bukit Fraser, The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre, Allan’s Water Bukit Fraser, Taman Rekreasi Bukit Fraser, Twin Peak Pine Tree Hill, Komplek Sukan Bukit Fraser, Kelab Golf Diraja Bukit Fraser, dan Hemmant Trail Fraser Hill. Ia turut tercalon sebagai tempat menarik di Pahang paling popular.


Baca juga : Resepi sayur masak lemak

11. Taman Gelora

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : kuantan

Taman Gelora adalah sebuah pusat rekreasi yang terletak berhampiran dengan pesisir pantai di Kampung Tanjung Api Kuantan. Ia akan dipenuhi oleh para pengunjung pada setiap petang untuk melakukan aktiviti riadah dan bersantai bersama keluarga. Terdapat banyak kemudahan asas disediakan disini seperti Laluan Pejalan Kaki, Taman Permainan kanak-kanak, Trek Jogging, Trek Akupuntur, Pondok Rehat, Peralatan Bersenam, Gerai Makan, Tandas, dan banyak lagi.

Selain itu, di Taman Gelora juga terdapat tasik yang dipenuhi dengan bunga Teratai yang sangat cantik. Jika bernasib baik, anda boleh menyertai senam aerobik yang diketuai oleh instructor sukarelawan di dataran dan kawasan lapang. Pantai yang bersih juga tersedia untuk anda melakukan aktiviti mandi-manda bersama keluarga. Taman Gelora akan menjadi lebih meriah pada setiap hari Ahad kerana terdapat pasar malam di kawasan berhampiran yang bermula dari jam 4 petang hingga 9 malam.


12. Bukit Gambang Resort City

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : lifestylebucket

Lokasi di Bukit Gambang Resort City ini sudah tidak asing lagi menjadi salah satu destinasi pelancongan bersama keluarga dan rakan-rakan di negeri Pahang. Ianya terletak di Gambang kira-kira 3 jam perjalanan dari kotaraya Kuala Lumpur. Disini juga menjadi destinasi tumpuan untuk bercuti setelah bermulanya cuti sekolah dan hari minggu. Antara tarikan utama yang terdapat di Bukit Gambang Resort City ini adalah Gambang Water Park. Anda berpeluang mencuba pelbagai jenis gelongsor air yang mempunyai tahap ketinggian berbeza yang bersesuaian kepada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

Selain itu, salah satu aktiviti menarik di Bukit Gambang Resort City ini adalah Safari Park & Active Academy. Difahamkan Safari Park disini merupakan safari park yang terbesar di Malaysia yang menempatkan pelbagai jenis haiwan liar dan jinak yang berlainan species. Selain melihat haiwan, anda juga dapat mencuba menaiki ATV, Flying Fox, PaintBall, dan Memanah. Segala kemudahan asas juga tersedia bagi memudahkan anda sekeluarga.

Waktu Operasi 

Gambang Water Park

  • Isnin, Rabu, Khamis : 11 am – 6.30 pm
  • Jumaat, Sabtu, Ahad, & Cuti Sekolah : 9.30 am – 6.30 pm
  • Selasa : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum

Safari Park

  • Selasa, Rabu, & Khamis : 12 pm – 9 pm
  • Jumaat, Sabtu, Ahad, & Cuti Sekolah/ Cuti Umum : 10 am – 9 pm
  • Isnin : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah / Cuti Umum

Active Academy

  • Dibuka Setiap Hari Pada Cuti Sekolah/ Cuti Umum : 9 am – 12 pm & 3 pm – 6 pm

Bayaran Tiket

Combo Water Park & Safari Park

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM88
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM58
  • Warga Emas (60 Tahun & Keatas) – RM58

Water Park

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM33
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM23
  • Warga Emas (60 Tahun & Keatas) – RM23

Safari Park

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM63
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM43
  • Warga Emas (60 Tahun & Keatas) – RM43

Active Academy

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM28
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM18
  • Warga Emas (60 Tahun & Keatas) – RM18

13. Taman Negara Endau-Rompin

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : flickr

Taman Negara Endau-Rompin yang memiliki hutan hujan tropikal bertanah pamah ini terletak di sempadan negeri Pahang dan Johor kira-kira 35 km dari Bandar Rompin dan 160 km dari Bandar Kuantan. Kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air sungai Endau-Rompin. Selain itu, taman yang berkeluasan 80,000 hektar ini telah menjadi habitat utama kepada tumbuhan dan haiwan untuk species mamalia, amfibia, serangga, burung, dan tumbuhan eksotik serta tumbuhan perubatan. Kemudahan asas seperti tempat parkir kenderaan, jambatan, pelantar, tandas, chalet, surau, cafe dan dewan turut tersedia untuk anda.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan disini antara melihat flora & fauna yang sangat indah, dan bermandi manda di jeram dan air terjun, berkhemah, Junggle Trekking, berkayak, dan mendaki bukit. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri kehidupan haiwan seperti hariamau, ungka, monyet, kijang, tapir, gajah dan banyak lagi. Untuk memasuki Taman Negara Endau-Rompin ini, anda perlu memiliki permit khas dari Johor National Park Corperation kerana kawasan ini dibuka terhad sebagai kawasan eko-pelancongan sahaja.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM2

14. Mini Zoo Teruntum

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : kuantan

Mini Zoo Teruntum ini terletak sebelah Royal Pahang Golf Club sebelum susur ke Pantai Teluk Cempedak. Zoo ini juga telah lama ditubuhkan dan menjadi salah satu tempat menarik di Pahang dan sering dikunjungi pengunjung terutamanya warga Kuantan. Walaupun mini zoo ini tidaklah sebesar zoo-zoo yang lain, tetapi ia mampu memberi keseronokan dan kepuasan kepada anak-anak untuk mengenal haiwan disamping harga tiket masuk juga sangat berpatutan.

Selain dapat melihat haiwan-haiwan, anak anda juga berpeluang untuk menunggang kuda padi dan memberi makan kepada haiwan-haiwan disini. Antara haiwan yang terdapat di Mini Zoo Teruntum ini adalah seperti Seladang, Ular, Arnab, Buaya, Kuda Padi, Burung Enggang, Rusa, Burung Unta, Burung Merak dan banyak lagi. Disini juga menyediakan kemudahan kedai, tandas, kawasan parkir yang luas, dan taman permainan kanak-kanak untuk keselesaan para pengunjung.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 7 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM2
  • Kanak-kanak – RM1
  • Menunggang Kuda Padi (Kanak-kanak Sahaja) – RM5

15. Santuari Gajah Kuala Gandah

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : malaysia.travel

Bagi anda yang sukakan haiwan liar terutamanya gajah dan ingin melihat dan mengenali haiwan ini dengan lebih dekat, bolehlah berkunjung ke Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah yang terletak di Lanchang, Pahang. Di sini telah menempatkan kira-kira 24 ekor gajah yang diselamatkan untuk tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan oleh kerana haiwan ini kian terancam dan dianggarkan hanya terdapat 1200 ekor gajah liar sahaja di Asia.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk berinteraksi dengan gajah secara lebih dekat seperti memberi susu kepada anak gajah, memberi makan, menunggang gajah masuk ke dlam hutan, dan memandikannya di sungai. Gajah-gajah disini juga agak jinak dan terlatih. Anda juga dapat menambahkan pengetahuan tentang haiwan ini dengan dengan melihat pameran dan video mengenai gajah, tengkorak gajah dan koleksi gading gajah. Penginapan homestay juga tersedia dikawasan berdekatan yang diusahakan oleh penduduk setempat.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Ahad : 8 am – 1 pm / 2.30 pm – 4.30 pm
  • Jumaat : 8 am – 12.30 pm / 2.30 pm – 4.30 pm

Bayaran Tiket

  • Kemasukan PERCUMA
  • Sumbangan Untuk Proses Penambahbaikan Amat Digalakkan

Pemandu Pelancong

  • RM50
  • Max 12 Orang Pelawat

Memandikan Anak Gajah

  • Diwajibkan Menggunakan Khidmat Pemandu Pelancong
  • Dewasa – RM10/ Seorang
  • Kanak-kanak – RM5/ Seorang
  • Max 4 Orang Pelawat Untuk Seekor Anak Gajah
  • Tempoh 2 Minit

16. Taman Tema Air Mini Kubang Gajah

Tempat Menarik di Pahang

Taman Tema Air Mini Kubang Gajah merupakan salah satu tempat menarik di Pahang dan menjadi pusat rekreasi untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Disebabkan lokasinya yang sangat strategik iaitu berdekatan dengan bandar Temerloh dan mempunyai pasaraya/mall yang berhampiran, Kubang Gajah Water Park ini menjadi destinasi tumpuan para pengunjung untuk beriadah. Anda juga dapat menikmati permandangan tasik yang luas dan cantik yang terletak bersebelahan taman tema ini. Taman permainan kanak-kanak juga turut tersedia.

Antara kemudahan yang terdapat disini adalah tandas, kwasan parkir yang luas, pondok rehat, bilik persalinan, bilik rehat, dan berdekatan masjid dan kedai makan popular iaitu patin masak tempoyak. Selain itu, kiosk menjual makanan juga terdapat di dalam taman ini malah anda juga dibenarkan untuk membawa makanan dari luar. Taman Tema Kubang Gajah ini terletak di Kubang Gajah Temerloh berdekat dengan Santuari Gajah Kuala Gandah yang mengambil masa 45 minit perjalanan menaiki kereta.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Khamis : 2 pm – 7.30 pm
  • Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 9 am – 7.30 pm
  • Rabu : TUTUP

Bayaran Tiket

Isnin – Khamis

  • Dewasa – RM7
  • Kanak-kanak (2 – 12 Tahun) – RM5
  • Kanak-kanak (2 Tahun & Kebawah) – PERCUMA
  • OKU & Warga Emas (60 Tahun & Keatas) – RM3

Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum

  • Dewasa – RM10
  • Kanak-kanak (2 – 12 Tahun) – RM8
  • Kanak-kanak (2 Tahun & Kebawah) – PERCUMA
  • OKU & Warga Emas (60 Tahun & Keatas) – RM5

Kadar Sewaan Pondok Rehat

  • RM35 (i/c dipegang)

Kadar Sewaan Bilik Rehat

  • Bilik No. 1, 2, & 5 : RM100/ 2 Orang + 2 Tiket Masuk Waterpark 
  • Bilik No. 6 : RM140/ 3 Orang + 3 Tiket Masuk Waterpark
  • Bilik No. 8 & 9 : RM178/ 4 Orang + 4 Tiket Masuk Waterpark
  • Bilik No. 3 & 4 : RM215/ 5 Orang + 5 Tiket Masuk Waterpark
  • Bilik No. 7 : RM250/ 6 Orang + 6 Tiket Masuk Waterpark

17. Air Terjun Sungai Pandan

Tempat Menarik di Pahang

Air Terjun Sungai Pandan ini terletak di Felda Sungai Pancing selatan Pahang kira-kira 25 KM dari bandar Kuantan. Lokasi ini sudah terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar negeri oleh kerana memiliki air terjun yang sejuk dan bersih serta permandangan semulajadi flora & fauna yang cukup indah. Disini juga menjadi lokasi tumpuan bagi para pengunjung yang ingin beridah bersama keluarga serta melakukan aktiviti menarik seperti berkelah, mandi-manda, berkhemah, BBQ, dan banyak lagi.

Persekitaran yang bersih dan permandangan yang indah membuatkan destinasi ini sering dikunjungi ramai pengunjung pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan para pengunjung seperti kawasan parkir yang luas, gerai makanan, pondok rehat, kolam mandi kanak-kanak, padang dan banyak lagi. Anda juga berpeluang berjalan diatas jambatan gantung sambil melihat pelbagai tumbuhan hutan yang terdiri dari pelbagai species.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm ( Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM2
  • Kanak-kanak -RM1
  • Parkir Kereta – RM3

18. Bukit Panorama Pahang

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : afiqhalid

Bagi anda yang ingin melihat keindahan alam semulajadi yang sangat mempesonakan, bolehlah ke Bukit Panorama Pahang yang terletak di Sungai Lembing ini. Trek simen juga disediakan untuk memudahkan sesi pendakian anda. Kebanyakan pengunjung yang datang kesini adalah untuk melihat keindahan matahari terbit di sebelah pagi. Pendakian untuk sampai ke puncak tidaklah terlalu sukar kerana anda boleh melalui tangga-tangga yang disediakan. Tetapi 15 minit awal pendakian anda akan menempuhi laluan yang sedikit mencabar kerana terdapat laluan yang agak curam.

Di puncak bukit pula terdapat pondok rehat untuk anda merehatkan diri sambil menghirup udara yang segar. Permandangan kelompok awan yang memutih sangat menakjubkan dan dapat memukau pandangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Pendakian yang menarik ini hanya mengambil masa kira-kira 35 minit untuk sampai ke puncak dan ianya sesuai kepada golongan dewasa dan juga kanak-kanak.

19. Natural Batik Village

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : kuantan

Untuk merasai sendiri pengalaman mencanting batik, anda boleh berkunjung ke Natural Batik Village yang merupakan pusat pembuatan batik yang terletak di Kampung Cengal Lempung, Balok. Disini juga menjual pelbagai produk yang berasaskan batik yang menepati citarasa dan kemampuan pengunjung. Natural Batik Village telah menjadi salah satu tempat menarik di Pahang disebabkan oleh suasana kedai yang mesra pelanggan dan hanya terletak bersebelahan dengan jalan utama.

Selain itu, antara produk yang dapat diperolehi di sini seperti kain batik, baju, barangan cenderahati, dan bermacam lagi. Anak- anak anda juga berpeluang mencuba perkara baru iaitu mewarna batik dan hasil karya mereka boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan. Aktiviti ini juga terbuka kepada golongan dewasa bagi menghasilkan batik sendiri untuk dijadikan cenderahati. Harga jualan batik disini juga lebih murah berbanding harga pasaran luar kerana ia menawarkan harga terus dari kilang.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 7 pm ( Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Kemasukan – PERCUMA

20. Air Terjun Pelangi

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : mforum1

Jika anda ingin melihat salah satu panorama alam yang sangat indah, Air Terjun Pelangi yang terletak di Sungai Lembing adalah tempatnya. Permandangan yang sangat menakjubkan dapat disaksikan disini yang mana air terjunnya dihiasi dengan pelangi yang berwarna warni. Fenomena ini terjadi apabila berlaku percikan air terjun dari tempat yang tinggi pada waktu pagi hingga tengahari. Selain dapat menyaksikan permandangan pelangi yang indah, anda juga dapat menikmati kesejukan dan kejernihan air terjun disini.

Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 1 jam setengah hingga 2 jam untuk sampai ke destinasi dan memerlukan kekuatan fizikal untuk menempuh perjalanan seperti menharungi sungai dan mendaki bukit. Malangnya tempat ini tidak sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah kerana laluan yang agak mencabar dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Untuk melihat pelangi dengan jelas dan terang, anda disarankan sampai di lokasi pada waktu pagi .


Baca juga : Bangi wonderland

21. Muzium Sungai Lembing

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : jmm

Sungai Lembing pernah menjadi sebuah bandar yang terkaya dengan hasil bijih timah di negeri Pahang pada suatu ketika dahulu. Muzium Sungai Lembing ini juga telah ditubuhkan di sebuah bangunan bekas kediaman pegawai lombong bertujuan untuk memperingati sejarah dan era kegemilangan perlombongan bijih timah di negeri Pahang. Selain itu, lombong Sungai Lembing juga merupakan lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang dan terdalam di dunia.

Antara pameran yang terdapat di Muzium Sungai Lembing adalah koleksi peralatan perlombongan, jentera gerudi, gerabak kereta api, peralatan perabot pejabat pengurus lombong, dan pakaian topi keselamatan. Segala koleksi yang dipamerkan di muzium ini disusun mengikut urutan kronologi sejarah. Dengan kawasan yang berkeluasan 5.51 hektar ini, pelbagai artifak dan bahan sejarah boleh anda pelajari dan menjadi salah satu tempat menarik di Pahang untuk dikunjungi.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm ( Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Kemasukan – PERCUMA

22. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : feldapadangpiol

Jika anda mencari destinasi yang mempunyai keunikan alam semulajadi, bolehlah berkunjung ke Taman Warisan Gua Gelinggi yang terletak kira-kira 30km dari bandar Jerantut. Di taman warisan ini juga terdapat beberapa gua yang unik dan berusia lebih jutaan tahun seperti Gua Angin, Gua Tongkat, Gua Kota Balai, Gua Kelawar, Gua Penyu, dan Gua Batu Sanding. Gua-gua ni pernah berfungsi sebagai sebuah kota pada suatu ketika dahulu. Selain itu, terdapat juga gua yang berbentuk pintu gerbang yang mempunyai aliran air yang sejuk dan jernih didalamnya.

Antara gua-gua tersebut, Gua Tongkat paling menarik perhatian pengunjung kerana terdapat kemudahan jalan yang boleh dilalui kereta sebagai akses untuk masuk. Di sini juga telah menemukan beberapa khazanah dan artifak yang berharga seperti tembikar, alatan senjata, tengkorak manusia dan banyak lagi. Gua Kota Gelinggi ini terletak berdekatan Kampung Pulau Tawar yang mana merupakan tempat asal pahlawan Melayu yang tersohor iaitu Mat Kilau.

Waktu Operasi 

  • 9.30 am – 5.30 pm ( Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM3

23. Pantai Batu Hitam

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : flickr

Salah satu tarikan utama di pantai ini adalah keunikan batunya yang berwarna hitam menghiasi pesisiran pantai dan membuatkan ia kelihatan berbeza dari pantai-pantai yang lain. Selain itu, Pantai Batu Hitam ini juga mempunyai air laut yang bersih dan permukaan yang landai sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga seperti mandi-manda, berkelah dan bermain layang-layang.

Anda juga berpeluang melihat keindahan permandangan matahari terbit di sebelah pagi. Disepanjang jalan menuju ke Pantai Batu Hitam pula terdapat deretan kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional dan sarapan pagi. Ia menjadi persinggahan utama para pengunjung untuk membeli sarapan sebelum menuju ke pantai untuk menyaksikan panorama matahari terbit. Kemudahan asas seperti tandas, surau, tempat parkir kenderaan dan bilik persalinan juga turut disediakan bagi keselesaan para pelancong. Lokasinya terletak kira-kira 10km dari bandar Kuantan.


24. Air Terjun Chamang

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : kepompongkosong

Air Terjun Chamang sering menjadi tumpuan utama para pelancong untuk berkelah terutamanya warga Kuala Lumpur dan Selangor. Ini kerana lokasinya yang terletak di Bentong hanya mengambil masa kira-kira 1-2 jam sahaja untuk sampai ke destinasi. Disini juga merupakan salah satu kawasan perkelahan air terjun terbesar di Malaysia yang mana memiliki air yang jernih dan permandangan yang cantik.

Selain itu, kawasan perkelahan dan rekreasi ini juga dilengkapi dengan kemudahan asas seperti gazebo, tandas, tapak perkhemahan, ruang BBQ, dan kawasan parkir yang dekat. Salah satu tarikan utama yang terdapat di Air Terjun Chamang ini ialah titian gantung yang merentasi sungai sepanjang 40 meter. Terdapat beberapa tingkat air terjun yang bersesuaian dengan setiap golongan.

Waktu Operasi 

  • 9.00 am – 5.00 pm ( Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM2

25. Petrosains PlaySmart Kuantan

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : deanaxie

Salah satu tempat menarik di Pahang yang bersesuaian dengan kanak-kanak adalah di Petrosains Playsmart yang terletak di Tanah Putih, Kuantan. Pelbagai jenis permainan yang berkonsepkan sains dan teknologi tersedia untuk anak anda terokai seperti mencipta robot hidraulik, membina ketuhar mesra alam, cipta bekas air menggunakan teori tekanan, membuat bunga kertas DIY, dan banyak lagi . Aktiviti ini juga sesuai dilakukan bersama seisi keluarga.

Terdapat juga pameran dan pertunjukan sains yang pasti menghiburkan kanak-kanak disamping dapat menimba ilmu mengenai sains didalam kehidupan harian. Ia bertujuan bagi menepis tanggapan yang mengatakan subjek sains adalah satu subjek yang sukar untuk dipelajari.

Waktu Operasi 

  • Selasa – Sabtu : 9 am – 1 pm / 2 pm -5 pm
  • Jumaat : 9 am – 12 pm / 2.30 pm – 5 pm
  • Ahad, Isnin, & Cuti Umum : TUTUP

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

26. Air Terjun Lata Jarum

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : denai

Lokasi Lata Jarum ini terletak di mukim Ulu Dong, Raub dan merupakan salah satu lokasi percutian dan perkelahan menarik di Pahang. Kawasannya yang dikelilingi kehijauan alam semulajadi serta mempunyai air terjun yang bersih dan sejuk membuatkan Lata Jarum ini sebagai lokasi yang sangat tenang dan damai. Selain itu, Lata Jarum juga terletak berdekatan dengan tempat rekreasi dan perkelahan Pulau Chekas yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk sampai ke destinasi.

Setibanya di kawasan air terjun, pengunjung akan disambut dengan deruan air terjun yang mengalir dan diiringi jeritan unggas rimba. Aliran air sungai di sini agak deras namun terdapat juga kawasan sungai yang berpasir dan mempunyai aliran air yang tenang. Disini juga menyediakan kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung seperti tandas, surau, bangku, tapak perkhemahan, bilik persalinan, cafe dan juga dewan. Selain berkhemah, anda juga boleh menginap di chalet yang diperbuat daripada buluh.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 6 pm (Setiap hari)

Bayaran Tiket

  • Kemasukan – PERCUMA
  • Parkir – RM1

27. Pantai Sepat @ Tanjung Sepat

Tempat Menarik di Pahang
Sumber : pantaisepat

Pantai Sepat merupakan sebuah perkampungan melayu yang majoriti penduduknya adalah bekerja sebagai nelayan. Pantai yang kelihatan tenang dan indah ini terletak kira-kira 10km dari bandar Kuantan. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah seperti menunggang kuda, berkelah, bermandi manda, BBQ, menjala, memancing dan bermain layang-layang. Anda juga dapat menikmati permandangan yang indah di waktu senja sambil diteduhi oleh deretan pohon rhu dan pokok kelapa. Selain itu, di Pantai Sepat juga terdapat gerai makanan menarik yang menjual makanan tempatan seperti keropok lekor, celup tepung, air kelapa dan ABC yang menjadi hidangan utama bagi setiap pelanggan yang bertandang.


28. Muzium Masjid Sultan Abdullah

Sumber : peramujaya3

Bangunan yang dibina pada tahun 1932 ini pernah beroperasi sebagai sebuah masjid dan merupakan sebuah masjid yang tertua di bandar Pekan, Pahang. Disebabkan daerah Pekan pesat dengan pembangunan masjid-masjid baru, pihak Lembaga Muzium Negeri Pahang telah bersepakat untuk mengambil alih masjid tertua ini dan menjadikannya sebagai sebuah Muzium Kesenian & Intelektual Islam negeri. Ia juga merupakan sebuah Muzium Islam yang pertama ditubuhkan di negeri Pahang. Muzium ini terletak di Kampung Pancur, Pekan.

Selain dapat melihat pameran di dalam muzium, anda juga berpeluang untuk melihat permandangan seni bina bangunan muzium yang sangat cantik dan reka bentuknya berkonsepkan Moorish. Antara pameran-pameran yang terdapat di dalam muzium ini seperti bahan ilmiah, bahan-bahan sejarah Islam seantero dunia, dan juga artifak-artifak yang berharga. Suanana di persekitaran muzium ini sangat indah dan cantik dihiasi lanskap taman dan kolam yang mampu memberikan ketenangan jiwa.

Waktu Operasi 

  • Selasa – Khamis, Sabtu & Ahad : 9.30 am – 5 pm
  • Isnin : TUTUP
  • Jumaat : 9.30 am – 12.15 pm / 2.45 pm – 5 pm 

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak (12 Tahun Kebawah), OKU, Warga Emas ( 60 Tahun Keatas) – PERCUMA
  • Pelajar Beruniform – PERCUMA

29. East Coast Mall

Sumber : capitaland

Jika anda inginkan percutian sambil membeli-belah, bolehlah berkunjung ke East Coast Mall yang terletak di bandar Kuantan. Komplex beli-belah ini juga merupakan salah satu pasaraya yang terbesar di Pahang. Pelbagai kemudahan, kedai dan butik terkenal yang terdapat di dalam East Coast Mall ini yang mana masing-masing menawarkan harga dan promosi yang berpatutan. Barangan yang dijual juga terdiri daripada pelbagai pilihan dan jenama tidak kiralah dari jenama yang terkemuka mahupun jenama tempatan. Selain membeli-belah, anda juga boleh menjamu selera di cafe-cafe dan restoran berhampiran.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 10 pm (Setiap Hari)

30. Muzium Sultan Abu Bakar

Sumber :tripadvisor

Untuk menambah pengetahuan mengenai sejarah dan kebudayaan tradisional negeri Pahang, anda dapat memperolehi segala info, fakta, dan maklumat di Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Sultan Ahmad, Pekan. Muzium ini juga dilengkapi dengan teknologi Smart Screen bagi memudahkan para pengunjung untuk mencari maklumat. Muzium ini telah ditubuhkan diatas sebuah bangunan lama pada tahun 1888 yang mempunyai sejarah dan keunikannya yang tersendiri. Ia telah dirasmikan sebagai sebuah muzium oleh Sultan Haji Ahmad Shah pada 21 Oktober 1976.

Selain itu, muzium yang berkonsepkan muzium dalam taman ini juga mempunyai halaman persekitaran yang menarik yang mana terdapat taman, kolam, replika kereta tentera dan kehijaun padang yang dijaga rapi.

Waktu Operasi 

  • Selasa – Khamis, Sabtu & Ahad : 9.30 am – 5 pm
  • Isnin : TUTUP
  • Jumaat : 9.30 am – 12.15 pm / 2.45 pm – 5 pm 

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak (12 Tahun Kebawah), OKU, Warga Emas ( 60 Tahun Keatas) – PERCUMA
  • Pelajar Beruniform – PERCUMA

Baca juga : Doa mustajab depan kaabah

31. Pantai Balok

Pantai Balok merupakan salah satu tempat menarik di Pahang. Ini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pantai yang luas dan landai ini terutamanya aktiviti windsurfing yang sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong luar negeri. Aktiviti windsurfing di pantai Balok ini mendapat sambutan dari pengunjung disebabkan faktor angin yang bertiup kuat dan alunan ombak yang tenang. Selain itu, disini juga sangat sesuai untuk aktiviti kekeluargaan seperti berkelah, bermain layang-layang, mandi-manda, BBQ, dan bersantai sambil menikmati juadah popular iaitu keropok lekor dan celup tepung.

Kawasan pesisir pantai Balok yang luas ini juga sering menjadi lokasi perkhemahan bagi penggemar aktiviti outdoor dan tapak perkhemahan pula dijaga dan diselia dengan rapi oleh pihak bertanggung jawab. Anda juga dapat melihat deretan kedai yang menjual pelbagai makanan berasaskan ikan termasuklah keropok lekor disepanjang jalan Pantai Balok ini. Dari segi kemudahan penginapan pula, terdapat hotel dan resort berdekatan yang menawarkan penginapan menarik dengan harga yang berpatutan. Pantai Balok terletak kira-kira 10km dari bandar Kuantan. Ia turut tercalon sebagai tempat menarik di Pahang paling popular.


32. Kuantan River Cruise

Sumber :kuantanrivercruise

Untuk menikmati keindahan flora dan fauna sambil mengharungi sungai dengan menaiki bot, anda bolehlah merasai pengalaman ini dengan menaiki bot di Kuantan River Cruise yang terletak di Jalan Tanah Putih, Kuantan. Kuantan River Cruise ini juga menawarkan 2 pakej yang berlainan untuk menyusuri sungai iaitu dengan menaiki bot panjang yang dapat menampung maksima 12 orang penumpang dan menaiki cruise yang besar.

Bagi pengunjung yang mabuk laut, anda disarankan untuk menaiki cruise yang besar untuk mendapat lebih keselesaan. Sebelum memulakan perjalanan, anda akan diberikan sedikit penerangan dan juga jaket keselamatan bagi tujuan keselamatan. Selain itu, anda akan diberhentikan di salah sebuah jeti yang mana memberi peluang kepada anda untuk meneroka hutan paya laut yang menyediakan laluan pejalan kaki bagi memudahkan pergerakan para pelancong disamping menikmati permandangan alam semulajadi yang sangat indah.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 9 pm (Setiap Hari)
  • 12 Trip Sahaja Dalam Sehari

Bayaran Tiket

Muara Sungai

  • RM280/ Trip
  • Tempoh Perjalanan 1 Jam
  • Penumpang 1-5 Orang Sahaja

Taman Bakau

  • RM280/ Trip
  • Tempoh Perjalanan 1 Jam
  • Penumpang 1-5 Orang Sahaja

Muara Sungai & Taman Bakau

  • RM480/ Trip
  • Tempoh Perjalanan 2 Jam

Melihat Kelip-Kelip

  • RM380/ Trip
  • Tempoh Perjalanan 2 Jam
  • Penumpang 1-5 Orang Sahaja

33. Tasik Chini

Sumber :pahangtourism

Tasik Chini merupakan sebuah tasik semulajadi yang kedua terbesar di Malaysia dan lokasinya terletak kira-kira 85 KM dari bandar Kuantan. Di pinggir tasik Chini ini juga berpenghuni yang mana menjadi penempatan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Jakun. Bagi memudahkan para pelancong, perkhidmatan bot turut disediakan untuk anda mengharungi tasik ini sambil melihat keindahan alam yang menkjubkan.

Antara tarikan yang terdapat di tasik yang berkeluasan 12.565 ekar ini adalah seperti tumbuhan teratai yang subur pada bulan Jun hingga September. Selain itu, terdapat lebih kurang 144 species ikan air tawar, 138 species flora terotorial, dan 300 jenis species vertebrata untuk anda saksikan.

Waktu Operasi 

  • Sepanjang Tahun

Bayaran Tiket

Sewa Bot

  • RM60/ 4 Orang – 9 Tasik (30 Minit)
  • RM70/ 4 Orang – 12 Tasik (1 Jam)
  • RM80/ 4 Orang – 6 Tasik (1 Jam 15 Minit)
  • RM90/ 4 Orang – 6 Tasik (1 Jam 30 Minit)
  • RM130/ 4 Orang – 12 Tasik ( 2 Jam)
  • RM250 – Sewa Bot Sehari
  • RM40 – Sewa Kayak Sehari

34. Deerland Park

Sumber : DeerlandParkPahang

Deerland Park adalah sebuah taman yang boleh dikategorikan sebagai mini zoo yang menempatkan haiwan ternakan yang jinak terutamanya rusa. Selain itu, terdapat juga haiwan lain seperti ular, cicak, katak, burung merak, iguna dan banyak lagi yang boleh dilihat dengan jarak lebih dekat. Sudah tentu anak-anak anda akan merasa sangat seronok disamping dapat belajar dan mengenali haiwan dengan lebih nyata. Pengunjung juga berpeluang untuk berinteraksi dangan haiwan-haiwan ternakan yang jinak seperti memberi makan dan membelai haiwan. Deerland Park ini terletak di Lanchang dan berdekatan dengan Santuari Gajah Kuala Gandah yang mengambil masa kira-kira 10-15 minit perjalanan.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Khamis : 10.30 am – 4.30 pm 
  • Sabtu & Ahad : 10.30 am – 5 pm
  • Jumaat : TUTUP

Bayaran Tiket

  • Dewasa (12 Tahun & Keatas) – RM7
  • Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) – RM4

35. Pantai Hiburan Rompin

Sumber : peopleutm

Bagi anda yang datang ke Kuala Rompin, tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke Pantai Hiburan kerana ia merupakan salah satu tarikan utama yang terdapat di Rompin. Disebabkan lokasinya yang strategik dan mempunyai persekitaran pantai yang luas, pantai ini sering menjadi tumpuan untuk beriadah bersama keluarga oleh masyarakat tempatan di waktu petang dan setiap hujung minggu. Terdapat juga kemudahan asas seperti tandas, kawasan parkir, surau dan banyak lagi untuk keselesaan pelancong. Deretan pohon rhu di sepanjang persisiran pantai juga membuatkan kawasan pantai lebih redup dan menenangkan.


36. Pantai Air Leleh

Sumber : ejadfotopoyo

Pantai Air Leleh yang terletak di Pekan, Pahang ini merupakan salah satu pantai yang menarik untuk anda kunjungi. Ini kerana ia memiliki persekitaran pantai yang cantik dan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.. Antaranya ialah bermain banana boat, berkayak, mandi-manda, berkelah, BBQ, bermain layang-layang dan banyak lagi. Pantai ini juga agak bersih dan terjaga kerana kurang mendapat kunjungan daripada pelancong disebabkan kurang promosi dan ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan pantai ini.

Selain dapat bermain permainan pantai, anda juga boleh menjamu selera di gerai-gerai yang berdekatan. Kawasan taman permainan kanak-kanak juga turut tersedia. Anda juga berpeluang untuk menyaksikan panorama matahari terbit yang sangat indah dan menakjubkan.


37. Muzium Seni Pahang

Sumber : lamanpahang

Salah satu muzium menarik di Pahang adalah Muzium Seni yang terletak di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, Kuantan. Ini kerana disini telah menempatkan pelbagai karya seni dari artis tempatan yang terdiri daripada karya seni catan, arca dan banyak lagi. Muzium Seni Pahang ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian ruang pameran iaitu Galeri Tenun Diraja Pahang, Galeri Orang Asli, Galeri Alat Musik Tradisional, Galeri Kebudayaan dan banyak lagi.

Selain dari pameran tetap, muzium ini juga akan menukar pameran mengikut tema bagi menarik lagi minat para pelancong untuk berkunjung ke muzium. Antaranya pameran yang bertemakan Mak Yong, Batik, Seni Reka Bentuk Tembikar, dan Merdeka. Terdapat juga pameran replika Kaabah dan gambar-gambar lama di kawasan Kaabah yang menjadi tarikan utama di muzium ini. Ianya sangat bersejarah dan begitu berharga.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Khamis : 9.30 am – 5.00 pm 
  • Sabtu & Ahad : TUTUP
  • Jumaat : 9.30 am – 12.15 pm / 2.45 pm – 5.00 pm

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

38. Gunung Senyum

Sumber : smarti

Gunung Senyum merupakan sebuah bukit batu kapur yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka Pahang. Di dalam gunung yang berketinggian 486 meter ini terdapat 25 buah gua yang sering mendapat kunjungan orang ramai iaitu Gua Terang Bulan, Gua Kelam, Gua Jebak Puyuh, Gua Gudang Kelawar, Gua Tapa, Gua Kolam, Gua Merlap, dan banyak lagi. Anda juga berpeluang untuk melihat pertumbuhan stalagmait dan stalagtait di dalam gua ini oleh kerana kawasannya yang masih mengekalkan sifat semulajadi dan terjaga dibawah seliaan Jabatan Perhilitan.

Selain itu, anak tangga juga disediakan bagi memudahkan pergerakan para pengunjung menerokai gua. Gunung Senyum ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Pahang yang wajib dikunjungi terutamnya bagi penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam semulajadi. Disamping menjadi salah satu hutan yang paling luas di Malaysia, Gunung Senyum juga dikatakan menyimpan sejarah dan ketamadunan manusia pada zaman Mesolitik. Untuk menuju ke sini anda mempunyai dua pilihan jalan iaitu jalan darat dari Temerloh dan Jerantut atau jalan sungai melalui Pekan Kuala Krau. Terdapat juga Taman Rekreasi Gunung Senyum yang terletak di kawasan berdekatan.


39. Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu anda mengenali Tun Abdul Razak iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 dan juga dikenang sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau juga telah memperkenalkan sistem Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971 bagi mengatasi masalah perkauman dan antagonisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bagi memperingati jasa dan pengorbanan beliau, Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak telah dijadikan sebagai salah satu tempat bersejarah dan dijaga bagi tujuan tarikan pelancongan. Rumah yang mempunyai reka bentuk dan seni bina Melayu Tradisional ini terletak di Kampung Budaya Pulau Keladi yang juga merupakan kampung paling tua di daerah Pekan, Pahang.

Rumah ini dibina pada tahun 1922 dengan berasaskan kayu dan atap yang diperbuat dari tanah liat. Walaupun hanya sebuah rumah kayu biasa, ianya sangat cantik dan berseni. Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak juga menjadi salah satu destinasi menarik di Pahang sebagai tempat untuk mengenali tokoh negara yang berpengaruh dan berdedikasi.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 5 pm (Setiap Hari)

40. Taman Esplanade

Sumber : mdfaiez84

Taman Esplanade Kuantan adalah salah sebuah taman rekreasi yang sangat sesuai untuk beriadah dan bersantai bagi seisi sekeluarga. Suasana disini akan menjadi meriah dikala waktu petang dan malam. Anda dapat menyaksikan permandangan matahari terbenam berserta menikmati keindahan Sungai Kuantan yang mengalir tenang. Antara kemudahan asas yang terdapat di Taman Esplanade ini adalah seperti taman permainan kanak-kanak, gerai makanan, kawasan memancing, laluan pejalan kaki, dan medan selera yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang menarik. Taman rekreasi ini terletak di Jalan Tanah Putih, Kuantan.


41. 3D Galeri Sungai Lembing

Sumber : kuantan

Seperti mana yang kita ketahui, lukisan 3D adalah sebuah seni lukisan pada dinding yang kelihatan nyata. Ini membolehkan para pelancong mengambil gambar dari kepelbagaian sudut untuk memperolehi gambar yang menarik dan unik. Lokasi percutian seperti ini amatlah seronok dikunjungi bersama ahli keluarga dan juga kawan-kawan. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini semestinya bergambar dengan lebih kurang 30 jenis lukisan 3D yang berbeza. Ia pasti akan memberikan pengalaman yang manis dan menyeronokkan.

3D Galeri ini terletak di North Canton Street iaitu betul-betul berhadapan dengan sebatang pokok besar yang mana menjadi mercu tanda Sungai Lembing. Disini juga merupakan lokasi percutian yang strategik kerana berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang lain seperti Bukit Panorama, Muzium Sungai Lembing, Air Terjun Pelangi, dan banyak lagi.

Waktu Operasi 

  • 9.30 am – 6 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM16
  • Kanak-kanak (2 Tahun & Keatas) -RM12

42. Lombong Tai Pei Tong

Sumber : pahang

Pada asalnya lombong bijih timah bawah tanah Sungai Lembing ini dibuka oleh seorang lelaki Cina bernama Lim Ah Sam pada tahun 1868. Kemudian pada tahun 1887, ia telah diambil alih oleh The Pahang Corporation Limited yang dikuasi oleh pihak British. Disebabkan kegiatan perlombongan bijih timah dilakukan secara besar-besaran, lombong bijih timah Sungai Lembing ini pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah kedua paling besar di dunia selepas lombong di Bolivia. Difahamkan sepanjang 100 tahun beroperasi, dianggarkan lombong Sungai Lembing ini telah menghasilkan 3 bilion tan bijih timah.

Untuk memasuki ke dalam lombong ini, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api atau turut dikenali sebagai lokomotif sejauh 80 meter. Anda juga berpeluang membaca info dan sejarah mengenai lombong bijih timah Sungai Lembing sejak dari zaman pembukaan hingga lah ke hari ini yang dilekatkan pada dinding lombong. Selain itu, anda juga dapat melihat replika pelombong yang sedang melakukan aktiviti melombong. Oleh itu, lombong bijih timah Sungai Lembing ini telah menjadi salah satu tempat menarik di Pahang untuk anda lawati keran mempunyai sejarah dan keunikan yang tersendiri.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Ahad : 9 am – 6 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM15.90
  • Kanak-kanak (7 – 17 Tahun) – RM7.95
  • Warga Emas – RM7.95
  • OKU – RM7.95

43. Pantai Pelindung

Sumber : missanne83

Pantai Pelindung yang terletak di Kuantan ini sangat terkenal dengan permukaan pesisir pantai yang landai dan tidak berteluk. Ia sangat sangat sesuai dijadikan sebagai lokasi perkelahan dan juga beriadah bersama keluarga. Permandangannya juga agak menarik dihiasi dengan bot-bot nelayan tempatan yang keluar mencari rezeki. Selain itu, terdapat juga taman rekreasi berhampiran yang dikenali sebagai Tasik Pelindung yang mana menjadi lokasi utama penduduk setempat untuk berjoging dan bersenam. Pelbagai kemudahan asas disediakan bagi keselesaan para pengunjung. Anda juga dapat menikmati makanan-makanan yang menarik seperti mee chalong dan ikan bakar petai yang sangat popular dalam kalangan masyarakat setempat.


44. Sungai Pasir Kubur

Sumber : hairanazitis

Jika anda berkunjung ke Sungai Lembing, salah satu kawasan perkelahan dan mandi manda yang menarik selain air terjun Pelangi adalah di Sungai Pasir Kubur. Untuk sampai ke destinasi, anda perlu merentasi hutan dan jalan yang sedikit mencabar. Tetapi perjalanannya sangat berbaloi kerana anda akan disajikan dengan keindahan alam semulajadi dan juga air sungai yang sangat tenang dan jernih.

Air sungainya juga tidaklah terlalu dalam dan sesuai untuk kanak-kanak bermain dan mandi-manda. Selain itu, perrmukaan Sungai Pasir Kubur ini juga agak landai dan ia memudahkan anda untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti berkelah, BBQ, dan juga berkhemah.


45. Bukit Pelindung

Selain terkenal dengan lokasi percutian pantai, Pahang juga mempunyai kawasan berbukit yang sesuai dikunjungi oleh penggemar aktiviti lasak iaitu Bukit Pelindung. Bukit Pelidung merupakan sebuah kawasan rekreasi yang menawarkan aktiviti mendaki bukit dan beriadah. Ia juga sesuai bagi semua golongan termasuk kanak-kanak kerana terdapat laluan berturap untuk menuju ke puncak bukit.

Selain itu, anda juga dapat menikmati alam semula jadi yang sangat indah kerana kawasan disini dipenuhi dan dikelilingi rimbunan pokok yang menghijau serta ditemani suara unggas yang bersiulan didalam hutan. Setelah sampai ke puncak, anda akan disajikan dengan permandangan yang menakjubkan. Bukit Pelindung ini terletak di Jalan Tengku Muhamad, Kuantan.


46. Santuari Penyu Cherating

Sumber : budakpacak

Selain di Terengganu, Pahang juga mempunyai pusat penerangan dan Santuari penyu yang terletak di Cherating iaitu bersebelahan Club Med Asia Cherating. Santuari penyu Cherating ini telah dibuka kepada umum pada bulan Jun 1998. Ia terletak di KM 45 Jalan Kuantan – Kemaman kira-kira 35 minit perjalanan dari bandar Kuantan. Pusat ini ditubuhkan bagi melindungi dan memelihara species penyu daripada terancam akibat pemburuan haram dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat dan mengenali 7 species penyu laut didunia yang mana 4 daripadanya terdapat di perairan Malaysia. Antaranya ialah species penyu Leatherback Turtle, Olive Ridley Turtle, Green Turtle, dan Hawksbill Turtle. Species-species ini telah dijaga dengan rapi bagi pemanjangan jangka hayat penyu dan mengelak dari ancaman kepupusan. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Santuari Penyu Cherating ini seperti menunggu pendaratan penyu di malam hari, melawat kawasan penetasan telur penyu, menonton tayangan video mengenai penyu, melihat pameran yang menarik, pelepasan anak penyu @ baby turtle dan juga penyelidikan.

Waktu Operasi 

  • Selasa – Ahad : 9 am – 5 pm

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

47. Taman Rekreasi Wadi Al- Amin

Taman rekreasi ini tidak lah setanding Gambang Water Park atau pun Kuala Gandah Water Park kerana ia ditubuhkan bagi tujuan menjana pendapatan sendiri untuk membiayai kos pembelanjaan pusat tahfiz tanpa mengharapkan bantuan dan sumbangan luar. Idea untuk membina taman rekreasi ini adalah ilham daripada mudir pusat tahfiz ini sendiri. Selain itu, Taman Rekreasi Wadi Al- Amin ini juga merupakan satu-satunya taman air yang mengasingkan bahagian mandi lelaki dan juga perempuan. Ia bersesuain dengan konsep islamiah yang dibawa oleh pusat tahfiz ini. Disini juga merupakan taman rekreasi pertama di Malaysia yang berciri-cirkan Islam.

Antara tarikan yang terdapat disini adalah gelongsor air dan kolam renang yang pasti dapat memberi keseronokan pada kanak-kanak. Lokasi ini sangat sesuai dikunjungi pada hujung minggu bagi meluangkan masa beriadah bersama keluarga tersayang. Taman Rekreasi Wadi Al-Amin ini terletak di Kampung Durian Burung, Temerloh.

Waktu Operasi 

  • Selasa – Jumaat : 3 pm – 6.30 pm
  • Sabtu, Ahad, & Cuti Umum : 9 am – 6.30 pm
  • Cuti Sekolah : 10 am – 6.30 pm
  • Isnin : TUTUP kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah

Bayaran Tiket

  • Dewasa ( 18 Tahun & Keatas) – RM5
  • Kanak-kanak (1-17 Tahun) – RM3
  • Warga Emas (70 tahun & Keatas) – PERCUMA
  • OKU – PERCUMA

48. Jengka Wonderland

Sumber :youtube

Jengka Wonderland merupakan taman tema air yang baru dibuka pada bulan Disember 2018. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan JPJ Jengka dan mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan dari Exit Tol Chenor. Jengka Wonderland ini juga mempunyai ruang rekreasi yang sangat luas serta terdapat pelbagai kemudahan asas seperti cafe, bilik persalinan, meja wakaf, sewaan gazebo, tandas , surau, rumah Hobbit dan banyak lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis permainan air yang bersesuaian untuk semua golongan dari dewasa hinggalah golongan kanak-kanak.

Antara tarikan yang menarik di Jengka Wonderland ini adalah seperti kolam pantai, kolam sungai, gelongsor air untuk dewasa dan kanak-kanak, kolam paddle boat, dan banyak lagi. Taman tema air ini juga mempunyai persekitaran yang bersih dan telah menjadi salah satu tempat menarik di Pahang.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Jumaat : 10.30 am – 7.30 pm
  • Sabtu, Ahad, & Cuti Umum : 9 am – 7.30 pm
  • Cuti Sekolah : 9 am – 7.30 pm
  • Khamis : TUTUP kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM18
  • Kanak-kanak – RM15
  • OKU & Warga Emas – RM12

Sewaan Gazebo

  • RM40

Sewaan Rumah Hobbits

  • RM65

49. Gua Charas

Sumber : mdfaiez84

Destinasi yang terletak di Jalan Gua Charas Kuantan ini sangat sesuai bagi penggemar aktiviti lasak dan menerokai gua. Selain dapat melihat keindahan alam semulajadi, Gua Charas ini juga mempunyai beberapa jenis patung Buddha termasuklah patung Buddha tidur yang menjadi salah satu tarikan utama pelancongan disini. Gua Charas ini menjadi sebuah tempat suci bagi penganut agama hindu namun masih dibuka untuk para pelancong bagi melihat sendiri keunikan struktur geografinya. Gua Charas juga merupakan salah satu gua yang menarik terdapat di negeri Pahang. Untuk menuju ke dalam gua, anda perlu mendaki tangga yang tidak lah begitu sukar dan menggunakan kemudahan laluan pejalan kaki yang disediakan.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • RM2/ Seorang
  • RM3 – Tempat Parkir Kenderaan

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Kelantan


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!