Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 7 buah daerah dan juga merupakan negeri yang ke-5 terkecil di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat banyak tarikan dan tempat menarik di Negeri Sembilan yang boleh anda kunjungi. Kebanyakkan masyarakat di Negeri Sembilan adalah daripada keturunan Minangkabau yang kaya dengan adat pepatih dan budaya yang unik.

Disebabkan lokasinya yang strategik dan senang diakses, Negeri Sembilan telah menjadi lokasi percutian popular dalam kalangan pelancong terutamanya penduduk di Selangor, Kuala Lumpur, dan Melaka. Selain itu, terdapat banyak pilihan pelancongan seperti bukit-bukau, pantai, air terjun dan kawasan rekreasi yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan anda semasa bercuti, kami lampirkan senarai tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan yang boleh anda kunjungi. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

Senarai Tempat Menarik di Negeri Sembilan

1. Pantai Port Dickson

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Pantai Port Dickson

Destinasi percutian pantai ini sudah tidak asing lagi bagi penduduk tempatan malah turut popular dalam kalangan pelancong terutamanya dari negeri-negeri jiran iaitu Selangor, Melaka, Kuala Lumpur. Pantai Port Dickson memiliki pesisir pantai yang panjang dan menarik dan sangat sesuai dijadikan lokasi bersantai dan beriadah bersama keluarga.

Antara pantai yang sering mendapat kunjungan ramai pengunjung adalah Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) dan Pantai Teluk Kemang yang menawarkan pelbagai aktiviti pantai dan sukan air yang sangat menarik seperti banana boat, jetski, dan banyak lagi. Pelbagai kemudahan dan kelengkapan turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung.


2. Wet World Resort Air Panas Pedas

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Wet World Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas merup akan sebuah taman tema yang menarik dan mempunyai kelainan yang tersendiri. Ini kerana di taman tema ini terdapat kolam air panas semulajadi yang kaya dengan mineral yang mampu menjadi penawar terutamanya penyakit kulit.

Bukan sahaja mempunyai kolam air panas, di sini juga terdapat pelbagai tarikan permainan air seperti gelongsor air, Wave Pool, Kiddie Slide, Natural Hot Spring, Reflexology Walk, Kembar Pedas Slide, Lazy River,dan banyak lagi. Wet World Resort Air Panas Pedas ini terletak di Jalan Tampin, Pedas.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
  • Rabu : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum

Bayaran Tiket

  • Dewasa (130cm Keatas) – RM25/ RM15 (Mykad)
  • Kanak-kanak (90cm – 130cm) – RM23/ RM12 (Mykad)
  • 90cm Kebawah – PERCUMA

3. Gunung Datuk Recreational Forest

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Gunung Datuk Recreational Park

Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar, Gunung Datuk merupakan salah satu lokasi yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti mendaki. Laluan mendaki di sini juga lebih mencabar berbanding Bukit Broga yang terletak di Selangor. Ia sangat sesuai bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam sukan lasak ini.

Tambahan pula, Gunung Datuk adalah salah satu lokasi pendakian yang terkenal dan popular di Remba, Negeri Sembilan. Pendakian akan mengambil masa kira-kira 2 jam bergantung pada tahap stamina dan kecergasan setiap pendaki. Para pengunjung akan disajikan dengan permandangan matahari terbityang sangat indah semasa berada di puncak.

Bayaran Tiket

  • RM5/ Seorang

4. Taman Negeri Kenaboi

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Taman Negeri Kenaboi

Taman Negeri Kenaboi terletak di Hutan Simpan Kenaboi di daerah Jelebu Negeri Sembilan. Taman semulajadi yang berbukit dan terpencil ini dahulunya dikenali sebagai Taman Alam Liar (Taman Hidupan Liar Negeri) yang dipenuhi Hutan Dipterokarp Bukit dan kaya dengan tumbuh-tumbuhan seperti orkid liar, herba, pakis dan palma. Ia juga merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa yang bersempadan dengan Negeri Pahang dan Negeri Selangor.

Keunikan kawasan ini terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang sering dikaitkan dengan mitos kijang yang cedera dan jatuh di air terjun ini. Pelbagai kemudahan disediakan seperti tandas, dewan serbaguna, kantin, chalet, dorm, tapak perkhemahan, kawasan parkir kenderaan, dan bilik mesyuarat bagi keselesaan para pengunjung.


5. Pusat Rekreasi Ulu Bendul

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Pusat Rekreasi Ulu Bendul

Pusat Rekreasi Ulu Bendul merupakan sebuah lokasi percutian yang sesuai untuk aktiviti beriadah dan berkelah bersama keluarga. Hutan lipur ini terletak di dalam Hutan Simpan Angsi iaitu di KM 20 jalan Seremban – Kuala Pilah, Tanjung Ipoh. Pelbagai kemudahan dan fasiliti disedikan di sini antaranya seperti tandas, pondok rehat, wakaf, kawasan parkir, bilik persalinan, dan banyak lagi.

Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar. Kawasan mandi -manda di Pusat Rekreasi Ulu Bendul ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang bersesuaian mengikut peringkat umur termasuk golongan kanak-kanak. Ia juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan terutamanya di daerah Kuala Pilah.

Waktu Operasi 

  • 7 am – 6.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Masuk PERCUMA
  • Tandas Awam – RM1/ Seorang
  • Tapak Perkhemahan – RM5/ Lot

6. Masjid Diraja Tuanku Munawir

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Masjid Diraja Tuanku Munawir

Masjid Diraja Tuanku Munawir juga dikenali sebagai Masjid Diraja Seri Menanti dan telah siap dibina pada tahun 1964. Masjid ini terletak di bandar diraja Seri Menanti iaitu terletak betul-betul di sebelah Istana Lama Seri Menanti dan Mausoleum Diraja.

Seni bina masjid ini memaparkan pengaruh Mughal yang kuat. Ini terbukti dengan reka bentuk kubah yang berwarna kuning menghiasi setiap bumbung dan menara masjid. Masjid Diraja Tuanku Munawir juga menggabungkan beberapa unsur tempatan dalam reka bentuknya dengan kemasukan serambi atau beranda di sepanjang satu sisi bangunan. Gerbang segitiga menghiasi bahagian atas beranda.


7. Hutan Lipur Gua Batu Maloi

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Hutan Lipur Gua Batu Maloi

Hutan Lipur Gua Batu Maloi merupakan destinasi tumpuan para pelancong untuk melakukan aktiviti lasak secara berkumpulan. Antara aktiviti yang ditawarkan di sini adalah aktiviti meneroka dan menjelajah gua batu yang mempunyai takungan air dan laluan yang sempit. Para peserta perlu mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental bagi menempuhi setiap cabaran dan halangan yang terdapat di dalam gua.

Hutan Lipur Gua Batu Maloi ini terletak di Kampung Tanggai, Johol, Negeri Sembilan iaitu kira-kira 2 jam perjalanan dari Bandaraya Kuala Lumpur. Gua Batu Maloi merupakan gua yang terbentuk daripada susunan batu granit yang terdapat laluan di celah-celah batu ini. Kebanyakkan laluan di dalam gua ini adalah kawasan berair dan melawan arus sungai. Laluannya juga sering berubah disebabkan posisi batu-batu gua bergerak setiap kali hujan lebat.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Jumaat : 8 am – 5 pm
  • Sabtu, Ahad, & Cuti Umum : 7 am – 4 pm

Bayaran Tiket

  • RM35/ Seorang – Termasuk Bayaran Permit & Juru Pandu
  • RM40/ Seorang – Termasuk Bayaran Permit, Juru Pandu & Makan Tengahari
  • RM45/ Seorang – Termasuk Bayaran Permit, Juru Pandu, Makan Tengahari, & Sijil
  • RM55/ Seorang – Termasuk Bayaran Permit, Juru Pandu, Makan Tengahari, Sijil,  Sewa Headlamp @ Sewa Helmet
  • RM65/ Seorang – Termasuk Bayaran Permit, Juru Pandu, Makan Tengahari, Sijil, Sewa Headlamp, & Sewa Helmet

8. Pusat Eco-Edutourism Sungai Menyala

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Pusat Eco Edutourism Sungai Menyala

Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala dibuka kepada orang ramai sekitar tahun 2010 di Hutan Simpan Sungai Menyala yang meliputi kawasan seluas 1,280 hektar berhampiran Port Dickson. Hutan Sungai Menyala merupakan salah satu daripada hutan Dipterokarp tanah pamah terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia juga diklasifikasi sebagai hutan Keruing-Meranti merah kerana didominasi oleh spesies Meranti merah dan Keruing. 15% daripada keluasan hutan ini adalah hutan paya bakau yang semulajadi.

Selain dapat menikmati permandangan yang indah dan menghirup udara yang segar, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan seperti merentas hutan, memerhati burung, memerhati hidupan liar, aktiviti malam, berbasikal, berjogging, penyelidikan, interpretasi alam, dan melawat galeri. Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala ini terletak di Jalan Sua Betong, Si Rusa, Port Dickson.

Waktu Operasi 

  • 8.30 am – 5 pm (Setiap Hari)

9. Air Terjun Jeram Toi

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Air Terjun Jeram Toi

Lokasi Air terjun Jeram Toi terletak di antara bandar Seremban dan Kuala Kelawang. Pada awalnya kawasan ini ditemui oleh pihak British pada tahun 1895 dan telah menjadi tempat yang popular untuk aktiviti mandi-manda, bersantai, riadah dan berkelah bersama keluarga. Kawasan rekreasi yang terletak di Hutan Simpang Berembun Kuala Klawang ini mudah diakses dari jalan Seremban-Kuala Kelawang. Ia juga merupakan salah satu hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit yang terdapat di Negeri Sembilan.

Destinasi perkelahan ini turut menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap bagi keselesaan para pengunjung. Antaranya seperti boardwalk, bilik persalinan, tapak khemah, surau, tandas, dan gerai makanan. Tarikan utama di Jeram Toi adalah air terjun 4 tingkat (Sungai Batang Toi) dan laluan trekking menuju ke Gunung Telapak Buruk. Selain itu, Jeram Toi juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 6 pm (Setiap Hari)

10. Taman Eko Rimba Tanjung Tuan

Sumber : pokokkelapa

Tempat Menarik di Negeri Sembilan : Taman Eko Rimba Tanjung Tuan

Salah satu lokasi eko-pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi adalah Taman Eko Rimba Tanjung Tuan yang terletak kira-kira 20 km dari bandar Port Dickson. Ia merupakan sebuah Hutan Dipterokarpa Bukit yang terdapat di dalam Hutan Simpan Tanjung Tuan. Kawasan rekreasi ini akan dipenuhi oleh para pengunjung pada setiap hujung minggu bagi melakukan aktiviti mendaki dan merentas hutan.

Anda bakal disajikan dengan permandangan indah sekitar Negeri Sembilan dan permandangan Selat Melaka yang sangat menakjubkan ketika berada di puncak. Bagi yang kurang cergas dan berstamina untuk mendaki bukit, kemudahan jalanraya turut disediakan untuk anda menuju ke puncak.

Waktu Operasi 

  • 7 am – 6 pm (Setiap hari)

Bayaran Tiket

  • RM1/ Seorang

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Kedah

error: Content is protected !!