Melaka adalah salah satu negeri yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan di Malaysia dan juga dikenali sebagai sebuah bandaraya bersejarah. Ia juga menjadi pilihan utama sebagai destinasi percutian singkat bagi warga Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan kerana tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Negeri Melaka juga telah diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO kerana kaya dengan peninggalan sejarah, campuran pelbagai jenis budaya dan nilai universalnya. Untuk mengetahui tempat menarik di Melaka yang mesti dikunjungi, mari lihat senarai di bawah bagi memudahkan anda merancang percutian nanti.

Senarai Tempat Menarik di Melaka

1. Kota A’ Famosa

tempat menarik di Melaka

Kota A’Famosa ini dikenali sebagai ikon @ mercu tanda yang paling terkenal di Melaka. Ia terletak di Jalan Parameswara, Bandar Hilir dan menjadi salah satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh para pelancong ketika bercuti di bandaraya bersejarah ini. Kota A’Famosa ini merupakan sebuah kubu pertahanan pihak Portugis bagi mengekang serangan dari penduduk Melaka pada ketika itu dan juga merupakan senibina Eropah yang tertua dia Asia Tenggara.

Untuk melihat kota ini dengan lebih terperinci, anda boleh menaiki beca berhias yang terdapat di kawasan berhampiran untuk bersiar-siar di seluruh kawasan kota ini. Bayaran beca yang dikenakan bermula dari RM25 dan keatas. Selain boleh bergambar, anda juga boleh tahu sedikit sebanyak hal-hal sejarah dari abang beca!


2. Pantai Klebang

tempat menarik di Melaka

Pantai Klebang adalah sebuah pantai yang berada berhampiran dengan bandaraya Melaka. Keunikan yang terdapat dipantai ini adalah mempunyai persisiran pasir pantai yang luas serta pasir yang berbukit-bukit. Ini kelihatan seumpama anda berada di padang pasir!! Di sini juga sering mendapat kunjungan dari pelancong samada pada waktu pagi, petang mahupun malam. Ini kerana di Pantai Klebang ini terdapat kedai-kedai makan yang popular dan viral seperti kedai asam pedas, cendol bakar dan Klebang Original coconut shake. Ia juga dijadikan tempat lepak bagi semua golongan termasuklah keluarga yang datang berkelah.


3. Zoo Melaka & Night Safari

tempat menarik di Melaka

Bagi yang ingin bercuti sambil mengajar anak-anak untuk mengenal haiwan, di Zoo Melaka adalah tempat yang sangat sesuai. Ini kerana di Zoo Melaka ini terdapat kira-kira 215 spesis haiwan yang berbeza dan merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia!! Zoo Melaka ini terletak di Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh. Perjalanan untuk menuju ke Zoo Melaka ini sangat mudah. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu menggunakan PLUS Highway dan exit di Tol Ayer Keroh. Kadar tol yang dikenakan dari tol Sg. Besi hingga ke tol Ayer Keroh hanyalah RM15.70 sahaja.

Aktiviti yang menarik di Zoo Melaka ini ialah Night Safari dan ia hanyalah beroperasi pada setiap malam hujung minggu sahaja. Bagi waktu lawatan pula bermula pada 9 pagi hingga 6 petang pada setiap hari. Waktu lawatan untuk Night Safari pula bermula pada 8 malam hingga 11 malam. Anda tidak akan dibenarkan masuk jika datang 30minit sebelum waktu lawatan tutup. So, sila datang awal okay. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Bayaran Tiket

  • Dewasa (Lelaki/Perempuan) – RM17.80
  • Kanak-kanak – RM7.10
  • Kanak-Kanak (umur 0-3) — PERCUMA
  • Warga Emas – RM7.10
  • OKU Dewasa – RM7.10
  • OKU Kanak-Kanak – RM5.00

Harga Tram

  • Dewasa – RM5

  • Kanak-Kanak – RM3

    *Tram terakhir pada 5 petang setiap hari


Baca juga : Laser Jeragat

4. Menara Taming Sari

tempat menarik di Melaka

Menara Taming Sari ini terletak di Jalan Merdeka Bandar Hilir dan mempunyai ketinggian 110 meter. Menara yang berbentuk keris ini akan berpusing perlahan-lahan 360 darjah secara berterusan bagi membolehkan anda menikmati permandangan sekitar Bandar Hilir dari atas.

Menara Taming Sari juga merupakan sebuah Gyro Tower yang pertama di Malaysia. Jadi, sangatlah rugi jika anda tidak mencubanya ketika bercuti di Melaka. Waktu yang sesuai dan terbaik untuk anda menaiki Menara Taming Sari ini ialah pada waktu malam. Ini kerana anda dapat melihat keindahan Bandaraya Melaka beserta lampu-lampu neon yang berwarna-warni.

Waktu Operasi 

  • 11 am – 10 pm

Bayaran Tiket

  • Warganegara : Dewasa RM17, Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM11
  • Pelancong Asing : Dewasa RM23, Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM15

5. Freeport A’famosa Outlet Village

tempat menarik di Melaka
Sumber : freeportafamosa.com

Bagi yang gemar membeli–belah, anda boleh dapatkan barangan-barangan yang berjenama di sini. 5. Freeport A’famosa Outlet Village ini baru saja dibuka pada tahun 2015 dan terdapat kira-kira 70 butik pakaian dan aksesori di dalamnya. Ianya juga merupakan salah sebuah mall yang sama seperti Johor Premium Outlet (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), dan juga Mitsui Outlet Sepang.

Antara butik popular yang terdapat di Freeport A’famosa Outlet Village seperti Aprillia, Arnold Palmer, Beverly Hills Polo Club, Body Glove, Dapper, Cotton On, Elle, Esprit, G2000, Levis, Sacoor, Playboy, dan Clark. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 10 pm (Setiap Hari)

6. The Shore Sky Tower

tempat menarik di Melaka
Sumber : skytower.theshoremelaka.com

The Shore Sky Tower terletak di Jalan Persisiran Bunga Raya dan merupakan bangunan yang tertinggi di negeri Melaka. Sesiapa yang gayat pada ketinggian bolehlah mencabar diri anda untuk naik ke tingkat 42 yang mana mempunyai lantai yang diperbuat daripada kaca lutsinar yang bermutu tinggi.

Daripada atas bangunan ini, anda mampu melihat terus kebawah dan menyaksikan kenderaan yang lalu lalang hanya sebesar semut!! Ia sangat mencabar mental dan fizikal bagi orang yang mengalami high fobia. Di atas ini juga mempunyai akurium yang dipenuhi dengan ikan Koi.

Waktu Operasi 

  • 10.30 am – 9 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM25
  • Kanak-kanak – RM18

7. The Stadthuys

tempat menarik di Melaka

The Stadthuys terletak di Jalan Gereja,Bandar Hilir dan merupakan bangunan kerajaan Belanda yang tertua di Asia Tenggara. Sewaktu zaman penjajahan di Melaka dulu, The Stadthuys ini merupakan sebuah Pusat Pentadbiran kerajaan Belanda. Ia dianggarkan dibina pada tahun 1660 dan merupakan salah satu tempat yang paling bersejarah di Melaka.

Sekarang, tempat ini telah dijadikan muzium yang mempamerkan sejarah-sejarah negeri Melaka ketika penjajahan British dan Portugis. Keunikan senibina serta warna bangunan yang menarik telah menjadikan tempat ini sering dikunjungi pengunjung untuk bergambar dengan berlatar belakangkan The Stadthuys ini.


8. Muzium Kapal Selam

tempat menarik di Melaka
Sumber : sini.com.my

Bagi yang tertanya-tanya bagaimanakah suasana dan perasaan berada didalam kapal selam yang sebenar?? Anda boleh merasainya sendiri di dalam Muzium Kapal Selam ini. Kapal selam yang digunakan ini adalah kapal selam yang sebenar dari tentera Perancis iaitu FS Quessant Agosta 70 yang mana telah tamat tempoh dan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia. Kemudian telah diserahkan pula kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan muzium untuk pameran orang ramai.

Kunjungan para pelancong sangat ramai pada cuti sekolah dan akan memenuhi ruang didalam kapal selam itu yang tak begitu luas. Tetapi usah risau kerana ia dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa yang boleh memberikan keselesaan didalam kepadatan pengunjung. Muzium Kapal Selam ini dibuka pada setiap hari pada jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang.

Waktu Operasi

  • 9 am – 5.30 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM2
  • Kanak-kanak 6 tahun kebawah – PERCUMA

9. Taman Buaya Melaka

tempat menarik di Melaka
Sumber : www.letsgoholiday.my

Taman Buaya Melaka semestinya sudah terkenal sejak dahulu lagi sebagai salah satu tempat pelancongan di Melaka. Taman ini terletak di Lebuh Ayer Keroh. Selain mempunyai beberapa jenis spesis buaya, disini juga terdapat mini zoo, taman rekseasi air, dan juga rumah hantu yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak yang berkunjung.

Kebiasaannya buaya disini hanya kaku saja dan tidak banyak bergerak. Jadi, jika anda ingin melihat pergerakkan buaya disini, datanglah ketika waktu makan si bedal ini iaitu pada jam 12.30 tengahari hingga 4.00 petang. Antara persembahan lain yang boleh anda saksikan seperti persembahan ular, persembahan buaya, tarian budaya dan persembahan seni silat. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • 9 am – 7 pm (Setiap hari)

Bayaran Tiket weekdays

  • Dewasa – RM15
  • Kanak-kanak (5-12 tahun) – RM10
  • Warga emas (55 tahun keatas) – RM8

Bayaran Tiket Weekend/Public Holiday

  • Dewasa – RM18
  • Kanak-kanak (5-12 tahun) – RM18
  • Warga emas (55 tahun keatas) – RM10

10. Melaka River Cruise

tempat menarik di Melaka
Sumber : www.backpackingmalaysia.com

Perkhidmatan Melaka River Cruise ini boleh dinaiki pada waktu siang mahupun malam. Tapi, untuk lebih menikmati perjalanan didalam cruise, anda digalakkan untuk menaiki di waktu malam. Ini kerana, selain udaranya yang lebih sejuk dan nyaman, permandangannya juga sangat menarik apabila setiap bangunan dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni. Ia akan mencipta satu kenangan indah yang tak dapat anda lupakan. Cruise ini juga merupakan salah satu pengakutan yang memudahkan anda untuk melihat keindahan Bandar Melaka tanpa mengharungi kesesakkan lalu lintas.

Perjalanan Melaka River Cruise ini bermula di Jeti Muara dan berakhir di Jeti Tanah Rempah. Dengan menaiki cruise ini juga, anda boleh melihat keunikan Kampung Morten yang dipenuhi dengan rumah-rumah tradisional Melayu Melaka.

Waktu Operasi

  • 9 am – 11 pm (Setiap hari)

Bayaran Tiket (Isnin- Khamis)

  • Dewasa – RM13
  • Kanak-kanak (2-12 tahun) – RM6.50
  • Warga Emas –RM10

Bayaran Tiket (Jumaat, Sabtu & Ahad)

  • Dewasa – RM18
  • Kanak-kanak (2-12 tahun) – RM6.50
  • Warga Emas –RM10

11. Masjid Selat

tempat menarik di Melaka
Sumber : marmaguesthouse.blogspot.com

Masjid Selat ini terletak di Pulau Melaka dan merupakan salah satu tempat ibadah dan pelancongan yang sangat menarik. Masjid Selat ini juga akan kelihatan seolah-olah terapung di kala air pasang. Tiang masjid ini juga mempunyai fungsi seperti rumah api iaitu memberi isyarat kepada bot-bot ditengah laut pada waktu malam.

Senibinanya yang unik juga menjadi salah satu faktor bagi pengunjung datang untuk bergambar. Masjid selat ini lebih indah dan mempesonakan pada waktu malam dek kerana pembiasan lampu pada masjid bersama air laut. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.


12. Galeri Rumah Terbalik

tempat menarik di Melaka
Sumber : duniakitabeda.blogspot.com

Setiap percutian tidak sah jika tiada sesi penggambaran bukan?? Jadi, jika anda inginkan keunikan didalam koleksi gambar anda, Galeri Rumah Tebalik yang terletak di Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka adalah tempatnya. Ini kerana keunikan susun atur barangan didalam rumah ini tidak mengikut hukum alam. Pelbagai posisi dan gaya yang menarik boleh anda lakukan semasa mengambil gambar disini. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • 9 am – 7 pm (Isnin- Khamis)
  • 9 am – 9 pm (Jumaat- Ahad)

Bayaran Tiket (Isnin- Khamis)

  • Dewasa – RM18
  • Kanak-kanak – RM12

13. Bayou Lagoon Park

tempat menarik di Melaka

Bayou Lagoon Park ini terletak di Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil dan hanya 15-20 minit dari bandar Melaka. Bukan sahaja mempunyai taman tema air, disini jugak terdapat apartment bagi sesiapa yang ingin menginap disini. Antara permainan yang popular di taman tema air Bayou Lagoon ini giant slipper, ballon race dan juga chopstick crazy. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • 9 am – 7 pm (Isnin- Khamis)
  • 8am – 7pm (Jumaat- Ahad)

Bayaran Tiket (Isnin-Khamis)

  • Dewasa – RM22
  • Kanak-kanak – RM16
  • Warga emas (55 tahun Keatas) – RM11
  • Kanak-kanak (tinggi tidak melebihi 3 kaki) – PERCUMA

Bayaran Tiket (Hari minggu dan Cuti umum)

  • Dewasa – RM28
  • Kanak-kanak – RM20
  • Warga emas (55 tahun Keatas) – RM14
  • Kanak-kanak (tinggi tidak melebihi 3 kaki) – PERCUMA

14. Bustel Klebang

tempat menarik di Melaka

Lokasi Bustel ini terletak di Tanjong Kling yang berhampiran juga dengan Pantai Klebang. Bustel ini merupakan sebuah tempat penginapan yang unik dimana ia menggunakan bas-bas terpakai yang telah tamat tempuh dan diubahsuai menjadi tempat penginapan yang sangat sesuai kepada golongan backpackers. Terdapat lebih kurang 40 buah bas hotel yang tersedia disini.

Disebabkan keunikannya juga, ia menjadi salah satu tempat tarikan pelancong yang mana bercuti disekitar Pantai Klebang. Selain itu, di kawasan berdekatan juga terdapat deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.


Baca juga : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh di Sempadan Barzakh

15. Jonker Walk Street

tempat menarik di Melaka
Sumber : www.holidaygogogo.com

Nama Jonker Walk Street ini tidak akan miss didalam senarai perjalanan para pelancong yang bercuti di Melaka. Ini kerana Jonker Walk mempunyai tarikannya yang tersendiri yang mana menjadi tempat untuk para pelancong mencari barangan cenderahati, barangan antic dan juga makanan.

Untuk melihat kemeriahan di Jonker Walk, seeloknya anda berkunjung pada hari minggu kerana terdapat pasar malam bermula pada waktu petang petang hingga ke lewat malam. Mungkin anda akan terasa seperti berada di Beijing atau Taiwan kerana kebanyakkan pengunjung disini berbangsa Cina.


16. Mahkota Parade

tempat menarik di Melaka
Sumber : tempatmenarik

Mahkota Parade merupakan salah satu tempat pusat membeli-belah di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Ia sering mendapat dikunjungi ramai pelancong kerana terletak berhampiran dengan Kota A’Famosa, Dataran Pahlawan Mall, St. Paul’s Hill, Menara Taming Sari dan banyak lagi. Disini juga menjadi tumpuan para pelancong untuk berehat setelah penat berjalan di bawah terik mentari. Di dalam Mahkota Parade ini juga terdapat pelbagai kemudahan temasuklah panggung wayang yang membolehkan anda untuk menonton filem-filem terbaru disini.

Anda juga boleh shopping di Parkson, Giant atau mana-mana butik berjenama yang terdapat didalam Mahkota Parade ini. Disamping membeli-belah, anda juga boleh menikmati makanan di food court yang tersedia.

Waktu Operasi

  • 10 am – 10 pm (Setiap Hari)

17. Melaka Alive & Pirate Adventure

tempat menarik di Melaka
Sumber : vkeong

Tempat ini baru dibuka pada tahun 2015 dan berjaya menjadi salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong. Di Melaka Alive ini anda akan disajikan dengan pertunjukan kebudayaan dan juga teater yang menceritakan sejarah dari pembukaan kota Melaka hinggalah ke zaman kegemilangannya. Oleh kerana lokasinya yang terletak berhadapan saja dengan kota A’Famosa, sangatlah sesuai untuk anda berkunjung bersama keluarga dan anak-anak kerana hanya perlu berjalan kaki untuk sampai ke destinasi.

Bagi yang meminati filem Pirates of the Caribbean dan ingin merasai sendiri pengalaman tersebut, anda bolehlah ke Pirate Adventure. Dengan bantuan teknologi simulasi yang canggih, anda akan berada seolah-olah di dalam sebuah kapal lanun dan mengembara mencari harta karun sambil menempuh ombak yang bergelora berserta ribut. Ini adalah satu pengalaman yang amat mengujakan.

Waktu Operasi

  • 10 am – 7 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM23
  • Kanak-kanak (4-12 tahun) – RM17
  • Warga emas (60 keatas) – RM15

18. The Orang Utan House

tempat menarik di Melaka
Sumber : cemaravillamuar

The Orang Utan House ini amatlah sesuai dikunjungi oleh peminat-peminat seni lukisan kerana ia merupakan sebuah galeri lukisan yang mempamerkan karya dari pelukis tempatan iaitu Charles Cham. Lukisan-lukisannya juga bukan sahaja dipamerkan hanya di dalam negara tetapi juga di luar negara seperti Portugal, Australia, Hong Kong, dan Switzerland dan mampu dijual dengan harga US $525 dan keatas. Ini satu pencapaian yang patut dibanggakan.

Selain dapat melihat seni lukisan, di sini juga menjual t-shirt yang dilukis sendiri oleh pelukis terkenal tempatan. Ianya dijual dengan harga RM40- RM45 sahaja untuk sehelai.

Waktu Operasi

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

19. Masjid Kampung Hulu

tempat menarik di Melaka
Sumber : akunizamhajizan

Alang-alang hendak menunaikan solat, anda bolehlah singgah di Masjid Kampung Hulu yang merupakan masjid yang ketiga tertua di Malaysia. Ia juga sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Mengikut sejarah, masjid ini dibina pada tahun 1728 oleh penduduk tempatan dan diketuai oleh seorang mualaf yang berasal dari China iaitu Dato’ Samsuddin Bin Arom. Kos pembelanjaan masjid ini telah dibiayai oleh kerajaan Belanda terdahulu yang mana pemerintahnya mengenalkan dasar kepelbagaian pegangan agama.

Masjid ini juga merupakan antara 777 buah bangunan bersejarah yang disenaraikan oleh Archnet. Reka bentuk masjid ini juga dipengaruhi ciri-ciri seni dari Tanah Jawa. Jadi, masjid ini sangatlah menarik untuk dikunjungi bagi mempelajari sejarah tempat ibadah bagi umat Islam.


20. A’Famosa Resort

tempat menarik di Melaka
Sumber : letsgoholiday

A’ Famosa Resort adalah tempat yang mempunyai pakej yang lengkap untuk percutian bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Resort ini terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Selain mempunyai hotel yang bertaraf 4 bintang, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di resort ini. Antaranya seperti Animal World Safari, Taman Tema Water World, dan Cowboy Town.

Animal World Safari ini akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari. Untuk melihat haiwan liar seperti harimau, zirafah, singa, unta, gajah dan kuda belang secara lebih dekat, anda boleh menaiki trak yang mana akan membawa anda melalui kawasan-kawasan habitat haiwan ini.Selain itu, anda juga boleh pergi ke Monkey Island yang berada di tengah tasik dengan menaiki tongkang. Di Monkey Island ini terdapat pelbagai jenis monyet dari seluruh dunia. Untuk memberi makan kepada haiwan pula, anda boleh ke Farm House yang menempatkan haiwan-haiwan jinak seperti ayam, itik, arnab, flamingo, raccoon, unta, burung merak dan banyak lagi. Antara aktiviti yang paling menyeronokkan di Animal World Safari ini ialah dapat menunggang haiwan, menonton persembahan Wild Wild West dan juga melihat pertunjukkan binatang seperti gajah,burung dan lain-lain.

A’Famosa Water Theme Park pula adalah tempat yang wajib bagi sesiapa yang bercuti di A’Famosa Resort. Disamping merupakan Taman Tema Air yang terbesar di Malaysia, disini juga terdapat pelbagai permainan air yang sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Ia dibuka pada setiap bermula dari jam 11 pagi hingga 7 malam (Isnin- Jumaat) dan 9 pagi hingga 7 malam (weekend & public holiday).

Manakala di Comboy Town pula boleh dikunjungi bermula jam 6 petang hingga 12 malam. Anda akan disajikan dengan persembahan Red Indian Show, Fireworks, Carnival yang kesemuanya bertemakan cowboy. Terdapat juga aktiviti yang menarik untuk anda lakukan seperti 4D teater, Bowling, Children Theme Park, dan Fun Fair.

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM69
  • Kanak-kanak – RM55

21. Melaka Skytrex

tempat menarik di Melaka
Sumber : exsportyhub.com

Bagi yang sukakan cabaran dan gemarkan aktiviti lasak, Melaka Skytrex yg terletak di Taman Botani, Durian Tunggal ini adalah destinasi yang sesuai untuk anda. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang mencabar disini, anda boleh bercuti sambil menguji ketahanan mental & fizikal setelah melalui cabaran yang mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Skytrex ini mempunyai 2 lagi cawangan di Langkawi dan juga Shah Alam.

Terdapat 3 trex perjalanan yang mengikut tahap kesukaran berbeza iaitu Little Dino (easy), Pahlawan Thrill (Medium), dan Extreme Warrior (Advance). Tetapi perlu diingat bahawa terdapat 2 syarat penting untuk melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini iaitu berat badan tidak melebihi 100kg dan ketinggian mestilah melebihi 140cm. Waktu perlepasan paling awal untuk melakukan cabaran ini pada jam 9 pagi dan paling lewat pada 3 petang. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • 9 am – Pelepasan paling awal
  • 3 pm – Pelepasan paling lewat

Bayaran Tiket

  • Little Dino – RM50 (23 halangan/5 meter ketinggian)
  • Pahlawan Thrill – RM60 (26 halangan/17 meter ketinggian)
  • Extreme Warrior – RM70 (34 halangan/22 meter ketinggian)

22. Taman Rekreasi Kolam Air Panas Jasin

tempat menarik di Melaka
Sumber : duranorell.com

Bagi mereka yang tidak sukakan kesibukkan kota dan mencari tempat yang boleh menyegarkan badan sambil beridah bersama keluarga, di Taman Rekreasi Kolam Air Panas Jasin adalah tempatnya. Disamping lokasinya yang senang dicari berpandukan signboard selepas exit tol Simpang Ampat, kolam air panas disini juga adalah semulajadi dan bersih terjaga. Difahamkan kolam air panas ini juga sangat sesuai bagi orang yang ingin merawat penyakit kulit kerana airnya kaya dengan mineral semulajadi.

Bukan sahaja ada kolam air panas, disini juga terdapat taman tema air mini untuk kanak-kanak dan juga kolam air sejuk. So, tempat ini amatlah sesuai dijadikan tempat bercuti bersama keluarga tersayang. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • Isnin: 3pm – 12am
  • Selasa/Rabu/Khamis/Ahad: 9am – 12am
  • Jumaat/ Sabtu: 9am – 2am

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM6.50
  • Kanak-kanak – RM3.50

23. Muzium Samudera @ Maritime Museum

tempat menarik di Melaka

Muzium Samudera ini merupakan sebuah kapal layar Portugis yang dibina mengikut saiz dan rekabentuk asal kapal sebenar. Ia hanyalah sebuah kapal replika dan bukannya menggunakan kapal sebenar yang dibaik pulih. Di Muzium Samudera ini terdapat pelbagai jenis pameran termasuklah pameran lukisan, peta, artifak, sejarah kejatuhan Melaka, Kronologi pembinaan Muzium Samudera, dan banyak lagi.

Setiap bahagian didalam Muzium Samudera ini juga direka dan dibina mengikut kapal sebenar iaitu berpandukan Kapal Flor De La Mar. Muzium Samudera terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Muzium Samudera Fasa 1, Muzium Samudera Fasa 2 dan Muzium TLDM.

Waktu Operasi

  • Isnin – Khamis : 9.00 am – 5.00 pm
  • Jumaat – Ahad : 9.00 am – 9.00 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM3
  • Kanak-kanak (6 tahun kebawah) – PERCUMA

24. Taman Burung Melaka

tempat menarik di Melaka
Sumber : ibusyurga

Keterujaan akan terserlah diriak wajah anak-anak anda setelah masuk ke Taman Burung Melaka ini. Mana tidaknya, melihat ratusan jenis burung-burung yang berwarna-warni berterbangan serta jinak menanti kedatangan anda. Anda juga berpeluang memberikan burung- burung ini makan dan secara tidak langsung akan hinggap di tangan anda. Di Taman Burung Melaka ini juga terdapat skywalk yang mana membolehkan anda melihat permandangan serta burung-burung berterbangan pada ketinggian 12 meter. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM17.80
  • Kanak-kanak – RM11.85
  • Warga emas – RM11.85
  • OKU – RM11.85

25. Muzium Kesultanan Melayu Melaka

tempat menarik di Melaka
Sumber : melakapost

Salah satu tempat yang perlu dikunjungi di Melaka ialah Bukit St. Paul atau dikenali sebagai Bukit Melaka pada zaman dahulu yang mana pernah menempatkan sebuah Istana Kesultanan Melayu Melaka. Difahamkan istana tersebut adalah kepunyaan Sultan Mansor Syah seperti yang terdapat didalam sejarah Melayu.

Setiap bahagian didalam Muzium Kesultanan Melayu Melaka ini adalah sama seperti istana sebenar cuma saiz bangunannya agak sedikit berbeza. Ini kerana panjang, lebar dan tinggi bangunan replika ini dikecilkan sedikit dari saiz istana sebenar. Manakala rekabentuk dan seni binanya dikekalkan yang mana berkonsepkan ukiran corak bunga dan tumbuhan tempatan serta bercirikan pertukangan rumah Melayu Melaka. Disini juga mempamerkan peranan dan fungsi sebenar Balairong Seri, Balai Beradu Diraja dan balai-balai lain pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Waktu Operasi

  • 9 am – 5.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM3

26. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

tempat menarik di Melaka
Sumber : sgmytaxi

Selain di Bayoo Lagoon dan A’ Famosa Resort, di Ayer Keroh juga terdapat satu taman tema air yang cukup menarik iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Permainan air disini juga sangat menyeronokkan kerana mempunyai gelongsor-gelongsor air yang extreme seperti Adventure Island, Kamikaze Race, Tornado Chaser, dan Wave Pool. Terdapat juga gelongsor-gelongsor yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Jadi, anda tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak anda.

Di sini juga menyediakan kemudahan tempat penginapan. So, bagi anda yang letih bermain air dan mahu merehatkan badan, bolehlah menginap di resort yang berdekatan.

Waktu Operasi

  • 9 am – 5.00 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM37.90
  • Kanak-kanak – RM30.80
  • OKU/ Warga emas – RM23.70

Baca juga : Cara memilih makanan kucing

27. Melaka River Pirate Park & Cruise

tempat menarik di Melaka
Sumber : seek4trip

Bagi anda yang bermalam di Bandaraya Melaka, pasti ingin melakukan sesuatu aktiviti bagi mengisi slot di waktu malam. So, anda bolehlah ke Melaka River Pirate Park & Cruise untuk berseronok bersama kawan-kawan @ keluarga sambil melihat keindahah malam yang diterangi lampu neon yang berwarna-warni di sepanjang sungai Melaka.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan disini ialah bermain Ferris Wheel, Pirate Ship, Flying Fox, Mad Cow, Rock Climbing, Bungee Trampoline, dan juga Haunted Castle. Peluang seperti ini tidak boleh dilepaskan oleh anda. Setiap permainan dikenakan tiket yang berlainan harga dan cruise ini juga mengambil masa selama 30-40 minit setiap satu sesi pelayaran.

Waktu Operasi

  • 5 pm – 12 am (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5.60-RM10.60
  • Kanak-kanak- RM3.20-RM5.30

28. Muzium Kastam Melaka

tempat menarik di Melaka
Sumber : mdfaiez84

Muzium Kastam Melaka ini terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir Melaka dan mempamerkan sejarah mengenai perkembangan operasi Jabatan Kastam daripada sebelum merdeka sehinggalah sekarang. Pameran di muzium ini lebih berkonsepkan pendidikan kepada para pelajar dan juga masyarakat.

Di Muzium Kastam Melaka juga terbahagi kepada beberapa jenis galeri seperti Galeri Sejarah, Galeri Senjata Rampasan, Galeri Peralatan Kastam, Galeri Rampasan Barangan Kulit, Rampasan dadah dan sebagainya. Anda perlulah ke muzium ini bagi mengetahui dan memahaminya dengan lebih mendalam. So, jangan lepaskan peluang ini untuk berkunjung ke muzium ini beramai-ramai.

Waktu Operasi

  • 9 am- 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

29. Muzium Senibina Malaysia

tempat menarik di Melaka
Sumber : ruggedmom

Di Muzium Seni Bina ini anda boleh mengenali dengan lebih terperinci senibina rumah-rumah yang ada di Malaysia dari zaman dahulu hinggalah sekarang. Disamping memaparkan kisah-kisah sejarah di Melaka, anda juga boleh mendapat maklumat tentang tempat-tempat yang terkenal diseluruh Malaysia.

Selain dapat melihat replika-replika rumah tradisional yang khususnye ada di Melaka, anda juga boleh mengenali perkakas-perkakas dan peralatan yang digunakan oleh orang terdahulu untuk membuat rumah. Muzium ini ditubuhkan di sebuah bangunan 2 tingkat hasil peninggalan kerajaan Belanda terdahulu.

Waktu Operasi

  • 9 am- 5.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

30. Muzium Setem Melaka

Sumber : jakmashomestay.blogspot.com

Difahamkan Muzium Setem Melaka ini merupakan sebuah kediaman bagi pembesar-pembesar Belanda di Melaka pada zaman dahulu. Lokasinya yang terletak di Jalan Kota Bandar Hilir sangatlah berhampiran dengan Kota A’ Famosa yang hanya memerlukan beberapa minit sahaja berjalan berjalan kaki untuk anda sampai ke destinasi.

Di Muzium Setem ini anda akan memperoleh banyak pengetahuan berkenaan sejarah setem, sistem pos, dan surat menyurat. Terdapat kira-kira ratusan koleksi setem lama yang terkumpul di muzium ini bermula dari zaman British hinggalah sekarang. Di sini juga akan menjadi kunjungan wajib kepada pengumpul setem yang mana mereka dapat membeli setem-setem yang jarang dijumpai untuk memenuhi koleksi. Bukan sahaja setem Malaysia yang terdapat disini, malah setem luar negara juga turut dipamerkan.

Kerjasama daripada Kerajaan Negeri Melaka dan Pos Malaysia Berhad pada tahun 2007 telah berjaya membuatkan Muzium Setem Melaka ini sebagai salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi di Melaka.

Waktu Operasi

  • 9 am- 5.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM3
  • Kanak-kanak – RM2

31. Makam Hang Jebat

Kisah lagenda pendekar 5 bersaudara ini sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia tidak kira dari generasi baru mahupun generasi lama. Mereka adalah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Menurut sejarah, satu pertempuran yang hebat telah berlaku diantara Hang Tuah dan Hang Jebat yang berlangsung selama 3 hari 3 malam. Pertarungan ini tercetus disebabkan oleh Hang Jebat yang ingin menuntut bela manakala Hang Tuah setia dan taat kepada perintah Sultan. Pertempuran itu berakhir dengan kematian Hang Jebat yang ditikam oleh Hang Tuah menggunakan Keris Taming Sari.

Hang Jebat telah dikebumikan dan makamnya terletak di Jalan Hang Jeba, Bandar Lama Melaka berhampiran Jonker Street. Walaupon mati kerana amukan, Hang Jebat tetap dikebumikan sebagai seorang pahlawan yang dapat dilihat melalui rekabentuk Acheh pada makamnya.

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

32. Perigi Hang Tuah

Menurut lagenda, perigi yang terletak di Kampung Duyong ini telah digali sendiri oleh Hang Tuah untuk kegunaan hariannya. Hang Tuah yang dibesarkan di Pulau Duyong ini sangat terkenal dengan kesetian dan keberaniannya dan menjadi Pahlawan kesukaan Sultan.

Menurut sejarah orang-orang lama, perigi ini pada asalnya digali adalah kecil dan menjadi lebih besar dan dalam lama kelamaannya. Air jernihnya juga tidak pernah kering meskipun pada musim kemarau dan mampu mengubati penyakit. Menurut mitos, perigi ini menjadi tempat bersemadinya roh Hang Tuah dan menjelma sebagai buaya putih yang mana hanya dapat dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini adalah sebuah lagenda dan tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Surau yang berdekatan juga dipercayai tempat Hang tuah beribadat.

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

33. Muzium Islam Melaka

Sumber : attractionsinmalaysia

Bangunan hasil tinggalan warisan Belanda ini merupakan bangunan lama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebelum ia dijadikan Muzium Islam Melaka. Reka bentuknya juga telah diubah suai berkonsepkan Islam Nusantara. Muzium Islam ini juga berperanan sebagai pusat penyelidikan, pengumpulan dan pemuliharaan artifak atau koleksi yang berasaskan Islam. Terdapat juga pameran yang memaparkan perkembangan Islam di Melaka dan Nusantara. Antara pameran-pameran yang menajdi tarikan utama di sini adalah replika Pedang Rasulillah S.A.W, Sejarah Masjid, Ktab-Kitab Agama, Tokoh Agama & Ulama dunia, dan replika Al-Quran yang terawal. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • 9 am- 5.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM3
  • Kanak-kanak – RM2

34. Pantai Tanjung Bidara

Pantai yang terletak di Masjid Tanah ini sangat sesuai dijadikan kawasan perkelahan bersama keluarga sambil menghirup udara segar disulami tiupan angina bayu laut yang mendayu-dayu. Selain berkelah, anda juga boleh bermandi-manda sambil ditemani oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang sentiasa mengawal keselamatan di menara kawalan yang berdekatan.

Pantai Tanjung Bidara ini juga dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tandas awam, surau, parkir kereta, taman permainan kanak-kanak, dan juga medan selera. Disamping melihat permandangan yang indah, anda juga turut disajikan panorama perkampungan nelayan yang unik lagi mendamaikan. Jika anda terasa lapar, tidak perlu risau kerana terdapat banyak restoran ikan bakar dan masakan-masakan lain yang berhampiran pantai ini. Jadi Pantai Tanjung Bidara ini adalah tempat yang sesuai untuk anda merehatkan badan setelah penat berjalan di Bandaraya Melaka.


35. Muzium Warisan Baba Nyonya

Sumber : tempatmenarik

Di Bandaraya Melaka sangat terkenal dengan keunikan budaya kaum Baba & Nyonya. Bagi menngetahui lebih mendalam mengenai sejarah danasal usul kaum Baba Nyonya ini, anda bolehlah berkunjung ke Muzium Warisan Baba & Nyonya yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka. Muzium ini merupakan muzium persedirian yang ditubuhkan di rumah keluarga Chan Chen Siew sejak tahun 1986.

Asal usul Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai penduduk Cina Selat ini bermula dari pengikut-pengikut Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja Cina ke Melaka. Disebabkan peredaran masa dari 400 tahun dahulu, Baba Nyonya telah membentuk satu budaya yang unik dan menarik yang mana menggabungkan budaya-budaya dari kaum Melayu, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris didalam kehidupan mereka. Contohnya mereka gemar memakai baju kebaya, makan menggunakan tangan, dan membalas pantun ketika majlis perkahwinan.

Waktu Operasi

  • 10 am- 5.00 pm (Setiap Hari)
  • 1 pm – 2 pm (Tutup Sementara untuk makan tengahari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM16
  • Kanak-kanak – RM11

36. Taman Rama-Rama & Reptilia

Sumber : supermengmalaya

Selain daripada Taman Burung dan Taman Buaya, Taman Rama-Rama yang terletak di Lebuh Ayer Keroh ini juga sangat menarik untuk dikunjungi. Selain menempatkan ribuan spesis rama-rama yang jinak, disini juga terdapat beratus jenis serangga, ular, buaya, burung, kala jengking labah-labah dan banyak lagi.

Rama-rama yang paling menjadi tumpuan disini ialah Birdwing dan Raja Brooke kerana spesis ini amat jarang dan sukar untuk ditemui. Melihat ribuan rama-rama yang berwarna-warni berterbangan berserta kolam ikan Koi yang jernih mampu memukau pandangan anda ketika berada didalam taman ini. Seperti yang kita tahu, ulat beluncas akan membentuk kepompong sebelum bertukar menjadi rama-rama dan ia kenali sebagai proses Metamorphosis. Anda juga dapat menyaksikan kira-kira 50 jenis ulat beluncas dan pokok perumah seperti Indian Leaf, Malay Lacewing, Dark Blue Tiger dan banyak lagi. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • 8.30 am- 9.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM22
  • Kanak-kanak – RM16

37. Muzium Cheng Ho

Sumber : malacca

Muzium ini merupakan bangunan yang dibina di tapak asal sebuah gudang penyimpanan barang dan mempunyai 3 tingkat keseluruhannya. Di setiap tingkat mempamerkan koleksi dan galeri yang berbeza yang mampu membuatkan anda teruja melihatnya. Ia juga merupakan muzium yang terbesar di Melaka.

Di Muzium Cheng Ho juga anda dapat mengetahui sejarah Melaka dan juga sejarah pelayaran Laksamana Cheng Ho yang berani belayar menaiki kapal di lautan Barat untuk mencari dunia baru. Di sini juga memaparkan kisah kejayaannya dalam perdagangan di negara-negara Afrika dan Asia serta cabaran yang ditempuhi semasa pelayaran.

Waktu Operasi

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM20
  • Kanak-kanak – RM10

38. Gereja St. John

Sumber : attractionsinmalaysia

Gereja ini merupakan rumah ibadat bagi tentera Portugis yang dibina pada tahun 1521. Disini juga terdapat beberapa buah meriam yang menghadap ke tanah daratan bukannya ini ke laut. Ini kerana serangan yang dilakukan oleh penduduk ialah dari sebelah daratan. Gareja St. Johnberperanan sebagai banteng pertahanan tentera portugis. Selain menjadi pusat ibadat, bangunan yang berusia lingkungan 500 tahun ini juga pernah menjadi gudang tempat penyimpanan peluru serta bahan letupan oleh tentera British.

Disebabkan lokasinya yang berada di atas bukit St. Paul, anda akan dapat melihat persekitaran Bandaraya Melaka dan juga laut Selat Melaka. Disini juga telah dijadikan sebagai salah satu tempat beridah bagi penduduk tempatan seperti senaman Tai Chi. Di samping dapat mengenal sejarah, anda juga dapat menyaksikan satu permandangan yang cantik kerana landskap disini sangat tersusun dan bersih. Lokasinya yang terletak berhampiran kota A’ Famosa sangat senang untuk dijumpai.


39. Masbro Village Homestay

Sumber : masbrovillage

Bagi anda yang belum berkesempatan untuk pergi ke Brighton Beach di Australia, bolehlah kesini untuk melihat kecantikkan Masbro Village Homestay yang kelihatan seakan-akan design sebenar yang terdapat di Australia.

Disini juga sangat sesuai dijadikan tempat penginapan anda semasa bercuti di Melaka. Selain itu, di Masbro Village Homestay juga sering menjadi tempat bergambar bagi pelancong. Ini kerana keunikan dan keindahan homestaynya yang berwarna-warni membuatkan anda semakin teruja. Hotel yang terletak di Paya Rumput ini telah berjaya menarik perhatian pelancong dan menjadi salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi.


40. Hang Tuan Centre

Sumber : aniesandyou

Hang Tuah adalah seorang pendekar dan pahlawan yang tersohor pada ketika dahulu. Keberanian dan ketangkasannya ketika bertempur sangat digeruni musuh. Oleh itu, disebabkan beliau merupakan salah seorang lagenda yang dikagumi di negeri Melaka, terbinalah Hang Tuah Centre bagi menghargai dan mengingati pahlawan tersebut.

Di sini anda dapat mengetahui perjalanan hidup Hang Tuah dari zaman kecil hinggalah dewasa. Komplek yang terletak di Perkampungan Hang Tuah, Sungai Duyong ini juga mempunyai mini Auditorium untuk pementasan teater dan juga persembahan kebudayaan serta kedai-kedai kraftangan. Terdapat 5 buah rumah yang dinamakan sempena 5 pendekar bersaudara ini iaitu Rumah Hang Tuah (Pusat Pentadbiran), Rumah Hang Jebat (Galeri Pameran Keris), Rumah Hang Kasturi ( Galeri Pameran Pakaian Pendekar dan Tradisional), Rumah Hang Lekiu (Pusat Akademik), dan Rumah Hang Lekir (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Melaka). Di setiap rumah juga terdapat gelanggang silat yang digunakan sebagai tempat latihan dan juga persembahan.

Waktu Operasi

  • 9 am – 5.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM3

41. Muzium Al-Quran Melaka

Sumber : wikipedia

Sebagai umat Islam, Al-Quran merupakan kitab yang dijadikan panduan dan juga merupakan salah satu daripada rukun iman. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kitab suci AL-Quran dan sirahnya, anda bolehlah berkunjung ke Muzium Al-Quran yang terletak di Bukit Palah bersebelahan dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al-Azim. Muzium ini adalah tempat untuk menyimpan segala maklumat mengenai Islam dan juga kitab suci Al-Quran di Melaka.

Terdapat juga lukisan grafik pada dinding yang berkonsepkan Islamiah yang sangat indah. Selain itu, anda dapat mengetahui lebih banyak info mengenai sejarah perkembangan AL-Quran dari zaman berzaman. Seni kaligrafi juga dipamerkan yang mana asas bagi penulisan Al-Quran yang mempunyai keunikan dan keindahanya yang tersendiri. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • 9 am – 5.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM2
  • Kanak-kanak – RM1

42. Muzium Adat Istiadat

Sunber : fairusmamat

Muzium Adat Istiadat ini terletak di Bandar Alor Gajah yang mana tempat penyimpanan dan pameran alat tradisional, gambar- gambar tokoh daerah, barangan antik, peralatan pertanian lama, pelamin, alat perhiasan diri, peralatan adat istiadat, porselin dan juga senjata-senjata yang digunakan oleh orang dahulu khususnya masyarakat Melayu Minang. Salah satu tarikan utama di muzium ini adalah senibina dan reka bentuk bangunannya yang sangat unik dan klasik yang berkonsepkan rumah tradisional melayu.

Waktu Operasi

  • 9 am – 5.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM2
  • Kanak-kanak – RM1

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Selangor


1 Comment

zaidalifah · September 20, 2023 at 2:34 am

The Shore Sky Tower tu tak sempat naik lagi… tapi dah pernah menginap dah dekat hotelnya

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!