Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri yang unik dan menarik untuk anda kunjungi. Negeri yang sinonim dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah ini mempunyai banyak tempat menarik di Kelantan termasuklah tempat membeli belah, percutian pantai, kepelbagaian makanan, air terjun, jeram, alam semula jadi, dan banyak lagi.

Anda juga berpeluang mengenali dan mempelajari budaya masyarakat tempatan yang sangat unik dan mempunyai semangat perpaduan yang sangat tinggi. Salah satu keunikannya adalah setiap tutur kata dan komunikasi masyarakat setempat menggunakan loghat negeri sepenuhnya termasuklah masyarakat kaum Cina dan juga India. Bagi yang pertama kali ingin bercuti ke negeri Kelantan, terdapat beberapa tempat menarik yang disediakan dibawah sebagai rujukan dan bagi memudahkan perjalanan anda sepanjang percutian.

Senarai Tempat Menarik di Kelantan

1. Pantai Irama

tempat menarik di kelantan
Sumber : teamwokyoh

Pantai Irama atau turut dikenali sebagai Melody Beach adalah salah satu pantai tercantik yang terdapat di negeri Kelantan. Ini kerana pantai ini mempunyai pesisir pantai yang luas dan landai serta dihiasi dengan deretan pohon rhu dan pokok kelapa. Lokasinya yang strategik menyebabkan pantai ini sering dikunjungi para pelancong dari dalam mahupun luar negeri. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi keselesaan para pengunjung seperti medan selera, gerai makanan, tandas awam, bilik persalinan, taman permainan kanak-kanak, masjid, KFC dan banyak lagi.

Disini juga menjadi destinasi utama bagi masyarakat setempat untuk berkelah sambil bersantai di waktu petang. Pantai Irama ini juga sangat sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana memiliki air pantai yang bersih dan tenang. Disamping itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda lakukan seperti berkelah, bermain layang-layang, bermain banana boat, dan sebagainya. Pantai Irama ini akan lebih meriah pada setiap hari Jumaat kerana terdapat pasar malam yang dibuka di kawasan berdekatan bermula pada jam 5 petang. Pantai ini terletak di Bachok kira-kira 35 minit perjalanan dari bandar Kota Bharu.


2. Pasar Siti Khadijah

tempat menarik di kelantan

Pasar Siti Khadijah ini merupakan sebuah pasar ikonik dan terkenal di negeri Kelantan. Pada asalnya pasar ini dikenali sebagai Pasar Buluh Kubu. Disebabkan majoriti peniaga disini adalah kaum wanita, bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Almarhum Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menukar nama kepada Pasar Siti Khadijah bagi memperingati isteri Nabi Muhammad SAW dan memberi penghormatan kepada kaum hawa.

Pasar ini sering menjadi tumpuan oleh golongan photographer untuk mengambil gambar yang unik dan vintage. Bangunan pasar ini terbahagi kepada 4 tingkat yang mana di tingkat paling bawah dikhususkan untuk menjual barangan basah dan juga sayur-sayuran. Manakala di tingkat 1 pula menjual barangan makanan kering seperti dodol, serunding, pelbagai jenis keropok, kuih-muih, dan sebagainya. Disini juga terletaknya kedai makan yang menyediakan makanan yang sangat menyelerakan. Selain itu, anda juga boleh membeli barangan harian dan juga pakaian di tingkat 3 & 4. Pasar ini terletak di Jalan Buluh Kubu, Kota Bharu.

Waktu Operasi

  • 6 am – 7 pm (Setiap Hari)
  • Ditutup sementara selama 15 minit setiap kali masuk waktu solat

3. Wakaf Che Yeh

tempat menarik di kelantan
Sumber : pantaipcbhomestay

Pasar Wakaf Che Yeh ini terletak di Jalan Kuala Krai kira-kira 4km dari bandar Kota Bharu. Ianya beroperasi sepanjang hari sebagai pasar borong di waktu pagi, pasar basah di waktu tengahari dan bertukar menjadi pasar malam dari petang hinggalah ke awal pagi. Pasar ini akan dipenuhi oleh para pengunjung pada setiap hujung minggu dan semasa cuti perayaan. Terdapat pelbagai barangan yang dijual disini termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, kain, pakaian, barangan terpakai dan banyak lagi.

Suasana bertukar menjadi meriah apabila malam menjelma. Kedengaran suara pekikan peniaga-peniaga yang mempromosi barangan masing-masing serta tawar menawar diantara pembeli dan peniaga. Wakaf Che Yeh ini juga merupakan salah satu tarikan utama pelancongan dan tempat menarik di Kelantan.

Waktu Operasi

  • 5 pm – 3 am (Setiap Hari)

4. Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu

tempat menarik di kelantan
Sumber : rileklah

Pasar Tani Terapung ini merupakan salah satu lokasi perlancongan terbaru di negeri Kelantan. Ianya mula beroperasi pada November 2017 bagi menjana ekonomi baru untuk masyarakat setempat. Pasar ini juga turut dikenali sebagai Pasar Tani Pelancongan oleh para pengunjung. Antara barangan yang dijual disini adalah seperti kuih muih tradisional, nasi berlauk, hidupan laut yang segar hasil daripada tangkapan nelayan, dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat jeti yang lengkap dengan meja makan bagi memudahkan urusan jual beli para pengunjung. Anda juga berpeluang menyaksikan persembahan seni budaya, menaiki River Cruise, dan melihat penternakan ikan sangkar yang terletak berdekatan pasar tani ini. Pasar Tani Terapung ini terletak di Pengkalan Datu, Sering kira-kira 10 km dari bandar Kota Bharu dan 7 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.

Waktu Operasi

  • Setiap Hari Sabtu : 8 am – 2 pm

5. Pantai Cahaya Bulan

tempat menarik di kelantan

Pantai Cahaya Bulan atau lebih popular dengan nama PCB oleh masyarakat setempat adalah salah satu tempat menarik dan bersejarah di Kelantan. Dahulunya PCB atau nama asalnya Pantai Cinta Berahi ini merupakan tempat pendaratan askar Jepun ke Tanah Melayu untuk menyerang British pada tahun 1941. Pantai ini memiliki pesisiran pantai yang lebar dan panjang iaitu sejauh 1.2 km. Ia diserikan lagi dengan deretan pokok kelapa dan pohon rhu yang menjadi kawasan berteduh kepada para pengunjung. Antara kemudahan yang terdapat di PCB ini seperti tandas awam, gerai makan, chalet, hotel, kawasan perkhemahan, dan tempat riadah.

Selain itu, disini juga menjadi kawasan perkelahan yang sesuai dan menarik untuk seisi keluarga. Sambil bersantai melihat keindahan matahari terbenam, ada boleh menikmati makanan seperti jagung rebus dan colek yang sangat menyelerakan. Dengan tiupan angin pantai yang agak kuat, PCB ini sering dikunjung oleh para pelancong untuk bermain layang-layang. Pantai Cahaya Bulan ini terletak di Banggol, Kota Bharu.


6. Air Terjun Jelawang

tempat menarik di kelantan
Sumber : come2kelantan

Air Terjun Jelawang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal yang terletak di Taman Negara Gunung Stong, Dabong. Ia juga merupakan air terjun yang tertinggi di Malaysia dan juga Asia Tenggara iaitu setinggi 303 meter dari aras laut. Air terjun bertingkat ini sangat popular sebagai lokasi untuk mandi manda oleh para pengunjung kerana memiliki air yang jernih dan sejuk serta terdapat gelongsor batu yang semulajadi. Bagi penggemar aktiviti lasak pula, lokasi ini sangat sesuai untuk anda kerana perlu mendaki dan merentas hutan selama 2-3 jam untuk sampai ke destinasi.

Selain itu, terdapat tapak perkhemahan di Baha’s Camp untuk para pengunjung berhenti rehat dan bermalam setelah penat mendaki. Keesokan paginya, anda boleh menikmati panorama yang sangat indah dan cantik dari puncak air terjun tertinggi di Asia Tenggara ini. Kemudahan asas seperti surau, tandas , dan chalet juga turut disediakan. Antara tarikan dan aktiviti menarik yang terdapat di Air Terjun Jelawang ini adalah jungle trekking, meluncur air di gelongsor batu semulajadi, dan melihat pelbagai jenis flora dan fauna termasuklah bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia, Orkid dan pokok Palma.

Waktu Operasi

  • Sepanjang Tahun
  • Waktu Hujan dan Musim Tengkujuh tidak Digalakkan

Bayaran Tiket

  • Tiket Masuk – RM2
  • Tiket Mendaki – RM5

7. Taman Rekreasi Gua Ikan

tempat menarik di kelantan
Sumber : flickr

Gua Ikan adalah sebuah gua batu kapur yang mempunyai stalataik yang sangat menarik. Lokasinya terletak di Kampung Slow Pak Long di dalam daerah Dabong, Kuala Krai iaitu 7km dari pekan Dabong dan 95 km dari bandar Kuala Krai. Bagi yang ingin menggunakan pengangkutan awam, hanya terdapat perkhidmatan teksi di kawasan ini dengan kadar bayaran RM60 dari bandar Kuala Krai ke Gua Ikan. Terdapat kemudahan seperti pondok rehat, gerai makan, tandas, surau, dan taman permainan kanak-kanak disediakan bagi keselesaan para pengunjung. Selain dapat melihat keindahan flora dan fauna, anda juga berpeluang melihat gua-gua didalam bukit batu kapur yang sangat menarik. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini adalah seperti mandi-manda, berkelah dan juga beriadah bersama keluarga.


8. Taman Negara Kuala Koh

tempat menarik di kelantan
Sumber : holidaygogogo

Taman Negara Kuala Koh terletak di dalam jajahan Gua Musang yang melibatkan sempadan 3 buah negeri iaitu Kelantan, Pahang, dan juga Terengganu. Lokasinya berada diantara Hutan Simpan Lebir dan Hutan Simpan Bukit Hantu. Terdapat kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika yang menjadi aset semulajadi utama yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh. Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan disini adalah memerhati lebih kurang 300 jenis burung yang berlainan species, merentas hutan, memancing di rangkaian sungai, menaiki titian kanopi, berkayak, berakit, berkhemah, sesi photografi, merntasi sungai menggunakan pelampung, dan banyak lagi.

Bagi kemudahan dan keselesaan para pelancong, pihak Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara teleh menyediakan kemudahan seperti restoran, asrama, chalet, tapak perkhemahan, bilik mesyuarat, pondok istirehat, surau, perkhidmatan bot, bilik interpretif dan kawasan parkir kenderaan yang mencukupi. Taman Negara Kuala Koh adalah sebuah pusat eko-pelancongan dan merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan.


9. Lata Kertas

tempat menarik di kelantan
Sumber : integratedinfo

Lata Kertas merupakan taman rekreasi tempatan yang terletak di Dabong, Kuala Krai yang mana 12 km dari bandar Dabong dan 75 km dari bandar Gua Musang. Untuk sampai ke destinasi, anda boleh memandu sendiri dengan menggunakan jalan raya Jeli- Gua Musang atau menggunakan khidmat kereta tambang prebet sapu yang terdapat di Stesen Keretapi Dabong dengan kadar bayaran RM25 seorang.

Antara kemudahan yang terdapat di Lata Kertas ini seperti laluan pejalan kaki, surau, tandas awam, pondok rehat, dan juga sebuah kedai. Disini tidaklah memiliki air terjun yang tinggi tetapi kawasannya agak luas dan menarik. Ia juga sesuai sebagai lokasi perkelahan bersama keluarga dan rakan-rakan. Lata Kertas ini menjadi destinasi yang patut dikunjungi jika anda berada di dalam kawasan Dabong, Kuala Krai.


10. Lata Rek

tempat menarik di kelantan
Sumber : xwaliman

Salah satu tarikan rekreasi di Kuala Krai adalah Lata Rek yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan. Perjalanan akan mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke destinasi dari bandar Kuala Krai. Kawasan ini sering dipenuhi para pengunjung dan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah, mandi manda, dan juga bersantai.

Disebabkan airnya yang jernih dan cetek, ia sangat sesuai bagi semua golongan termasuklah kanak-kanak untuk aktiviti mandi manda. Keistimewaan di tempat rekreasi ini adalah terdapat hamparan batu yang menjadi laluan air terjun menyusuri di setiap celah batu sepanjang 200 meter. Ia memberikan permandangan yang sangat cantik dan indah kelihatan air seperti berlumba untuk sampai ke permukaan bawah. Dengan kawasan yang luas serta kelengkapan kemudahan asas yang tersedia akan memberikan keselesaan kepada setiap pengunjung.

Baca juga : Roti Gardenia


11. Masjid Ar-Rahman

tempat menarik di kelantan
Sumber : rileklah

Sesuai dengan nama gelarannya Serambi Mekah, semestinya terdapat banyak tempat ibadah seperti surau dan masjid yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Salah sebuah masjid yang menjadi tarikan di Kelantan adalah Masjid Ar-Rahman yang terletak di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa kira-kira 7 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Keunikan yang terdapat pada Masjid Ar-Rahman ini adalah dari segi reka bentuk dan seni binanya yang berkonsepkan kesenian Islam Melayu dan gabungan hiasan binaan daripada 4 buah negara iaitu Indonesia, Turki, Magribi, dan Yaman . Struktur bangunanya juga dibina berasaskan kayu cengal yang sangat kukuh.

Selain itu, masjid ini juga terletak di tanah paya bakau yang dikelilingi air kelihatan seolah-olah seperti berada di tengah pulau. Antara tarikan lain yang menarik di Masjid Ar-Rahman ini seperti 2 batang pokok tamar yang diimport dari Timur Tengah sebagai penyeri kawasan mimbar, 5 batang kayu besar menjadi tiang utama masjid juga melambangkan 5 Rukun Islam, batu berukiran ayat Al-Quran, beduk, dan banyak lagi.


12. Muzium Adat Istiadat @ Istana Jahar

tempat menarik di kelantan
Sumber : livingnomads

Seperti di negeri-negeri lain, negeri Kelantan juga mempunyai Muzium Adat Istiadat atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar. Ianya terletak di Seksyen 7 bandar Kota Bharu. Kini, Istana Jahar yang berkeluasan 1822 meter persegi ini telah berfungsi sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan yang mempamerkan sejarah kesultanan negeri Kelantan dari zaman dahulu hinggalah kepada pemerintahan sultan Kelantan yang sekarang. Selain itu, Istana Jahar ini juga terletak bersebelahan dengan Istana Balai Besar dan Masjid Muhammadi yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan.

Ukiran-ukiran dan seni bina pada bangunan istana ini juga masih kekal dalam reka bentuk asal yang mana berkonsepkan Melayu tradisional. Antara pameran yang terdapat di dalam Muzium Adat Istiadat ini terbahagi kepada beberapa buah galeri iaitu galeri peralatan senjata, pakaian tradisi, dan kepelbagaian adat termasuklah adat pertunangan, perkahwinan, berkhatan, pijak tanah, melenggang perut, adat naik buai dan banyak lagi.

Waktu Operasi

  • Jumaat – Rabu : 9 am – 4.30 pm
  • Khamis : 9 am – 3.30 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM2
  • Kanak-kanak – RM1

13. Sungai Nenggiri

tempat menarik di kelantan
Sumber : gecnet

Sungai Nenggiri yang terletak kira-kira 30km dari bandar Gua Musang ini merupakan sebuah lokasi eko-pelancongan yang menawarkan aktiviti lipur seperti berkayak, berakit dan juga memancing. Sungai ini juga adalah rangkaian utama sistem saliran sungai di jajahan Gua Musang dan mempunyai lebih daripada 40 buah jeram. Anak sungai Nenggiri ini juga menjadi sistem perhubungan utama bagi masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman seperti di Pos Brooke, Pos Mering, dan Pos Pulat.

Antara aktivti menarik yang ditawarkan disini adalah seperti melawat tapak bersejarah zaman purba Gua Cha, mengenali gaya hidup dan budaya Orang Asli, berakit ke santuari ikan Kelah, berkelah, tracking, dan menaiki Nenggiri River Cruise yang sejauh 50 km. Lokasi ini sangat sesuai bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak dan pencinta alam semulajadi. Selain itu, kemudahan seperti papan tanda dalaman, surau, tandas, dan rumah rehat turut disediakan untuk keselesaan para pelancong. Di kawasan ini juga tiada perkhidmatan pengangkutan awam disediakan. Kebiasaannya pengangkutan termasuk bersama pakej yang diambil.


14. Pantai Bisikan Bayu

tempat menarik di kelantan
Sumber : eastasy

Sebuah pantai yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri dimana terdapat pasir yang halus, permukaan yang landai dan juga berombak tenang. Pantai Bisikan Bayu ini juga turut dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu oleh masyarakat tempatan dan merupakan pusat pelancongan terawal dibangunkan di dalam jajahan Pasir Puteh. Pantai yang terletak di Cherang Ruku, Semerak ini sering dikunjungi oleh para pelancong pada setiap hujung minggu untuk aktiviti mandi-manda, beriadah dan berkelah bersama keluarga. Anda juga berpeluang berkunjung ke Tok Bali yang terletak berhampiran Pantai Bisikan Bayu yang terkenal dengan makanan celup tepung, keropok lekor, dan makanan laut yang lazat dengan harga berpatutan.


15. Bazar Tok Guru

tempat menarik di kelantan
Sumber : BazarTokGuru

Lokasi membeli belah ini amat disukai oleh para pengunjung terutamanya bagi kaum wanita. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual disini antaranya tekstil, kain sarung, batik, makanan kering, dan koleksi pakaian lelaki & wanita yang mempunyai pelbagai jenis pilihan dari segi warna, corak, dan fesyen. Reka bentuk bangunannya yang kelihatan seakan-akan sebuah masjid ini adalah ilham daripada reka bentuk masjid di Mekah dan Madinah yang berkonsepkan seni bina Islam sebagai contoh reka bentuk kubah dan pintu gerbangnya di ambil dari Masjid Nabawi.

Bazar Tok Guru juga merupakan bazar yang terbesar dan luas di Kelantan. Ia seolah-olah menjadi syurga membeli belah kepada para pembeli sama ada yang membeli secara runcit mahu pun secara borang. Selain terdapat ratusan kedai yang menarik, kemudahan asas seperti medan selera, kawasan parkir, lif, mesin ATM, surau, kaunter penerangan, dan juga perhentian pengangkutan awam turut disediakan bagi kemudahan pengunjung. Bazar Tok Guru ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan.

Waktu Operasi

  • Sabtu – Khamis : 9 am – 6 pm
  • Jumaat : TUTUP

16. Tasik Ketitir

tempat menarik di kelantan
Sumber : come2kelantan

Tasik Ketitir merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan kerana mempunyai permandangan yang cantik dan suasana yang tenang. Ianya terletak di dalam kawasan bandar Gua Musang iaitu bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang. Tasik Ketitir juga adalah sebuah tasik yang dahulunya menjadi pusat untuk aktiviti perlombongan. Selepas melalui peredaran masa, Tasik Ketitir kini menjadi salah satu tempat riadah dan rekreasi bagi masyarakat setempat. Selain itu, tasik ini sering menjadi tumpuan para pengunjung untuk bersantai di waktu petang bersama keluarga di samping bersiar-siar menikmati permandangan yang indah dan udara yang segar.


17. Muzium Negeri Kelantan

tempat menarik di kelantan

Muzium Negeri Kelantan ini merupakan sebuah muzium yang ditubuhkan pada Ogos 1990 di sebuah bangunan batu yang sebelumnya beroperasi sebagai Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan muzium ini terletak di Jalan Hospital, Kota Bharu bersebelahan bulatan medan. Setelah bertukar menjadi sebuah muzium, bangunan ini telah dibaik pulih dengan menambah satu tingkat lagi dibahagian atas. Ruang pameran di muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu galeri sejarah negeri Kelantan, galeri seni budaya negeri Kelantan, pameran peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, mak yong dan banyak lagi. Muzium Negeri Kelantan adalah salah satu tempat menarik di Kelantan yang perlu anda kunjungi.

Waktu Operasi

  • Sabtu – Khamis : 8.30 am – 4.45 pm
  • Jumaat : TUTUP

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM3

18. Pantai Senok

tempat menarik di kelantan
Sumber : pantaisenok

Semestinya ramai yang mengidamkan percutian di Nami Island yang terletak di Korea Selatan kerana mempunyai permandangan yang sangat indah. Bagi yang tidak berkesempatan dan berkemampuan untuk ke sana, bolehlah berkunjung ke Pantai Senok yang terletak di Bachok yang berhampiran muara sungai Pengkalan Datu. Ia juga turut dikenali sebagai Nami Island Malaysia disebabkan lanskap deretan pepohon rhu disini kelihatan seakan-akan dengan permandangan di Nami Island.

Antara tarikan lain yang terdapat di Pantai Senok ini adalah deretan kedai makan yang menjual pelbagai makanan tempatan termasuklah keropok lekor, maggi ketam, maggi telur sotong, maggi tiram, makanan laut dan air kelapa. Disini juga terdapat lubuk memancing yang menjadi tarikan pelancong terutamanya kaki joran. Perkhidmatan chalet juga turut tersedia.


19. Tasik Pergau

tempat menarik di kelantan
Sumber : integratedinfo

Sebuah tasik buatan manusia yang terhasil daripada pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Tasik Pergau merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan yang kaya dengan hidupan semulajadi dan mempunyai banyak koleksi flora dan fauna yang menarik. Disebabkan kecantikan alam semulajadinya, Tasik Pergau telah berjaya menarik pelancong lebih 30,000 orang ke kawasan ini termasuklah pelancong dari Jepun, Eropah, Thailand dan juga Singapura. Suasananya yang aman dan damai sangat sesuai bagi sesiapa yang mencari ketenangan.

Anda juga berpeluang melakukan aktiviti memancing yang menawarkan pelbagai species ikan air tawar seperti talapia, toman, dan lampam. Difahamkan hutan Tasik Pergau ini adalah lebih tua daripada hutan Amazon yang terletak di Brazil. Suhu kawasan ini juga boleh mencecah 18 darjah celcius di waktu malam. Antara kemudahan yang disediakan seperti surau, chalet, khemah, hostel, dewan makan, dan bilik mandi. Bagi yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi dengan lebih dekat, anda boleh menyertai aktiviti merentas hutan yang dianjurkan oleh resort Kesedar.

Bayaran Tiket

  • Chalet KESEDAR (Terapung) – RM70 Termasuk Tiket Menaiki Bot

20. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

tempat menarik di kelantan
Sumber : sini

Percutian ke Kelantan tidak akan lengkap jika tidak berkunjung ke Zon Bebas Cukai yang terletak di Jalan Hilir Pasar, Rantau Panjang. Tempat ini merupakan lokasi utama bagi para pengunjung untuk membeli belah pelbagai jenis barangan seperti pakaian, buah-buahan, makanan ringan, batik sarung, toto, perkakas dapur, periuk belanga, pinggan mangkuk, dan banyak lagi dengan harga yang lebih murah dan berpatutan berbanding harga pasaran luar.

Selain itu, disini juga terdapat pelbagai jenis barang perhiasan samada daripada produk tempatan mahupun produk negara jiran iaitu Thailand. Anda juga berpeluang menikmati makanan-makanan tradisioanal masyarakat Thailand yang sangat sedap dan menyelerakan. Difahamkan, pasar Rantau Panjang ini juga lebih besar dan luas berbanding pasar bebas cukai di Pengkalan Kubor dari segi luas kawasan dan jumlah kedai yang berniaga.

Waktu Operasi

  • 9 am – 8 pm (Setiap Hari)

Baca juga : Tips travel bawa bag naik flight

21. Pantai Sri Tujoh

tempat menarik di kelantan
Sumber : mdtumpat

Pasti ramai yang tidak mengetahui tentang sejarah nama Pantai Seri Tujoh terhasil daripada pembentukan tujuh buah teluk. Dengan kecantikan pantai dan keindahan alam semulajadinya mampu memberikan ketenangan kepada sesiapa saja yang berkunjung. Sambil bersantai menikmati permandangan pantai, anda juga dapat melihat aktiviti rutin harian para nelayan menjala ikan di persisiran pantai. Selain itu, pantai ini juga sudah lama dikenali pelancong asing menerusi pertandingan wau peringkat antarabangsa pada satu ketika dahulu.

Disebabkan kedudukan pantai ini di kawasan teluk, ia memiliki pantai yang berombak tenang serta permukaan yang landai yang mana sangat sesuai untuk aktiviti riadah seperti mandi-manda, berkhemah, bola pantai, dan berkelah. Lebih menarik apabila anda dapat melihat kesibukan bot keluar masuk mencari rezeki dan akan berlabuh pada waktu senja. Kemudahan seperti asrama, chalet, taman permainan kanak-kanak, kedai makan, dewan serbaguna, dan masjid turut tersedia. Pantai Sri Tujoh ini terletak di Kampung Tujoh, Tumpat iaitu berada berhampiran sempadan Kelantan dan Thailand.


22. Masjid Kampung Laut

tempat menarik di kelantan
Sumber : .keywordbasket

Antara masjid yang sering dikunjungi para pelancong semasa bercuti di Kelantan adalah Masjid Kampung Laut. Ini kerana masjid ini memiliki tarikannya yang tersendiri iaitu merupakan masjid yang tertua di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Ia dapat dilihat dari seni bina dan reka bentuk nya yang sangat unik yang mana struktur asas hanya terdapat empat tiang yang menyangga bumbung yang diperbuat daripada daun rumbia.

Malangnya disebabkan faktor keselamatankerana sering dilanda banjir kilat, masjid ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat iaitu di kawasan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri pada 1968 dan telah melalui pembaik pulih dan naik taraf seperti penambahan paip air, tandas, dan elektrik. Walaupun sebahagian daripada bangunan masjid ini telah dihanyutkan banjir besar, namum majoriti struktur bangunannya masik kekal asli. Dengan senibina yang berasaskan kayu tanpa paku ini membuatkan masjid Kampung Laut sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang perlu anda kunjungi.


23. Muzium Diraja Istana Batu

tempat menarik di kelantan
Sumber : airbnb

Istana Batu ini pada mulanya dibina oleh Sultan Ismail sebagai hadiah sebuah perkahwinan Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II. Kesemua reka bentuk dan seni bina bangunan istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. Selain itu, Istana Batu ini juga mempunyai banyak koleksi sejarah kerana ia menjadi tempat perkahwinan kerabat Diraja dan menjadi kediaman bagi kerabat yang berkunjung ke Kelantan.

Pada Julai 1991, bangunan istana ini telah dipinjamkan untuk dijadikan Muzium Diraja dan telah dirasmikan oleh Sultan Ismail bersempena hari ulang tahun Keputeraan Baginda yang ke-41. Muzium Diraja Istana Batu ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian dapur, ruang santapan, bilik peraduan dan bilik lukisan. Antara pameran yang boleh dilihat di muzium ini adalah seperti perabot, artifak, pakaian Diraja, koleksi gambar, dan banyak lagi. Muzium ini terletak di Jalan Tengku Puteri, Kota Bharu.

Waktu Operasi

  • Sabtu – Khamis : 8.30 am – 4.45 pm
  • Jumaat : TUTUP

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM1
  • Kanak-kanak – RM0.50

24. Pasar Besar Siti Aishah Jelawat

tempat menarik di kelantan
Sumber : jalanjalanpusingpusing

Pasar ini menjadi salah satu tempat menarik di Kelantan yang perlu anda kunjungi kerana ianya mempunyai tarikan yang tersendiri dimana terdapat pelbagai jenis jualan hasil pertanian penduduk setempat. Antaranya seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, rempah ratus, makanan ringan, kuih muih, makanan tradisional dan banyak lagi. Pasar Jelawat ini juga dikelilingi dengan bangunan lot kedai yang terdiri daripada bermacam kedai. Di bahagian tengah pasar ini pula menjadi tempat penjualan barangan tekstil termasuklah kain batik, sarung, dan juga telekung. Harga ditawarkan disini jauh lebih murah berbanding harga pasaran di bandar. Pasar Jelawat ini akan dipenuhi pengunjung pada setiap hari Jumaat dan juga pada musim-musim perayaan. Ianya merupakan salah satu pasar yang paling popular di jajahan Bachok.

Waktu Operasi

  • 6.30 am – 3 pm (Setiap Hari)

25. Pantai Tok Bali

tempat menarik di kelantan

Sebuah lokasi yang mempunyai pantai yang cantik dan terletak di sempadan antara negeri Kelantan dan Terengganu iaitu bersebelahan daerah Besut. Bagi masyarakat di Kelantan, pantai Tok Bali merupakan sebuah lokasi percutian pantai yang sangat popular dan mempunyai resort-resort yang menarik. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri rutin harian para nelayan yang turun ke laut untuk mencari rezeki. Suasana menjadi lebih meriah menjelang senja apabila para nelayan pulang ke jeti dengan membawa hasil tangkapan masing-masing. Kepulangan mereka dinanti oleh penduduk setempat untuk membeli hasil laut yang segar.

Selain itu, pantai Tok Bali juga menjadi lokasi kegemaran bagi kaki joran untuk memancing. Disini juga sangat sesuai untuk bersantai dan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah, bermain layang-layang, dan juga mandi-manda. Pada setiap hari Khamis, anda boleh berkunjung ke pasar malam yang agak luas terletak berhampiran jambatan Tok Bali. Disepanjang jalan pula terdapat deretan kedai makan yang menjual pelbagai makanan popular tempatan seperti keropok lekor, celup tepung, dan makanan laut. Anda boleh mendapatkan nya dengan harga yang sangat berpatutan.


26. Gunung Stong

Sumber : kelantandarulnaim

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak dan pencinta alam semulajadi, Gunung Stong adalah lokasi yang sangat sesuai dan menarik untuk anda terokai. Disini menawarkan aktiviti pendakian yang sangat extreme dan mencabar kerana Gunung Stong adalah sebuah hutan simpan yang terpelihara dan memiliki ketinggian 1400 meter dari aras laut.

Bukan sahaja terhad pada aktiviti pendakian, anda juga boleh berkhemah di Kem Baha yang merupakan satu-satunya tapak perkhemahan yang terdapat di bahagian tengah Gunung Stong. Setelah sampai di puncak, anda bakal disajikan dengan permandangan yang sangat indah dan mempesonakan. Suasana di puncak Gunung Stong juga sangat aman dan tenang kerana bersuhu dingin serta diselubungi awan. Anda juga berpeluang menyaksikan sendiri panorama air terjun yang paling tinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang. Gunung Stong ini terletak di Dabong dan merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan.

Bayaran Tiket

  • Tiket Mendaki – RM5
  • Sewa Tapak Khemah – RM3/Seorang
  • Sewa Pondok di Kem Baha – RM10/seorang

27. Muzium Perang Bank Kerapu

Sumber : www.sejarah.my

Bangunan Bank Kerapu ini merupakan sebuah struktur bangunan yang pertama di Kelantan yang menggunakan binaan yang berasaskan batu. Ia juga dikenali sebagai Bank Kerapu oleh masyarakat tempatan kerana sebahagian daripada permukaan bangunan ini disimen menggunakan batu-batu kecil menyebabkan permukaannya menggerutu dan tidak rata. Selain itu, bangunan Bank Kerapu ini juga dijadikan tempat memorial peringatan zaman Perang Dunia II yang mana lokasi pendaratan tentera di Tanah Melayu.

Terdapat kira-kira 1000 jenis pameran yang terdiri daripada beberapa bahagian iaitu gambar, artifak, dan artikel yang berkaitan zaman peperangan. Antara koleksi yang paling menarik di sini adalah basikal tentera Jepun yang pernah digunakan untuk memasuki dan menjajah bandar Kota Bharu pada suatu ketika dahulu. Lokasi bangunan ini terletak di Jalan Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.

Waktu Operasi

  • Sabtu – Khamis : 8.30 am – 4.45 pm

Bayaran Tiket

  • RM1/Seorang

28. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Sumber : nikainaa

Selain dari Rantau Panjang, Pengkalan Kubor juga adalah kawasan bebas cukai di Kelantan dan merupakan lokasi utama para pelancong untuk membeli belah sama ada barangan cenderamata, pakaian, alat permaianan kanak-kanak, toto, cadar, makanan, perlatan dapur dan sebagainya. Terdapat juga koleksi jersi-jersi bola dan juga kedai coklat yang menjadi tumpuan utama bagi golongan remaja.

Di sini juga boleh dikatakan syurga membeli belah bagi kaum wanita kerana mempunyai pelbagai jenis barangan yang mampu memenuhi citarasa masing-masing. Bukan itu sahaja, semua barangan disini juga turut dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dan murah berbanding harga pasaran luar. Kawasan bebas cukai ini terletak di Tumpat dan menjadi salah satu tempat menarik di Kelantan.

Waktu Operasi

  • 9 am – 5.30 pm (Setiap Hari)

    29. Gelanggang Seni

    Sumber : tic.kelantan

    Seperti yang kita tahu, negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang mempunyai seni dan budaya yang tinggi. Antaranya adalah Wayang Kulit, Mak Yong, Main Puteri, Gasing, Dikir Barat, Menora, Silat, Wau Bulan, dan banyak lagi. Di gelanggang seni ini juga mempunyai beberapa buah gelanggang yang tersedia seperti Gelanggang Silat, Bangsal Basing, Kertok, Dewan Besar yang boleh menampung 500 orang pengunjung, Restoran dan Tandas Awam.

    Antara keistimewaan dan keunikan yang terdapat di Gelanggang seni ini adalah pelbagai jenis warisan dan kebudayaan daripada masyarakat tempatan dimainkan dan dipamerkan di gelanggang tersebut yang telah menarik minat pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara. Lokasi Gelanggang Seni ini terletak di Jalan Mahmood, Kota Bharu.

    Waktu Operasi

    • 3.30 pm – 5.30 pm (Sabtu dan Isnin)
    • 3.30 pm – 5.30 pm / 9 pm – 11 pm (Rabu)

    Bayaran Tiket

    • PERCUMA

    30. Kampung Kraftangan

    Sumber : tokamanbali

    ini turut dikenali sebagai Balai Getam Guri yang terletak di Jalan Merbau, Kota Bharu. Antara keunikan yang terdapat di Kampung Kraftangan ini adalah kebanyakkan struktur bangunan disini berasaskan senibina kayu yang berkonsepkan Melayu Tradisional. Ia juga berperanan sebagai sebuah Muzium Kraf yang telah menempatkan pelbagai hasil kerja tangan halus Kelantan. Selain itu, kawasan Kampung Kraftangan ini juga agak luas dan mampu memberi keselesaan kepada pengunjung.

    Anda juga berpeluang melihat sendiri pembuatan kraftangan seperti sulaman tradisional, mencanting batik, tenunan songket, ukiran kayu, kerja perak, dan banyak lagi di bangunan bersebelahan Kampung Kraftangan.

    Waktu Operasi

    • 8.30 am – 4.45 pm (Setiap Hari)
    • Jumaat – TUTUP

    Bayaran Tiket

    • PERCUMA

    Baca juga : Mencari sakura di Jeju

    31. Muzium Islam

    Sumber : trekearth

    Bangunan yang dibina pada tahun 1902 ini pada mulanya merupakan sebuah kediaman Ketua Menteri Kelantan. Struktur bangunannya dibina menggunakan kayu cengal yang bermutu tinggi. Bangunan ini juga telah mengalami beberapa fasa ubahsuai dan naik taraf sehinggalah beroperasi sebagai Muzium Islam Kelantan. Melalui muzium ini anda akan dapat mengetahui sejarah bagaimana Islam datang ke Kelantan yang turut digelar sebagai serambi Mekah.

    Antara pameran yang terdapat di Muzium Islam ini seperti maklumat tentang mufti negeri, contoh-contoh seni dan kraf Islam, peranan sultan yang menjadi benteng iman, gambar-gambar tempat bersejarah Islam, Kisah Nabi Muhammad, dan banyak lagi. Muzium Islam ini terletak di Jalan Masjid, Kota Bharu.

    Waktu Operasi

    • 8.30 am – 4.45 pm (Setiap Hari)
    • Jumaat – TUTUP

    Bayaran Tiket

    • PERCUMA

    32. Bazar Buluh Kubu

    Sumber : teamtravel

    Kompleks membeli-belah tiga tingkat ini adalah salah satu tempat popular di Kota Bharu. Ia terletak di Jalan Buluh Kubu, Kota Bharu. Lokasi ini telah menjadi kemestian bagi para pelancong yang gemar membeli-belah dan mengumpul barangan kraf. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan yang menjadi tarikan pelancong.

    Antara barangan yang boleh didapati di Bazar Buluh Kubu ini adalah barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik miniatur, songket, batik, kain sarung, wau yang berwarna-warni, beg-beg, barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan yang lain. Harga yang berpatutan di sini menjadikan bazar ini amat popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar.

    Waktu Operasi

    • 9 am – 9 pm (Setiap hari)

    33. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail

    Sumber : ismirusila

    Masjid yang terletak di Rantau Panjang ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana reka bentuk dan senibinanya menggabungkan senibina Cina dan Islam. Ia dapat dilihat melalui struktur bangunannya terutama di bahagian bumbung masjid ini. Selain itu, masjid yang yang turut dikenali sebagai Masjid Beijing ini juga mempunyai persamaan dan menyerupai Masjid Nuijie yang berusia lebih 1000 tahun yang terletak di Beijing, China.

    Masjid ini mula dibina pada tahun 2005 dan telah dirasmikan pada tahun 2009. Bangunan dua tingkat ini telah menempatkan dewan makan, klinik, dewan serbaguna dan perpustakaan masjid di bahagian bawah. Pada tingkat yang kedua pula adalah ruangan sembahyang untuk kegunaan orang ramai.


    34. Pasar Terapung Pulau Suri

    Sumber : mdrazali

    Pasar terapung sudah tidak asing lagi di negara jiran iaitu Thailand. Tetapi ia adalah perkara baru bagi masyarakat di Malaysia. Salah satu pasar terapung yang terdapat di Malaysia adalah di Pasar Terapung Pulau Suri yang terletak di Kampung Pulau Suri, Tumpat. Disini anda berpeluang merasai makanan tradisional dan makanan popular bagi masyarakat Kelantan. Persekitaran Pasar Terapung Pulau Suri juga sangat menarik kerana mempunyai permandangan yang indah dan dipenuhi pokok kelapa yang rendang.

    Untuk menuju ke sana anda perlu menaiki bot menyusuri Sungai Kelantan di Jeti Kuala Besar, Kota Bharu. Semasa dalam perjalanan anda bakal disajikan dengan panorama bot-bot kecil nelayan yang keluar mencari rezeki.

    Waktu Operasi

    • 10.30 am – 12.30 pm 
    • Hari Sabtu Sahaja

    Bayaran Tiket

    • Dewasa – RM5
    • Kanak-kanak – RM3
    • Tambang Bot (Sehala) – RM2

    35. Kota Sultan Ismail Petra

    Sumber : pbase

    Menara Rehal adalah salah satu tempat menarik di Kelantan dan merupakan tempat ikonik dan mercu tanda yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, bandar Kota Bharu. Lokasinya sangat strategik sebagai lokasi percutian kerana dikelilingi banyak tempat-tempat menarik yang lain seperti Masjid Muhammadi, Kampung Kraftangan, Bazar Buluh Kubu, Muzium Islam, Istana Jahar, dan banyak lagi.

    Disini telah menjadi tempat wajib untuk para pelancong bergambar setiap kali berkunjung ke Kota Bharu. Selain itu, Menara Rehal ini juga menjadi lambang kemegahan ibu negeri Kelantan, Kota Bharu.


    36. Lata Beringin

    Sumber : weelingraphy

    Lata Beringin adalah sebuah pusat rekreasi air terjun dan juga merupakan salah satu lokasi eko pelancongan semulajadi yang terletak di Sungai Pas, Kuala Krai. Kawasan persekitaran Lata Beringin ini juga sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga seperti mandi manda, berkelah, dan berkhemah. Permandangan alam semulajadi yang indah serta kawasan air terjun yang tidak berbatu menjadikan lokasi ini kerap dikunjungi pengunjung pada hari minggu dan cuti umum.

    Selain itu, kejernihan dan kesejukan air terjun disini juga dapat memberikan ketenangan dan kedamaian kepada anda daripada kesibukan kota dan kerja. Namun lokasinya agak terpencil dan perlu melalui jalan yang agak mencabar untuk sampai ke destinasi.


    37. Air Terjun Jeram Linang

    Sumber : flickr

    Pusat eko – pelancongan Jeram Linang merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan dan juga destinasi popular bagi penduduk setempat untuk melakukan aktivitu perkelahan dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga merupakan sebuah pusat rekreasi yang terawal dibuka di jajahan Pasir Puteh. Lokasinya terletak kira-kira 20 KM dari bandar Pasir Puteh dan 22 KM dari bandar Machang.

    Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan seperti taman permainan kanak-kanak, gelongsor air, gerai makan, kawasan parkir kenderaan, tapak perkhemahan, dewan, mini zoo dan banyak lagi bagi keselesaan para pengunjung. Kawasan air terjunnya pula sangat sesuai untuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

    Waktu Operasi

    • 7 am – 6 pm (Setiap Hari)

    38. Lata Hujan

    Sebuah lokasi perkelahan dan rekreasi yang popular dalam kalangan penduduk setempat. Lata Hujan juga adalah sebuah kawasan eko pelancongan yang masih mempunyai keindahan alam flora dan fauna yang indah dan semulajadi. Ianya terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial, Tanah Merah.

    Selain itu, Lata Hujan ini juga telah menjadi tarikan pelancongan kepada pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Antara kemudahan yang disediakan di kawasan rekreasi ini adalah seperti tandas awam, pondok rehat, surau, dan tapak perkhemahan untuk keselesaan para pengunjung.

    Waktu Operasi

    • 8 am – 5 pm (Setiap Hari)
    • Jumaat – TUTUP

    39. Jeram Pasu

    Sumber : ilovekualakrai

    Destinasi yang terletak di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh ini adalah sebuah pusat rekreasi air terjun dan hutan lipur yang menarik untuk anda kunjungi. Waktu hujung minggu kawasan Jeram Pasu ini akan dipenuhi oleh para pengunjung yang berkeluarga mahupun bersama rakan-rakan. Pelbagai kemudahan awam telah dibina oleh Majlis Daerah Pasir Puteh seperti pondok rehat, kawasan parkir kereta, surau, gerai makan, kolam mandi buatan untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

    Disamping dapat melihat keindahan alam semulajadi di persekitaran Jeram Pasu, anda juga dapat menikmati kesejukan dan kejernihan air terjun yang mengalir deras dari puncak bukit. Udaranya yang nyaman dan segar sudah pasti dapat memberikan kepuasan disepanjang percutian anda.

    Waktu Operasi

    • 7 am – 7 pm (Setiap Hari)

    40. Street Art Kota Bharu

    Sekarang sudah banyak bangunan yang memaparkan seni lukisan jalanan yang sangat unik dan kreatif. Antaranya adalah Street Art Kota Bharu yang terletak di Jalan Dato Pati, bandar Kota Bharu. Street Art Kota Bharu ini berkonsepkan lukisan di dinding bangunan sama seperti street art yang terdapat di tempat menarik di penang dan tempat menarik di melaka. Pengalaman bergambar di mural yang cantik ini tidak wajar dilepaskan oleh para pengunjung yang melancong pertama kali ke Kelantan.

    Selain itu, setiap lukisan yang terdapat disini mempunyai mesej-mesej yang tertentu terutama gambaran suasana yang sedang menimpa rakyat Palestin pada masa kini. Antara tema lain yang diilhamkan di dinding bangunan adalah Impian dan Kebahagian. Lukisan yang paling menjadi tumpuan pula adalah lukisan hamparan permaidani yang kelihatan begitu nyata.


    41. Taman Kelip-Kelip Kampung Pulau

    Sumber : dwaliman

    Pasti anda tidak menyangka di sekitar Kota Bharu terdapat satu lokasi yang dapat melihat panorama kelip – kelip di waktu senja. Lokasi yang terletak di Kampung Pulau, Kubang Kerian ini sudah popular di kalangan pelancong asing tetapi kurang mendapat perhatian daripada pelancong tempatan. Pengunjung akan dibawa menaiki bot atau sampan menyusuri Sungai Lubok Durian untuk menikmati permandangan kelip-kelip yang berterbangan sambil mengeluarkan cahaya yang sungguh mempesonakan.

    Waktu terbaik untuk melakukan aktiviti ini adalah pada musim kemarau iaitu pada bulan februari hingga Oktober bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam. Sungai Lubok Durian ini juga dipenuhi oleh pokok Berembang yang menjadi salah satu habitat utama kelip-kelip.


    42. Kolam Air Panas Tok Bok

    Sumber : airpanastokbok

    Bagi yang sudah bosan dengan kesejukan air terjun, anda boleh berkunjung ke Kolam Air Panas Tok Bok yang terletak di Kampung Rengas, Labok iaitu kira-kira 20 KM dari bandar Machang. Disamping dapat merasai tahap kepanasan air yang sangat tinggi berbanding kolam air panas di tempat lain iaitu sekitar 41 – 45 darjah Celcius, anda juga akan disajikan dengan permandangan sawah padi yang terbentang luas serta kehijauan pokok-pokok yang mengelilingi kawasan Kolam Air Panas Tok Bok ini.

    Pelbagai kemudahan awam telah melalui fasa penambah baikan dan naik taraf oleh Majlis Daerah Machang bagi menarik pelancong dan menjadikan kolam Air Panas Tok Bok ini sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan. Antara kemudahan yang disediakan bagi keselesaan para pengunjung adalah seperti surau, rumah tumpangan, pondok rehat, dan gerai makan. Difahamkan Kolam Air Panas Tok Bok ini dapat merawat penyakit kulit serta strok, dengan izin Allah SWT.

    Waktu Operasi

    • Setiap Hari

    Bayaran Tiket

    • Percuma – Sumbangan Derma Dialu-alukan

    43. Muzium Wau

    Sumber : hasrulhassan

    Jika anda merupakan penduduk tetap warga kota, sudah pasti muzium ini adalah salah satu tempat menarik di Kelantan untuk anda kunjungi. Muzium Wau yang terletak di Pantai Sri Tujoh, Tumpat ini merupakan sebuah pusat rujukan dan maklumat mengenai sejarah perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh dunia. Selain dapat melihat pelbagai jenis pameran wau tempatan seperti Wau Bulan, Wau Kenyalang, Wau Kikik, dan Wau Jala Budi, anda juga berpeluang untuk mengenali wau dari negara luar antaranya wau dari negara Jepun, Thailand, Korea, Australia dan banyak lagi.

    Bahan – bahan asas seperti buku rujukan, kertas, buluh dan tali turut disediakan untuk anda mencuba dan merasai sendiri pengalaman membuat wau. Nasihat dan tunjuk ajar akan diberikan oleh tukang-tukang pembuat wau yang berada di sini. Selain itu, lokasi muzium ini juga berada berhampiran di tapak Pesta Wau Antarabangsa Kelantan.

    Waktu Operasi

    • Ahad – Khamis : 8.30 am – 4.45 pm

    Bayaran Tiket

    • Dewasa – RM2
    • Kanak-kanak – RM1

    44. Pasar Jumaat Kampung Guntong

    Keunikan pasar pagi di Kampung Guntong ini adalah ia diadakan di dalam kawasan kebun getah yang hanya beroperasi pada setiap hari Jumaat. Suasana pasar pagi yang seolah – olah berada pada era 60-an ini menjual pelbagai keperluan harian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, barangan antik, pakaian terpakai, dan banyak lagi. Gerai makan yang menawarkan kuih muih tradisional dan makanan pelbagai jenis lauk turut tersedia.

    Pasar ini menjadi begitu popular bagi penduduk setempat malah turut mendapat kunjungan dari pengunjung luar negeri kerana ingin menikmati suasana jual beli yang santai dan unik. Lokasi pasar pagi ini terletak di Kampung Guntong, Pasir Puteh.

    Waktu Operasi

    Setiap Hari Jumaat : 6 am – 1 pm


    45. Taman Perbandaran Tengku Anis

    Sumber : healthworks

    Taman Perbandaran Tengku Anis adalah sebuah taman yang mempunyai pelbagai daya tarikan antaranya taman rusa, kolam mandi kanak-kanak, taman permainan, gerai makan, serta lanskap yang menarik. Ia terletak lebih kurang 5km dari Bandar Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa.

    Selain itu, tempat rekreasi yang serba moden ini dilengkapi kemudahan dan prasarana terkini untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Disini juga menyediakan trek untuk berjoging, wakaf rehat, dan bangku untuk kegunaan dan keselesaan para pengunjung. Ia bersesuaian dengan tema pusat berekreasi yang pelbagai-guna. Kawasan sekitarnya yang bersih membolehkan keluarga yang berkunjung bersantai sambil menjamah juadah.


    46. Jeram Mak Nenek @ Jeram Mengaji

    Sumber : KelantanKita

    Sebuah kawasan rekreasi air terjun yang dahulunya kurang dikenali oleh para pelancong kerana terletak di lokasi yang sedikit pedalaman dan tersembunyi. Oleh kerana kurang promosi dan pembangunan, Jeram Mak Nenek ini kurang mendapat perhatian dan belum diketahui orang ramai. Disini juga mempunyai kawasan mandi-manda yang bersesuaian untuk semua golongan termasuklah golongan kanak-kanak tetapi perlu berhati-hati kerana kawasan air terjun ini sedikit berbatu.

    Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan adalah seperti berkelah, berkhemah, merentas hutan, dan banyak lagi. Kemudahan awam juga turut tersedia seperti tapak khemah dan pondok rehat bagi keselesaan para pengunjung. Disebabkan kurang mendapat kunjungan pelancong, kawasan ini kekal terpelihara dan masih mengekalkan keindahan alam flora fauna yang semulajadi. Lokasi Jeram Mak Nenek ini terletak 8 km dari Pekan Selising atau 25 km dari bandar Pasir Puteh. 


    47. Taman Rekreasi Tengku Anis

    Sumber : mdpmas

    Taman yang mempunyai keluasan empat ekar ini terletak di Kilometer 10 Jalanraya Pasir Mas – Rantau Panjang. Penubuhan Taman Rekreasi Tengku Anis telah diilhamkan sendiri oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan. Disini juga telah menjadi lokasi utama bagi penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga pada setiap petang dan hujung minggu. Lokasinya juga sangat sesuai untuk bersantai sambil menikmati permandangan lanskap yang indah dan menarik.

    Selain itu, taman rekreasi ini turut menyediakan beberapa kemudahan kepada para pengunjung seperti surau, tandas, trek untuk berjoging, wakaf dan kerusi rehat serta taman permainan kanak-kanak. Berhampiran dengan taman tersebut juga terdapat beberapa buah kedai dan gerai menyediakan berbagai jenis masakan ala Thai khusus untuk pengunjung menjamu selera.


    48. Sungai Kenerong Dabong

    Sumber : nuratiqahhasbullah

    Sungai Kenerong yang terletak di Kampung Jelawang, Dabong ini sangat popular dengan kejernihan dan kesejukkan air sungainya. Kebanyakkan para pelancong yang berkunjung ke sungai ini adalah untuk melakukan aktiviti menarik seperti water tubing, berakit, dan berkayak. Disamping dapat mengharungi sungai yang jernih, anda juga berpeluang menikmati permandangan alam semulajadi yang indah.

    Lokasi Sungai Kenerong ini juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk merehatkan minda dan menenangkan jiwa kerana mempunyai udara yang segar serta persekitaran yang nyaman. Untuk menikmati lebih keseronokan, anda disarankan untuk bermalam di sini agar dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menarik seperti meneroka gua, mendaki Gunung Stong, mandi-manda di air terjun Jelawang, dan banyak lagi. Percutian ke salah satu tempat menarik di Kelantan ini pasti tidak akan mengecewakan anda.


    49. Jambatan Keretapi Guillemard

    Sumber : Syed Hamidi

    Reka bentuk binaan jambatan keretapi ini sangat unik kerana kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Jambatan Guillemard ini terletak di Jalan Kampung Kursial di mana ia merentasi Sungai Kelantan yang bermula dari Paloh Rawa hingga ke Kursial, Tanah Merah.

    Selain itu, jambatan ini juga merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Lokasi ini juga boleh dianggap sebagai tempat bersejarah kerana mula dibina sejak tahun 1920 lagi. Jambatan Keretapi Guillemard ini sering menjadi tumpuan kepada juru gambar kerana memiliki permandangan yang indah dan unik.


    50. Menara Jam Tambatan Diraja

    Sumber : ammboi

    Menara jam yang mempunyai ketinggian 45.7 meter ini adalah salah satu tempat menarik di Kelantan dan merupakan sebuah bangunan mercu tanda di Kota Bharu. Ia terletak di Jalan Sultan iaitu bersebelahan dengan tambatan Diraja. Melalui puncak menara ini pelancong dapat melihat permandangan di sekitar bandar Kota Bharu dan Sungai Kelantan.

    Kawasan ini telah dibuka kepada pengunjung pada bulan November 2011. Terdapat gerai-gerai makan untuk anda menjamu selera sambil melihat permandangan alam semulajadi.

    Waktu Operasi

    • Ahad – Khamis : 8 am – 12 pm / 2 pm – 5 pm
    • Jumaat –  Sabtu : 8 am – 12 pm / 2.30 pm – 5 pm

    Bayaran Tiket

    • Dewasa – RM1
    • Kanak-kanak – RM0.50

    51. Masjid Brunei

    Sumber : thepatriots.asia

    Difahamkan pembinaan masjid ini merupakan tanda persahabatan yang erat diantara Menteri Besar, Datuk Muhamed Nasir dengan Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah. Antara sebab utama masjid ini diberi nama Masjid Brunei kerana ia telah diwakafkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Sultan Brunei sendiri. Masjid yang terletak di Danau Tok Uban, Pasir Mas ini juga merupakan masjid atas air terapung pertama di Malaysia. Lokasi yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung Pasir Mas ini juga sering menjadi tumpuan para pengunjung untuk aktiviti bergambar kerana memiliki permandangan yan cantik.

    Suasana di masjid ini amat mendamaikan dan menenangkan jiwa dan sesuai dijadikan tempat untuk merehatkan minda. Masjid Brunei yang tersergam indah ini merupakan antara mercu tanda tersembunyi di Pasir Mas. Ini kerana hanya penduduk tempatan yang berada berhampiran sahaja yang mengetahui kewujudan masjid berkenaan yang memiliki permandangan cantik terutamanya di waktu matahari terbenam.


    52. Taman Air Splash

    Taman Air Splash yang terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu iaitu bersebelahan Kota Darul Naim ini adalah satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Lokasi ini juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda membawa anak-anak bermain air sepuas-puasnya. Walaupun tidak semegah taman tema air yang terdapat di negeri lain seperti Sunway Lagoon dan Gambang Waterpark, tetapi ia sudah cukup untuk mengembirakan kanak-kanak dengan segala kelengkapan yang terdapat disini.

    Terdapat 3 jenis kolam mandi yang mempunyai tahap kedalaman yang berbeza untuk kanak kanak. Walaubagaimanapun, tiada kolam yang dalam dan kedalaman maksima hanya di paras pinggang orang dewasa sahaja. Selain pemainan air, disini juga terdapat kemudahan lain seperti gerai makan, wakaf rehat, dan tempat makan. Jadi, destinasi ini sangatlah sesuai untuk anda bercuti dan bersantai dengan kos bajet yang rendah.

    Waktu Operasi

    • 10 am – 1 pm / 2pm – 7 pm (Setiap Hari)

    Bayaran Tiket

    • Ibu Bapa & Penjaga – RM3
    • Kanak-kanak 6 Tahun Kebawah – RM5
    • Kanak-kanak 7 Hingga 12 Tahun – RM6
    • Kanak-kanak 12 Tahun Keatas – RM7

    53. Pantai D’ Aur

    Sumber : CempedakCheese

    Salah satu tempat menarik di Kelantan yang perlu anda kunjungi adalah di Pantai D’ Aur yang terletak di Jalan Tok Ayah Aur, Bachok. Pantai ini merupakan salah satu tarikan pelancongan yang baru di Kelantan. Lokasi yang dipenuhi dengan perhiasan @ replika yang berasaskan kayu seperti buaian, wakaf, dan pelantar mini ini sering menjadi tumpuan para pelancong untuk sesi bergambar. Ini kerana permandangannya kelihatan seolah-olah seperti berada di Pantai Bali, Indonesia.

    Anda juga berpeluang menikmati permandangan laut yang indah sambil dibuai tiupan angin yang mendamaikan. Disamping memiliki pasir pantai yang putih dan bersih, udara disini juga agak segar. Selain itu, kemudahan awam turut tersedia seperti kawasan parkir kenderaan yang luas, taman permainan kanak-kanak, wakaf rehat, kawasan BBQ, tandas, surau, chalet, dan gerai makan.

    Bayaran Tiket

    Bayaran Masuk – RM5/Kereta


    54. Lata Keding Bukit Kudung

    Lata Keding Bukit Kudung merupakan kawasan rekreasi dan riadah yang mempunyai keindahan alam semulajadi yang sangat mempesonakan. Lokasi yang kaya dengan hidupan flora dan fauna ini adalah lokasi percutian yang baru ditemui dan masih kurang diketahui ramai. Lata Keding ini berpotensi menjadi kawasan rekreasi yang popular terutamanya bagi pencinta alam semulajadi kerana memiliki hutan yang masih terjaga dan keaslian sumber alam Khatulistiwa.

    Di samping itu, Lata Keding Bukit Kudung ini juga menyimpan pelbagai khazanah alam dan sejarah yang tersendiri. Antaranya Bukit Kudung pernah menjadi kubu dan tempat persembunyian pihak komunis suatu ketika dahulu dan masih ramai yang tidak mengetahui tentang sejarah ini. Di sebalik keindahan Bukit Kudung yang setinggi 448 meter itu juga terdapat batu sempadan dikenali sebagai Batu 73 bersempadan dengan negara Thailand sejauh 2.3 kilometer. 


    55. Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

    Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah sebuah tarikan pelancongan terbaru di negeri Kelantan terutamanya di daerah Dabong Kuala Krai. Kawasan rekreasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan lasak, kem kepimpinan dan jati diri, serta menyediakan tempat penginapan untuk disewa. Lokasi JPREP juga sangat sesuai untuk dijadikan destinasi riadah dan perkelahan bersama keluarga.

    Suasana yang damai serta memiliki udara yang segar menjadikan lokasi ini sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara. Bagi warga bandar dan kota, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah destinasi yang tepat untuk anda mencari ketenangan dari kesibukan kota dan tekanan tempat kerja. Selain itu, lokasi percutian Jelawang Pipe Resort & Extreme Park juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi.

    Waktu Operasi 

    • 8 am – 7 pm (Setiap Hari)

    Bayaran Tiket 

    Tiket Kemasukan

    • Kereta – RM3
    • Motosikal – RM1

    Berkhemah

    • Tapak Khemah – RM3/Seorang

    Flying Fox/ Zipline

    • RM15/Seorang
    • Minima 5 Orang

    Water Tubing

    • RM60/Seorang
    • Perlu menempah 3 Hari Sebelum Aktiviti

    Via Ferrata

    • RM75/Seorang
    • Minima 3 Orang, 15 Orang, dan Keatas
    • Perlu menempah 3 Hari Sebelum Aktiviti

    Waterfall Hiking

    • RM25/Seorang
    • Minima 5 Orang

    Caving 

    • RM20/Seorang
    • Minima 5 Orang

    Single Tube Room

    • RM60/Malam
    • Sesuai Untuk 2 Orang Dewasa
    • 1 Katil Queen
    • Termasuk Sarapan Pagi

    Double Tube Room

    • RM100/Malam
    • Sesuai Untuk 4 Orang Dewasa
    • 2 Katil Queen
    • Termasuk Sarapan Pagi

    Triple Tube Room

    • RM170/Malam
    • Sesuai Untuk 6 Orang Dewasa
    • 3 Katil Queen
    • Termasuk Sarapan Pagi
    • Tandas Persendirian
    • Tempat BBQ

    56. Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih

    Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih merupakan salah satu kawasan rekreasi yang menarik di jajahan Tanah Merah. Kawasan air terjun yang bersih dan cantik ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan sebagai lokasi riadah dan bersantai bersama keluarga. Pada dahulunya kawasan rekreasi ini dikenali sebagai Air Terjun Telaga Bijih.

    Walaupun Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih kelihatan agak biasa dan terletak di kawasan yang terpencil iaitu di Kampung Lawang 24 km dari bandar Tanah Merah, tetapi permandangan alam semulajadinya yang indah serta memiliki udara yang segar dan nyaman mampu memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung. Destinasi ini juga sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

    Waktu Operasi 

    • 7 am – 6 pm (Setiap Hari)

    Bayaran Tiket 

    • RM1/ Seorang

    57. Jambatan Terapung Kubang Kerian

    Jambatan terapung ini terletak di Kampung Pulau Tengah merupakan sebuah kampung yang terletak di pinggir bandar Kubang Kerian iaitu bersempadan dengan daerah Bachok dan Kota Bharu. Jambatan ini diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi serta disokong oleh nibong menampakkan ia seakan-akan terapung di atas permukaan air.

    Bagi pencinta alam semulajadi, anda boleh menikmati keindahan panorama yang indah ini sambil menyusuri denai sungai Pengkalan Datu. Dengan berlatarbelakangkan hutan yang menghijau serta air sungai yang tenang, sangat sesuai untuk sesi photografi. Jadikan pengalaman ini satu kenangan yang indah bersama keluarga dan orang tersayang. Perjalanan anda pasti akan ditemani oleh deruan angin yang segar serta kicauan merdu burung-burung yang hinggap di dedahan pokok.


    LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Johor


    0 Comments

    Leave a Reply

    Avatar placeholder

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    error: Content is protected !!