
Negeri Kedah sangat terkenal dengan panorama dan permandangan sawah padi yang luas dan indah. Kedah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Malaysia yang terdiri daripada 12 buah daerah. Negeri yang berkeluasan 9,425 km2 bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Wilayah Songkla dan Yala di Thailand. Terdapat banyak tempat menarik di Kedah yang boleh anda kunjungi.
Di sini juga mempunyai suasana desa yang indah dan harmoni sesuai bagi anda yang mencari ketenangan dan ingin lari dari kesibukan kota. Di negeri jelapang padi ini juga mempunyai banyak tempat menarik untuk diterokai dan salah satunya adalah Pulau Langkawi yang sudah terkenal di serata dunia. Untuk menerokai tempat menarik di Kedah, sila rujuk senarai di bawah bagi memudah dan melancarkan percutian anda.
Senarai Tempat Menarik di Kedah
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
1. Gunung Jerai Paragliding Park

Tempat Menarik di Kedah : Gunung Jerai Paragliding Park
Gunung Jerai yang mempunyai panorama indah dan cantik telah menarik minat ramai ahli sukan luncur udara berkunjung ke sini. Terletak kira-kira 1200 kaki dari aras laut, ia adalah ketinggian bagi tapak ‘Tack Off’ para sukan luncur udara.
Aktiviti sukan lasak ini akan menguji tahap keberanian para peserta terutamanya bagi mereka yang gayat pada ketinggian. Ia juga memerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi melaksanakan aktiviti yang mendebarkan ini. Ketakutan para peserta akan terbayar setelah melihat permandangan indah sawah padi yang terbentang luas. ‘Take Off’ Gunung Jerai juga adalah yang terbaik di Semenanjung Malaysia.
Waktu Operasi
- Bergantung Pada Keadaan Cuaca Semasa
- Sila Hubungi Pihak Pengurusan Untuk Keterangan Lanjut 012-8151596
Bayaran Tiket
Tandem (Passenger)
- RM250 Termasuk Pengangkutan & Video
Fly Solo (Pilot)
- Site Fee – RM10/Sehari
- Tidak Termasuk Pengangkutan
Tandem Commersial For Pilot
- RM20/ Tandem
- Tidak Termasuk Pengangkutan
2. Menara Alor Setar

Tempat Menarik di Kedah : Menara Alor Setar
Menara Alor Setar ini adalah menara telekomunikasi yang ke-2 tertinggi di Malaysia. Menara ini juga menjadi mercu tanda bagi Negeri Kedah dan tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Alor Setar. Pengunjung berpeluang melihat permandangan sekitar Alor Setar melalui puncak menara ini.
Menara komunikasi setinggi 165.5 meter ini mempunyai seni bina yang unik di mana reka bentuknya menyerupai setangkai padi yang diikat bersama. Ini kerana padi sangat sinonim dengan negeri Kedah dan merupakan lambang dan ikon untuk negeri ini. Menara Alor Setar ini terletak di Lot 99, Lebuhraya Darul Aman.
Waktu Operasi
- 8.30 am – 10.30 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM12
- Kanak-kanak – RM8
3. Boat House Tasik Pedu

Tempat Menarik di Kedah : Boat House Tasik Pedu
Tasik Pedu adalah salah satu eko-pelancongan yang terkenal di negeri Kedah. Tasik yang terletak di Kuala Nerang ini merupakan tasik buatan manusia yang terbentuk daripada pembinaan Empangan Pedu. Apa yang menarik adalah pengunjung dapat merasai pengalaman bermalam di rumah boat yang terletak di tengah tasik.
Pengunjung juga berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi di mana dikelilingi oleh tumbuhan flora dan fauna dan tasik yang begitu indah. Sudah pasti ia dapat memberikan pengalaman yang sangat menyeronokkan. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di sini seperti merentas hutan, memancing, mendaki Bukit Fakir, melihat hidupan liar, dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih banyak aktiviti di Tasik Pedu, sila layari website.
Waktu Operasi
- Dibuka Sepanjang Tahun
Bayaran Tiket
Pakej Boat House Oleh Seri Mahawangsa Boat House
- 2 Hari 1 Malam – RM900
- 3 Hari 2 Malam – RM1600
Pakej Day Trip
- RM40 – RM60 Bergantung Pada Jumlah Peserta
4. Muzium Padi Kedah

Tempat Menarik di Kedah : Muzium Padi Kedah
Muzium Padi Kedah Darul Aman telah dibuka dengan rasmi pada 12 Oktober 2004 oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah. Muzium yang terletak di Gunung Keriang ini ditubuhkan bagi bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Seni bina bangunan muzium ini sangat unik iaitu berbentuk Gemai Padi dan mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berkeluasan sekitar 2,000 meter persegi ini mempunyai latar belakang menarik iaitu permandangan Gunung Keriang yang kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan padi yang menghijau.
Waktu Operasi
- 9 am – 5 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM5
- Kanak-kanak – RM2
5. Ultimate Horse Training and Stud Farm

Tempat Menarik di Kedah : Ultimate Horse Training & Stud Farm
Bagi anda yang teringin menunggang kuda tetapi masih belum berkesempatan untuk melakukannya, anda boleh berkunjung ke Ultimate Horse Training & Stud Farm yang terletak di Kampung Raga, Yan. Di sini anda dapat melihat kuda secara lebih dekat dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menunggang kuda dengan harga yang berpatutan. Lokasinya juga agak menarik kerana memiliki permandangan indah iaitu suasana kampung yang berlatarbelakangkan Gunung Jerai.
Waktu Operasi
Sesi Pagi
- 8 am – 11.30 pm (Setiap Hari)
- Isnin – TUTUP
Sesi Petang
- 3 pm – 7 pm (Setiap Hari)
- Isnin – TUTUP
Bayaran Tiket
Joy Ride
- 1 Pusingan – RM5
- 2 Pusingan – RM7
- 3 Pusingan – RM10
Trail Ride
- 1 Jam (20 KM) – RM90
Latihan Asas Menunggang Kuda
- 10 Kali Sesi Belajar – RM500
6. Pulau Songsong

Tempat Menarik di Kedah : Pulau Songsong
Mungkin masih ramai yang belum mengetahui mengenai Pulau Songsong yang terletak di kawasan perairan Yan kerana ianya tidak begitu popular dan kurang dikenali oleh pelancong luar. Ini kerana Pulau Songsong merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan tiada tempat penginapan disediakan di sini. Bagi anda yang mencari ketenangan dan ingin menghirup udara segar, pulau ini adalah lokasi yang sangat sesuai kerana mempunyai ekosistem semulajadi yang masih terpelihara.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti berkhemah, mandi-manda, memancing dan banyak lagi. Terdapat beberapa buah jeti yang menawarkan perkhidmatan bot ke Pulau Songsong antaranya jeti Kuala Dulang Kechil, jeti Kuala Sg. Udang, jeti Kuala Sg.Yan, jeti Kuala Ruat dan jeti Tanjung Dawai. Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 15 minit untuk sampai ke destinasi.
7. The Carnival Water & Land Theme Park

Tempat Menarik di Kedah : The Carnival Water & Land Theme Park
Taman tema ini terletak di Sungai Petani iaitu di dalam kawasan resort Cinta Sayang & Country Golf. Antara tarikan menarik yang terdapat di The Carnival Water & Land Theme Park adalah waterslide, tidal wave, 4 water coaster, lazy river, kid play area, wall climbing, beach, dan banyak lagi. Kesemua permainan di sini sesuai bagi semua golongan termasuk kanak-kanak. Salah satu permainan yang paling mencuri tumpuan para pengunjung adalah waterslide yang mempunyai ketinggian 15m dan sepanjang 140 meter.
Taman tema ini juga menyediakan tempat penginapan yang menarik dan selesa untuk para pengunjung yang ingin luangkan masa dengan lebih lama bersama keluarga disini.
Waktu Operasi
Sesi Pagi (Splash Into Fun)
- Isnin – Khamis : 11 am – 6 pm
- Jumaat – Ahad : 10 am – 7 pm
- Rabu : TUTUP Kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah
Sesi Malam (Splash After Dark)
- 6 pm – 10 pm (Setiap Hari)
- Rabu : TUTUP
Bayaran Tiket
Splash Into Fun
- Dewasa – RM24 (Weekdays)/ RM30 (Cuti Umum & Cuti Sekolah)
- Kanak-kanak – RM20 (Weekdays)/ RM22 (Cuti Umum & Cuti Sekolah)
- Warga Emas – RM22 (Weekdays)/ RM25 (Cuti Umum & Cuti Sekolah)
- OKU – RM20 (Weekdays)/ RM22 (Cuti Umum & Cuti Sekolah)
- Kakitangan Kerajaan – RM22 (Weekdays)/ RM25 (Cuti Umum & Cuti Sekolah)
Splash After Dark
- Dewasa – RM15 (Weekdays)/ RM18 (Cuti Umum & Cuti Sekolah)
- Kanak-kanak – RM10 (Weekdays)/ RM14 (Cuti Umum & Cuti Sekolah)
- Warga Emas – RM12 (Weekdays)/ RM14 (Cuti Umum & Cuti Sekolah)
8. Pekan Rabu

Tempat Menarik di Kedah : Pekan Rabu Alor Setar
Pekan Rabu merupakan sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan tradisional termasuklah dari segi makanan, pakaian, dan ubat-ubatan. Lokasinya terletak di Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar iaitu berdekatan dengan Menara Alor Setar. Para pengunjung yang ingin merasa dan mencuba makanan tradisional Kedah bolehlah berkunjung ke Pekan Rabu ini. Antara barangan yang dijual di sini seperti kuih bahulu, garam belacan, dodol durian, ikan pekasam, kuah rojak, dan banyak lagi.
Waktu Operasi
- 9 am – 7 pm (Setiap Hari)
9. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

Tempat Menarik di Kedah : Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Destinasi rekreasi ini menyediakan 9 kolam dengan tahap kepanasan air yang berbeza. Pelbagai kategori kolam mandian air panas semulajadi yang disediakan iaitu kolam dewasa, kolam kanak-kanak, kolam wanita dan merasi kepanasan air panas kolam induk. Kolam air panas yang beroperasi 24 jam ini terletak di Kampung Keda Ulu Legong, Baling.
Kawasan yang diselenggara oleh Jabatan Pelancongan & Rekreasi Majlis Daerah Baling ini mempunyai pelbagi kemudahan untuk keselesaan para pengunjung. Antaranya adalah tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas, bilik persalinan, tapak khemah, tapak bbq, dan medan selera. Kawasan ini merupakan salah satu tempat menarik di Kedah yang mesti anda kunjungi.
Waktu Operasi
- 24 Jam
Bayaran Tiket
- Dewasa (13-59 Tahun) – RM6
- Kanak-kanak (4-12 Tahun) – RM3
- OKU/ Warga Emas/ Pesara – RM4
- Tiket Khemah – RM4
10. Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad

Tempat Menarik di Kedah : Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad
Destinasi menarik dan bersejarah yang mesti anda kunjungi adalah Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad iaitu satu-satunya individu yang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali. Rumah Kelahiran Tun Mahathir merupakan salah satu bangunan bersejarah di Negeri Kedah dan dibawah selenggaraan Jabatan Arkib Negara Malaysia. Lokasi rumah ini terletak di rumah No.18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak,Alor Setar.
Terdapat beberapa buah rumah berkonsepkan tradisional telah dibina di sekitar Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad yang berfungsi sebagai auditorium, balai pameran, surau, dan lain-lain. Anda juga berpeluang melihat perabot asal rumah ini seperti perkakas dapur, meja solek, kerusi, katil, meja, dan almari yang masih terjaga dengan baik dan rapi.
Waktu Operasi
- Selasa – Khamis : 9 am – 5 pm
- Jumaat : 9 am – 12 pm/ 3pm – 5 pm
Bayaran Tiket
- PERCUMA
11. Hutan Lipur Sungai Sedim

Tempat Menarik di Kedah : Hutan Lipur Sungai Sedim
Hutan Lipur Sungai Sedim terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Inas iaitu kira-kira 33km jarak dari bandar Kulim dan 130km dari Bandaraya Alor Setar. Ia merupakan kawasan rekreasi yang popular dengan aktiviti lasak antaranya ialah white water rafting. Terdapat 10 kawasan jeram yang sangat mencabar untuk aktiviti rafting ini dan dikatakan jeram di sini antara yang terbaik di Asia Tenggara untuk aktiviti white water rafting.
Selain itu, terdapat juga kawasan sungai yang cetek dan tenang. Ia sesuai untuk aktiviti berkelah dan mandi- manda bersama keluarga. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Hutan Lipur Sungai Sedim ini adalah berkhemah, membuat kajian, merentas hutan, berakit, berkayak, mendaki, dan banyak lagi.
Waktu Operasi
- 7 am – 6 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- PERCUMA
- Sebarang pertanyan mengenai pakej aktiviti lasak, boleh berhubung dengan pihak resort antaranya Sedim Eco Resort
12. Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Tempat Menarik di Kedah : Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Untuk pengetahuan anda, Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) merupakan cawangan pertama Pusat Sains Negara dan ditubuhkan sebagai pusat ilmu sains, teknologi dan inovasi bagi penduduk. Di sini terdapat sebuah galeri pameran sains yang terbahagi kepeda beberapa bahagian antaranya Science Mall, Fascinating Tunnel, Sudut Islam dan Sains dan banyak lagi. Di samping itu, PSNCWU juga menyediakan sebuah taman pendidikan iaitu Taman Pendidikan Oryza.
Anda bolehlah meluangkan masa semaksima yang mungkin di sini kerana tiada had masa yang ditetapkan bagi lawatan galeri. Di sini anda boleh meneroka dan menimba ilmu yang terdapat dalam dunia sains dan teknologi.
Waktu Operasi
- Sabtu – Khamis : 9 am – 5 pm
- Jumaat : PERCUMA
Bayaran Tiket
Galeri Pameran
- Dewasa (13-55 Tahun) – RM1
- Kanak-kanak (7-12 Tahun) – PERCUMA
- Kanak-kanak (6 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas & OKU – PERCUMA
Pameran Bertema
- Dewasa (13-55 Tahun) – RM2
- Kanak-kanak (7-12 Tahun) – RM1
- Kanak-kanak (6 Tahun Kebawah) – PERCUMA
- Warga Emas & OKU – PERCUMA
13. Tree Top Walk Sungai Sedim

Tempat Menarik di Kedah : Tree Top Walk Sungai Sedim
Bagi mereka yang sukakan suasana hutan dan keindahan alam semulajadi Tree Top Walk Sungai Sedim merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk dikunjungi. Anda berpeluang meneroka hutan simpan dengan melalui jambatan gantung atau canopy walk yang terpanjang di dunia.
Laluan yang sepanjang 925 meter dan tinggi 36 meter dari aras tanah ini adalah laluan yang berpagar besi dan selamat bagi pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak. Sepanjang perjalanan 1 km anda akan merentasi Sungai Sedim sambil menghirup udara yang nyaman dan menyegarkan. Tree Top Walk Sungai Sedim yang terletak di Kampung Sedim, Karangan ini merupakan salah satu tempat menarik di Kedah yang perlu anda lawati.
Waktu Operasi
- 9 am – 5 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM10.60
- Kanak-kanak – RM6.60
14. Rumah Merdeka

Tempat Menarik di Kedah : Rumah Merdeka
Bangunan bersejarah ini merupakan sebuah rumah yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman. Rumah ini telah dinamakan sebagai Rumah Merdeka oleh Tunku atas nasihat sahabatnya iaitu En. Senu Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, dan En. Mohd Khir Johari pada tahun 1954. Rumah ini menjadi lokasi utama untuk merancang strategi politik selain meluangkan banyak masa lapang dengan aktiviti penulisan.
Antara tarikan utama di Rumah Merdeka adalah susun aturnya yang masih kekal seperti keadaan asal. Pameran lain yang terdapat di Rumah Merdeka seperti koleksi kamera dan koleksi peribadi minyak wangi dan minyak rambut kegemaran Tunku.
Waktu Operasi
- Selasa – Khamis : 9 am – 5 pm
- Jumaat : 9 am – 12 pm/ 3 pm – 5 pm
- Sabtu – Ahad : 9 am – 5 pm
- Isnin : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum
Bayaran Tiket
- PERCUMA
15. Gunung Jerai

Tempat Menarik di Kedah : Gunung Jerai
Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki, bolehlah berkunjung ke Gunung Jerai yang merupakan sebuah lokasi peranginan tanah tinggi yang terkenal dengan panorama cantik dan indah. Ia juga boleh diakses dengan kereta untuk menuju ke puncak kerana memiliki jalanraya yang cantik. Dari puncak gunung yang berketinggian 1,217 meter ini, anda dapat menyaksikan keindahan sawah padi yang terbentang luas, bandar Alor Setar di waktu malam, Selat Melaka, dan Jambatan Pulau Pinang.
Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Terdapat banyak tempat menarik untuk anda terokai seperti air terjun Gunung Jerai, bahan-bahan geologi, bongkah batu besar yang menyerupai sebuah kapal, dan banyak lagi. Menyedari kepentingan gunung itu kepada sektor pelancongan, kerajaan negeri membangunkan kemudahan penginapan yang mengandungi 13 chalet, restoran, dewan, masjid dan tapak perkhemahan.
16. Balai Besar Kedah

Tempat Menarik di Kedah : Balai Besar Kedah
Balai Besar telah dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II dan ianya berfungsi sebagai tempat untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. Balai Besar ini terletak di bandaraya Alor Setar, Kedah dan dianggap sangat strategik kerana dikelilingi oleh banyak bangunan dan monumen bersejarah yang lain seperti Muzium Diraja Kedah, Masjid Zahir, Balai Nobat, Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dan Balai Seni Negeri.
Seni bina bangunan ini berkonsepkan reka bentuk tradisional Melayu dengan menggunakan kayu chengal emas sebagai bahan asas. Anda juga dapat melihat kerja-kerja pertukangan kayu Melayu yang sangat kemas, halus, dan penuh kesenian. Sebanyak 42 tiang utama Balai Besar diperbuat daripada kayu keras dan masih kekal kukuh sehingga hari ini.
17. Air Terjun Titi Hayun

Tempat Menarik di Kedah : Air Terjun Titi Hayun
Gunung Jerai merupakan puncak tertinggi di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki lebih daripada 3 lokasi air terjun yang menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong antaranya Air Terjun Titi Hayun. Kawasan riadah dan rekreasi ini memang popular dalam kalangan penduduk tempatan malah menjadi lokasi tumpuan aktiviti keluarga seperti berkelah dan berkhemah. Ia terletak di Kampung Bukit Tumboh, Yan.
Lokasi yang menjadi tumpuan pelancong luar negara juga kini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti chalet, gerai makanan, tempat letak kenderaan, wakaf, surau, dewan terbuka, asrama dan tandas untuk keselesaan para pelancong. Selain itu, persekitaran Air Terjun Titi hayun juga memiliki udara yang segar serta mempunyai aliran air gunung yang sejuk dan jernih yang pasti memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung.
Waktu Operasi
- 8 am – 6 pm (Setiap Hari)
Bayaran Tiket
- PERCUMA
18. Air Terjun Batu Hampar

Tempat Menarik di Kedah : Air Terjun Batu Hampar
Air Terjun Batu Hampar adalah sebuah tempat rekreasi yang mempunyai ekosistem hidupan flora & fauna yang masih terjaga dan terpelihara. Ini kerana kawasan ini kurang mendapat kunjungan pengunjung disebabkan lokasinya yang terletak di Air Puteh, Serdang iaitu jauh di dalam hutan di bahagian kaki gunung. Kawasan rekreasi air terjun ini merupakan kawasan pelancongan yang sesuai untuk aktiviti riadah dan perkelahan. Aliran air sungai yang sejuk dan jernih pasti menarik perhatian para pengunjung ke sini.
Bagi pencinta alam semulajadi, anda berpeluang meneroka pelbagai khazanah rimba yang terdapat di dalam hutan simpan ini sambil menghayati suasana tenang dan damai.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Negeri Sembilan