Negeri Johor Darul Takzim atau lebih dikenali dengan gelaran JDT merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian selatan semenanjung Malaysia. Di Johor juga terletaknya sempadan antara 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Selain itu, terdapat 10 daerah yang penuh dengan kepelbagaian dari sudut budaya dan etnik salah satunya adalah Bahasa Melayu dialek Johor-Riau yang menjadi bahasa komunikasi utama bagi penduduk tempatan.

Negeri yang terkenal dengan seni warisan tarian zapin ini menawarkan pelbagai lokasi pelancongan yang menarik untuk anda kunjungi samada destinasi percutian pantai, pulau, gunung, air terjun, taman tema, dan banyak lagi. Segala kemudahan yang terdapat di negeri Harimau Selatan ini juga sudah pasti dapat memberikan keseronokan untuk anda di sepanjang percutian. Untuk memudahkan dan melengkapkan lagi pakej percutian anda, Lokasi Percutian telah menyenaraikan kesemua tempat menarik di Johor untuk dijadikan panduan dan rujukan anda.

1. Bandar Seramik, Ayer Hitam

Tempat-Menarik-Di-Johor-Bandar-Seramik-Ayer-Hitam
Sumber : mdyongpeng

Sebuah lokasi yang sangat popular dengan hasil seni kraftangan yang halus dan cantik iaitu barangan seramik dan tembikar. Bagi pengunjung yang bercuti di Ayer Hitam terutamanya kaum wanita, pasti akan rambang mata melihat pelbagai bentuk, warna dan jenis produk seramik yang ada di deretan kedai yang menghiasi sepanjang jalan. Ayer Hitam juga merupakan sebuat pusat industri seramik dan bahan-bahan yang berasaskan tanah liat sejak 1930-an lagi.

Kualiti barangan seramik seperti pasu hiasan, dan pinggan mangkuk disini sangat bermutu tinggi dan dijual dengan harga yang berpatutan. Selain dari barangan seramik, Ayer Hitam juga terkenal dengan makanan tradisional yang sesuai dijadikan kudapan seperti dodol, kerepek, dan pelbagai jenis asam.


2. Desaru Coast Adventure Water Park

Tempat-Menarik-Di-Johor-Desaru-Coast-Adventure-Waterpark
Sumber : lifestyle.okezone

Sebuah pusat rekreasi taman tema air yang baru dibuka pada bulan Oktober 2018 ini merupakan sebuah taman tema air yang terbesar di Malaysia yang mana mampu menampung sehingga 12,000 orang pengunjung pada setiap hari. Kawasan yang berkeluasan 8.49 hektar ini juga turut menawarkan 20 jenis tarikan permainan yang berbeza dan menarik. Antara yang paling menjadi tumpuan para pengunjung adalah gelombang ombak setinggi 4 meter iaitu gelombang ombak buatan manusia yang tertinggi di dunia. Terdapat juga permainan ekstrem yang lain seperti The Tempest gelongsor air penurunan 24 kaki, Super Twister, Wild Whirl, Giant Water Slide, Riptide, dan banyak lagi.

Keselamatan para pengunjung juga terjamin kerana di Adventure Water Park Desaru Coast ini telah menempatkan seramai 100 orang petugas keselamatan (lifeguard) bagi memantau aktiviti para pengunjung dan sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Taman tema air ini terletak di Persiaran Pantai, Desaru Coast, Bandar Penawar. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari website.

Waktu Operasi

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

One Day Ticket

  • Dewasa (12 – 59 Tahun) : RM121
  • Kanak-Kanak (3 – 11 Tahun) : RM90
  • Kanak-Kanak (3 Tahun Dan Kebawah) : PERCUMA
  • Warga Emas (60 Tahun Dan Keatas) : RM90

Two Day Ticket

  • Dewasa (12 – 59 Tahun) : RM196
  • Kanak-Kanak (3 – 11 Tahun) : RM147
  • Kanak-Kanak (3 Tahun Dan Kebawah) : PERCUMA
  • Warga Emas (60 Tahun Dan Keatas) : RM147

Johor Splash Pass (Warga Johor Sahaja)

  • RM244 – Sepanjang Tahun

3. Bazar Karat, Johor Bahru

Tempat-Menarik-Di-Johor-Bazar-Karat-Johor-Bahru
Sumber : jalan2cuti2

Salah satu tempat menarik di Johor yang perlu anda kunjungi adalah Barat Karat yang terletak di Jalan Segget, Johor Bahru. Bazar ini turut dikenali sebagai “JB Bazz” oleh masyarakat tempatan. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru ini sangat strategik kerana mempunyai kawasan parkir yang luas iaitu di sepanjang Jalan Segget, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Jalan Dobi, dan Jalan Tan Hiok Nee.

Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di Bazar Karat ini, antaranya seperti wangian, barangan terpakai, barangan antik, pakaian, cenderamata, dan banyak lagi. Selain itu, restoran dan gerai makan juga turut tersedia sebagai lokasi untuk anda menjamu selera setelah penat berjalan. Pengalaman membeli belah di jalanan sehingga awal pagi pasti menyeronokkan dan mampu menjadi kenangan manis untuk anda.

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 6 pm – 12 am
  • Sabtu – Ahad : 7.30 am – 12 pm

4. Pantai Desaru

Tempat-Menarik-Di-Johor-Pantai-Desaru
Sumber : ammboi

Sebuah pantai yang memiliki keluasan sepanjang 25 kilometer ini adalah salah satu tempat menarik di Johor yang perlu anda lawati. Pantai Desaru atau juga dikenali sebagai “Land of Casuarinas” sangat terkenal dengan pasir pantainya yang putih dan deretan pokok casuarina yang menghiasi sepanjang pantai. Ada yang memanggil pokok casuarina sebagai pokok rhu. Difahamkan dari situlah datangnya nama Desaru iaitu gabungan perkataan desa dan ru.

Antara aktiviti menarik yang terdapat di sini ialah snorkeling, berenang, menunggang kuda, jungle trecking, berkayak, memancing, dan bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan. Selain itu, kawasan Pantai Desaru juga terdapat banyak kemudahan penginapan seperti chalet, resort dan hotel yang menawarkan pelbagai pakej menarik dengan harga yang berpatutan.


5. Johor Premium Outlet (JPO)

Tempat-Menarik-Di-Johor-Johor-Premium-Outlet
Sumber : neo-craft

Sebuah pusat beli belah yang menawarkan barangan berjenama dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran luar. Johor Premium Outlet atau lebih dikenali sebagai JPO ini merupakan Premium Outlet cawangan pertama di Malaysia. Sejak di buka pada bulan Disember 2011, JPO sering dikunjungi pengunjung dari dalam mahupun luar negeri.

Apa yang menarik disini adalah susun atur lot kedai di JPO berbeza berbanding pusat beli belah yang lain di mana struktur bangunannya terbuka dan tidak berhawa dingin kecuali didalam kedai. Kebiasaannya barangan yang lama atau off session akan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu potongan harga dari 30% hingga 70%.

Waktu Operasi

  • 10 am – 10 pm (Setiap Hari)

6. Taman Buaya Teluk Sengat

Tempat-Menarik-Di-Johor-Taman-Buaya-Teluk-Sengat
Sumber : nadnodazizan

Terdapat kira-kira 1,000 ekor buaya di Taman Buaya Teluk Sengat ini yang terdiri daripada pelbagai species termasuklah buaya tua yang berusia 130 tahun. Kebanyakan buaya di sini adalah dari spesis buaya air tawar (Crocodylus Porosus). Untuk melihat sendiri haiwan pemangsa ini dengan lebih dekat, anda akan ditemani oleh penjaga buaya untuk menjelajah ke semua habitat sang bedal dari saiz kecil hinggalah yang paling besar. Sambil berjalan, petugas disini akan menerangkan serba sedikit infomasi mengenai kehidupan buaya. Selain itu, anda juga dibenarkan untuk pergi ke tepi air dan “mengacau” buaya serta berpeluang untuk bergambar dengan lebih dekat. Lokasi Taman Buaya Teluk Senget ini terletak di Jalan Sembilan, Kampung Belading.

Waktu Operasi

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM8
  • Kanak-Kanak – RM4

7. Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau-Rompin yang memiliki hutan hujan tropikal bertanah pamah ini terletak di sempadan negeri Pahang dan Johor kira-kira 35 km dari Bandar Rompin. Kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air sungai Endau-Rompin. Selain itu, taman yang berkeluasan 80,000 hektar ini telah menjadi habitat utama kepada tumbuhan dan haiwan untuk species mamalia, amfibia, serangga, burung, dan tumbuhan eksotik serta tumbuhan perubatan. Kemudahan asas seperti tempat parkir kenderaan, jambatan, pelantar, tandas, chalet, surau, cafe dan dewan turut tersedia untuk anda.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan disini antara melihat flora & fauna yang sangat indah, dan bermandi manda di jeram dan air terjun, berkhemah, Junggle Trekking, berkayak, dan mendaki bukit. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri kehidupan haiwan seperti hariamau, ungka, monyet, kijang, tapir, gajah dan banyak lagi. Untuk memasuki Taman Negara Endau-Rompin ini, anda perlu memiliki permit khas dari Johor National Park Corperation kerana kawasan ini dibuka terhad sebagai kawasan eko-pelancongan sahaja.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM2

8. Istana Bukit Serene

Tempat-Menarik-Di-Johor-Istana-Bukit-Serene
Sumber : submerryn

Istana Bukit Serene yang dibina pada tahun 1933 adalah sebuah istana milik kerajaan negeri Johor dan merupakan istana kediaman rasmi Sultan Johor. Kawasan yang berkeluasan 121.4 hektar ini telah menjadi salah satu tempat menarik di Johor dan mercu tanda tarikan pelancongan di Johor Bahru. Disini juga terdapat sebuah taman yang mempunyai landskap yang indah dan sering dijadikan lokasi upacara Diraja. Istana Bukit Serene sering dikunjungi para pelancong untuk sesi bergambar dan menyaksikan permandangan sekitar Danga Bay dan Selat Johor melalui puncak Bukit Serene.


9. Ostrich Farm Desaru

Tempat-Menarik-Di-Johor-Ostrich-Farm-Desaru

Ostrich Farm Desaru atau turut dikenali sebagai ladang ternakan burung unta ini terletak di Jalan Teluk Ramonia, Kampung Changi. Ladang ini telah menempatkan kira-kira 100 ekor burung unta dari pelbagai jenis baka dan usia. Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah menunggang burung unta. Pengalaman ini pasti menyeronokkan dan mampu menjadi kenangan manis untuk anda.

Selain itu, petugas disini juga sangat ramah dan akan menjadi pemandu pelancong peribadi untuk setiap pengunjung yang datang. Anda juga berpeluang merasai pelbagai jenis masakan yang berasaskan daging burung unta seperti telur dadar burung unta, sate burung unta, steak burung unta, dan banyak lagi. Kesemua makanan ini boleh didapati di medan selera yang terletak di dalam kawasan ladang. Terdapat juga kedai cenderamata di ladang untuk dijadikan sebagai kenangan.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM12
  • Kanak-kanak – RM8

10. Legoland Malaysia

Tempat-Menarik-Di-Johor-Legoland-Malaysia
Sumber : thejakartapost

Salah satu tarikan pelancongan terbaru di Johor Bahru adalah taman tema Legoland Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang menarik ditawarkan di sini. Antaranya seperti The Great LEGO Race, LEGO NINJAGO The Ride, The LEGO Academy, Dragon’s Apprentice, Wave Racer, The LEGO Movie 4D, dan banyak lagi. Kebanyakkan aktiviti di sini mempunyai kelainan tersendiri dan sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah golongan dewasa.

Legoland Malaysia ini terletak di Jalan Legoland, Nusajaya dan merupakan sebuah taman tema yang sangat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Untuk memperoleh keseronokan yang maksima, anda disarankan untuk menginap di Legoland Resort bagi menerokai segala tarikan yang menarik yang terdapat di Legoland. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • 1-Day Combo Ticket (Legoland Park + Waterpark) – Bermula RM 150
  • 1-Day Theme Park Ticket ( Theme Park) – Bermula RM 120
  • 1-Day Water Park Ticket ( Water Park) –  Bermula RM 82

11. Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad

Tempat-Menarik-Di-Johor-Bangunan-Dato’-Jaafar-Muhammad

Bangunan ini diberi nama Dato’ Jaafar Muhammad bagi menghargai dan menghormati jasa bakti Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Dato’ Jaafar Bin Haji Muhammad yang berkhidmat dari tahun 1886 hingga 1920. Reka bentuk dan senibina bangunan ini diilhamkan dari beberapa buah bangunan Inggeris yang unik dan mengagumkan iaitu Menara Empat, Hardwick Hall dan River Castle. Bangunan ini juga turut dikenali sebagai Muzium Tokoh Johor.

Selain penuh dengan kisah dan tinggalan sejarah, sekarang bangunan ini menempatkan pelbagai info mengenai sejarah orang orang kenamaan, pemimpin, pembesar Negeri Johor. Bagi mereka yang gemarkan sejarah silam, ingin tahu mengenai pemimpin Johor dari dulu hingga sekarang, ini adalah tempat yang paling sesuai. Lokasi bangunan ini terletak di atas Bukit Senyum di alamat JKR 514 Jalan Yahya Al Datar Johor Bahru.


12. Kelip-Kelip Bujang, Sg. Lebam

Tempat-Menarik-Di-Johor-Kelip-kelip-Bujang
Sumber : faizaleda

Selain dapat melihat permandangan kelip-kelip yang indah, anda juga berpeluang menikmati makan malam yang lazat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Laluan untuk sampai ke destinasi agak sunyi dan gelap kerana di dalam kawasan ladang kelapa sawit. Perkhidmatan bot yang disediakan untuk mengharungi Sungai Lebam ini dapat menempatkan 30 orang penumpang pada satu masa. Bot ini juga turut dilengkapi kerusi dan jaket keselamatan untuk kemudahan para pengunjung. Populasi kelip-kelip disini tidaklah sebanyak seperti di Kampung Kuantan yang terdapat dalam tempat menarik di selangor, tetapi ia sudah cukup untuk memberikan kenangan manis kepada anda. Kawasan Kelip-kelip Bujang ini terletak di Jalan Johor Silica, Sungai Lebam, Bandar Penawar.

Waktu Operasi 

  • 8.30 pm – 11.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM20
  • Kanak-kanak – RM15

13. Kulim Eco Trail Retreat

Tempat-Menarik-Di-Johor-Kulim-Eco-Trail-Retreat
Sumber : kulimecotrail

14. Muzium Nenas

Tempat-Menarik-Di-Johor-Muzium-Nenas
Sumber : attractionsinmalaysia

15. Sedili Wetland

Tempat-Menarik-Di-Johor-Sedili-Wetland
Sumber : mynatureexperiences

16. Taman Negara Tanjung Piai

Tempat-Menarik-Di-Johor-Taman-Negara-Tanjung-Piai
Sumber : malaysia.travel

17. Dataran Penggaram, Batu Pahat

Tempat-Menarik-Di-Johor-Dataran-Penggaram
Sumber : commons.wikimedia

18. Desaru Fruit Farm

Tempat-Menarik-Di-Johor-Desaru-Fruit-Farm
Sumber : pelanconganmerdeka

19. Zoo Johor

Tempat-Menarik-Di-Johor-Zao-Johor
Sumber : yousense.info

20. Bangunan Sultan Ibrahim

Tempat-Menarik-Di-Johor-Bangunan-Sultan-Ibrahim-1
Sumber : mypt3

21. Muzium Nelayan Tanjung Balau

Tempat-Menarik-Di-Johor-Muzium-Nelayan-Tanjung-Balau
Sumber : tourism.johor

22. Austin Height Water & Adventure Park

Tempat-Menarik-Di-Johor-Austin-Height-Water-Adventure-Park-1
Sumber : funtime

23. Muzium Warisan Tiong Hua

Tempat-Menarik-Di-Johor-Muzium-Warisan-Tiong-Hua
Sumber : travelmalaysia

24. Mini Kuso Trick Art Gallery

Tempat-Menarik-Di-Johor-Mini-Kuso-Trick-Art-Gallery
Categories: Percutian Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *