Negeri Johor Darul Takzim atau lebih dikenali dengan gelaran JDT merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian selatan semenanjung Malaysia. Di Johor juga terletaknya sempadan antara 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Selain itu, terdapat 10 daerah yang penuh dengan kepelbagaian dari sudut budaya dan etnik salah satunya adalah Bahasa Melayu dialek Johor-Riau yang menjadi bahasa komunikasi utama bagi penduduk tempatan.

Negeri yang terkenal dengan seni warisan tarian zapin ini menawarkan pelbagai lokasi pelancongan yang menarik untuk anda kunjungi samada destinasi percutian pantai, pulau, gunung, air terjun, taman tema, dan banyak lagi. Segala kemudahan yang terdapat di negeri Harimau Selatan ini juga sudah pasti dapat memberikan keseronokan untuk anda di sepanjang percutian. Untuk memudahkan dan melengkapkan lagi pakej percutian anda, Lokasi Percutian telah menyenaraikan kesemua tempat menarik di Johor untuk dijadikan panduan dan rujukan anda.

Senarai Tempat Menarik di Johor

1. Bandar Seramik, Ayer Hitam

Tempat Menarik di Johor
Sumber : mdyongpeng

Tempat Menarik di Johor : Bandar Seramik Ayer Hitam

Sebuah lokasi yang sangat popular dengan hasil seni kraftangan yang halus dan cantik iaitu barangan seramik dan tembikar. Bagi pengunjung yang bercuti di Ayer Hitam terutamanya kaum wanita, pasti akan rambang mata melihat pelbagai bentuk, warna dan jenis produk seramik yang ada di deretan kedai yang menghiasi sepanjang jalan. Ayer Hitam juga merupakan sebuat pusat industri seramik dan bahan-bahan yang berasaskan tanah liat sejak 1930-an lagi.

Kualiti barangan seramik seperti pasu hiasan, dan pinggan mangkuk disini sangat bermutu tinggi dan dijual dengan harga yang berpatutan. Selain dari barangan seramik, Ayer Hitam juga terkenal dengan makanan tradisional yang sesuai dijadikan kudapan seperti dodol, kerepek, dan pelbagai jenis asam.


2. Desaru Coast Adventure Water Park

Tempat Menarik di Johor
Sumber : lifestyle.okezone

Tempat Menarik di Johor : Desaru Coast Adventure Water Park

Sebuah pusat rekreasi taman tema air yang baru dibuka pada bulan Oktober 2018 ini merupakan sebuah taman tema air yang terbesar di Malaysia yang mana mampu menampung sehingga 12,000 orang pengunjung pada setiap hari. Kawasan yang berkeluasan 8.49 hektar ini juga turut menawarkan 20 jenis tarikan permainan yang berbeza dan menarik. Antara yang paling menjadi tumpuan para pengunjung adalah gelombang ombak setinggi 4 meter iaitu gelombang ombak buatan manusia yang tertinggi di dunia. Terdapat juga permainan ekstrem yang lain seperti The Tempest gelongsor air penurunan 24 kaki, Super Twister, Wild Whirl, Giant Water Slide, Riptide, dan banyak lagi.

Keselamatan para pengunjung juga terjamin kerana di Adventure Water Park Desaru Coast ini telah menempatkan seramai 100 orang petugas keselamatan (lifeguard) bagi memantau aktiviti para pengunjung dan sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Taman tema air ini terletak di Persiaran Pantai, Desaru Coast, Bandar Penawar. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari website.

Waktu Operasi

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

One Day Ticket

  • Dewasa (12 – 59 Tahun) : RM121
  • Kanak-Kanak (3 – 11 Tahun) : RM90
  • Kanak-Kanak (3 Tahun Dan Kebawah) : PERCUMA
  • Warga Emas (60 Tahun Dan Keatas) : RM90

Two Day Ticket

  • Dewasa (12 – 59 Tahun) : RM196
  • Kanak-Kanak (3 – 11 Tahun) : RM147
  • Kanak-Kanak (3 Tahun Dan Kebawah) : PERCUMA
  • Warga Emas (60 Tahun Dan Keatas) : RM147

Johor Splash Pass (Warga Johor Sahaja)

  • RM244 – Sepanjang Tahun

3. Bazar Karat, Johor Bahru

Tempat Menarik di Johor
Sumber : jalan2cuti2

Tempat Menarik di Johor : Bazar Karat JB

Salah satu tempat menarik di Johor yang perlu anda kunjungi adalah Barat Karat yang terletak di Jalan Segget, Johor Bahru. Bazar ini turut dikenali sebagai “JB Bazz” oleh masyarakat tempatan. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru ini sangat strategik kerana mempunyai kawasan parkir yang luas iaitu di sepanjang Jalan Segget, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Jalan Dobi, dan Jalan Tan Hiok Nee.

Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di Bazar Karat ini, antaranya seperti wangian, barangan terpakai, barangan antik, pakaian, cenderamata, dan banyak lagi. Selain itu, restoran dan gerai makan juga turut tersedia sebagai lokasi untuk anda menjamu selera setelah penat berjalan. Pengalaman membeli belah di jalanan sehingga awal pagi pasti menyeronokkan dan mampu menjadi kenangan manis untuk anda.

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 6 pm – 12 am
  • Sabtu – Ahad : 7.30 am – 12 pm

4. Pantai Desaru

Tempat Menarik di Johor
Sumber : ammboi

Tempat Menarik di Johor : Pantai Desaru

Sebuah pantai yang memiliki keluasan sepanjang 25 kilometer ini adalah salah satu tempat menarik di Johor yang perlu anda lawati. Pantai Desaru atau juga dikenali sebagai “Land of Casuarinas” sangat terkenal dengan pasir pantainya yang putih dan deretan pokok casuarina yang menghiasi sepanjang pantai. Ada yang memanggil pokok casuarina sebagai pokok rhu. Difahamkan dari situlah datangnya nama Desaru iaitu gabungan perkataan desa dan ru.

Antara aktiviti menarik yang terdapat di sini ialah snorkeling, berenang, menunggang kuda, jungle trecking, berkayak, memancing, dan bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan. Selain itu, kawasan Pantai Desaru juga terdapat banyak kemudahan penginapan seperti chalet, resort dan hotel yang menawarkan pelbagai pakej menarik dengan harga yang berpatutan.


5. Johor Premium Outlet (JPO)

Tempat Menarik di Johor
Sumber : neo-craft

Tempat Menarik di Johor : Johor Premium Outlets

Sebuah pusat beli belah yang menawarkan barangan berjenama dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran luar. Johor Premium Outlet atau lebih dikenali sebagai JPO ini merupakan Premium Outlet cawangan pertama di Malaysia. Sejak di buka pada bulan Disember 2011, JPO sering dikunjungi pengunjung dari dalam mahupun luar negeri.

Apa yang menarik disini adalah susun atur lot kedai di JPO berbeza berbanding pusat beli belah yang lain di mana struktur bangunannya terbuka dan tidak berhawa dingin kecuali didalam kedai. Kebiasaannya barangan yang lama atau off session akan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu potongan harga dari 30% hingga 70%.

Waktu Operasi

  • 10 am – 10 pm (Setiap Hari)

6. Taman Buaya Teluk Sengat

Tempat Menarik di Johor
Sumber : nadnodazizan

Tempat Menarik di Johor : Taman Buaya Teluk Sengat

Terdapat kira-kira 1,000 ekor buaya di Taman Buaya Teluk Sengat ini yang terdiri daripada pelbagai species termasuklah buaya tua yang berusia 130 tahun. Kebanyakan buaya di sini adalah dari spesis buaya air tawar (Crocodylus Porosus). Untuk melihat sendiri haiwan pemangsa ini dengan lebih dekat, anda akan ditemani oleh penjaga buaya untuk menjelajah ke semua habitat sang bedal dari saiz kecil hinggalah yang paling besar. Sambil berjalan, petugas disini akan menerangkan serba sedikit infomasi mengenai kehidupan buaya. Selain itu, anda juga dibenarkan untuk pergi ke tepi air dan “mengacau” buaya serta berpeluang untuk bergambar dengan lebih dekat. Lokasi Taman Buaya Teluk Senget ini terletak di Jalan Sembilan, Kampung Belading.

Waktu Operasi

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM8
  • Kanak-Kanak – RM4

7. Taman Negara Endau-Rompin

Tempat Menarik di Johor

Tempat Menarik di Johor : Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau-Rompin yang memiliki hutan hujan tropikal bertanah pamah ini terletak di sempadan negeri Pahang dan Johor kira-kira 35 km dari Bandar Rompin. Kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air sungai Endau-Rompin. Selain itu, taman yang berkeluasan 80,000 hektar ini telah menjadi habitat utama kepada tumbuhan dan haiwan untuk species mamalia, amfibia, serangga, burung, dan tumbuhan eksotik serta tumbuhan perubatan. Kemudahan asas seperti tempat parkir kenderaan, jambatan, pelantar, tandas, chalet, surau, cafe dan dewan turut tersedia untuk anda.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan disini antara melihat flora & fauna yang sangat indah, dan bermandi manda di jeram dan air terjun, berkhemah, Junggle Trekking, berkayak, dan mendaki bukit. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri kehidupan haiwan seperti hariamau, ungka, monyet, kijang, tapir, gajah dan banyak lagi. Untuk memasuki Taman Negara Endau-Rompin ini, anda perlu memiliki permit khas dari Johor National Park Corperation kerana kawasan ini dibuka terhad sebagai kawasan eko-pelancongan sahaja.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak – RM2

8. Istana Bukit Serene

Tempat Menarik di Johor
Sumber : submerryn

Tempat Menarik di Johor : Istana Bukit Serene

Istana Bukit Serene yang dibina pada tahun 1933 adalah sebuah istana milik kerajaan negeri Johor dan merupakan istana kediaman rasmi Sultan Johor. Kawasan yang berkeluasan 121.4 hektar ini telah menjadi salah satu tempat menarik di Johor dan mercu tanda tarikan pelancongan di Johor Bahru. Disini juga terdapat sebuah taman yang mempunyai landskap yang indah dan sering dijadikan lokasi upacara Diraja. Istana Bukit Serene sering dikunjungi para pelancong untuk sesi bergambar dan menyaksikan permandangan sekitar Danga Bay dan Selat Johor melalui puncak Bukit Serene.


9. Ostrich Farm Desaru

Tempat Menarik di Johor

Tempat Menarik di Johor : Desaru Ostrich Farm

Ostrich Farm Desaru atau turut dikenali sebagai ladang ternakan burung unta ini terletak di Jalan Teluk Ramonia, Kampung Changi. Ladang ini telah menempatkan kira-kira 100 ekor burung unta dari pelbagai jenis baka dan usia. Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah menunggang burung unta. Pengalaman ini pasti menyeronokkan dan mampu menjadi kenangan manis untuk anda.

Selain itu, petugas disini juga sangat ramah dan akan menjadi pemandu pelancong peribadi untuk setiap pengunjung yang datang. Anda juga berpeluang merasai pelbagai jenis masakan yang berasaskan daging burung unta seperti telur dadar burung unta, sate burung unta, steak burung unta, dan banyak lagi. Kesemua makanan ini boleh didapati di medan selera yang terletak di dalam kawasan ladang. Terdapat juga kedai cenderamata di ladang untuk dijadikan sebagai kenangan.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM12
  • Kanak-kanak – RM8

10. Legoland Malaysia

Tempat Menarik di Johor
Sumber : thejakartapost

Tempat Menarik di Johor : Legoland Malaysia Resort

Salah satu tarikan pelancongan terbaru di Johor Bahru adalah taman tema Legoland Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang menarik ditawarkan di sini. Antaranya seperti The Great LEGO Race, LEGO NINJAGO The Ride, The LEGO Academy, Dragon’s Apprentice, Wave Racer, The LEGO Movie 4D, dan banyak lagi. Kebanyakkan aktiviti di sini mempunyai kelainan tersendiri dan sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah golongan dewasa.

Legoland Malaysia ini terletak di Jalan Legoland, Nusajaya dan merupakan sebuah taman tema yang sangat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Untuk memperoleh keseronokan yang maksima, anda disarankan untuk menginap di Legoland Resort bagi menerokai segala tarikan yang menarik yang terdapat di Legoland. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website.

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • 1-Day Combo Ticket (Legoland Park + Waterpark) – Bermula RM 150
  • 1-Day Theme Park Ticket ( Theme Park) – Bermula RM 120
  • 1-Day Water Park Ticket ( Water Park) –  Bermula RM 82

11. Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad

Tempat Menarik di Johor

Tempat Menarik di Johor : Bangunan Dato Jaafar Muhammad

Bangunan ini diberi nama Dato’ Jaafar Muhammad bagi menghargai dan menghormati jasa bakti Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Dato’ Jaafar Bin Haji Muhammad yang berkhidmat dari tahun 1886 hingga 1920. Reka bentuk dan senibina bangunan ini diilhamkan dari beberapa buah bangunan Inggeris yang unik dan mengagumkan iaitu Menara Empat, Hardwick Hall dan River Castle. Bangunan ini juga turut dikenali sebagai Muzium Tokoh Johor.

Selain penuh dengan kisah dan tinggalan sejarah, sekarang bangunan ini menempatkan pelbagai info mengenai sejarah orang orang kenamaan, pemimpin, pembesar Negeri Johor. Bagi mereka yang gemarkan sejarah silam, ingin tahu mengenai pemimpin Johor dari dulu hingga sekarang, ini adalah tempat yang paling sesuai. Lokasi bangunan ini terletak di atas Bukit Senyum di alamat JKR 514 Jalan Yahya Al Datar Johor Bahru.


12. Kelip-Kelip Bujang, Sg. Lebam

Tempat Menarik di Johor
Sumber : faizaleda

Tempat Menarik di Johor : Kelip-kelip Bujang Sungai Lebam

Selain dapat melihat permandangan kelip-kelip yang indah, anda juga berpeluang menikmati makan malam yang lazat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Laluan untuk sampai ke destinasi agak sunyi dan gelap kerana di dalam kawasan ladang kelapa sawit. Perkhidmatan bot yang disediakan untuk mengharungi Sungai Lebam ini dapat menempatkan 30 orang penumpang pada satu masa. Bot ini juga turut dilengkapi kerusi dan jaket keselamatan untuk kemudahan para pengunjung. Populasi kelip-kelip disini tidaklah sebanyak seperti di Kampung Kuantan yang terdapat dalam tempat menarik di selangor, tetapi ia sudah cukup untuk memberikan kenangan manis kepada anda. Kawasan Kelip-kelip Bujang ini terletak di Jalan Johor Silica, Sungai Lebam, Bandar Penawar.

Waktu Operasi 

  • 8.30 pm – 11.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM20
  • Kanak-kanak – RM15

13. Kulim Eco Trail Retreat

Tempat Menarik di Johor
Sumber : kulimecotrail

Tempat Menarik di Johor : Kulim Eco Trail Retreat

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar, anda boleh berkunjung ke Kulim Eco Trail Retreat yang terletak di Ladang Basir Ismail, Kota Tinggi. Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan disini seperti berkayak, berakit, meluncur air, flying fox, aktiviti memanjat pokok, dan banyak lagi di mana sangat sesuai dilakukan secara berkumpulan. Lokasi ini sering menjadi destinasi tumpuan untuk beriadah dan juga sebagai tempat team building dan hari keluarga.

Kawasan persekitaran yang terletak berhampiran Sungai Johor ini mampu memberikan ketenangan kepada para pengunjung di samping dihiasi permandangan indah alam semulajadi yang menghijau. Terdapat kira-kira 20 aktiviti menarik menanti para pengunjung dan semestinya mampu memberikan kepuasan dan keseronokan yang maksima. Tempat penginapan juga turut tersedia bagi anda yang ingin bermalam disini.

Waktu Operasi 

  • 8.30 am – 5.30 pm (Isnin – Sabtu)
  • 8.30 am – 12.30 pm (Ahad)

Bayaran Tiket

  • Setiap pakej menawarkan harga yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, sila layari website

14. Muzium Nenas

Tempat Menarik di Johor
Sumber : attractionsinmalaysia

Tempat Menarik di Johor : Muzium Nanas

Salah satu muzium yang unik dan menarik boleh anda lawati semasa berada di negeri Johor adalah Muzium Nenas yang terletak di Jalan Pontian, Pekan Nanas. Pontian dipilih sebagai lokasi Muzium Nenas kerana Pontian pernah menjadi pengeluar nenas terbesar di Malaysia. Muzium ini juga merupakan satu-satunya muzium yang didedikasikan kepada buah-buahan tropika.

Terdapat pelbagai koleksi, sejarah, dan info mengenai industri nenas yang dipamerkan di muzium ini. Anda juga berpeluang melihat produk-produk yang dihasilkan daripada nenas seperti jus, makanan dalam tin, jem, dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh mengenali peralatan dan mesin yang digunakan untuk menanam dan memproses nenas mengikut peredaran zaman iaitu sejak daripada bermulanya nenas ditanam di Malaysia hingga sekarang. Pengunjung turut berpeluang untuk mempelajari teknik menghasilkan benang daripada daun nenas yang kemudiannya digunakan untuk membuat baju.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 5 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • RM2/ Seorang

15. Sedili Wetland

Tempat Menarik di Johor
Sumber : mynatureexperiences

Tempat Menarik di Johor : Sedili Wetland

Sedili Wetland merupakan sebuah lokasi eko-pelancongan yang berasaskan eko-sistem alam semulajadi yang sesuai untuk pengunjung yang gemarkan alam sekitar yang tenang dan damai. Tarikan pelancongan yang terletak di Kampung Belukar Durian, Tanjung Sedili ini menawarkan pengalaman percutian unik dan menarik berbeza dengan suasan di bandar. Pengunjung berpeluang meneroka kawasan yang dipenuhi tumbuhan paya bakau, nipah, dan rasau. Anda juga boleh melakukan aktiviti memancing di Sungai Sedili yang mempunyai persekitaran dan permandangan yang cantik. Selain dari memancing, banyak lagi aktiviti menarik yang lain termasuk meredah hutan paya bakau, sungai safari, berkhemah, menyusuri sungai, berbasikal, berkayak, melawat bengkel kraf tangan, pusat penternakan belangkas, dan kilang keropok lekor.

Disini juga turut menyediakan penginapan seperti asrama dan chalet bagi kemudahan dan keselesaan para pengunjung. Wetlands ini akan menerima kunjungan ramai pihak ketika musim cuti sekolah dan cuti umum. Untuk maklumat lanjut, sila KLIK

Waktu Operasi 

  • Setiap Hari

Bayaran Tiket

Sewa Penginapan

  • Chalet A – RM120
  • Chalet B – RM150
  • Chalet C – RM100
  • Asrama/ Dorm – RM400 (max 40 orang)

16. Taman Negara Tanjung Piai

Tempat Menarik di Johor
Sumber : malaysia.travel

Tempat Menarik di Johor : Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan di Benua Asia dan juga tempat di mana menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi seperti hutan tropika, tumbuhan paya bakau, dan hidupan flora & fauna. Disini juga menempatkan mercu tanda penghujung daratan Benua Asia di dalam peta dunia. Laluan pejalan kaki turut disediakan bagi memudahkan para pengunjung meneroka serta menikmati permandangan tepi laut yang cukup indah.

Keluasan kawasan ini terbahagi kepada dua iaitu 400 hektar kawasan tanah lembut dan berlumpur manakala 526 hektar kawasan bakau yang menempatkan kira-kira 29 species tumbuhan bakau. Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan adalah berkhemah, memancing, sesi bergambar, meneroka hutan bakau, laluan berhalangan, dan melihat pelbagai species tumbuhan dan hidupan.

Waktu Operasi 

  • Isnin – Khamis : 9 am – 5 pm
  • Jumaat – Ahad : 8.30 am – 6 pm

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM5.30
  • Pelajar – RM3.20
  • Warga Emas – RM3.20
  • Kanak-kanak ( 6 Tahun Kebawah) – PERCUMA
  • Tiket Memancing – RM5.30

17. Dataran Penggaram, Batu Pahat

Tempat Menarik di Johor
Sumber : commons.wikimedia

Tempat Menarik di Johor : Dataran Penggaram Batu Pahat

Sesuai dijadikan tempat untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan di waktu malam. Dataran Penggaram atau lebih dikenali sebagai Dataran Batu Pahat merupakan lokasi ikonik di Batu Pahat. Ini kerana terdapat sebuah tugu yang kelihatan seperti batu yang dipahat oleh sepasang tangan. Tempat ini juga sering menjadi lokasi untuk menyambut perayaan dan festival seperti Hari Kemerdekaan. Dataran Batu Pahat yang terletak di Jalan Rahmat, Kampung Bahagia ini akan dipenuhi oleh para pengunjung pada setiap hujung minggu dan cuti umum. Terdapat gerai-gerai di persekitaran dataran yang menawarkan pelbagai makanan menarik.


18. Desaru Fruit Farm

Sumber : pelanconganmerdeka

Tempat Menarik di Johor : Desaru Fruit Farm

Desaru Fruit Farm terletak di atas tanah seluas 180 ekar, dengan pelbagai jenis pokok yang menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan tropika. Ladang buah ini terkenal kerana telah memenangi anugerah “Best Agro-Tourism Site” pada tahun 2006. Para pengunjung dapat mengenali dan ketahui lebih lanjut mengenai buah-buahan tropika yang terdapat di Malaysia dan di dunia. Di ladang buah ini juga turut menawarkan lawatan berpandu dan pengenalan ringkas mengenai buah-buahan seperti nanas, rambutan, betik, jambu, durian, pisang, mangga dan lain-lain, diikuti dengan banyak perhentian di galeri pertanian, sayuran dan taman herba dan zoo petting.

Sepanjang lawatan, pemandu pelancong akan memberikan penerangan berkenaan setiap jenis buah tropika, musimnya, kaedah penanaman dan yang paling penting adalah cara bagaimana untuk mengenal pokok. Galeri pertanian adalah di mana pelawat akan ditunjukkan artifak yang ditinggalkan oleh sektor pertanian yang sedang berkembang, dan mempelajari tentang ciri-ciri kacukan buah-buahan tropika. Di Zoo Petting pula menempatkan pelbagai haiwan seperti arnab, ular, kura-kura, burung unta dan haiwan ladang lain.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 7 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM18
  • Kanak-Kanak – RM12

19. Zoo Johor

Sumber : yousense.info

Tempat Menarik di Johor : Zoo Johor

Zoo Johor dianggap sebagai salah satu zoo tertua di Malaysia kerana ia dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih daripada 100 spesies haiwan yang hidup di Zoo Johor termasuk beberapa spesies terancam seperti gorila, gajah, flamingo, kuda, singa dan banyak lagi. Kawasan persekitaran zoo ini juga bersih dan teratur dengan baik serta terdapat kemudahan gerai makan yang terletak berdekatan. Semestinya ia menjadi tempat kegemaran dan sesuai untuk keluarga terutamanya kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga beberapa pertunjukan haiwan di persembahkan sebagai hiburan kepada para pengunjung.

Anda turut berpeluang memberi makan dan berinteraksi dengan lebih dekat dengan haiwan-haiwan jinak di sini. Makanan haiwan boleh dibeli di kedai yang berhampiran. Zoo Johor ini terletak di Jalan Gertak Merah, Jalan Istana dan merupakan salah satu tempat menarik di Johor yang mesti anda kunjungi.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM2
  • Kanak-Kanak – RM1
  • OKU – PERCUMA
  • Makanan Haiwan – RM3

20. Bangunan Sultan Ibrahim

Sumber : mypt3

Tempat Menarik di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim

Bangunan Sultan Ibrahim dibina antara 1936 dan 1939, secara rasminya dibuka pada tahun 1940 oleh Sultan Ibrahim sendiri. Uniknya bangunan ini adalah mempunyai gabungan seni bina Barat dan Melayu. Bangunan ini juga merupakan mercu tanda di Johor Bahru kerana ia merupakan bangunan tertinggi semasa era pra-kemerdekaan. Semasa pencerobohan Jepun, bangunan ini telah diambil alih oleh tentera Jepun untuk digunakan sebagai kubu dan pusat arahan untuk mengintip British di Singapura. Disebabkan itu, bangunan ini telah rosak dan kesan dari peperangan itu masih boleh dilihat sehingga kini.

Selepas peninggalan pihak Jepun, bangunan ini menjadi pusat pemerintahan Johor yang menempatkan pejabat Ketua Menteri dan Dewan Perhimpunan Negeri sehingga kedua-duanya berpindah ke Kota Iskandar pada tahun 2009. Bangunan ini terletak di Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru.

Waktu Operasi 

  • 8 am –  pm : Isnin –  Jumaat

21. Muzium Nelayan Tanjung Balau

Sumber : tourism.johor

Tempat Menarik di Johor : Muzium Nelayan Tanjung Balau

Para pengunjung dapat mengimbau kembali zaman perikanan tradisional di Malaysia dengan berkunjung ke Muzium Nelayan Tanjung Balau yang terletak di Jalan Dato Hj Hassan Yunus, Bandar Penawar. Ia merupakan satu-satunya tarikan yang tidak hanya di Johor tetapi juga di Malaysia. Muzium ini dibuka pada tahun 1992 dan telah menarik ramai pengunjung samada dari dalam mahu pun luar negara.

Antara koleksi yang dipamerkan di muzium ini seperti peralatan menangkap ikan tradisional iaitu bubu, jala, dan pukat. Terdapat juga pameran bot nelayan lama yang digunakan oleh para nelayan untuk mencari rezeki di perairan Pantai Timur. Selain itu, anda juga berpeluang melihat dan mengenali replika-replika kapal yang wujud di dunia seawal tahun 1800-an lagi. Muzium Nelayan Tanjung Balau menjadi salah satu tempat menarik di Johor kerana pengunjung dapat mengetahui kehidupan masyarakat nelayan serta rutin harian mereka yang telah diterjemahkan di dalam setiap pameran.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • RM4/ Seorang

22. Austin Height Water & Adventure Park

Sumber : funtime

Tempat Menarik di Johor : Austin Heights Water Adventure Park

Mula beroperasi pada 19 Disember 2015, Austin Heights Water & Adventure Park adalah destinasi yang mesti dikunjungi di Johor Bahru dan merupakan salah satu tempat menarik di Johor. Ia adalah taman tema air yang popular yang terletak di Jalan Mutiara Emas 8/1, Taman Mount Austin, Tebrau. Selain mempunyai Taman Tema Air, terdapat juga Adventure Park dan Sport & Leisure Park yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Antara tarikan utama di Austin Heights Water & Adventure Park ini adalah permainan air seperti Hola-Flora Tots Play, Splash World, Supersurf, Rainbow Hood, G-Force Alley, Uphill Battle, Racer Bowl, Austin Wave Pool, Lazy River, dan banyak lagi. Ia juga sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.

Waktu Operasi 

Taman Tema Air

  • 10 am – 7 pm 

Adventure Park

  • 10 am – 6 pm 

Sport & Leisure Park

  • 10 am – 10 pm 

Bayaran Tiket

Taman Tema Air

  • 120cm Keatas – RM80
  • 120 cm Kebawah – RM70
  • Kanak-Kanak (3 Tahun Kebawah) – RM12
  • Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM70

Untuk Harga Tiket Adventure Park dan Sport & Leisure Park boleh layari website.


23. Muzium Warisan Tiong Hua

Sumber : travelmalaysia

Tempat Menarik di Johor : Muzium Warisan Tiong Hua

Muzium Warisan Cina atau lebih dikenali sebagai Muzium Warisan Tiong Hua ini terletak di bangunan kedai 4-tingkat di Jalan Ibrahim. Dahulunya bangunan ini telah diduduki oleh Persatuan Tiong Hua. Terdapat pelbagai jenis pameran yang boleh dilihat seperti manuskrip, kesenian muzik, kebudayaan, artifak, maklumat dan gambaran visual tentang kehidupan dan perkembangan masyarakat Cina mengikut peredaran zaman seperti di dalam tempoh kolonial, pencerobohan Jepun, pemberontakan komunis dan era kemerdekaan. Selain itu, terdapat kira-kira 300 barangan antik dan koleksi lama di dalam muzium warisan ini.

Di sini, anda dapat mengetahui bagaimana orang-orang Cina berhijrah ke sini dan apa yang mereka lakukan untuk mencapai apa yang telah mereka capai di tanah asing ini.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 5 pm (Selasa – Ahad)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM3
  • Kanak-kanak – RM1

24. Mini Kuso Trick Art Gallery

Tempat Menarik di Johor : Mini Kuso Trick Art Gallery

Galeri Seni Kuso Trick merupakan lukisan 3D pertama di Johor Bahru. Di galeri ini, terdapat pelbagai seni interaktif dipamerkan antaranya Lukisan 3D, Prop, Mask dan banyak lagi. Mini Kuso Trick Art Gallery ini terletak di Jalan Mutiara Emas 10/2, Tebrau.

Muzium ini juga terbahagi kepada 5 galeri yang mempunyai tema yang berbeza iaitu Be Funny, Scene Excitement, Horror Room, Romantic Love & Sweet Moment. Bermacam prop disediakan bagi menampakkan gambar yang diambil oleh para pengunjung lebih realistik. Lokasi ini sangat sesuai dikunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Johor.

Waktu Operasi 

  • 11 am – 8 pm (Ahad – Khamis)
  • 11 am – 9 pm (Jumaat – Sabtu)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM22
  • Kanak-kanak – RM16
  • Warga Emas – RM16
  • Kanak-kanak (110cm Kebawah) – PERCUMA

25. Nasuha Herbs & Spice Farm

Tempat Menarik di Johor : Taman Herba Nasuha

Ramai yang beranggapan lokasi seperti ladang dan kebun kurang menarik untuk dijadikan lokasi jalan-jalan bersama keluarga. Namun persepsi anda mungkin berubah setelah berkunjung ke Ladang Herba & Rempah Nasuha yang terletak di Jalan Muar-Pagoh, Muar ini. Ladang yang berkeluasan 1,295 hektar ini telah menempatkan kira-kira 6,000 species rempah dan herba dari seluruh dunia. ia juga merupakan ladang herba terbesar di Asia Tenggara.

Hampir separuh daripada rempah dan herba yang terdapat di ladang ini adalah berasal dari Eropah, Afrika, dan serata Asia. Antara tarikan utama di ladang ini adalah Restoran Herba yang memiliki seni bina dan dekorasi dalaman yang mampu memukau setiap pengunjung. Pelbagai menu istimewa ditawarkan di restoran ini antaranya beriani herba ayam, asam pedas kambing Barbados, sup herba, dan banyak lagi. Selain itu, kemudahan lain turut disediakan seperti pakej penginapan, urutan badan, sauna, dan mandi bunga.

Waktu Operasi 

  • 10.30 am – 6.30 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • PERCUMA
  • Untuk pakej penginapan boleh layari website.

26. Muzium Kota Tiggi

Sumber : johor.attractionsinmalaysia

Tempat Menarik di Johor : Muzium Kota Tinggi

Muzium Kota Tinggi mempunyai keunikan dan signifikan yang tersendiri kerana kaya dengan hasil tinggalan sejarah zaman pemerintahan Kerajaan Johor Lama yang bermula selepas kejatuhan empayar Melaka kepada tentera Portugis pada tahun 1511. Muzium ini juga berperanan sabagai pusat penyimpanan dan penyebaran maklumat mengenai sejarah terutamanya sejarah negeri Johor.

Muzium yang terletak di Jalan Laksamana, Kota Tinggi ini dibina di atas sebuah bangunan dua tingkat yang terbahagi kepada beberapa bahagian pameran. Antaranya lukisan kanvas, barangan tembikar antik, senjata lama, dan peralatan muzik purba yang jarang ditemui.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 4 pm (Sabtu – Khamis)
  • Jumaat – TUTUP

Bayaran Tiket

  • PERCUMA

27. Air Terjun Kota Tinggi

Tempat Menarik di Johor : Air Terjun Kota Tinggi

Bagi anda yang inginkan suasana yang tenang dan damai, Air Terjun Kota Tinggi adalah lokasi yang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian anda. Selain dapat menikmati keindahan alam semulajadi, udara disini juga sangat menyegarkan kerana terletak hanya 34 meter dari Gunung Panti. Air Terjun Kota Tinggi ini sangat sesuai dikunjungi bersama keluarga kerana memiliki kawasan air terjun yang landai dan bersesuaian untuk semua golongan termasuk kanak-kanak.

Kawasan rekreasi ini juga dilengkapi dengan pelbagai jenis gelongsor air yang menarik untuk kegunaan para pengunjung. Gelongsor air ini merupakan salah satu permainan dan tarikan utama di Air Terjun Kota Tinggi. Lokasi penginapan juga turut disediakan bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini untuk menikmati keindahan alam rimba.

Waktu Operasi 

  • 8 am – 7 pm (Setiap Hari)

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM7
  • Kanak-kanak (4-12 Tahun) – RM3
  • Kanak-kanak (85cm Kebawah) – PERCUMA
  • Parkir Kereta – RM3
  • Parkir Motosikal – RM1

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Perak


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!