
Taman Negara Endau-Rompin ini dianggarkan telah berumur 250 juta tahun dan merupakan salah satu hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Taman negara yang memiliki keluasan keseluruhan kira-kira 50,000 hektar ini mempunyai khazanah rimba yang bernilai dan berharga untuk negara. Antaranya ialah kebudayaan Orang Asli dan pelbagai hidupan flora & fauna eksotik yang sukar ditemui di negara lain. Selain menjadi rumah semulajadi kepada hidupan, kawasan taman negara juga meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin.
Kawasan ini telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang masyhur di Malaysia terutamanya bagi golongan pencinta alam semulajadi. Ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi para pelancong. Kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke perkampungan puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan dan juga legenda yang tersendiri.

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Taman Negara Endau-Rompin terletak di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan negeri Pahang. Terdapat 2 pintu masuk utama untuk ke Taman Negara Endau-Rompin iaitu melalui Peta dan Selai. Pengunjung diwajibkan mendaftar terlebih dahulu di Perbadanan Taman Negara Johor bagi mendapatkan permit dan lesen untuk masuk ke taman negara. Tanpa permit pengunjung dilarang dan tidak dibenarkan masuk.


Terdapat pelbagai cara untuk anda pergi ke Taman Negara Endau-Rompin samada memandu kenderaan sendiri atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi.
Pintu Masuk Peta
Jika memandu sendiri dari Bandaraya Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan susur keluar ke Ayer Hitam. Kadar bayaran tol dari plaza tol Sungai Besi hingga plaza tol Ayer Hitam adalah RM31.60 sehala. Seterusnya, sambung perjalanan anda menuju ke bandar Kahang dan menaiki kenderaan 4×4 ke Kampung Peta. Bagi yang menaiki bas, anda perlu turun di Bandar Kahang.
- Alamat : Pejabat Pendaftaran Taman Negara Johor Endau Rompin (Peta), No 11, Jalan Bawal 1, Taman Kahang Baru Kahang, 86700 Kluang, Johor
- Google Maps : KLIK
Pintu Masuk Selai
Bagi anda yang menggunakan pengangkutan awam boleh turun di stesen berikut ;
- KTM Berhad – Dari KL Sentral turun di Stesen Bekok.
- Bas Express- Dari KL turun di Yong Peng/Segamat ambil teksi atau bas tempatan ke Pekan Chaah dan terus ke Pekan Bekok
Manakala pemanduan sendiri dari Kuala Lumpur perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan susur keluar ke Yong Peng. Bayaran tol sebanyak RM28.90 sehala dari Plaza tol Sungai Besi.
- Alamat : Taman Negara Endau Rompin Selai, Kampung Bekok, 85400 Bekok, Johor
- Google Maps : KLIK
Waktu Operasi
- 8 am – 5 pm (Setiap Hari)
- Tutup Pada Musim Hujan (November – Mac)
Peta Ke Taman Negara Endau Rompin

Aktiviti Menarik di Taman Negara Endau-Rompin
Taman Negara Endau-Rompin adalah lokasi percutian yang sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak dan ingin menikmati alam semulajadi yang sangat mempesonakan. Selain itu, kawasan persekitaran yang sangat luas ini kaya dengan pelbagai hidupan flora dan fauna yang eksotik dan menjadi rumah yang besar kepada haiwan liar seperti spesies mamalia, burung, serangga, reptilia, amfibia, pelbagai orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok.
Para pengunjung dapat meneroka hutan hujan tropika sambil menikmati permandangan alam semulajadi yang indah dan menghirup udara yang sangat segar. Anda juga berpeluang untuk menyaksikan hidupan liar seperti gajah, harimau, monyet daun, rusa, tapir, ungka, harimau bintang, dan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia.

Selain itu, anda juga boleh merasai kesejukan dan kejernihan air sungai dengan aktiviti mandi-manda di air terjun. Terdapat banyak kawasan sungai, jeram, dan air terjun di taman negara ini. Tetapi air terjun yang paling popular dan mencuri tumpuan para pengunjung adalah Air Terjun Buaya Sangkut yang memiliki ketinggian 120 meter dan merupakan air terjun yang tercantik di Taman Negara Endau-Rompin.

Percutian rimba sangat sinonim dengan aktiviti berkhemah. Anda dapat merasai pengalaman survival yang pasti menyeronokkan dan menjadi salah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Terdapat 4 tapak perkhemahan utama iaitu Batu Hampar, Kuala Jasin, Kuala Marong, dan Upeh Guling yang mampu menampung seramai 300 orang pengunjung dalam satu masa. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan seperti ;
- Merentas Hutan
- Berkayak
- Mendaki Bukit
- Sesi Bergambar
- Memancing
- Memberi Makan Ikan
- Memerhati Burung
- Bermain Tubing
- Kajian dan Penyelidikan
- Mountain Bike




Kemudahan di Taman Negara Endau-Rompin
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan oleh pihak pengurusan bagi memastikan keselesaan para pengunjung. Antaranya seperti ;
- Surau
- Tandas
- Dewan Makan Terbuka
- Wakaf
- Tempat BBQ
- Jambatan Gantung
- Bekalan Elektrik
- Tempat Memasak
- Tapak Perkhemahan
Bagi yang merancang untuk bercuti di Taman Negara Endau-Rompin, boleh layari website untuk mengetahui pakej-pakej yang menarik dan tawaran istimewa. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Jelawang Pipe Resort Extreme Park, Kelantan