
Taman Herba yang dimiliki dan diusahakan oleh Encik Nasuha Kasian ini mampu menghasilkan kira-kira 6-10 tan metrik bahan mentah herba dan rempah untuk dipasarkan ke dalam dan luar negara. Struktur geografi ladang yang berbukit ini menjadikan hasil tanaman di sini segar tanpa menggunakan baja kimia dan racun.
Ramai yang beranggapan lokasi seperti ladang dan kebun kurang menarik untuk dijadikan lokasi jalan-jalan bersama keluarga. Namun persepsi anda mungkin berubah setelah berkunjung ke Ladang Herba & Rempah Nasuha yang terletak di Jalan Muar-Pagoh, Muar ini. Ladang yang berkeluasan 3,200 hektar ini telah menempatkan kira-kira 150 species rempah dan herba dari seluruh dunia. Ia juga merupakan ladang herba terbesar di Asia Tenggara. Hampir separuh daripada rempah dan herba yang terdapat di ladang ini adalah berasal dari Eropah, Afrika, dan serata Asia.
Cara Menuju Ke Destinasi
Jika perjalanan dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke Pagoh. Kadar tol dari Plaza Tol Sungai Besi hingga Plaza Tol Pagoh ialah RM23.10 untuk sehala. Setelah sampai di simpang 3 lampu isyarat, belok ke kiri dan teruskan perjalanan kira-kira 3km untuk sampai ke destinasi yang terletak di sebelah kiri jalan.
- Alamat : Jalan Muar, 84500 Muar, Johor, Malaysia
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 06-9737231
Waktu Operasi
- 10.30 am – 6.30 pm (Setiap Hari)

Harga Tiket Taman Herba Nasuha
Apa yang menarik, pengunjung tidak dikenakan bayaran untuk lawatan ke taman herba ini. Ia adalah PERCUMA. Bagi anda yang ingin bermalam dan meluangkan lebih masa di sini, sila layari website untuk menempah dan menyemak harga tempat penginapan yang disediakan.
Aktiviti Menarik di Taman Herba Nasuha
Antara tarikan utama di ladang ini adalah Restoran Herba yang memiliki seni bina dan dekorasi dalaman yang mampu memukau setiap pengunjung. Pengunjung juga berpeluang merasai pelbagai menu istimewa ditawarkan di restoran ini antaranya beriani herba ayam, asam pedas kambing Barbados, sup herba, dan banyak lagi.


Sebelum anda meneroka taman herba, sedikit penerangan akan diberikan mengenai ladang herba dan produk herba Nasuha oleh staf yang bertugas. Disamping itu, pengunjung juga boleh mencuba minuman air herba yang disediakan secara percuma.

Bagi lawatan ke ladang herba dan rempah, anda akan dibawa dengan menaiki kenderaan khas untuk melihat pelbagai pokok herba dan rempah samada dari Malaysia dan luar negara yang hidup dengan segar dan subur. Anda juga boleh melakukan aktiviti lasak seperti berkhemah, berkayak, merentas hutan, dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai promosi dan aktiviti yang ditawarkan, sila klik di sini.


Selain itu, kemudahan dan kelengkapan lain turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung. Antaranya ialah ;
- Pakej Penginapan
- Urutan Badan
- Sauna
- Mandi bunga
- Dewan
- Bilik Seminar
- Tapak Perkhemahan
- Restoran Herba
- Tasik


Taman Herba Nasuha merupaka destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Lokasi percutian ini menjanjikan pengalaman yang unik dan menarik dijadikan kenangan manis untuk anda. Rancang perjalanan anda untuk menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Taman Negara Endau- Rompin, Johor