Taman Burung Kuala Lumpur merupakan salah satu taman burung terbesar di Asia Tenggara yang telah menempatkan lebih 3000 ekor burung yang terdiri daripada 200 species yang berlainan. Habitat burung di sini merupakan salah satu habitat burung bersangkar yang terbesar di dunia iaitu seluas 20.9 ekar. Taman Burung Kuala Lumpur ini juga berkonsepkan “free-flight” yang mana merupakan kaedah terbaik untuk memastikan kelangsungan hidup dan kelangsungan bagi spesies burung. Salah satu bukti yang paling jelas bahawa burung-burung ini telah menyesuaikan diri dengan baik di dalam sangkar adalah mereka sudah dapat membiak secara semula jadi.

Selain itu, para pengunjung berpeluang menyaksikan burung-burung yang berwarna-warni bebas berterbangan di dalam suasana hutan tropika buatan disamping dapat merasai pengalaman menarik mendengar siulan burung-burung dengan pelbagai melodi.

taman burung kuala lumpur

Cara Menuju Ke Destinasi

Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran Taman Tasik Perdana iaitu 10 minit pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan rekreasi ini juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat beberapa tarikan pelancongan menarik di kawasan berdekatan antaranya seperti Planetarium Negara, Taman Bunga Raya, Taman Rama-Rama, Masjid Negara, dan banyak lagi. 

  • Alamat : Kuala Lumpur Bird Park, 920 Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana 50480, Kuala Lumpur
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 03 – 2272 1010

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)
taman burung kuala lumpur

Peta Ke Taman Burung Kuala Lumpur

Harga Tiket Taman Burung Kuala Lumpur

Tiket Taman Burung Kuala Lumpur boleh dibeli terus di kaunter atau secara dalam talian (online). Untuk membeli tiket online,sila klik di sini. Sebelum memasuki taman burung, para pengunjung akan dipakaikan wristband oleh staf yang bertugas. Berikut merupakan harga tiket Taman Burung Kuala Lumpur ;

Bayaran Tiket

Harga Biasa

  • Dewasa – RM63
  • Kanak – Kanak (3 – 11 Tahun) – RM42

Warganegara (Mykad)

  • Dewasa – RM25
  • Kanak – kanak (3 – 11 Tahun) – RM6
  • Warga Emas (60 Ke atas) – RM6
taman burung kuala lumpur

Voucher & Promosi Harga Tiket

Terdapat beberapa portal dan website di internet yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke sini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket untuk mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Antaranya seperti ; 

  1. klook.com
taman burung kuala lumpur

Aktiviti Menarik di Taman Burung Kuala Lumpur

Antara tarikan terbaru di sini adalah The Love Aviary yang terletak di pintu masuk utama Zon 1. Ia merupakan rumah burung yang menempatkan burung yang berwarna-warni antaranya seperti burung Sun Conures yang cantik dan Parakeet yang berleher cincin. Kesemua burung di sini sangat manja dan jinak.

Selain itu, Taman Burung Kuala Lumpur terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Zon 1 dan 2 yang merupakan zon penerbangan bebas. Zon 3 adalah Taman Hornbill manakala di Zon 4 pula adalah kawasan burung yang ditempatkan di dalam sangkar yang berasingan.

ZON 1

Alami suasana hutan hujan tropika hijau yang subur sebaik sahaja anda memasuki ruang penerbangan bebas di Zon 1. Anda dapat melihat pelbagai spesies burung terbang bebas dan hidup bersama secara harmoni dan seimbang, serta mewujudkan ekosistem yang tersendiri di persekitaran separa semula jadi ini.

Anda pasti kagum dan teruja dengan kehadiran Blue Indian Peacook yang mempunyai ekor yang berwarna-warni. Pengunjung juga turut berpeluang memberi makan kepada burung – burung di sini.

ZON 2

Kawasan Zon 2 ini dihubungkan ke Zon 1 melalui jambatan dan merupakan rumah bagi beberapa burung yang sukar difahami seperti burung merpati Nicobar, Baya Weaver dan Scarlet Ibis.

Para pengunjung berpeluang melihat species burung yang terbesar di dunia iaitu burung unta. Salah satu keunikan burung unta adalah ia mempunyai saiz mata yang lebih besar daripada otaknya. Kawasan ini turut menjadi tempat kegemaran bagi sebilangan burung species Peafowls.

taman burung kuala lumpur

ZON 3

Di sini adalah rumah bagi burung Rhinoceros Hornbill yang cantik dan merupakan salah satu spesies burung enggang terbesar di dunia. Bulunya yang hitam berkilat pasti menarik perhatian setiap pengunjung. Selain itu, di sini juga menempat kan burung Enggang yang lebih kecil seperti Oriental Pied Hornbill, Hill Myna, Formosan Blue Magpie, dan Purple Swamphen.

Pengunjung juga dapat memberi makan burung-burung ini semasa sesi Feed Hornbill pada jam 11.30 pagi setiap hari. Untuk barangan cenderamata pula, pengunjung boleh berkunjung ke Kedai Hadiah Hornbill yang bersebelahan Restoran dan Kafe Hornbill.

ZON 4

Mini aviary walk-in ini direka khas untuk memuatkan 20 jenis burung kakak tua terdiri daripada macaws, cockatoos, lories, dan parakeets. Sebilangan burung kakak tua di sini diletakkan dalam pameran individu secara berpasangan sebagai sebahagian daripada program pembiakan. Terdapat aktiviti Lories Feeding yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Antara tarikan lain di Zon 4 adalah seperti ;

  • Flightless Bird
  • Bird Gallery
  • Education Center
  • Bird School
  • Oriental Bird Aviary
  • Waterfall Aviary
  • The Amphitheatre
taman burung kuala lumpur

Rancang perjalanan anda untuk menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Menara Taming Sari Melaka

error: Content is protected !!