
Taman Buaya & Rekreasi Melaka semestinya sudah terkenal sejak dahulu lagi sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik di negeri Melaka. Ia mula beroperasi pada tahun 1987 dan merupakan antara taman buaya yang terbesar di Malaysia yang mana telah menempatkan hampir 100 ekor buaya yang terdiri daripada beberapa spesis yang berlainan iaitu Buaya Tembaga, Buaya Siam, Buaya Jejulung, Buaya Caiman, dan American Alligator.
Buaya adalah salah satu haiwan reptilia pemangsa yang ganas dan menakutkan. Ia juga dikategorikan sebagai reptilia amfibia kerana membahagikan masa antara air dan daratan. Oleh itu, buaya-buaya di sini ditempatkan didalam kandang yang direka khas seperti habitat asal mereka bagi memastikan keselamatan para pengunjung terjamin.

Cara Menuju Ke Destinasi
Taman rekreasi ini terletak di Lebuh Ayer Keroh kira-kira 10 minit perjalanan dari Plaza Tol Ayer Keroh. Jika perjalanan dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan susur keluar di Ayer Keroh. Kadar bayaran tol pula adalah RM12.87 sehala dari Plaza Tol Sungai Besi ke Plaza Tol Ayer Keroh.
- Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 06-231 9136
Waktu Operasi
- 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Harga Tiket Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Apa yang menarik, harga tiket kemasukan ke taman buaya ini sangat berpatutan dan mampu milik bagi semua golongan. Dengan harga tiket yang berpatutan serta mempunyai pelbagai tarikan menarik, ia menjadikan Taman Buaya & Rekreasi Melaka ini sebagai lokasi percutian yang sangat berbaloi untuk dikunjungi. Setelah membeli tiket, pengunjung boleh keluar dan masuk semula serta bawa masuk makanan luar.
Bayaran Tiket
Harga Biasa
- Dewasa – RM30
- Kanak-kanak – RM25
- Warga Emas – RM25
Warganegara
- Dewasa – RM16 / RM19 (Hari Minggu)
- Kanak-kanak – RM11/ RM14 (Hari Minggu)
- Warga Emas – RM9 / RM11 (Hari Minggu)
- OKU – 50% Diskaun
- Paket Makanan Haiwan – RM10

Aktiviti Menarik di Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Taman Buaya & Rekreasi Melaka adalah salah satu tarikan pelancongan paling popular di Ayer Keroh, Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi terutamanya ketika berada di kawasan Ayer Keroh. Taman rekreasi ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Pengunjung yang datang akan diberi penerangan mengenai spesies buaya dan juga diberi peluang untuk memberi makan kepada buaya menggunakan kaedah ‘pancing’ dengan pengawasan penjaga buaya yang berpengalaman.

Selain dari taman buaya, terdapat pelbagai tarikan menarik yang lain menanti para pengunjung antaranya seperti ;
- Kolam Lembah Buaya
- Mini Zoo
- Rumah Reptilia
- Walkthrough Aviary
- Rumah Mamalia
- Pulau Kura-Kura
- Taman Permainan Air
- Malaysia In Miniature
- Demostrasi Buaya Makan
- Javan Deer Feeding
- Rabbit Feeding
- Wild Turkey & Goose Feeding
- Emu Bird Feeding
- Tuntung Feeding




Sumber Photo : Sinar Harian & FB Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Jambatan Terapung Kubang Kerian, Kelantan