Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang salah satu pusat rekreasi menarik yang terdapat di Jerantut, Pahang kerana ia baru sahaja siap sepenuhnya dan dibuka secara rasmi pada 14 September 2019. Pusat rekreasi tersebut adalah Taman Air Darulmakmur Jerantut iaitu sebuah taman air mini di bawah pengurusan Hotel Darulmakmur.

Taman air yang mempunyai keluasan sekitar 2.5 ekar ini dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan hasil daripada kutipan harga tiket ini sedikit sebanyak digunakan untuk kebajikan dan agihan zakat. Selain itu, taman air ini juga merupakan sebuah lokasi percutian baru yang sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan. Ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Pahang.

Cara Menuju Ke Destinasi

Lokasi kawasan rekreasi ini terletak di tengah Bandar Lama Jerantut iaitu kira-kira 200KM dari Kuala Lumpur dan 180KM dari bandar Kuantan. Anda hanya perlu mencari lokasi Bandar Lama Jerantut atau Hotel Darulmakmur untuk sampai ke destinasi. Selain itu, ia juga berdekatan dengan Stesen Keretapi Jerantut. Jadi, para pengunjung menpunyai dua pilihan samada ingin memandu sendiri ke sini atau menaiki pengangkutan awam iaitu keretapi KTM dan turun di Stesen Jerantut.

  • Alamat : Lot. Bandar Lama,, 35, Jalan Besar, 27000 Jerantut, Pahang
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 09-266 2552

Waktu Operasi

  • 9 am – 6.30 pm (Setiap Hari)
  • TUTUP Setiap Hari Rabu Kecuali Cuti Umum.
Tempat-Menarik-di-Taman-Air-Darulmakmur-6

Harga Tiket Taman Air Darulmakmur

Taman Air Darulmakmur boleh memuatkan sehingga 500 orang pengunjung dalam satu masa. Anda juga boleh membuat tempahan untuk sebarang majlis seperti lawatan sekolah, sambutan hari jadi, dan hari keluarga. Apa yang paling menarik adalah harga tiket kemasukan sangat berpatutan dan berbaloi untuk semua golongan. Di samping itu, pelanggan Hotel Darulmakmur bakal mendapat diskaun dan potongan harga istimewa untuk masuk ke taman air ini.

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM16
  • Kanak-kanak – RM13

Aktiviti Menarik di Taman Air Darulmakmur

Taman air ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kolam utama, kolam kanak-kanak, dan kolam luncur. Ia menggunakan konsep Taman Negara di mana setiap kolam di sini dinamakan bersempena nama pokok-pokok yang terdapat di Taman Negara. Antaranya ialah Tasik Meranti, Lubuk Tualang, dan Pantai Cengal.

Selain itu, 15 buah gazebo untuk disewa yang terdapat di Taman Air Darulmakmur turut dinamakan bersempena nama ikan yang terdapat di Sungai Pahang seperti Kelah, Tenggalan, Lampam, Kerai, Tapah, Jelawat, dan banyak lagi.

Tempat-Menarik-di-Taman-Air-Darulmakmur-3

Boleh dikatakan taman air ini direka khas untuk golongan kanak-kanak. Jadi, permainannya tidaklah begitu mencabar dan extreme bagi golongan dewasa. Walau bagaimanapun, ia sudah memadai untuk melihat anak-anak anda tersenyum riang bermain air dan berseronok. Setiap kolam di sini menawarkan permainan yang berbeza dan dilengkapi gelongsor air yang pelbagai jenis.

Kemudahan asas seperti tandas, surau, dan bilik persalinan juga disediakan bagi keselesaan para pengunjung. Terdapat juga kerusi meja batu yang disediakan oleh pihak pengurusan bagi memudahkan para pengunjung bersantai dan berkelah bersama keluarga. Pengunjung tidak perlu khuatir jika tidak membawa bekalan makanan dari rumah kerana terdapat sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat. Restoran ini diberi nama “Tepian Darulmakmur” dan berperanan sebagai medan selera di dalam Taman Air Darulmakmur.

Taman Air Darulmakmur menjadi lokasi percutian yang berbaloi dan menarik untuk dikunjungi kerana ia merupakan sebuah pusat rekreasi yang masih baru dan penuh dengan kelengkapan moden untuk kegunaan para pengunjung.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Berjaya Times Square Theme Park, Kuala Lumpur

error: Content is protected !!