
Sunway Lagoon sudah tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia terutamanya bagi peminat aktiviti outdoor. Untuk pengetahuan anda, Taman Tema Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema terbesar di Malaysia yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Taman tema yang berkeluasan 88 ekar ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti menyeronokan dan sesuai dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sunway Lagoon juga pernah menjadi lokasi acara muzik terbesar di dunia sebanyak beberapa kali seperti MTV World Stage dan Athur’s Day Celebration. Selain itu, ia juga turut mendapat pengiktirafan dari IAAPA dan dinobatkan sebagai Asia’s Best Attraction dan Asia’s Best Waterpark. Kejayaan ini pasti cukup membanggakan Malaysia dan sudah terbukti bahawa Sunway Lagoon Theme Park bukan sahaja menjadi destinasi perlancongan yang terhebat di Malaysia, malahan juga hebat di dunia. Sunway Lagoon turut tersenarai di dalam tempat menarik di Selangor yang mesti anda kunjungi sepanjang berada di Selangor.

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Anda boleh menggunakan perkhidmatan awam atau memandu kenderaan sendiri untuk ke Sunway Lagoon. Bagi yang memandu kenderaan sendiri dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Persekutuan atau Lebuhraya Pantai Baru dan seterusnya menuju ke Bandar Sunway, Petaling Jaya. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit mengikut tahap aliran trafik. Kawasan parkir kenderaan disediakan. Anda boleh juga parkir di Sunway Pyramid Mall yang terletak bersebelahan taman tema ini.
- Alamat : No. 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
- Google Map : KLIK
Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
Peta Ke Sunway Lagoon
Harga Tiket Sunway Lagoon
Harga tiket masuk ke Sunway Lagoon adalah bergantung kepada waktu semasa. Tiket yang dibeli membolehkan anda akses ke semua taman tema di dalam Sunway Lagoon Theme Park kecuali di Extreme Park seperti permainan Bungee Jumping, G- Force X, dan Go-Kart yang perlu dibayar berasingan.
Sunway Lagoon Theme Park
Bayaran Tiket
Warganegara Malaysia (Pemegang Mykad/Mykid)
- Dewasa (12 Tahun Keatas) – RM120
- Kanak-kanak (11 Tahun Kebawah) – RM96
- Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM96
Harga Biasa
- Dewasa (12 Tahun Keatas) – RM180
- Kanak-kanak (11 Tahun Kebawah) – RM150
- Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM150
Bungee Jumping
- Warganegara (Mykad/ Mykid) – RM80
- Pelancong Asing – RM138
G-Force X
- Warganegara (Mykad/ Mykid) – RM32
- Pelancong Asing – RM64
Go-Kart
- Single Seater – RM22
- Double Seater – RM27
Sewaan Locker
- Multiple Time Usage – RM22
- Luggage – RM45
Info & Maklumat Pengesahan Tiket
- Tiket hanya sah pada tarikh lawatan yang dipilih sahaja.
- Sila kemukakan E-Ticket melalui Mobile bersama dengan IC / Pasport di kaunter tiket untuk menebus gelang kemasukan.
- Individu mesti hadir semasa penebusan gelang kemasukan. Nama yang dimasukkan mesti sepadan dengan IC / Pasport dengan tiada kesilapan.
- Kemasukan akan dinafikan sekiranya mana-mana tetamu yang menyertai gagal mengemukakan IC / Pasport mereka.
- Kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm.
- Untuk tujuan keselamatan, kanak-kanak mesti disertai oleh orang dewasa pada setiap masa di dalam taman.
- Warga Emas mesti mengemukakan IC / Pasport mereka untuk mengesahkan kelayakan mereka untuk kadar Warga Emas (umur 60 & ke atas).
- Tiada makanan atau minuman di luar akan dibenarkan apabila memasuki taman tema, kecuali bayi atau orang yang mempunyai keperluan perubatan khas.
- Tiada kemasukan semula dibenarkan apabila sudah keluar taman tema. Tiket masuk untuk sekali kemasukan sahaja.
- Voucher Makanan hanya sah untuk digunakan di kedai F & B di Sunway Lagoon. Tidak sah digunakan di luar Sunway Lagoon.
Voucher & Promosi Harga Tiket
Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;

Etika Pemakaian
Untuk memasuki taman tema ini anda perlu mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Hanya pakaian mandi, seluar pendek, tight panjang, dan t-shirt dibenarkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari website.
Aktiviti Menarik di Sunway Lagoon
Destinasi percutian riang-ria ini mempunyai lebih 90 tarikan menarik yang sesuai bagi semua peringkat umur. Pelbagai aktiviti menyeronokan menanti setiap pengunjung. Terdapat 6 jenis taman tema yang menawarkan pengalaman yang berbeza. Antaranya ialah ;
- Water Park
- Amusement Park
- Wildlife Park
- Extreme Park
- Scream Park
- Nickelodeon Lost Lagoon
Nickelodeon Lost Lagoon yang terdapat di dalam Sunway Lagoon merupakan Nickelodeon Theme Land yang pertama di Asia.
Water Park
Water park di Sunway Lagoon menggunakan konsep tropikal yang bertemakan Afrika. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Surf Beach dan Water of Africa. Difahamkan Surf Beach adalah sebuah pantai luncur buatan manusia yang yang terbesar di dunia.
- Wave Pool
- Waterplexx 5D
- African Pythons
- Congo Challenge
- Little Zimbabwe
- Vuvuzela

Amusement Park
Aktiviti menarik yang boleh anda cuba disini adalah ;
- Captain Kid’s Playland
- Captain Kid’s Candyland
- Suspension Bridge
- Lost City Of Gold
- Pirate’s Revenge

Wildlife Park
Taman Hidupan Liar adalah sebuah zoo kecil yang menempatkan pelbagai species haiwan dari seluruh dunia.

Extreme Park
Aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di Extreme Park adalah ;
- Bungee Jump
- G-Force X
- Go-Kart
- Memanah
- Menunggang ATV
- Flying Fox
- Kayak
- Paintball

Scream Park
Taman tema ini merupakan taman tema paling menakutkan di Sunway Lagoon kerana disini terletaknya rumah-rumah hantu yang seram dan menggerunkan.
- The Pontianak Theatre of Fear
- Tunnel of Penanggal in 3D
- Rumah Hantu dalam 3Dx
- Terminator X
- Horrorwood Studios 2

Nickelodeon Lost Lagoon
Taman yang bertemakan Nickelodeon ini merupakan Nickelodeon Theme Land pertama di Asia.
- Monsoon 360
- Fury Jungle
- Kubarango
- Splish Splash
- Primeval
- Hippo Valley

Sunway Lagoon Theme Park merupakan lokasi percutian yang sangat menarik untuk meluangkan masa bersama orang tersayang serta menjanjikan pengalaman yang sangat menyeronokkan. Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, taman tema terbaik di Malaysia ini mesti dikunjungi oleh setiap pengunjung.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Wet World Water Park, Selangor
0 Comments