
Pulau Langkawi sememangnya sudah terkenal seantero dunia sebagai pusat perangainan dan pelancongan yang sangat menarik dan menyeronokkan. Ini kerana ia merupakan sebuah pulau bebas cukai yang memiliki beberapa pantai yang indah dan cantik. Kini, Pulau Langkawi mempunyai tarikan pelancongan terbaru iaitu Splash Out Langkawi. Buat julung kalinya dia dibuka pada 15 Disember 2019 kepada orang ramai dan secara tidak langsung menjadi taman tema air pertama di Pulau Langkawi.
Splash Out Langkawi dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Halim Mazmin Group yang terletak di Pekan Kuah, Langkawi. Taman tema ini berkonsepkan Magis dan Fantasi dengan rekaan seni bina pantai klasik yang menjadi tarikan utama setiap pelancong dari dalam mahu pun luar negara. Pulau Langkawi juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kedah yang mesti anda kunjungi.


ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Splash Out Langkawi yang berkeluasan sekitar 4 hektar ini terletak di tengah Pekan Kuah kira-kira 16.4 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Apa yang menarik, permandangan di Splash Out Langkawi sangat menakjubkan kerana mengadap laut yang luas membiru.
Perjalanan dari Lapangan Terbang Langkawi ke Splash Out akan mengambil masa kira-kira 21 minit. Anda akan melalui Jalan Padang Maksirat dan Jalan Padang Gaong sebelum sampai ke destinasi. Untuk menempah atau menyemak harga tiket kapal terbang, sila klik di sini.
- Alamat : 79, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 04-966 7948
Waktu Operasi
- Isnin – Khamis : 10 am – 6 pm
- Jumaat – Ahad : 10 am – 7 pm
Peta Ke Splash Out Langkawi

Harga Tiket Splash Out Langkawi
Taman tema air ini memperkenalkan perkhidmatan tanpa tunai sepenuhnya. Para pengunjung perlu tambah tunai secara dalam talian menggunakan bar kod yang disediakan Pembelian tiket secara online membolehkan anda mendapat 10% diskaun bergantung pada terma dan syarat. Kemudahan sewa loker dan cabana turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung. Sila layari website untuk semak harga tiket semasa. Berikut adalah harga tiket Splash Out Langkawi ;
Bayaran Tiket
- Dewasa (13 – 60 Tahun) – RM75
- Kanak-kanak (90 cm – 12 Tahun) – RM55
- Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM40
Sewa Loker
- Loker Kecil – RM20
- Loker Sederhana – RM30
- Loker Besar – RM50
Sewa Cabana
- Cabana – RM80

Voucher & Promosi Harga Tiket
Terdapat beberapa portal dan website di internet yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke taman tema ini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket untuk mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Antaranya seperti ;

Aktiviti Menarik di Splash Out Langkawi
Antara keseronokan yang ditawarkan kepada pengunjung di taman tema Splash Out ini terdiri daripada 12 permainan air yang menarik dan mencabar mengikut kesesuaian umur. Splash Out Langkawi juga menyediakan sembilan jenis simulasi ombak yang amat mencabar dan berupaya memberi pengalaman baharu kepada pengunjung dewasa dan kanak-kanak.
Selain itu, pengunjung juga pasti teruja menaiki mangkuk parabola atas rakit dengan putaran kaleidoskop sebelum jatuh selaju 50 kilometer sejam. Antara tarikan menarik di Splash Out Langkawi adalah seperti berikut ;
- Wild Water
- Sprinkle Island
- River Of Life
- Ragin Racer
- Poseidons Revenge
- Splash Tacular
- Perfect Storm
- Shipwreck Falls
- Big Splash Kingdom
- Rainbow Rider
- Splash Python
- Splash Twister







Pelbagai kemudahan dan kelengkapan turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung seperti pondok rehat, kerusi rehat, gerai makanan, kedai cenderamata, dan banyak lagi.
Di samping itu, seramai 120 orang kakitangan yang terlatih dengan aktiviti air ditempatkan di setiap bahagian bagi menjamin keselamatan para pengunjung. Kesemua mereka telah menjalani latihan kemahiran selama enam bulan untuk memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Melaka Wonderland Theme Park Resort