Setiap percutian tidak sah jika tiada sesi penggambaran bukan? Jika ingin keunikan didalam koleksi gambar semasa bercuti di Melaka, Galeri Rumah Tebalik yang terletak di Plaza Mahkota, Bandar Hilir adalah tempat yang mesti anda kunjungi sepanjang bercuti di bandaraya bersejarah ini. Selain di Melaka, galeri rumah terbalik ini turut terdapat di beberapa negeri di dalam Malaysia antaranya seperti di Johor, Sabah dan Negeri Sembilan.

Rumah Terbalik Melaka mula dibuka kepada pengunjung pada 21 November 2014 dan merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi kerana memiliki keunikkan yang tersendiri. Dari sudut luaran rumah ini kelihatan normal seperti rumah biasa. Tetapi di bahagian dalamnya agak unik kerana semua perabut dan perkakas rumah disusun terbalik melawan hukum alam.

Rumah-Terbalik-Melaka-2

Cara Menuju Ke Destinasi

Sejak galeri rumah terbalik ini mula beroperasi, ia telah menjadi tumpuan para pengunjung sebagai lokasi percutian singkat terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

  • Alamat : PM 6, Plaza Mahkota, G12 & G14 & G16, Jalan PM7, Bandar Hilir, 75000, Melaka
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 011-1072 2260

Waktu Operasi 

  • 10 am – 7 pm (Isnin – Khamis)
  • 10 am – 9 pm (Jumaat – Ahad / Cuti Am)
Rumah-Terbalik-Melaka-1

Harga Tiket Rumah Terbalik Melaka

Rumah Terbalik Melaka adalah tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama ahli keluarga dan anak-anak. Di sini, anda boleh mengambil semua jenis gambar kreatif mengikut imaginasi sendiri dan berkongsi kepada rakan dan ahli keluarga. Selain itu, di sini juga turut menempatkan kakitangan bagi membantu para pengunjung untuk mengambil gambar dan mencadangkan pose terbaik untuk digayakan. Harga tiket kemasukkan sangat berpatutan dan sesuai untuk semua golongan.

Bayaran Tiket

Harga Biasa

  • Dewasa – RM22
  • Kanak-Kanak – RM16
  • Warga Emas – RM16

Warganegara

  • Dewasa – RM18
  • Kanak-Kanak – RM12
  • Warga Emas – RM12
Rumah-Terbalik-Melaka-9

Aktiviti Menarik di Rumah Terbalik Melaka

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan semestinya sesi fotografi. Alami detik-detik keriangan dan keseronokan bersama-sama keluarga, bergambar sakan dengan pelbagai gaya unik dan pelik yang menakjubkan serta penuh dengan kelucuan. Pelbagai imej-imej menarik menambahkan lagi keseronokan di sini. Rumah Terbalik Melaka ini terbahagi kepada 6 bahagian antaranya seperti ruang makan, dapur, ruang tamu, bilik tidur dan lain-lain.

Rumah-Terbalik-Melaka-10

Anda boleh bergambar dengan suasana di dalam rumah yang tunggang terbalik. Semua peralatan samada sofa, meja makan, meja hiasan, tandas, mangkuk jamban, katil dan sekecil-kecil gelas semuanya dalam keadaan terbalik. Bagi yang belum pernah melawati tempat seperti ini akan terasa sedikit pening dengan keadaan sebegini tetapi menyeronokkan.

Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

Sumber foto : upsidedownhousemelaka.com.my

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Taman Buaya dan Rekreasi Melaka

error: Content is protected !!