Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan yang unik, sedap, lazat, dan menarik. Makanannya bukan sahaja digemari oleh penduduk tempatan malah turut digemari oleh penduduk di negeri-negeri lain. Jadi, tidak hairanlah terdapat banyak kedai makan dan restoran yang menyajikan makanan popular Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksa Kelantan, laksam, ketupat sotong, dan banyak lagi. Salah satu restoran yang menjual makanan juadah asli Kelantan adalah Restoran Srikandi Empire.

Lokasi Restoran Srikandi Empire

Restoran Srikandi Empire telah mula beroperasi sejak tahun 2016 dan menawarkan juadah yang menyelerakan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, dan masakan panas. Restoran ini juga beroperasi dari awal pagi hingga lewat malam dan ditutup pada setiap hari Isnin.

  • Alamat : No.23, Jln Sg Rasau F 32/F Berjaya Park Trade Point, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor.
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 019-675 2128

Menu Menarik di Restoran Srikandi Empire

Antara menu popular yang menjadi tarikan utama di restoran ini adalah nasi kerabu. Seperti biasa, nasi kerabu ini akan dihidangkan bersama ulam-ulaman, bawang jeruk, keropok, telur masin, beserta aneka lauk mengikut citarasa pelanggan. Antara lauk-pauk yang menjadi pilihan utama para pelanggan adalah ikan celup tepung, ayam bakar, dan daging bakar. Aroma tumis nasi kerabu ini menjadi pembuka selera dan tarikan kepada pengunjung yang tiba. Untuk menikmati kelazatan sebenar nasi kerabu, anda perlu menggaulkan kesemua ulam-ulaman dan tumis bersama-sama nasi yang disediakan. Digalakkan gaul menggunakan tangan untuk rasa yang lebih sedap.

Restoran-Srikandi-Empire-3

Bagi menu sarapan pagi pula, hidangan nasi dagang mampu membuatkan pagi anda indah dan ceria. Nasi dagang yang lemak beserta gulai yang secukup rasa menjadikan ia kombinasi yang lengkap untuk sarapan pagi. Anda juga boleh mencuba hidangan laksa Kelantan atau laksam yang turut menjadi kegemaran para pelanggan di sini. Ia dimakan bersama kuah putih yang diperbuat daripada santan, ikan dan beberapa rempah. Selain itu, terdapat kuih muih tradisional Kelantan yang enak untuk dijadikan pelengkap hidangan sarapan pagi anda.

Restoran-Srikandi-Empire-1-
Restoran-Srikandi-Empire-2
Restoran-Srikandi-Empire-4

Untuk hidangan makan tengahari, Restoran Srikandi Empire menawarkan pelbagai jenis hidangan lauk-pauk yang terdiri daripada masakan gulai, kari, bbq, goreng, sup, tomyam, dan banyak lagi. Menu-menu istimewa lain akan disediakan mengikut permintaan dan kesesuaian masa. Anda boleh layari website untuk mengetahui menu-menu yang disediakan pada setiap hari.

Restoran-Srikandi-Empire-5
Restoran-Srikandi-Empire-6
Restoran-Srikandi-Empire-7

Apa yang menarik, Restoran Srikandi Empire turut menyediakan menu unik yang jarang ditemui di negeri-negeri lain dan sekitar Lembah Klang. Ia adalah ketupat sotong yang diperbuat daripada sotong segar, pulut, manisan, dan santan. Malang sekali ia bukanlah menu rutin harian di restoran ini dan para pelanggan perlu sentiasa semak website restoran untuk menempah makanan ini.

Restoran-Srikandi-Empire-10

Restoran Srikandi Empire juga menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis dengan harga yang sangat berbaloi dan berpatutan. Disamping itu, restoran ini turut menawarkan perkhidmatan lunchbox dengan kuantiti minima dan pelbagai pilihan menu yang menarik.

Restoran-Srikandi-Empire-9-

LOKASI MAKAN SETERUSNYA : Itik Salai Masthar Sg Merab Luar, Selangor