Rabbitland Jengka merupakan sebuah mini zoo yang menjadi tempat rekreasi tumpuan bagi penduduk tempatan terutamanya pada setiap hujung minggu. Kawasan rekreasi yang berkeluasan kira-kira 50 ekar ini terletak hanya 6KM dari pusat bandar Jengka. Apa yang menarik, di sini juga merupakan petting zoo yang mana menempatkan haiwan-haiwan jinak untuk dimanja dan dibelai. Ia pasti memberikan keseronokkan dan keterujaan kepada setiap pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak. Rabbitland Jengka turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Pahang yang mesti anda kunjung.

Cara Menuju Ke Destinasi

Untuk pengetahuan anda, lokasi mini zoo ini terletak berhadapan Hotel D’Kolam Jengka 14 yang juga berdekatan dengan Jengka Wonderland. Jadi, ia menjadi lokasi percutian yang sesuai dan lengkap dengan pelbagai aktiviti menarik.

  • Alamat : 83, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 019 – 6692377

Waktu Operasi

  • 9 am – 7 pm (Setiap Hari) 
  • Khamis TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum
Rabbitland-Jengka-11

Harga Tiket Rabbitland Jengka

Apa yang paling menarik adalah harga tiket kemasukan sangat berpatutan untuk semua golongan. Pihak pengurusan ingin menjadikan petting zoo ini sebagai sebuah taman rekreasi keluarga yang sangat menyeronokkan dengan bayaran tiket masuk yang rendah dan berpatutan.

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM12
  • Kanak-kanak – RM10
  • Warga Emas & OKU – RM6
Rabbitland-Jengka-2
Burung Unta
Rabbitland-Jengka-1

Aktiviti Menarik di Rabbitland Jengka

Selain daripada arnab, terdapat banyak haiwan jinak lain di mini zoo ini. Antaranya seperti burung unta, burung merak, tikus belanda, kuda, unta, kerbau, landak, pelanduk dan banyak lagi. Selain dapat melihat haiwan-haiwan, anak anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan disini. Dianggarkan terdapat lebih 50 spesis haiwan di sini yang terdiri daripada haiwan jinak, haiwan liar, dan hidupan air.

Rabbitland-Jengka-3
Unta
Rabbitland-Jengka-4
Burung Merak

Rabbitland Jengka ini juga berkonsepkan taman rekreasi yang penuh dengan aktiviti menarik. Walaupun tidak semegah zoo-zoo lain, tetapi ia sudah cukup untuk memberikan keterujaan dan keseronokan terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan, pasti akan menggembirakan mana-mana pengunjung yang datang ke sini.

Antara tarikan lain yang ditawarkan di pusat rekreasi ini adalah seperti berikut ;

  • Jambatan Gantung
  • Rumah Pokok
  • Tikar Terbang
  • Buaian Tinggi
  • Basikal Gantung
  • Mini Flying Fox
  • Rumah Hobbit
  • Aktiviti Memanah
  • Port Bergambar
Port Bergambar
Keretapi Kanak-kanak
Port Bergambar

Lokasi percutian Rabbitland Jengka ini sangat menarik untuk dikunjungi dan menjadi destinasi terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Sunflower Garden Bagan Datuk, Perak

error: Content is protected !!