
Kuala Gandah, Lanchang adalah sebuah perkampungan kecil yang mana telah menempatkan salah satu tempat menarik di Pahang iaitu Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Santuari gajah ini telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan satu-satunya markas bagi program pemindahan gajah yang mana menjadi tempat untuk menempatkan, menjinakkan dan memindakan gajah-gajah dari habitat asal mereka. Ia juga merupakan tempat terbaik di Semenanjung Malaysia untuk melihat dan berinteraksi dengan gajah secara lebih dekat lagi.
Cara Menuju Ke Destinasi
Perjalanan untuk ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang. Masa perjalanan bergantung kepada cara pemanduan individu. Selepas tol Lanchang, belok kanan di simpang dan ikuti papan tanda di sepanjang perjalanan melalui Kg. Bolok serta perkampungan Orang Asli.
- Alamat : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 012-322 3934
Waktu Operasi
- Isnin – Ahad : 10 am – 3.30 pm

Aktiviti Menarik di PKGK Kuala Gandah
Untuk pengetahuan anda, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar sejak 30 tahun yang lalu. Pengunjung berpeluang untuk menonton dokumentari berkaitan penangkapan dan pemindahan gajah liar dan didedahkan dengan maklumat tentang kepentingan bagi konservasi hidupan liar dan habitatnya.

Jika cuaca mengizinkan, pengunjung dapat menyaksikan gajah-gajah di sini mandi di sungai berdekatan bersama penjaganya @ mahut. Kehidupan anak gajah pula dibiarkan dan dilepaskan bebas dalam kawasan berpagar. Jadi, pengunjung berpeluang untuk bermesra dengan anak gajah sambil memberi makan. Makanan gajah turut dijual dengan harga yang berpatutan.


Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti ;
- Memberi makan gajah dan bergambar
- Tayangan Video Traslokasi
- Gajah dewasa mandi bersama mahut (aktiviti bergantung kepada paras air sungai dan cuaca)
- Pertunjukan Berinformasi (Gajah dewasa bersama mahut, bergantung kepada keadaan cuaca)
- Bermesra bersama Anak Gajah (bergantung kepada tahap kesihatan anak gajah)
Jika paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan.


Disini juga menyediakan kemudahan seperti kedai, tandas, kawasan parkir yang luas, dan taman kanak-kanak untuk keselesaan para pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Deerland Park Lanchang, Pahang