Mungkin ramai yang masih tidak kenal dengan pulau ini kerana dahulunya pulau ini tidak berpenghuni. Sekarang, Pulau Tenggol adalah salah satu pulau yang menarik di Terengganu untuk dikunjungi meski pun tidak terlalu terkenal berbanding Pulau Perhentian, Kapas dan Redang. Pulau Tenggol ini terletak di daerah Dungun Terengganu.

Cara Menuju Ke Pulau Tenggol

Untuk pergi ke pulau ini anda boleh menaiki bot di jeti jambatan Kuala Dungun. Perjalanan bot ke Pulau Tenggol adalah terhad oleh kerana kekurangan penduduk yang tinggal di sana. Kebiasaannya tiket bot dibeli bersama pakej penginapan di Pulau Tenggol. Terdapat dua jenis pengangkutan yang disediakan iaitu bot laju yang mengambil masa 45 minit dan bot nelayan yang mengambil masa selama 2 jam.

Bayaran Tiket Bot

  • Bot laju : RM160 seorang (maksima 6 orang)
Sumber : kgpdgjambu.pi1m.my

Aktiviti Menarik Di Pulau Tenggol

Di Pulau Tenggol ini sangat terkenal dengan aktiviti scuba diving. Ini kerana banyak khazanah yang ada di dasar laut Pulau Tenggol ini yang belum tentu anda boleh lihat di pulau lain contohnya kapal karam, coral lembut, batfish, nudibranch, nemo dan banyak lagi.

Sumber : www.amitravel.my
Sumber : puuska.pw

Terdapat kira-kira 20 tempat menyelam yang dapat mengujakan anda diantaranya Amazing Grace, Mini Highway, Tokong Timur, Coral Garden, Pulau Nyireh, Tokong Talang, Tokong Burung, Teluk Air Tawar, Teluk Rajawali, Tanjung Gemok, Batu Chacang dan banyak lagi. Air lautnya yang jernih membiru dan pasirnya yang putih halus akan memikat sesiapa saja untuk melakukan aktiviti snorkelling. Permukaan airnya yang cetek dan jernih sangat memudahkan anda untuk melihat dengan lebih dekat coral dan hidupan marin yang penuh warna warni. Kebersihan di pulau ini juga sangat lah terjaga dek kerana tiada penduduk mahupun perkampungan nelayan. Sangat tenang dan menarik bukan.

Sumber : www.holidaygogogo.com

Di kala senja menjelma, anda bakal disajikan dengan permandangan matahari terbenam beserta deretan bot-bot nelayan yang pulang ke jeti bersama hasil tangkapan harian mereka. Pulau Tenggol juga merupakan salah satu pulau yang dijadikan tempat berlindung oleh para nelayan ketika cuaca ribut dan laut bergelora.

Disebabkan Pulau Tenggol ini tidak lah begitu membangun berbanding pulau lain, jadi anda hanya mempunyai dua pilihan resort untuk dijadikan sebagai tempat penginapan.

Resort di Pulau Tenggol

  • Tenggol Coral Beach Resort
  • Tenggol Island Beach Resort.

Makanan juga hanya disediakan di resort di mana tempat anda menginap sahaja kerana di Pulau Tenggol ini tiada kedai makan mahupun restoran. So, jika anda ingin membawa bekalan makanan sendiri dari daratan amatlah digalakkan. Untuk merasai percutian yang mendamaikan dan privasi, Pulau Tenggong mempunyai pakej yang lengkap dan sesuai untuk anda nikmati.

Categories: Percutian Pulau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *