Pulau Dayang merupakan pulau yang paling jauh dari tanah besar di timur Semenanjung Malaysia. Ia sangat terkenal dalam kalangan para penyelam dan pelancong kerana di sini mempunyai port menyelam dan lokasi memancing yang unik dan menarik. Tetapi sayangnya, pulau ini kurang dikenali walaupun ia menawarkan pantai yang menakjubkan dan hidupan marin yang sangat indah. Dengan peningkatan pakej penginapan dan promosi yang ditawarkan, Pulau Dayang berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan antarabangsa di Malaysia dan mampu menjadi salah satu tempat menarik di Johor yang mesti anda kunjungi.

Pulau ini sebenarnya adalah sebahagian daripada pulau yang terdiri daripada dirinya sendiri dan empat yang lain. Antaranya ialah Pulau Aur, Pulau Lang dan Pulau Pemanggil. Ia juga adalah pulau kedua terbesar dalam kumpulan itu. Kesemua pulau ini telah membentuk kumpulan aur, yang mana telah membentuk habitat hidupan marin yang luar biasa di seluruh pulau dan menjadikan lokasi percutian ini sebagai salah satu Taman Laut @ Marine Park di negeri Johor.

pulau dayang

Cara Menuju Ke Destinasi

Jeti yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Dayang ialah jeti Mersing atau lebih dikenali Jeti Penumpang. Masa berlepas untuk feri biasanya pada malam Jumaat dan mengambil masa sekitar 5 jam untuk sampai ke destinasi. Sebagai alternatif, anda boleh menempah slot aktiviti menyelam dari agensi pelancongan di Malaysia atau Singapura. Seterusnya, operator akan mengaturkan perjalanan dan tiket bot anda ke pulau dengan lebih lancar.

  • Alamat : Pulau Dayang, Johor, Malaysia

Waktu OperasiĀ 

  • Sepanjang Tahun
  • TUTUP – November – Mac

Semasa musim tengkujuh, seluruh pulau terdedah kepada angin monsun dari Laut China Selatan. Oleh kerana laut bergelora dan angin kencang, pulau ini ditutup kepada orang ramai dari November hingga Mac. Perkhidmatan feri juga tidak disediakan pada waktu tersebut.

Waktu yang sesuai untuk bercuti di pulau ini adalah antara bulan April hingga September. Dalam bulan-bulan ini, air laut kelihatan sangat tenang dan jernih untuk melihat terumbu karang dan hidupan marin dengan jelas. Selain itu, suhu air juga berada pada julat normal.

Peta Ke Pulau Dayang

pulau dayang
pulau dayang

Aktiviti Menarik di Pulau Dayang

Antara tarikan unik di sini adalah Pulau Dayang menjadi habitat kepada ikan Black Marlin iaitu ikan terpantas di dunia. Selain mempunyai port-port memancing yang ideal di seluruh pulau, di sini juga turut menyediakan lokasi latihan menyelam yang sesuai bagi penyelam skuba baru. Air sejernih kristal membolehkan para penyelam menemui dunia bawah air yang berwarna-warni dengan sangat jelas. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah seperti ;

1. Selam Skuba

Pengalaman menyelam skuba adalah aktiviti yang tidak boleh dilepaskan di Pulau Dayang. Dayang Tip, Captains Point, Telok Jawa, Rayners Rock, dan Jeti Dayang adalah lokasi paling popular untuk aktiviti menyelam di pulau ini.

Kredit Photo : www.johornow.com

2. Melawat Perkampungan Nelayan Pulau Dayang

Kunjungi Kampung Pasir Putih yang merupakan sebuah perkampungan nelayan tempatan yang mempunyai suasana yang sangat indah dan nyaman.

3. Snorkelling di Pulau Dayang

Jika anda bukanlah seorang penyelam yang mahir, anda boleh melakukan aktiviti snorkelling di kawasan air cetek. Keindahan hidupan laut dan terumbu karang di sini juga tidak kurang hebatnya.

4. Bermain Bola Tampar Pantai

Untuk aktiviti daratan, gelangang bola tampar pantai juga turut disediakan bagi kegunaan para pengunjung.

5. Melihat Panorama Matahari Terbit & Terbenam

Bawa teropong dan jadilah penatap bintang pada waktu malam. Pulau Dayang menawarkan pemandangan bintang yang menakjubkan ketika cuaca baik. Anda akan kagum dengan pembentukan bintang yang tinggi di langit. Bangun awal untuk melihat matahari terbit di jeti. Pada waktu petang, matahari terbenam boleh dinikmati di jeti juga.

Tempat Penginapan

Satu-satunya resort di Pulau Dayang terletak di bahagian paling selatan pulau yang menghadap Pulau Aur iaitu Dayang Blue Resort. Resort ini dinamakan Dayang Blue Resort kerana dikelilingi oleh air laut yang membiru dan sangat indah. Dayang Blue Resort mempunyai chalet selesa yang menghadap ke pantai yang elegan dan ia boleh memuatkan sehingga 300 pengunjung. Resort ini menyediakan lebih 20 bilik mandi luaran kerana tiada bilik mandi peribadi di dalam bilik. Anda juga boleh membeli tiket bot yang dijual pakej bersama tempat penginapan. Seeloknya buat tempahan bilik terlebih dahulu sebelum merancang percutian. Ini bagi mengelakkan kejadian bilik penuh dan sebagainya. Untuk menempah, anda boleh klik di sini.

Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Gopeng Glamping Park, Perak

error: Content is protected !!