Pulau Bidong atau lebih dikenali dengan nama jolokan Pulau Vietnam oleh orang-orang tempatan terletak kira-kira 40km dari Kuala Terengganu. Pulau ini dikenali sebagai Pulau Vietnam kerana pernah menjadi tempat penempatan dan perlindungan hampir 40000 orang pelarian Vietnam berikutan peperangan yang berlaku di negara itu pada 1975. Disebabkan itu Pulau Bidong digelar sebagai “mini Saigon”. Ia juga turut menempatkan pelarian Kemboja daripada rejim Khmer Rogue pada akhir tahun 70-an. Kini, Pulau Bidong telah menjadi salah satu pusat perlancongan dan peranginan yang terkenal di negeri Terengganu.

Sumber : forum.lowyat.net
Sumber : iluminasi.com

Pembangunan di Pulau Bidong bermula pada tahun 2003 yang bertujuan untuk dijadikan salah satu lokasi pelancongan di Terengganu. Walaupun telah mengalami fasa pembangunan, Pulau Bidong masih mengekalkan khazanah dan keindahan ekosistem yang semulajadi.

Cara Menuju Ke Pulau Bidong

Untuk ke Pulau Bidong anda perlu menaiki bot dari jeti Merang dan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke Pulau Bidong.

Waktu Operasi Bot

  • Bermula 8 am hingga 4 pm

Bayaran Tiket Bot

  • Kadar sewa sebuah bot laju – RM500 (dua hala) 
  • Boleh menempatkan 10 orang penumpang maksima
  • Harga mengikut kadar semasa

Setelah sampai disana, anda pasti akan terkejut dan tergamam melihat kebersihan Pulau Bidong ini. Ini disebabkan oleh pulau ini adalah salah satu pulau yang dijaga dan dipelihara oleh kerajaan negeri Terengganu sendiri. Menarik bukan?

Tapi sayangnya di Pulau Bidong ini tidak mempunyai resort atau chalet untuk dijadikan tempat penginapan. Ini kerana pihak Kerajaan Negeri Terengganu ingin mengekalkan sejarah dan khazanah dari tinggalan pelarian perang Vietnam terdahulu. Selain itu, anda juga dapat menyaksikan sendiri kesan tinggalan bangunan-bangunan seperti hospital, sekolah dan kuil yang didirikan oleh para pelarian.

Sumber : www.sayaiday.com
Sumber : www.asiatravelgate.com

Aktiviti Menarik Di Pulau Bidong

Semasa berada di Pulau Bidong ini, aktiviti yang wajib anda lakukan adalah scuba dive dan snorkelling. Ini kerana terdapat banyak khazanah hasil peninggalan pelarian Vietnam termasuklah 27 kapal yang digunakan mereka telah dikaramkan untuk dijadikan tukun. Tukun ini pula akan menjadi habitat baru bagi hidupan laut di Pulau Bidong ini. Bukan setakat kapal je yang anda boleh lihat, bas dan lori pun ade didalam laut di Pulau Bidong ini!! Percaya atau tidak? Menarik bukan… Jadi, buatlah aktiviti scuba dive ini untuk menyaksikan sendiri benda-benda yang unik dan pelik di dalam laut Pulau Bidong.

Lokasi scuba dive terbaik di Pulau Bidong

  • Heritage Row
  • Tongkang The Barge
  • The Jetty
  • Pasir Tenggara
  • Teluk Belanga
  • Macha Rock
  • Midway Reef 1
  • Midway Reef 2
  • Pasir Cina
  • Karah point
  • Southem Tip
  • Batu Tengkorak West
  • Batu Nangis
  • Tanjung Geluk
  • Vietnamese Wreck
Sumber : tourism.terengganu.gov.my
Sumber : mytripadventure.blogspot.com

Selain dapat melakukan scuba dive, anda juga berpeluang untuk bermain kayak di perairan Pulau Bidong sambil menikmati kejernihan air laut serta permandangan yang indah. Disebabkan tiada tempat penginapan, anda boleh merancang untuk day-trip ke Pulau Bidong untuk menikmati keindahan pulau serta melawat tempat bersejarah.

Categories: Percutian Pulau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *