Pasti ramai pelancong yang mengidamkan percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kotaraya. Percutian di alam rimba sering menjadi pilihan utama para pelancong yang inginkan kelainan terutamanya bagi pencinta alam semulajadi. Salah satu lokasi percutian rimba yang menarik adalah di perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput.

Pos Kuala Mu adalah salah satu tarikan pelancongan terbaru di Perak dan masih kurang dikenali pelancong disebabkan lokasinya yang terletak agak pedalaman. Destinasi ini menjanjikan pengalaman yang unik dan menarik untuk anda terokai. Kedamaian dan keharmonian alam semulajadi di sini mampu memberikan ketenangan jiwa kepada setiap pengunjung dan memukau mata sesiapa sahaja yang melihat permandangan yang sangat indah. Tempat rekreasi ini juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Perak.

Pos Kuala Mu

Cara Menuju Ke Destinasi

Pos Kuala Mu terletak di daerah Sungai Siput Utara, Perak. Jarak perjalanan dari pekan Sungai Siput ke destinasi adalah kira-kira 70KM dan mengambil masa 1jam hingga 2jam lebih perjalanan dari bandar Ipoh. Permukaan jalan untuk menuju ke perkampungan Orang Asli tersebut agak mencabar dan extreme, tetapi ia boleh di akses bagi semua jenis kenderaan. 7KM terakhir merupakan laluan paling mencabar kerana laluan mendaki bukitnya agak curam hampir 45 darjah. Pastikan kereta anda diselenggara dengan baik terlebih dahulu terutamanya bahagian enjin dan sistem brek. Juga pastikan minyak mencukupi.

  • Alamat : Sungai Siput Utara, Perak
  • Google Maps : KLIK

Waktu OperasiĀ 

  • Sepanjang Tahun

Peta Ke Pos Kuala Mu

Pos Kuala Mu

Harga Tiket Pos Kuala Mu

Terdapat 3 chalet dan tapak perkhemahan utama yang ada di Kuala Mu. Anda disarankan untuk menempah terlebih dahulu chalet bagi melancarkan segala urusan percutian di sana.

Bayaran Tiket

  1. Chalet Kg. Bersah – RM60/ semalaman
  2. Chalet Dusun Kg. Kuala Mu – RM60/ semalaman
  3. Tapak Perkhemahan Kg. Gapeh – RM20
  • Chalet Kg Bersah – En. Ayong : 017- 5402382
  • Chalet Dusun Kg Kuala Mu – Eton : 011-19883949
  • Tapak Perkhemahan Kg. Gapeh – Johari b Pandak : 011 15117527
Pos Kuala Mu

Tarikan di Pos Kuala Mu

Lokasi eko-perlancongan ini terletak di lembah banjaran Titiwangsa yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang berketinggian 700m dari aras laut. Ia menempatkan Perkampungan Orang Asli dari suku Temiar sub suku Senoi. Terdapat beberapa buah kampung di sini iaitu Kampung Kuala Mu, Kampung Bersah, Kampung Toh, Kampung Gapeh Hilir dan Kampung Gapeh Hulu. Anggaran penduduk di kawasan ni lebih kurang 900 orang. Pos Kuala Mu juga pernah menerima pencalonan Anugerah Desa Perdana peringkat Negeri.

Di sini menyediakan beberapa chalet sebagai tempat penginapan. Terdapat juga tapak perkhemahan yang terletak berhampiran tepi sungai. Dalam keadaan biasa, air sungai di sini sangat jernih dan sesuai untuk aktiviti mandi – manda. Kejernihan dan kesejukan air sungai di sini pasti membuatkan anda teruja dan menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan.

Disamping itu, anda dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti rutin harian masyarakat Orang Asli suku Temiar di Pos Kuala Mu. Anda juga dapat mengenali budaya dan adat Orang Asli melalui persembahan sewang yang terdapat di dalam salah satu pakej yang ditawarkan. Apa yang menarik, suasana persekitaran pada waktu siang agak sejuk dan nyaman dan bertambah sejuk di sebelah malam. Antara aktiviti lain yang ditawarkan seperti ;

  • Mendaki Bukit
  • Sewang
  • Menyumpit
  • Memancing
  • Jungle Trekking

Pos Kuala Mu adalah sebuah lokasi percutian yang menarik dan unik untuk dikunjungi. Walaupun perjalanan agak mencabar, apa yang menanti di penghujung tak ternilai keindahannya. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

Sumber foto : FB Ary Arios

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Mini Zoo Kuala Krai, Kelantan

error: Content is protected !!