Pantai Desaru merupakan sebuah pantai yang popular di Johor malah turut menarik perhatian pelancong dari luar negara terutamanya pelancong dari Singapura. Pantai ini sering menjadi pilihan utama penduduk tempatan sebagai destinasi untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga. Disamping memiliki keindahan dan kecantikan semulajadi, pantainya juga mempunyai pasir pantai yang putih serta air laut yang jernih.

Apa yang menarik, di sepanjang 25 km pantai ini dipenuhi dengan deratan pokok rhu @ Casuarinas yang menjadi tempat berteduh dan tapak perkelahan para pengunjung. Pantai yang mendapat gelaran ‘Land of Casuarinas’ ini turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Johor terutamanya di daerah Desaru.

Pantai Desaru

Cara Menuju Ke Destinasi

Untuk menuju ke sini tidaklah begitu susah kerana terdapat banyak papan tanda yang akan pandu anda hingga sampai ke destinasi. Jika anda bertolak dari Bandaraya Kuala Lumpur, laluan yang perlu anda guna adalah Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Senai-Desaru menuju ke Jalan Kota Tinggi-Pengerang. Kadar tol dari Plaza tol Sungai Besi hingga Plaza Tol Senai (U) adalah RM40.10 sehala.

Seterusnya anda perlu lalui Jalan Desaru untuk sampai ke destinasi. Perjalanan mungkin memakan masa selama 4-5 jam bergantung pada keadaan trafik semasa.

  • Alamat : Pantai Desaru, 81600, Bandar Penawar, Johor
  • Google Maps : KLIK

Peta Ke Pantai Desaru

Pantai Desaru

Aktiviti Menarik di Pantai Desaru

Selain bersantai melihat permandangan yang indah serta menikmati udara pantai yang segar dan nyaman, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini. Antara aktiviti yang popular dalam kalangan pengunjung adalah berkelah dan berkhemah. Selain itu, anda juga berpeluang untuk belajar dan bermain luncur air @ surfing ketika musim ombak besar. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda lakukan seperti ;

  • Mandi pantai
  • Main layang-layang
  • Memancing
  • Berkayak
  • Kembara Denai
  • Berperahu
  • Menunggang kuda
  • Snorkeling
  • Jetski
  • Parasailing
  • Banana Boat

Untuk aktiviti yang lebih menyeronokkan, anda boleh berkunjung ke Desaru Coast Adventure Water Park yang hanya terletak di kawasan berdekatan.

Pantai Desaru

Pantai Desaru

Kemudahan di Pantai Desaru

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan di Pantai Desaru bagi memberi keselesaan kepada para pelancong. Antaranya seperti kawasan parkir kenderaan, tandas, bilik persalinan, surau, dan banyak lagi.

Terdapat juga hotel, resort dan chalet di kawasan sekitar Pantai Desaru. Ini bagi memudahkan para pelancong untuk memilih tempat penginapan bagi mereka yang merancang untuk bermalam di kawasan ini. Harga penginapan di sini pula agak berpatutan dan anda boleh memilih tempat penginpan mengikut bajet kewangan masing-masing. Jadi, rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.



LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Pulau Pangkor, Perak

error: Content is protected !!