The Acre by Farm Fresh

The Acre by Farm Fresh, Selangor | Lokasi Agro-Pelancongan Menarik di Lembah Klang

The Acre ialah sebuah restoran berkonsepkan agro-pelancongan yang terletak di sebuah ladang yang diasaskan oleh jenama susu tempatan iaitu Farm Fresh. Untuk pengetahuan, The Acre telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berhasrat untuk membangunkan Pusat Pelancongan Agro bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai industri tenusu di samping menyemai minat dalam bidang pertanian di kalangan belia. Farm Fresh ditubuhkan pada tahun 2009 dengan membeli sebidang kecil tanah di Johor dan mengimport 60 Read more…

Kolam Air Panas Jasin, Melaka | Kolam Air Panas Semulajadi Dilengkapi Taman Air Mini

Kolam Air Panas Jasin merupakan kawasan air panas semulajadi dari bawah tanah yang kaya dengan mineral dan sangat berkhasiat. Ia sebuah taman tema air rekreasi ekonomi yang bertemakan “Happy Outing With Family”. Kolam ini didakwa telah wujud sejak tahun 1880an, secara tidak langsung menjadikannya antara kolam air panas yang tertua di Malaysia. Difahamkan ia juga mampu untuk membantu merawat penyakit seperti strok, sakit sendi, sakit lutut, darah tinggi, radang kulit dan bermacam lagi. Selain itu, Read more…

Kolam Air Panas Jasin
lata kolam air deru

Lata Kolam Air Deru Ecopark, Terengganu | Keindahan Air Sungai Yang Jernih Kehijauan

Negeri Terengganu sangat terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan yang menarik di Malaysia. Bukan sahaja mempunyai pantai – pantai dan pulau – pulau yang cantik, di sini juga terdapat beberapa kawasan rekreasi yang sangat memukau untuk dikunjungi antaranya ialah Lata Kolam Air Deru Ecopark yang kian popular dan tular di media sosial. Keindahan dan kecantikan panorama di Lata Kolam Air Deru Ecopark sangat menakjubkan. Ia bukan sahaja menjadi lokasi percutian rekreasi bagi pengunjung tempatan, malah Read more…

Tempat Menarik Di Cameron Highland | Destinasi Percutian Popular Di Malaysia

Tanah Tinggi Cameron Highland sudah sekian lama menjadi tarikan pelancongan dan tempat menarik di Pahang malahan juga di Malaysia. Disini juga menjadi destinasi utama bagi pengantin baru yang ingin berbulan madu. Ini disebabkan oleh cuacanya yang sedikit sejuk dan memiliki banyak tempat yang menarik dan romantik seperti Taman Bunga dan Lavender. Disamping diselubungi cuaca yang dingin, anda juga bakal disajikan dengan permandangan ladang teh dan bukit bukau yang sangat indah dan mempesonakan. Ia juga sesuai Read more…

tempat menarik cameron highland
Big Bucket Splash

Big Bucket Splash Gamuda Gardens, Selangor | Taman Tema Air Mesra Kanak-Kanak

Big Bucket Splash adalah sebuah taman permainan air yang dibina untuk penduduk di Gamuda Gardens dan turut dibuka bagi pelawat atau pengunjung dari luar. Kawasan rekreasi ini juga merupakan tarikan pelancongan terbaru di negeri Selangor khususnya di Kuang, Rawang. Kini, ia mula dikenali oleh para pengujung dan menjadi salah satu lokasi percutian popular di Malaysia. Apa yang menarik, taman tema air ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk golongan kanak-kanak. Terdapat pelbagai tarikan dan kelengkapan Read more…

Mini Zoo Taman Teruntum, Pahang | Zoo Hibrid Pertama Di Dunia

Mini Zoo Taman Teruntum telah lama ditubuhkan dan menjadi salah satu tempat menarik di Pahang dan sering dikunjungi pengunjung terutamanya warga Kuantan, Pahang. Walaupun mini zoo ini tidaklah sebesar zoo-zoo yang lain, tetapi ia mampu memberi keseronokan dan kepuasan kepada anak-anak untuk mengenal haiwan disamping mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Bagi menarik kunjungan orang ramai, zoo ini telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia. Malah ia juga turut didakwa menjadi yang Read more…

Mini Zoo Taman Teruntum
ehsan water park

Ehsan Water Park, Negeri Sembilan | Taman Tema Air Terbesar di Negeri Sembilan

Ehsan Water Park adalah sebuah taman tema air yang berkonsepkan “Holiday Apartment & Convention Centre“. Kawasan rekreasi ini juga merupakan tarikan pelancongan terbaru di Negeri Sembilan khususnya di Pasir Panjang, Port Dickson. Kini, ia mula dikenali oleh para pengujung dan menjadi salah satu lokasi percutian popular di Malaysia. Apa yang menarik, taman tema air yang terbesar di Negeri Sembilan ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua lapisan umur. Selain itu, ia juga turut tersenarai Read more…

Tempat Menarik di Bukit Tinggi, Pahang | Pusat Peranginan Tanah Tinggi Yang Popular di Malaysia

Negeri Pahang sudah tidak asing lagi mempunyai tempat-tempat percutian tanah tinggi yang popular di Malaysia. Selain menjadi negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia, Pahang juga sememangnya terkenal dengan lokasi percutian yang menarik dan popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara. Salah satu destinasi yang sering dikunjungi para pelancong adalah tempat menarik di Bukit Tinggi yang terletak di daerah Bentong. Bukit Tinggi merupakan lokasi percutian yang mesra keluarga dan menjadi destinasi bulan madu Read more…

tempat menarik bukit tinggi
Lata Payung

Lata Payung Setiu, Terengganu | Salah Satu Air Terjun Tercantik di Terengganu

Pasti ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan Air terjun Lata Payung yang mempunyai kawasan Blue Pool yang sangat cantik dan menakjubkan ini. Ia terletak di Hutan Lipur Lata Payung iaitu di dalam daerah Setiu sempadan Besut Terengganu. Difahamkan air terjun di Lata Payung ini adalah yang tercantik di negeri Terengganu dan juga merupakan salah satu tempat menarik di Terengganu yang mesti anda kunjungi. Namun disebabkan kurangnya promosi dan lokasinya yang agak tersorok dan terpencil, kawasan Read more…

Pulau Dayang, Johor | Destinasi Menarik Yang Kurang Dikenali di Semenanjung Malaysia

Pulau Dayang merupakan pulau yang paling jauh dari tanah besar di timur Semenanjung Malaysia. Ia sangat terkenal dalam kalangan para penyelam dan pelancong kerana di sini mempunyai port menyelam dan lokasi memancing yang unik dan menarik. Tetapi sayangnya, pulau ini kurang dikenali walaupun ia menawarkan pantai yang menakjubkan dan hidupan marin yang sangat indah. Dengan peningkatan pakej penginapan dan promosi yang ditawarkan, Pulau Dayang berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan antarabangsa di Malaysia dan mampu menjadi Read more…

pulau dayang
error: Content is protected !!