Donhu Jurassic Garden

Donhu Jurassic Garden, Johor | Taman Rekreasi Popular Di Muar

Donhu Jurassic Garden merupakan sebuah destinasi pelancongan yang unik untuk dikunjungi. Pusat rekreasi ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang mana menempatkan haiwan animatronik pra sejarah iaitu dinosour. Selain menjadi tarikan pelancongan di bandar Muar, ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Johor yang boleh anda dikunjungi. Penghasilan replika dinasour ini sangat kemas dan kelihatan seperti asli. Secara tidak langsung ia mampu menarik minat setiap pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak. Donhu Jurassic Garden Read more…

Pasar Payang, Terengganu | Pasar Ikonik Tumpuan Pelancong

Pasar Payang adalah sebuah pusat perniagaan tradisional yang sangat popular dikalangan pelancong yang bercuti ke Terengganu. Jika di Kelantan ada Pasar Besar Siti Khadijah, Pasar Payang pula merupakan pasar ikonik di Terengganu yang telah beroperasi sejak tahun 1964 lagi. Mengikut sejarah nama pasar ini diambil sempena ‘perahu payang’ yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri tersebut. Pasar ini dibina bagi menempatkan peniaga-peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang mana pasar tersebut telah dirobohkan. Read more…

pasar payang
taman tasik titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur | Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan

Taman Tasik Titiwangsa merupakan salah satu tempat rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang keluasan kira-kira 46.13 hektar atau 114 ekar. Pada tahun 1975, kerja-kerja pembinaan telah bermula dan pelbagai kemudahan sukan telah disediakan di pusat rekreasi ini. Antaranya seperti kolam renang, gelanggang tenis, rumah kelab, padang permainan dan banyak lagi. Lokasi ini telah dibuka kepada orang ramai sejak 1 Februari 1980 yang mana telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein Read more…

Tasik Cermin Ipoh, Perak | Keindahan Alam Yang Menakjubkan

Tasik Cermin sememangnya sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang menakjubkan. Pada asalnya lokasi ini adalah sebuah tapak kuari terbiar dan tidak lagi beroperasi. Kuari tersebut pernah menjadi sumber penting batu kapur untuk industri pembinaan, tetapi ia juga merupakan punca kemusnahan alam sekitar. Hakisan tanah dan pencemaran air adalah sebahagian daripada isu yang melanda tapak tersebut dan menimbulkan ancaman kepada ekosistem sekitar. Namun, disebabkan ia mempunyai dua tasik dan dua terowong yang unik, kawasan ini Read more…

Tasik Cermin
tugu negara

Tugu Negara, Kuala Lumpur | Tugu Peringatan Perajurit Tanah Air

Tugu Peringatan Negara atau lebih dikenali sebagai Tugu Negara adalah sebuah mercu tanda dan tanda penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit negara yang gugur dalam medan Perang Dunia Pertama, Perang Dunia ke-2 dan semasa peristiwa darurat. Bukan hanya sekadar monumen negara, tugu yang setinggi 15 meter ini mempunyai makna tersendiri yang mana melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Ia dibina pada tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada 8 Februari 1966. Monumen ini Read more…

Farm In The City, Selangor | Keunikan Zoo Di Dalam Bandar

Farm In The City adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Ia merupakan sebuah petting zoo yang berkonsepkan suasana kampung tradisional yang mana mempunyai dusun buah-buahan, tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan haiwan secara lebih dekat, haiwan di sini dibiarkan bebas berkeliaran di dalam kandang yang direka khas seakan-akan habitat asal semula jadi mereka. Untuk pengetahuan anda, mini zoo ini dikendalikan Read more…

Farm In The City
zoo negara

Zoo Negara, Selangor | Zoo Pertama Di Malaysia

Zoo Negara Malaysia atau lebih dikenali sebagai Zoo Negara merupakan sebuah taman haiwan yang pertama di Malaysia. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1963. Pusat rekreasi ini diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Pada awalnya zoo ini bermula dengan koleksi induknya yang kini telah Read more…

Lata Renyuk Jeli, Kelantan

Pasti ramai pelancong yang menginginkan percutian yang tenang dan damai serta jauh dari kesibukan kotaraya. Percutian rekreasi yang berlatar belakangkan suasana hutan sering menjadi pilihan pelancong yang inginkan kelainan terutamanya bagi pencinta alam semulajadi. Salah satu lokasi percutian yang masih kurang diketahui pelancong adalah di Lata Renyuk, Jeli Kelantan. Destinasi ini menjanjikan pengalaman yang unik dan menarik untuk anda terokai. Kedamaian suasana di sini juga mampu memberikan ketenangan jiwa kepada setiap pengunjung yang datang. Ia Read more…

lata renyuk
Wetland Studios Putrajaya

Wetland Studios Putrajaya | Taman Tema Berkonsep Hibur Didik

Wetland Studios Putrajaya adalah sebuah taman tema berkonsepkan didik hibur dalaman berhawa dingin yang berteraskan teknologi. Apa yang menarik, projek taman tema indoor ini merupakan hasil kreativiti dari KRU Studios Sdn. Bhd. dan memperoleh kerjasama dari Perbadanan Putrajaya. Taman tema ini dibangunkan bertujuan bagi menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat dengan keindahan flora dan faunanya. Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai jenis informasi dan pengetahuan berkenaan kehidupan bumi yang sangat menarik. Cara Menuju Ke Destinasi Lokasi taman Read more…

Lata Kertas Dabong, Kelantan

Pusat rekreasi air terjun sememangnya menjadi tumpuan para pengunjung sebagai lokasi percutian ketika musim panas. Antara destinasi yang kian popular dan semakin menjadi sebutan para pelancong adalah air terjun Lata Kertas yang terletak di Dabong, Kelantan. Ia merupakan taman rekreasi tempatan yang telah mendapat perhatian Majlis Daerah bagi proses penyelenggaraan dan naik taraf. Untuk pengetahuan, masih ramai pelancong yang tidak mengetahui kewujudan tempat rekreasi ini termasuklah penduduk Kelantan sendiri. Ini menjadikan ia sebuah lokasi percutian Read more…

Lata Kertas
error: Content is protected !!