Bagi yang tertanya-tanya bagaimanakah suasana dan perasaan berada di dalam sebuah kapal selam yang sebenar?Anda boleh merasainya sendiri di Muzium Kapal Selam yang terletak di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka. Kapal selam yang digunakan ini adalah kapal selam yang sebenar dari tentera Perancis iaitu FS Quessant Agosta 70 yang mana telah tamat tempoh dan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia secara percuma.

Kapal ini juga pernah digunakan oleh warga kapal selam TLDM semasa latihan di Perancis suatu ketika dahulu. Kemudian kapal ini telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan muzium untuk pameran orang ramai. Muzium ini juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.

muzium kapal selam

Cara Menuju Ke Destinasi

Lokasi muzium ini hanya terletak beberapa minit dari Pantai Klebang yang mana menjadi tempat persinggahan wajib bagi setiap pelancong yang berkunjung ke negeri bersejarah ini. Pada awalnya pengunjung hanya dibenarkan melihat di bahagian luar kapal sahaja. Namun sejak tahun 2012, ia telah dibuka secara rasmi sebagai sebuah muzium dan para pengunjung berpeluang melihat seni bina dan struktur dalaman sebuah kapal selam.

  • Alamat : Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka
  • Google Maps : KLIK

Waktu Operasi

  • Selasa – Ahad : 9 am – 5 pm

Peta ke Muzium Kapal Selam

Harga Tiket Muzium Kapal Selam

Untuk makluman, ia juga merupakan satu-satunya muzium kapal selam di Malaysia. Muzium ini juga membuktikan bahawa perairan laut di Malaysia dikawal rapi oleh kapal yang berteknologi tinggi bagi memastikan keselamatan negara dalam keadaan terjamin.

Harga tiket kemasukan sangat berpatutan bagi semua golongan.

Bayaran Tiket

Harga Biasa

  • Kanak-kanak : RM6
  • Dewasa : RM12

Warganegara (Mykad)

  • Kanak-kanak : RM3
  • Dewasa : RM6
muzium kapal selam
Sumber : bourneronin.blogspot.com

Tarikan di Muzium Kapal Selam

Kunjungan para pelancong sangat ramai pada cuti sekolah dan akan memenuhi ruang dalaman kapal selam itu yang tak begitu luas. Tetapi usah risau kerana ia dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa yang boleh memberikan keselesaan didalam kepadatan pengunjung.

muzium kapal selam

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di dalam muzium ini. Antaranya para pengunjung dapat melihat sendiri bahagian – bahagian utama di dalam sesebuah kapal selam seperti galeri, tandas, stor simpanan peluru, dapur, bilik tidur, ruang kawalan kapal, dan sebagainya. Pengalaman memasuki kapal selam ini juga pasti memberikan keterujaan kepada setiap pengunjung terutamanya kanak-kanak.

Sumber : bourneronin.blogspot.com

Di bahagian bawah kapal para pengunjung boleh mendapatkan sedikit informasi dan menonton video ringkas mengenai sejarah kapal selam sebelum ianya dijadikan sebuah muzium. Manakala di bahagian depan kapal pula merupakan ruangan pelancaran puluru torpedo.

Selain itu, terdapat dua buah pesawat yang merupakan replika jet pejuang terletak berhampiran muzium ini. Para pengunjung berpeluang bergambar dengan jet pejuang ini dengan lebih dekat bersama ahli keluanga dan secara tidak langsung dapat mencipta kenangan manis semasa bercuti di negeri Melaka.

Sumber : acesflyinghigh.wordpress.com

Rancang perjalanan anda untuk menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA :Taman Burung Kuala Lumpur

error: Content is protected !!