Mini Zoo Taman Teruntum telah lama ditubuhkan dan menjadi salah satu tempat menarik di Pahang dan sering dikunjungi pengunjung terutamanya warga Kuantan, Pahang. Walaupun mini zoo ini tidaklah sebesar zoo-zoo yang lain, tetapi ia mampu memberi keseronokan dan kepuasan kepada anak-anak untuk mengenal haiwan disamping mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Bagi menarik kunjungan orang ramai, zoo ini telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia. Malah ia juga turut didakwa menjadi yang pertama di dunia. Konsep yang menarik telah diterapkan yang mana menggabungkan haiwan hidup dengan haiwan animatronik prasejarah khususnya dinosaur. Ia pasti menarik minat para pengunjung terutamanya kanak-kanak.

Mini Zoo Taman Teruntum

Cara Menuju Ke Destinasi

Luas keseluruhan kawasan zoo ini kira-kira 4.4 hektar dan hanya 30% daripadanya dikekalkan untuk haiwan hidup manakala selebihnya telah diubah suai untuk menempatkan tarikan lain seperti edu-pelancongan. Terletak di Kuantan, kawasan rekreasi ini bukan sahaja mempamerkan haiwan sebenar, terdapat juga haiwan yang sudah pupus dan prasejarah untuk tatapan para pengunjung.

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

Peta Ke Mini Zoo Taman Teruntum

Mini Zoo Taman Teruntum

Harga Tiket Mini Zoo Taman Teruntum

Tiket Mini Zoo Taman Teruntum boleh dibeli terus di kaunter atau secara dalam talian (online). Untuk membeli tiket online, anda boleh mencari di website untuk mendapatkan tiket dengan harga yang lebih murah. Berikut merupakan harga tiket kemasukan ;

Bayaran Tiket 

  • Dewasa – RM25
  • Kanak-Kanak – RM22

Voucher & Promosi Harga Tiket

Terdapat beberapa portal dan website yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke zoo Teruntum. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket bagi mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Bandingkan harga tiket di sini ;

  1. www.dinosaurencounter.com.my
Mini Zoo Taman Teruntum

Tarikan di Mini Zoo Taman Teruntum

Antara haiwan yang terdapat di sini adalah seperti Seladang, Ular, Arnab, Buaya, Kuda Padi, Burung Enggang, Rusa, Burung Unta, Burung Merak dan banyak lagi. Selain dapat melihat haiwan-haiwan, anak anda juga berpeluang untuk menunggang kuda padi dan memberi makan kepada haiwan-haiwan disini.

Di bahagian Dinosaur Encounter pula ia dimulakan dengan aktiviti tayangan tiga dimensi dinosaur, disusuli dengan cabaran permainan dinosaur dan pembelajaran mengenai haiwan prasejarah itu. Para pengunjung pasti merasa teruja apabila menelusuri dunia dinosaur yang seakan-akan hidup dan berpeluang untuk sesi fotografi sepuasnya bersama puluhan ‘makhluk’ prasejarah itu . Buat masa sekarang, sebanyak 32 dinosaur animatronik ditempatkan di sini.

Selain tarikan haiwan hidup dan haiwan animatronik, terdapat juga Hobbit House yang menarik untuk anda kunjungi. Disini juga menyediakan kemudahan kedai, tandas, kawasan parkir yang luas, dan taman permainan kanak-kanak untuk keselesaan para pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Menara Taming Sari, Melaka

error: Content is protected !!